Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 72

PROJEK SARJANA MUDA 2016/2017

LAPORAN KEMAJUAN PENYELIDIKAN

CABARAN KONTRAKTOR DALAM MEMENUHI


PIAWAIAN KEBAJIKAN BURUH DI TAPAK BINA

PENYELIDIK : M R FARITH BIN ERWANDY


NO. K/P : 930316-12-5549
NO. MATRIC : A13BE0050
KURSUS : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (PEMBINAAN)
PENYELIA : DR. SHAMSUL HADI BANDI

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

ISI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

iv

SENARAI RAJAH

PENGENALANAN
1.1 Pendahuluan

1.2 Penyataan masalah

1.3 Persoalan kajian

14

1.4 Objektif kajian

14

1.5 Skop kajian

15

1.6 Kepentingan kajian

15

1.7 Organisasi bab

16

KAJIAN LITERATUR

18

2.1 Pengenalan

18

2.2 Definisi

19

2.2.1

Kontraktor pembinaan

19

2.2.2

Piawaian

21

2.2.3

Buruh pembinaan

22

2.2.4

Kebajikan buruh

23

2.2.5

Tapak bina

24

2.3 Cabaran utama yang dihadapi oleh Kontraktor dalam memenuhi piawaian
kebajikan buruh di tapak bina

24

2.3.1

Pengenalan

24

2.3.2

Mengatur untuk pengurusan projek di tapak bina

25

2.3.3

Keperluan tenaga kerja

26

2
2.3.4

Peranan kontraktor dari aspek pengurusan sumber manusia dalam


pembinaan

2.3.5

Tanggungjawab dalam Kesihatan, Keselamatan Dan Kebajikan


Pekerja

2.3.6

27
30

Kewajipan Kontraktor Utama Yang Perlu Dipertimbangkan dalam


akitiviti pembinaan (senarai semak)

30

2.3.7

Kebajikan buruh di tempat kerja mempengaruhi kepuasan berkerja

32

2.3.8

Kewajiban kontraktor untuk memenuhi keperluan kebajikan buruh di

2.3.9

tapak bina mengikut akta/piawaian dalam dan luar negara

33

Standard minimum kemudahan kebajikan di tapak bina

37

2.4 Langkah-langkah yang boleh diambil oleh kontraktor untuk mengatasi


cabaran-cabaran utama dalam memenuhi piawaian kebajikan buruh
di tapak bina

39

2.4.1

Pengenalan

39

2.4.2

Perancangan kemudahan kebajikan

39

2.4.3

Prinsip kejayaan pelaksanaan aktiviti kebajikan

40

2.4.4

Pelan susun atur tapak untuk pembinaan

43

2.4.5

Langkah-langkah umum dalam penyediaan latihan keselamatan dan


kesihatan di tapak bina

2.4.6

44

Panduan dalam menyediakan kemudahan kebajikan di tapak bina


mengikut manual latihan piawaian International Labour Office (ILO) 46

METODOLOGI KAJIAN

53

3.1 Pengenalan

53

3.2 Metodologi kajian

54

3.2.1

Peringkat pertama - Kajian Awalan

56

3.2.2

Peringkat kedua - Pengumpulan dan Penyusunan Data Sekunder

56

3.2.3

Peringkat ketiga Pengumpulan dan Penyusunan data primer

57

3.2.4

Peringkat keempat Analisis dan Ulasan Data

58

3.2.5

Peringkat kelima - Kesimpulan Dan Cadangan

58

3.3 Lokasi kajian

58

3.4 Instrumen kajian

59

3.5 Pemilihan responden

60

3.6 Populasi responden

61

3.7 Rekabentuk soal selidik

61

3
3.7.1

Bahagian A Maklumat Responden dan Syarikat

3.7.2

Bahagian B cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh kontraktor


dalam memenuhi piawaian kebajikan buruh di tapak bina

3.7.3

62
62

Bahagian C langkah-langkah yang boleh diambil oleh kontraktor


untuk mengatasi cabaran utama dalam memenuhi piawaian
kebajikan buruh di tapak bina

3.8 Kaedah analisis


3.8.1
4

Analisis Likert Scale

62
63
63

3.9 Kesimpulan

65

RUJUKAN

66

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

HALAMAN

Jadual 1.1

Prestasi sektor pembinaan

Jadual 1.2

Kajian-Kajian lepas yang berkaitan kebajikan buruh

di tapak bina
Jadual 2.1

Ringkasan peranan dan tugas di bawah CDM 2015

34

Jadual 3.1

Jadual skor dan penerangan bagi Likert-scale

57

SENARAI RAJAH

NO. JADUAL
Rajah 1.1

TAJUK

HALAMAN

Nilai kerja pembinaan dan perubahan peratus tahunan,


ST1 2014 - ST2 2016

Rajah 1.2

Perubahan peratus tahunan mengikut jenis aktiviti,


ST1 2014 - ST2 2016

Rajah 2.1

Kemudahan mencuci dan tandas yang sesuai membantu


melindungi kesihatan pekerja

48

Rajah 3.1

Carta aliran metodologi

55

Rajah 3.2

Pengiraan formula untuk mendapatkan julat indeks

64

Rajah 3.3

Indeks statistik mengikut nilai purata dan tahap

64

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Industri Pembinaan merupakan industri yang memainkan peranan penting di


dalam menjana ekonomi Negara. Industri ini juga merupakan penjana di dalam
pembangunan ekonomi negara melalui multiplier effects kepada industri lain
seperti perkilangan, perkhidmatan, kewangan, pendidikan dan lain-lain (Nor Hayati,
2013).

Nilai kerja pembinaan merekodkan pertumbuhan sebanyak 11.7 peratus tahun


ke tahun kepada RM30.4 bilion pada suku kedua tahun 2016. Pertumbuhan ini
dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam. Bagi suku tahun ke suku tahun, nilai kerja
pembinaan mencatatkan penurunan sebanyak 4.7 peratus berbanding suku tahun
sebelum. Penurunan ini disebabkan oleh pertumbuhan yang perlahan dalam
subsektor bangunan bukan kediaman. Prestasi sektor pembinaan ditunjukkan di
jadual 1.1 dan sektor pembinaan terus mencatatkan pertumbuhan positif sejak suku
pertama 2014 seperti dipaparkan dalam Carta 1.1. Dalam carta 1.2 menunjukkan
pertumbuhan tertinggi disumbangkan oleh subsektor kejuruteraan awam dengan 21.6
peratus, diikuti oleh aktiviti pertukangan khas 13.5 peratus, bangunan kediaman
dengan 12.5 peratus

2
dan bangunan bukan kediaman sebanyak 2.1 peratus (Pejabat Ketua Perangkaan
Malaysia, 2016).

Jadual 1.3 : Prestasi sektor pembinaan

Suku tahun

Bil. Projek

Nilai kerja pembinaan

Perubahan peratus (%)

*
(RM juta)
(QoQ)
(YoY)
2/2016
9,983
30,427
-4.7
11.7
1/2016
10,043
31,941
6.0
11.1
2/2015
10,074
27,239
-5.2
8.2
* Bilangan projek merujuk kepada kumulatif projek aktif yang diliputi dalam
penyiasatan pembinaan suku tahunan. Bilangan ini meliputi projek yang belum
selesai dan projek baru yang berdaftar dengan CIDB.
(Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia)

RM35.0
RM30.0

25.0%
21.1%

20.0%

RM25.0
15.1%

RM20.0
Series 2
Perubahan (%)

RM15.0

10.8%10.7%
9.7%

RM10.0

14.0%

11.2%11.1%11.7%

10.0%

8.2%

5.0%

RM5.0
RM0.0

15.0%

1/14 2/14 3/14 4/14 1/15 2/15 3/15 4/15 1/16 2/16

0.0%

Suku Tahun

Rajah 1.1 : Nilai kerja pembinaan dan perubahan peratus tahunan, ST1 2014 ST2 2016
(Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia)

Rajah 1.2 : Perubahan peratus tahunan mengikut jenis aktiviti, ST1 2014 - ST2
2016
(Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia)

Menurut laporan daripada MStar (2016), pertumbuhan sektor pembinaan,


perkhidmatan dan pembuatan dijangka meningkat dalam Rancangan Malaysia Ke-11
(RMK11) bagi memacu Malaysia ke arah negara maju pada tahun 2020. Sektor
pembinaan menjadi semakin penting berikutan peningkatan permintaan terhadap
infrastruktur yang moden dan cekap, selari dengan matlamat negara maju, kata Unit
Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri dalam Dokumen RMK11.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan rancangan
lima tahun tersebut (2016-2020) di Dewan Rakyat. Menurut dokumen itu, dalam
tempoh RMK11, sektor pembinaan diunjur berkembang pada kadar 10.3 peratus
setahun dan menyumbang RM327 bilion atau 5.5 peratus kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020 (MStar Online, 2016).
Dalam tempoh RMK10, sektor pembinaan mencatat kadar pertumbuhan
tahunan purata sebanyak 11.1 peratus, disokong oleh kejuruteraan awam yang
berkembang pada kadar 9.3 peratus setahun. Ia diikuti subsektor kediaman dan bukan
kediaman, masing-masing pada kadar purata 16.5 peratus dan 9.1 peratus. Menurut

4
dokumen itu, kerajaan akan memperkenalkan Program Transformasi Industri
Pembinaan 2016-2020 untuk memesatkan pembangunan industri bagi memenuhi
permintaan pasaran. Dalam tempoh RMK11, usaha mentransformasi sektor
pembinaan akan berdasarkan empat strategi, termasuk memacu produktiviti melalui
peningkatan penggunaan teknologi dan pemodenan kaedah pembinaan (MStar
Online, 2016).
Sektor pembinaan secara dasarnya menyediakan banyak peluang pekerjaan
dan ia bukan sahaja di peringkat operasi iaitu melakukan kerja-kerja berat dan di
tengah panas terik. Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia menganggarkan sektor
pembinaan memerlukan sekurang-kurangnya 1.95 juta pekerja di peringkat operasi
menjelang 2020. Bagaimanapun, jumlah tersebut tidak mengambil kira pekerja asing
yang sah di bawah program 6P (Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan,
Pemantauan, Penguatkuasaan Dan Pengusiran) melibatkan pekerja asing dan
pendatang tanpa izin (Utusan Online, 2016).
Projek-projek mega di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11)
memperlihatkan bahawa jumlah pekerja sedia ada tidak mencukupi untuk
menampung permintaan. Industri ini telah menikmati pertumbuhan dua digit sejak
2012, kecuali pada tahun 2015 ia mencatat pertumbuhan sekitar sembilan peratus,
jadi ini menunjukkan secara dasarnya memerlukan lebih ramai pekerja dan bukannya
kurangkan pekerja. Berdasarkan anggaran Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia
bagi tenaga kerja pembinaan di Malaysia menunjukkan pekerja asing berjumlah 1.18
juta pada 2014 dengan 36 peratus daripadanya iaitu 759,661 adalah pekerja asing
tanpa izin.

Dari segi bekalan tenaga kerja tempatan pula, berdasarkan pekerja

pembinaan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan


(LPIP), purata kenaikan tahunan untuk pekerja berkemahiran dan bukan
berkemahiran dianggarkan 3,346 dan 15,746 orang masing-masing (Utusan Online,
2016).
Seiring dengan perkembangan industri pembinaan Negara, permintaan
terhadap buruh meningkat. Oleh itu, aspek kebajikan buruh amat penting dalam
industri pembinaan. Menurut Tikoo et al. (2013), kebajikan buruh adalah gabungan
semua usaha untuk menjadikan kehidupan pekerja bernilai untuk hidup. Perkara ini

5
memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada kesejahteraan,
kemakmuran dan kepuasan pekerja.

Ini dapat membantu untuk mengekalkan

kesihatan dan keselamatan pekerja dan juga mengekalkan semangat mereka. Dengan
manfaat ini, pekerja akan semakin menyesuaikan diri dengan kerja mereka yang akan
mengurangkan ketidakhadiran dan kadar pusing ganti buruh dalam industri.
Sehubungan dengan itu, peningkatan dalam industri pembinaan Malaysia
telah menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada buruh tempatan dan asing
termasuk buruh mahir, separa mahir dan tidak mahir. Oleh itu, aspek kebajikan
buruh di tapak-tapak bina perlulah diambil berat oleh pihak majikan sama ada
kontraktor utama atau pemaju projek. Hal ini bagi menjamin produktiviti buruh,
mengelak diskriminasi buruh dan penindasan hak sebagai pekerja.

1.2

Penyataan masalah

Industri Pembinaan dan bangunan diiktiraf sebagai sektor yang tidak teratur
dengan intensiti tenaga kerja yang luas. Industri ini menjana permintaan untuk
tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Para pekerja menghadapi risiko yang wujud
ke atas diri mereka disebabkan bahaya pekerjaan yang dilakukan. Pekerja tersebut
bekerja sementara dan sifat kasual dengan kekurangan kemudahan asas dan
kemudahan kebajikan yang tidak mencukupi. Dengan matlamat untuk menyediakan
kemudahan kebajikan dan keadaan kerja yang mencukupi, kerajaan

menggubal

undang-undang iaitu, Bangunan dan Pekerja Binaan lain (Peraturan pekerjaan dan
syarat-syarat perkhidmatan) Akta, 1996. Menurut Nithin et al. (2011), persoalan
timbul terhadap kesedaran skim kebajikan yang disediakan, sejauh mana
pelaksanaannya dan halangan dalam pelaksanaannya.

Dalam piawaian yang disediakan oleh Jawatankuasa Tertinggi untuk


Penghantaran dan Legasi, menggariskan piawaian kebajikan buruh dalam projek-

6
projek pembinaan yang perlu disediakan oleh pemaju, kontraktor dan sub-kontraktor
semasa pembinaan infrastrukur untuk kejohanan bola sepak piala dunia FIFA
menjelang tahun 2022 di Qatar. Laporan ini menggariskan piawaian kebajikan yang
perlu disediakan oleh majikan ke atas pekerja mereka seperti kesihatan dan
keselamatan, standard pekerja, kesaksamaan, maruah, amalan menyalahi undangundang, keadaan bekerja dan tempat tinggal, upah, kezaliman, akses kepada
maklumat dan latihan (Hassan, 2014).

Kebajikan buruh di tapak bina merangkumi pelbagai aspek seperti tempat


tinggal, gaji, kemudahan, keperluan harian, keselamatan dan kesihatan, fasiliti dan
sebagainya. Kebajikan pekerja dan buruh di tapak bina amatlah penting bagi
menjamin produktivi dan kepuasan berkerja (Healty and Safety Executive, 2015).

Dalam Akta Kerja 1955 Malaysia, membicarakan tentang undang-undang


buruh atau pekerja di Malaysia. Ia sememangnya satu perundangan buruh yang amat
penting yang menyediakan satu rangka kerja undang-undang yang menyeluruh
meliputi soal kebajikan pekerja seperti pembayaran gaji pekerja, hari rehat, cuti
umum, penamatan kontrak kerja dan sebagainya (Ismail, 2016).

Menerusi penerbitan oleh Pejabat Buruh Antarabangsa , kerja dalam industri


pembinaan adalah sukar, ia melibatkan banyak aktiviti manual atau fizikal. Ia juga
berbahaya dan kotor. Kemudahan kebajikan yang baik bukan sahaja meningkatkan
kebajikan pekerja tetapi juga meningkatkan kecekapan. Kemudahan kebajikan
seperti penyediaan air minum, tempat membasuh, tempat sanitari dan persalinan,
bilik rehat dan tempat tinggal, kemudahan untuk persiapan dan makan, perumahan
sementara, bantuan dalam pengangkutan dari tempat kediaman ke tapak kerja, semua
bentuk bantuan untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan kesihatan pekerja.
Kemudahan boleh disediakan dan disenggarakan oleh kontraktor untuk semua
pekerja (International labour organization, 2016).

7
Kajian-kajian terhadap kebajikan buruh di tapak bina telah banyak dibuat
oleh para pengkaji sebelum ini. Namun begitu, hasil pembacaan beberapa kajian dan
jurnal luar negara banyak menjerumus kepada penyediaan kebajikan dari aspek
kemudahan di tapak bina. Merujuk jadual 1.2 di bawah, kajian ini menjerumus ke
arah data yang diambil di dalam dan luar Negara.

Jadual 1.4 : Kajian-Kajian lepas yang berkaitan kebajikan buruh di tapak bina
Tahun
Pengkaji
2002 Liknaswaran
A/L Kobarajah

Jurnal
Tesis sarjana muda

Tajuk Kajian
Kemudahan

Fakulti

kebajikan pekerja

I.

Kejuruteraan Awam di tapak bina


II.

Dapatan Kajian
Kenalpasti tahap kepuasan pekerja mengenai

Konteks Kajian
Pengurusan dan

kemudahan kebajikan yang disediakan di tapak

kebajikan di

bina
Kenalpasti tahap kefahaman kontraktor

tapak bina

mengenai akta dan garispanduan yang berkaitan


dengan penyediaan kemudahan kebajikan
pekerja di tapak bina
III. Kenalpasti kemudahan kebajikan yang disediakan
oleh kontraktor berbanding dengan peruntukan
kehendak am yang terdapat di dalam garis
panduan kediaman sementara pekerja di tapak
bina

Tahun
2003

Pengkaji
Lai Jin Yu

Jurnal

Tajuk Kajian

Dapatan kajian

Konteks

Tesis Sarjana

Kajian
Kebajikan pekerja di tapak I. Kajian terhadap kefahaman kontraktor tentang Pengurusan dan

Fakulti

bina: satu perbandingan di

akta-akta

Kejuruteraan

antara projek kerajaan dan

menyediakan kebajikan para pekerja di tapak tapak bina

Awam

projek swasta

dan

garispanduan

dalam kebajikan di

bina
II. Kenalpasti tahap kepuasan para pekerja tapak
bina terhadap kebajikan yang disediakan
III. Hubungan di antara kemudahan kebajikan
dengan motivasi pekerja dalam meningkatkan

2013

S.Tikoo,

Global Journal of

J.Gupta &

Management and

Meenu

Business Studies.

produktiviti kerja
Labour welfare benefits- I. kajian terhadap kemudahan ditapak bina.
II. Manfaat kebajikan buruh yang disediakan oleh
more needs to be done for
kontraktor di tapak bina dan mengetahui
Women Construction
faedah yang disediakan oleh Lembaga
Workers
Kebajikan Buruh Haryana (india) terhadap

Kebajikan,
wanita, tenaga
kerja,
pembinaan

buruh wanita dalam industri pembinaan

Tahun
Pengkaji
2011 R.S.Nithin Prasad,

Jurnal
SASTECH

Tajuk Kajian
Study on building and other

Dapatan kajian
I. Kajian kesedaran terhadap skim

Konteks Kajian
Bahaya Pekerjaan,
9

K.Vittal Rao, &

Journal

H.N.Nahesha

construction workers welfare

kebajikan, pelaksanaannya dan

schemes/amenities in

kenal pasti bidang halangan dalam

karnataka

pelaksanaannya

kebajikan,
Buruh Kanakkanak, Ketidakpatuhan

2008

Grace J.Yoo

Journal of

Immigrants and Welfare:

Immigrant &

Policy Constructions of
Deservingness

Refugee

I.

Kajian terhadap rangka digunakan

Perundangan
polisi, kebajikan,

dalam pelbagai pendengaran dasar

dan imigran

kongres yang membawa kepada

Studies

reformasi undang-undang
II.

kebajikan
mengkaji bagaimana pendatang tua
menjadi tidak layak menerima
Supplemental Security Income
(SSI)

10

Tahun Pengkaji
Jurnal
2004 C. P.
Discussion
John

Tajuk Kajian
Social Security and

I.

Dapatan kajian
Mengambil kira kemunculan model dana

Konteks Kajian
Dana kebajikan pekerja

paper No.

Labour Welfare with

kebajikan keselamatan sosial di Kerala

pembinaan, persekitaran

65

Special Reference to

dengan penekanan kepada kumpulan wang

keselamatan sosial, buruh,

Construction Workers in

kebajikan pekerja-pekerja binaan, struktur

pembinaan

Kerala
II.

organisasi, dan cara berfungsi


Menganalisa sumber dana dan komitmen

III.

pembayaran dana kebajikan;


Mengkaji kesan kebajikan di persekitaran

IV.

keselamatan sosial pekerja pembinaan;


Mengkaji latar belakang sosio-ekonomi
pekerja-pekerja binaan dengan penekanan
kepada ciri-ciri sosio-psikologi warga tua
di antara mereka.

11

12
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Liknaswaran (2002), Lai Jin Yu (2003)
dan S.Tikoo et al. (2013) di jadual 1.2, kebanyakan isu-isu yang timbul adalah
mengenai penyediaan kemudahan kebajikan buruh di tapak bina oleh kontraktor,
tahap kepuasan pekerja terhadap penyediaan kebajikan di tapak bina dan kefahaman
kontraktor tentang piawaian dan garispanduan dalam menyediakan kebajikan buruh
di tapak bina.

Selain itu, mengikut kajian yang dibuat oleh Nithin et al. (2011) adalah
terhadap isu kesedaran skim kebajikan, pelaksaannya dan halangan-halangan
terhadap pelaksanaannya dalam industri pembinaan. Manakala, kajian yang dibuat
oleh Grace (2008) adalah terhadap isu dasar kongres yang membawa kepada
reformasi undang-undang kebajikan.

Seterusnya, kajian oleh John (2004) isu

terhadap penyediaan dana kebajikan, keselamatan sosial pekerja dan kebajikan


buruh.

Secara keseluruhannya, berdasarkan kajian lepas di jadual 2.1, kajian


mengenai kebajikan buruh dilakukan untuk mengenalpasti bentuk kebajikan di tapak
bina, polisi kebajikan, kesan kebajikan buruh, dasar-dasar kerajaan dan piawaian
yang ada. Kebanyakkan kajian dijalankan adalah untuk menekankan kepentingan
kebajikan buruh dalam industry pembinaan.

Di Malaysia, terdapat beberapak perundangan atau piawaian yang diguna


pakai dalam menyediakan kebajikan buruh di tapak bina oleh pihak kontraktor, klien
atau majikan buruh (Liknaswaran, 2002). Namun begitu, kajian terhadap cabaran
yang dihadapi dalam menyediakan kebajikan buruh mengikut piawaian atau
seumpamanya masih kurang dijalankan di Negara ini.

Oleh itu, kajian khusus berkaitan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh


kontraktor dalam memenuhi piawaian kebajikan buruh di tapak bina perlu dijalankan
dalam Negara ini. Kajian ini perlu dilakukan bagi mengumpul data yang boleh

13
digunapakai dalam industri pembinaan di Malaysia. Menurut Dr. Dileep Kumar
(2013), terdapat kebajikan buruh di tapak bina masih dalam keadaan yang kurang
memuaskan. Hal ini disebabkan oleh sikap dan faktor kos kontraktor itu sendiri.

Menurut Jin Yu (2003), terdapat piawaian dan peraturan berkaitan kebajikan


buruh di tapak bina yang diguna pakai di Malaysia. Piawaian tersebut perlu dipatuhi
oleh kontraktor utama dalam menjaga kebajikan buruh tapak bina selama mana
projek pembinaan berlangsung. Antara piawaian tersebut adalah:

I.

II.

Undang-undang kecil bangunan seragam 1984

Akta standard minimum perumahan dan kemudahan pekerja 1990

III.

Akta keselamatan dan kesihatan pekerja 1994

IV.

Akta kilang dan mesin 1967 (Akta 139)

Kebajikan buruh di tapak bina perlulah dijaga demi menjamin produktiviti,


kesihatan dan keselamatan, keselesaan, motivasi dan kepuasan bekerja. Selain itu,
kajian ini perlu dilaksanakan kerana dapat membantu kontraktor dalam mengurus
kebajikan buruh di tapak bina. Piawaian kebajikan buruh tapak bina sukar untuk
dicapai kerana terdapat cabaran-cabaran ke atas kontraktor dalam memenuhi
kebajikan buruh di tapak bina.

Jesteru itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh
kontraktor dalam memenuhi piawaian kebajikan buruh di tapak bina. Langkahlangkah mengatasi cabaran tersebut yang telah dikenal pasti berpotensi untuk diguna
pakai oleh pihak kontraktor untuk memenuhi kebajikan buruh dengan berkesan di

14
tapak bina. Dalam masa sama, data yang diperolehi dapat membantu pihak-pihak
yang mempunyai kepentingan dalam industri pembinaan.
Persoalan timbul ke atas cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh
kontraktor dalam memenuhi piawaian kebajikan buruh di tapak bina. Walaupun
secara dasarnya kontraktor utama seharusnya lebih tahu dan bertanggungjawab untuk
memastikan kebajikan buruh disediakan kepada pekerja di tapak bina.

Namun,

kontraktor juga kadangkala terlepas pandangan pada kebajikan buruh di tapak bina.

1.3
I.

Persoalan kajian
Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh kontraktor dalam memenuhi
piawaian kebajikan buruh di tapak bina?

II.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kontraktor dalam


mengatasi cabaran-cabaran utama dalam memenuhi piawaian kebajikan buruh
di tapak bina?

1.4

I.

Objektif kajian

Mengenalpasti cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh kontraktor dalam


memenuhi piawaian kebajikan buruh di tapak bina.

II.

Mengenalpasti langkah-langkah yang boleh diambil oleh kontraktor untuk


mengatasi cabaran-cabaran utama dalam memenuhi piawaian kebajikan
buruh di tapak bina.

15
1.5

Skop kajian

Kajian yang dijalankan adalah di bawah lingkungan skop yang telah


ditetapkan iaitu:

I.

Kajian ini dijalankan ke atas kontraktor utama kelas G7 sahaja kerana banyak
menjalankan projek-projek berskala besar dengan penggunaan tenaga buruh
yang banyak di tapak bina.

II.

Kajian tertumpu kepada cabaran yang di hadapi oleh kontraktor dalam


memenuhi piawaian kebajikan buruh dan langkah-langkah yang diambil oleh
kontraktor untuk mengatasi cabaran-cabaran dalam memenuhi piawaian
kebajikan buruh di tapak bina.

III.

Kajian ini dibuat ke atas projek pembinaan di sekitar Johor Bahru.

1.6

Kepentingan kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk menyediakan data berkaitan cabaran-cabaran


yang dihadapi oleh kontraktor dalam memenuhi piawaian kebajikan buruh dan
langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut yang boleh digunapakai oleh pihakpihak yang berkepenting dalam industri pembinaan.

16
Selain itu, kajian ini penting untuk memupuk kesedaran terhadap kepentingan
menjaga kebajikan buruh di kalangan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan
dalam industri pembinaan

1.7

Organisasi bab

Kajian ini terdiri daripada lima bab utama yang akan dijalankan. Berikut
merupakan ringkasan bagi setiap bab:

Bab 1: Pengenalan

Dalam bab ini, pembacaan yang mendalam berkaitan keperluan buruh di


tapak bina, kebajikan buruh, bentuk-bentuk kebajikan di tapak bina, dan piawaian
berkaitan bagi mengenalpasti masalah dan isu penyelidikan. Objektif, tajuk dan skop
kajian akan ditetapkan dalam peringkat ini hasil daripada perbincangan bersama
penyelia. Keseluruhannya, bab ini mengandungi pengenalan, penyataan masalah,
objektif kajian, skop kajian, kepentingan kajian, metodologi kajian dan organisasi
bab.

Bab 2: Kajian Literatur

Dalam bab ini, kajian literatur akan dilakukan berdasarkan sumber-sumber


seperti buku, jurnal, artikel, laporan, internet dan bahan bacaan yang lain. Topiktopik yang terdapat dalam bab ini adalah yang berkaitan tajuk kajian dan akan
menerangkan dengan lebih terperinci berkaitan cabaran-cabaran utama yang dihadapi

17
oleh kontraktor dalam memenuhi piawaian kebajikan buruh di tapak dan langkahlangkah yang perlu diambil oleh kontraktor untuk mengatasi cabaran-cabaran
tersebut.
Bab 3: Metodologi Kajian

Bab ini akan menjelaskan berkaitan dengan metodologi yang digunakan


dalam melaksanakan kajian ini. Perkara-perkara yang akan diterangkan dalam bab
ini terdiri daripada pengenalan, kajian awalan, pengumpulan data, lokasi kajian,
sampel kajian dan analisis data.

Bab 4: Analisis Data dan Keputusan

Penganalisisan data akan dilaksanakan dalam bab ini selepas pengumpulan


data diterima. Analisis data dilakukan bagi mendapatkan hasil keputusan kajian,
untuk memenuhi objektif dan matlamat kajian.

Bab 5: Kesimpulan Dan Cadangan

Bab ini mengandungi cadangan dan kesimpulan kajian yang dilaksanakan.


Cadangan kajian untuk masa depan akan dibincangkan bagi mengatasi masalah yang
dihadapai semasa kajian dilaksanakan.

18

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan
Industri binaan merupakan salah sebuah industri yang disenaraikan
sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara.
Kepentingan industri binaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui penglibatan
pembinaan dalam pelbagai industri serta meliputi pelbagai bidang.
Dewasa ini, bilangan projek pembinaan kian bertambah ekoran dasar
urbanisasi Negara. Hal yang demikian, permintaan terhadap buruh binaan
juga bertambah untuk menjalankan aktiviti pembinaan di sesebuah tapak
bina.

Buruh binaan berperanan dalam merealisasikan kejayaan sesebuah

projek pembinaan.
Sehubungan dengan itu, produktiviti buruh tapak bina sering dikaitkan
dengan isu keselamatan, dan kesihatan pekerja. Namun begitu, isu kebajikan
juga penting untuk diambil berat seiring dengan permintaan buruh yang
tinggi di tapak bina. Tahap kebajikan buruh di tapak bina mempengaruhi
motivasi buruh untuk bekerja dengan lebih baik demi produktiviti yang tinggi
dan kualiti kerja yang cemerlang.

19
Bagi memenuhi piawaian kebajikan buruh, keperluan bagi meneliti isu yang
berkaitan dengan kebajikan buruh di tapak bina adalah amat penting.

2.2

Definisi
Beberapa istilah akan selalu digunakan dalam pendekatan kajian ini.
Oleh itu, bagi memberikan pemahaman yang lebih, beberapa isitilah perlu
diberikan takrifan.

2.2.1

Kontraktor pembinaan
Menurut Jamil (2010), Kontraktor dapat didefinisikan sebagai satu
badan atau pihak yang bertanggungjawab untuk merealitikan gambar atau
lukisan yang disediakan oleh pereka bentuk kepada bentuk dan saiz sebenar
yang telah ditetapkan mengikut kontrak. Kontraktaor juga merupakan agen
atau pihak utama yang bertanggungjawab untuk melaksanakan idea yang
diterjemahkan dalam bentuk lukisan kepada bentuk dan spesifikasi sebenar
sesuatu binaan.

I.

Kontraktor utama
Kontraktor

utama

merupakan

seseorang

yang

pakar

dan

berpengetahuan dalam bidang pembinaan dan kerja-kerja kejuruteraan awam


ataupun kedua-duanya sekali. Kontraktor utama ini akan menandatangani
kontrak antara pihak kontraktor dan pihak gunawan atau majikan. Kontraktor
utama

ini

akan

melaksanakan

projek pembinaan

sehingga

selesai

sebagaimana yang terkandung dalam dokumen kontrak. Kontraktor utama


akan melaksanakan proses pembinaan ini samada dengan menggunakan
tenaga kerja yang dimilikinya sendiri ataupun mengambil subkantraktor
ataupun kedua-duanya sekali.

20
II.

Kontraktor domestik
Domestik kontraktor adalah terdiri daripada berbagai jenis kontraktor
yang melakukan kerja mengikut tred-tred tertentu mengikut kepakaran dan
keupayaan masing-masing. Domestik kontraktor dapat dibahagikan kepada
tiga jenis utama iaitu:

a. Subkontraktor kerja dikenali sebagai subkontraktor bahan dan buruh


dan membekalkan semua bahan dan buruh yang terlibat untuk sesuatu
kerja subkontrak.
b. Subkontraktor bahan dimana ia membekalkan bahan-bahan binaan
untuk tempoh pembinaan dijalankan. Ia biasanya akan dipilih oleh
pihak majikan dan ianya dikenali sebagai pembekal dinamakan.
c. Subkontraktor buruh dimana kontraktor ynag membekalkan buruh
untuk melaksanakan kerja kontrak bangunan. Ianya membekalkan
buruh mahir, separa mahir dan kurang mahir.
III.

Subkontraktor dinamakan
Subkontraktor dinamakan adalah merupakan subkontraktor yang

dilantik oleh pihak Klien. Kontraktor ini menjalankan kerja-kerja pembinaan


mengikut kepakaran masing-masing. Subkontraktor dinamakan ini biasanya
melakukan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal serta perkhidmatan
bangunan.

2.2.2

Piawaian
Secara Amnya, piawaian adalah definisi bertulis, had, atau peraturan,

diluluskan dan dipantau bagi pematuhan oleh agensi berwibawa atau badan
profesional atau diiktiraf sebagai penanda aras minimum yang boleh diterima.
Piawaian boleh diklasifikasikan sebagai standard dan spesifikasi kerajaan atau agensi

21
berkanun

yang dikuatkuasakan oleh undang-undang, piawaian hak milik yang

dibangunkan oleh firma atau organisasi dan diletakkan di dalam lingkungan awam
untuk menggalakkan penggunaan meluasnya, dan voluntary standards yang
ditubuhkan oleh perundingan dan consensus, tersedia untuk digunakan oleh manamana pihak, organisasi, atau industri (BusinessDictionary, 2016).
Mengikut definisi oleh General Agreement on Tariffs and Trade (GATT)
, teknikal spesifikasi yang terkandung dalam dokumen yang menggariskan ciri-ciri
produk yang seperti tahap kualiti, prestasi, keselamatan, atau dimensi. Piawaian
mungkin termasuk atau berurusan secara eksklusif dengan istilah, simbol, ujian dan
kaedah, pembungkusan, atau keperluan pelabelan sebagaimana ia terpakai bagi
sesuatu produk.
Antara piawaian kebajikan buruh yang digunakan di Malaysia dan luar
negara dalam menyediakan kebajikan buruh di tapak bina adalah:
I.
II.

Akta standard minimum perumahan dan kemudahan pekerja 1990

III.

Akta keselamatan dan kesihatan pekerja 1994

IV.

Akta kilang dan mesin 1967 (Akta 139)

V.

2.2.3

Undang-undang kecil bangunan seragam 1984

Akta kerja 1955 (akta 265)

IV.

Safety, health and welfare on construction site: A training manual


(ILO)

V.

Construction (Design and Management) Regulations 2015 (CDM


2015 United Kingdom)

Buruh pembinaan
Buruh adalah mereka yang berkerja pada usaha individu dan diberikan
ganjaran kerja secara harian maupun borongan sesuai dengan kesepakatan
kedua belah pihak, baik lisan maupun tertulis, yang biasanya ganjaran kerja
tersebut diberikan secara harian (Tanjil, 2013).

22

Buruh binaan bekerja di semua tapak pembinaan, melakukan pelbagai


tugas dari yang mudah kepada yang amat sukar dan berbahaya. Walaupun
banyak tugas-tugas yang mereka lakukan memerlukan beberapa latihan dan
pengalaman, kebanyakan buruh biasanya memerlukan sedikit kemahiran dan
boleh dipelajari dengan cepat (Sokanu, 2016).

Buruh binaan terbahagi

kepada beberapa kategori, iaitu:

I.

Buruh mahir

Merupakan buruh yang mahir dan cekap dalam melakukan kerja-kerja


pembinaan serta terdedah kepada penggunaan peralatan yang baru dan juga terdedah
dengan kemahiran-kemahiran baru yang penting bagi mereka untuk melaksanakan
kerja yang diamanahkan. Ini juga membawa maksud bahawa mereka merupakan
pekerja binaan yang terlibat dalam kerja-kerja yang memerlukan kepakaran.

II.

Buruh separa mahir

Buruh separa mahir pula merupakan buruh yang mempunyai kemahiran di


dalam satu atau lebih cabang pembinaan tetapi tidak mencapai tahap kemahiran yang
dipunyai oleh buruh mahir. Oleh demikian, buruh-buruh ini lazimnya merupakan
pembantu kepada buruh mahir walaupun ada ketikanya mereka dapat menghasilkan
kerja-kerja yang setaraf dengan buruh mahir.

III.

Buruh tidak mahir

Buruh tidak mahir pula merupakan buruh yang tidak mempunyai


kemahiran dalam mana-mana cabang pembinaan tetapi bekerja di dalam
tapak pembinaan untuk melakukan kerja-kerja asas seperti mengangkut
bahan, membersihkan pejabat tapak dan pelbagai lagi kerja-kerja am yang
lain.

23

2.2.4

Kebajikan buruh
kebajikan Buruh adalah satu konsep yang fleksibel dan elastik. makna
dan implikasinya amat berbeza dengan masa, wilayah, industri, negara, nilainilai sosial dan adat, pembangunan ekonomi umum rakyat dan ideologi
politik yang wujud pada saat-saat tertentu. Oleh itu, definisi yang tepat agak
sukar.
Dalam Persidangan Serantau Asia kedua International Labour Office,
telah menyatakan bahawa kebajikan buruh boleh difahami dengan maksud
"perkhidmatan seperti, fasiliti dan kemudahan yang boleh ditubuhkan di
dalam atau di sekitar pengusahaan untuk membolehkan orang yang diambil
kerja dalam mereka untuk melaksanakan kerja mereka dalam persekitaran
yang sihat dan aman untuk mendapatkan kemudahan yang meningkatkan
kesihatan dan semangat yang tinggi." (Chand, 2016).
Kebajikan buruh telah ditakrifkan dalam pelbagai cara, walaupun
tiada definisi tunggal mendapat penerimaan sejagat.

Kamus The Oxford

mentakrifkan kebajikan buruh sebagai Usaha untuk menjadikan kehidupan


bernilai untuk hidup pekerja. Kamus Chambers mentakrifkan kebajikan
sebagai Satu keadaan membayar atau lakukan dengan baik. Kebebasan dari
bencana, menikmati kesihatan dan kesejahteraan (Shobha & Dr Manju,
2007).

2.2.5

Tapak bina
Tempat di mana bangunan yang sedang dibina atau dibaiki. Menurut Kamus

Dewan Bahasa, tapak bina adalah tanah tempat pembinaan atau pembaikan
bangunan.

24
2.3

Cabaran utama yang dihadapi oleh Kontraktor dalam memenuhi


piawaian kebajikan buruh di tapak bina

2.3.1

Pengenalan

Isu kemalangan dan kepentingan kebajikan buruh dalam industri


pembinaan sering kali kedengaran kurang memuaskan.

Ramai pihak

menuding jari ke arah pihak kontraktor selaku majikan kepada buruh-buruh


binaan. Hal ini berlaku kerana sifat industri pembinaan yang mencabar telah
menyebabkan aspek kebajikan buruh tapak bina kurang memuaskan. Oleh
itu, kajian literatur ini ingin mengkaji apakah cabaran utama yang dihadapi
oleh kontraktor dalam memenuhi piawaian kebajikan buruh di tapak bina.

2.3.2

Mengatur untuk pengurusan projek di tapak bina

Pengurusan projek pembinaan memerlukan pengetahuan pengurusan moden


serta pemahaman tentang reka bentuk dan proses pembinaan.

Projek-projek

pembinaan mempunyai objektif khusus dan set kekangan seperti tempoh masa yang
diperlukan untuk siap (Chris, 2000).
Secara khusus, pengurusan projek dalam pembinaan merangkumi set objektif
yang boleh dicapai dengan melaksanakan siri operasi tertakluk kepada kekangan
sumber. Terdapat potensi konflik antara objektif yang dinyatakan dengan mengambil
kira skop, kos, masa dan kualiti, dan kekangan yang dikenakan ke atas bahan,
manusia dan sumber kewangan. Konflik-konflik ini perlu diselesaikan di peringkat
permulaan projek dengan mewujudkan alternatif baru. Fungsi-fungsi pengurusan
projek untuk pembinaan umumnya termasuklah :

25
I.

Spesifikasi objektif projek dan rancangan termasuk persempadanan skop,


belanjawan, penjadualan, menetapkan keperluan prestasi, dan memilih
peserta projek.

II.

Memaksimumkan penggunaan sumber yang cekap melalui perolehan buruh,


bahan dan peralatan mengikut jadual dan perancangan yang ditetapkan.

III.

Pelaksanaan pelbagai operasi melalui penyelarasan dan perancangan


kawalan, reka bentuk, menganggarkan, kontrak dan pembinaan di seluruh
proses yang betul.

IV.

Pembangunan komunikasi dan mekanisme berkesan untuk menyelesaikan


konflik di kalangan pelbagai peserta.

2.3.3

Keperluan tenaga kerja

Industri pembinaan di Malaysia telah mengalami kekurangan tenaga kerja


yang kritikal. Sumber tenaga kerja tempatan tidak dapat menampung permintaan
tenaga kerja binaan yang semakin meningkat. Ini menyebabkan kontraktor lebih
cenderung untuk mengambil tenaga kerja asing. Pengambilan tenaga kerja asing
yang terlalu ramai telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan taburan tenaga
kerja binaan di tapak bina. Keadaan ini telah membawa kepada pelbagai implikasi
yang negatif terhadap industri pembinaan itu sendiri.
Menurut Sumpi Tana (2013), tenaga kerja atau buruh adalah sumber manusia
sangat penting yang memainkan peranan penting dalam kejayaan mana-mana projek.
Keputusan yang baik sudah tentu tidak boleh dicapai tanpa adanya tenaga kerja
mahir dan tidak mahir yang mencukupi.

Jangkaan kemajuan pembinaan boleh

dicapai hanya melalui pencapaian man-hour berkesan dan menemui tarikh peristiwa
penting yang dijadualkan. Oleh itu, pengurusan tenaga kerja yang berkesan dan
peningkatan produktiviti pekerja adalah keperluan kritikal untuk mengurangkan kos
buruh dan dengan itu meningkatkan keuntungan untuk syarikat.

26

Lazimnya, projek pembinaan memerlukan tenaga kerja yang banyak. Hal itu,
tanggungjawab kontraktor terhadap pekerjanya adalah menjaga kebajikan mereka di
tapak bina. Di tapak bina terdapat jenis buruh mengikut pertukangan, seperti:

2.3.4

Penapis Paip
Pemasang lapisan Lembaran Logam
Tukang Cat
Paperhangers
Pemasang Drywall
Pemasang Jubin
Taper
Masons Cement
Pengemas Konkrit,
Segmental Pavers
Tukang Batu Bata
Stonemasons
Insulation Workers
Pekerja Saluran
Tukang Kayu
Electrician

Peranan kontraktor dari aspek pengurusan sumber manusia dalam


pembinaan

Pengurusan sumber manusia (PSM) adalah proses menguruskan orang dalam


organisasi. Dalam pembinaan, PSM terutamanya berkenaan dengan memastikan
projek mempunyai sumber manusia yang mencukupi, dengan set kemahiran tepat
dan pengalaman, demi kejayaan projek. Pengurus sumber manusia atau pengurus
projek perlu dapat mengenalpasti peranan dan tanggungjawab dokumen projek, dan
membangunkan pelan yang menerangkan proses akhir-ke-akhir yang diperlukan
dalam projek (atau siri projek) untuk menentukan keperluan sumber manusianya
(Designing Buildings Wiki, 2016a).
Industri pembinaan merupakan salah satu sektor yang paling mencabar, rumit
dan bermasalah untuk menguruskan orang, seperti:

27
I.

Realiti operasi yang dihadapi oleh organisasi pembinaan, terdapat risiko


keperluan pekerja yang ditundukkan oleh kebimbangan prestasi.

II.

Terdapat masa yang tidak mencukupi untuk perancangan strategik kerana


kecenderungan pada penganugerahan projek-projek pembinaan yang akan
diberikan dalam masa yang singkat berikutan tawaran tender yang kompetitif.

III.

Terdapat kecenderung untuk menjadi tenaga kerja sementara yang terdiri


daripada kontraktor dan subkontraktor berbeza.

Terdapat kecenderungan

yang semakin meningkat bagi organisasi industri pembinaan untuk melantik


sub-perunding dan sub-kontraktor dengan kemahiran yang bersesuaian untuk
projek-projek tertentu, dan bukannya membuat pelantikan kekal.

Ini

memberikan fleksibiliti yang lebih besar tetapi boleh membuatkan latihan dan
perancangan jangka panjang lebih sukar.
IV.

Tenaga kerja yang boleh bekerja lebih masa, menuntut perbelanjaan


perjalanan yang tinggi, berlatar belakang dari pelbagai negara dan budaya
kerja yang berbeza, dan sebagainya.

V.

Perolehan buruh cenderung menjadi tinggi di projek-projek pembinaan.

VI.

Terdapat banyak risiko kesihatan dan keselamatan yang perlu diuruskan.

VII.

Terdapat sejumlah besar keperluan undang-undang yang perlu dipenuhi.

Pengurusan sumber manusia biasanya melibatkan bidang teras berikut:


I.
II.

rekabentuk kerja dan analisis.


Perancangan tenaga kerja.

III.

Pengambilan dan pemilihan.

IV.

Latihan dan pembangunan.

V.

Pengurusan Prestasi.

28
VI.
VII.

Pampasan (ganjaran).
Isu undang-undang.
Peranan kontraktor dalam pengurusan sumber manusia:

I.
II.

Menentukan keperluan untuk kakitangan.


Merekrut dan melatih kakitangan sementara dan kekal seperti yang
dikehendaki.

III.

Mengurus gaji pekerja, faedah dan pampasan.

IV.

Berkomunikasi dengan pekerja.

V.
VI.
VII.
VIII.
IX.

Menyelesaikan pertikaian .
Menilai prestasi.
Menguruskan perhubungan pekerja.
Memastikan peluang yang sama.
Memastikan kemudahan fasiliti tapak sesuai dan diselenggarakan dengan
baik.

2.3.5

Tanggungjawab dalam Kesihatan, Keselamatan Dan Kebajikan Pekerja

Di sebalik peningkatan kesedaran dan pengiktirafan daripada bahaya-bahaya


aktiviti pembinaan, industri ini kekal sebagai salah satu sektor yang paling berbahaya
di mana untuk bekerja.

Hampir semua literatur dan panduan mengenai isu-isu

keselamatan pembinaan bermula dengan beberapa jenis kenyataan mengenai rekod


keselamatan yang lemah dalam industri dan keperluan untuk penambahbaikan.

29
Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan negara adalah industry pembinaan yang
paling berbahaya di mana untuk bekerja.
Sebagai contoh, pembinaan di Eropah menyumbang lebih 15 peratus daripada
kemalangan di tempat kerja walaupun mewakili kurang daripada 10 peratus daripada
penduduk bekerja.

Dalam pembinaan AS adalah sebanyak 19 peratus daripada

kematian di tempat kerja, manakala mencakupi hanya 6 peratus daripada tenaga kerja
(Jabatan Buruh Amerika Syarikat 1999). Di Australia kadar pampasan kecederaan
dan penyakit dalam industri pembinaan adalah 37.4 per 1,000 pekerja, yang
merupakan 63 peratus lebih tinggi daripada purata semua industri 22.9. Statistik
lebih membimbangkan apabila seseorang menyedari bahawa mereka lalai untuk
mempertimbangkan beribu-ribu kecederaan tanpa rekod dan penyakit terpendam
yang berlaku dari hasil langsung kerja-kerja pembinaan (Martin, Andrew, & Helen,
2003).
Akta kesalamatan dan kesihatan pekerja 1994 Malaysia (akta 514, seksyen
15), menyatakan bahawa kontraktor atau majikan bertanggungjawab dalam
memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di
tapak bina.

2.3.6

Kewajipan Kontraktor Utama Yang Perlu Dipertimbangkan dalam


akitiviti pembinaan (senarai semak)

Menurut David (2016), kontraktor utama mempunyai tanggungjawab utama


bagi keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa fasa pembinaan projek-projek,
dan mempunyai tugas untuk merancang, mengurus, memantau dan menyelaras fasa
pembinaan dengan mengambil kira prinsip-prinsip umum pencegahan untuk
memastikan:
I.
II.

Keselamatan dan Kesihatan


Projek dijalankan tanpa risiko kepada kesihatan atau keselamatan.
Pelan fasa pembinaan

30
Disediakan secepat yang dapat dilaksanakan sebelum menubuhkan sebuah
tapak pembinaan dan dikemaskini, dikaji dan disemak semula supaya ia terus
mencukupi.
III.

Penyelarasan pelaksanaan keperluan undang-undang


Berkaitan untuk memastikan majikan dan lain-lain menggunakan prinsip
umum pencegahan dalam cara yang konsisten dan mengikut pelan fasa
pembinaan.

IV.

Latihan kontraktor dan lain-lain


Di mana memastikan maklumat penting, arahan dan latihan diterima dan
pengawasan sesuai dipatuhi.

V.
VI.

Merangka peraturan tapak.


Kebajikan
Memastikan pematuhan sepanjang fasa pembinaan.

VII.
VIII.
IX.

Menyediakan induksi tapak.


Menghalang akses tanpa kebenaran.
Kerjasama tenaga Kerja
Perkiraan yang akan membolehkan kontraktor utama dan pekerja untuk
bekerjasama dengan berkesan dalam menggalakkan dan membangunkan
langkah-langkah untuk memastikan kesihatan dan keselamatan di tempat
kerja dan memeriksa keberkesanannya.

X.

Perundingan tenaga kerja


Berunding dengan pekerja dalam masa yang baik mengenai perkara-perkara
yang berkaitan dengan projek yang boleh menjejaskan kesihatan, keselamatan
atau kebajikan mereka.

XI.

Komunikasi tenaga kerja


Memastikan pekerja boleh memeriksa dan mengambil salinan-salinan
maklumat tertentu.

XII.

Paparkan pemberitahuan projek pada tapak pembinaan.

31

2.3.7

Kebajikan buruh di tempat kerja mempengaruhi kepuasan berkerja

Langkah-langkah kebajikan buruh disediakan dalam sesebuah organisasi


mempengaruhi sikap pekerja terhadap kerja. Kemudahan kebajikan buruh yang
memenuhi keperluan kakitangan, boleh memperbaiki kehidupan bekerja, kehidupan
keluarga mereka dan kebajikan secara keseluruhan. Kemudahan kebajikan buruh
yang disediakan oleh organisasi akan mementukan pengaruh kepuasan bekerja di
kalangan buruh binaan.
Kepuasan bekerja buruh akan mempengaruhi kualiti dan produktivi buruh di
tapak bina. Kontraktor bertanggungjawab dalam memenuhi keperluan kebajikan
buruh di tapak bina untuk memotivasikan pekerjanya dan meningkatkan kepuasan
bekerja di mana boleh mempengaruhi sikap mereka terhadap kerja yang dilakukan.
Satu penyiasatan telah dijalankan oleh Goyal (1995), yang mengkaji
kesedaran kemudahan kebajikan buruh dan membawa keluar hubungan antara
kemudahan kebajikan pekerja dan kepuasan kerja dalam kajian beliau bertajuk
Kebajikan Buruh dan Kepuasan Kerja.

Kajian ini menganalisa kesan langkah-

langkah kebajikan buruh terhadap kepuasan kerja dalam industri tekstil di Punjab,
tahap kesedaran dan pelaksanaan langkah-langkah kebajikan buruh di kalangan
pekerja dan sejauh mana langkah-langkah ini telah berjaya untuk memperbaiki
kehidupan pekerja. Dalam kajian beliau satu kajian perbandingan telah dibuat antara
enam industri tekstil kapas di Punjab milik swasta, awam, dan sektor koperasi.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa majoriti pekerja tekstil berpuas hati
dengan kerja mereka. Walau bagaimanapun unit sektor swasta mempunyai bilangan
maksimum pekerja berpuas hati manakala sektor koperasi mempunyai bilangan
maksimum pekerja tidak berpuas hati dengan kerja mereka. Kajian ini menekankan
hubungan yang positif antara tahap kepuasan dengan pelaksanaan pelbagai langkahlangkah kebajikan tenaga kerja dengan kepuasan kerja.

Ia juga mendedahkan

bahawa pekerja berpuas hati dengan langkah-langkah kebajikan pekerja seperti gaji,

32
kemudahan perumahan dan faedah persaraan seperti ganjaran dan kumpulan wang
simpanan, dan faedah perubatan.
Kemudahan kebajikan hendaklah dilaksanakan sebaiknya berserta langkahlangkah kebajikan buruh supaya tahap kepuasan kerja meningkatkan di kalangan
buruh, seterusnya boleh membantu dalam meningkatkan produktiviti dan moral
buruh.

2.3.8

Kewajiban kontraktor untuk memenuhi keperluan kebajikan buruh di


tapak bina mengikut akta/piawaian dalam dan luar negara

I.

Construction (Design and Management) Regulations 2015 (CDM 2015)


(United Kingdom Regulation)
Undang-undang ini meliputi pengurusan kesihatan, keselamatan dan
kebajikan semasa menjalankan projek pembinaan.

Undang-undang ini menjadi

panduan kepada pihak yang perlu atau harus untuk memenuhi kewajiban undangundang di bawah CDM 2015.

Sebarang tindakan yang diambil harus sentiasa

setimpal dengan risiko dalam projek pembinaan (Executive Health and Safety, 2015).
Di bawah CDM 2015, organisasi atau individu boleh menjadi satu atau lebih
dalam projek. Pemegang tugas berbeza diringkaskan dalam Jadual 1. Jadual tidak
termasuk segala kewajipan, ia juga tidak membezakan antara tugas yang mutlak
(pemegang tugas mesti mematuhi undang-undang tersebut), dan tugas-tugas yang
layak dengan istilah seperti setakat yang boleh dilaksanakan atau itu setakat yang
semunasabahnya praktik (pemegang tugas harus mematuhinya).

Jadual 2.1 : Ringkasan peranan dan tugas di bawah CDM 2015


Pemegang tugas CDM 2015
Ringkasan Peranan / Tugas Utama
Kontraktor utama adalah kontraktor yang Merancang, mengurus, memantau dan
dilantik oleh pelanggan untuk menyelaras menyelaras kesihatan dan keselamatan
fasa pembinaan projek di mana ia dalam fasa pembinaan projek. Ini termasuk:
melibatkan lebih daripada satu kontraktor

33

berhubung dengan pelanggan dan pereka


utama;
menyediakan pelan fasa pembinaan;
menganjurkan
kerjasama
antara
kontraktor dan menyelaraskan kerja
mereka.

Memastikan:
induksi yang sesuai tapak disediakan;
langkah yang munasabah telah diambil
untuk menghalang capaian yang tidak
dibenarkan;
pekerja berunding dan terlibat dalam
mendapatkan kesihatan dan keselamatan
mereka; dan
kemudahan kebajikan disediakan
Kontraktor
adalah
mereka
yang Merancang, mengurus dan memantau
melakukan kerja-kerja pembinaan sebenar
kerja-kerja pembinaan di bawah kawalan
dan boleh sama ada individu atau syarikat.
mereka supaya ia dijalankan tanpa risiko
kepada kesihatan dan keselamatan.
Bagi projek-projek yang melibatkan
lebih
daripada
satu
kontraktor,
menyelaras
aktiviti-aktiviti
mereka
dengan orang lain dalam pasukan projek
- khususnya, mematuhi arahan yang
diberikan kepada mereka oleh pereka
bentuk utama atau kontraktor utama.
Bagi projek-projek tunggal-kontraktor,
menyediakan pelan fasa pembinaan.
Pekerja adalah orang-orang yang bekerja
Mereka mesti:
untuk atau di bawah kawalan kontraktor di
dirunding mengenai perkara-perkara
tapak pembinaan.
yang memberi kesan kepada kesihatan,
keselamatan dan kebajikan mereka;
menjaga kesihatan mereka sendiri dan
keselamatan dan lain-lain yang mungkin
terjejas oleh tindakan mereka;
melaporkan apa-apa yang mereka lihat
yang mungkin membahayakan sama ada
kesihatan dan keselamatan mereka
sendiri atau orang lain;
bekerjasama dengan majikan mereka,
rakan-rakan pekerja, kontraktor dan
pemegang tugas lain.
(Sumber: Health and Safety Executive)

34

II.

Safety, Health And Welfare At Work (Construction) Regulations 2013


(Statutory Instruments Of Dublin)

Tujuan peraturan ini adalah untuk menetapkan keperluan utama untuk


melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang bekerja di tapak
pembinaan dan untuk memberi kesan lanjutan kepada Majlis Arahan 92/57 / EEC
pada keperluan minimum keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan sementara
atau mudah alih.
Peraturan-Peraturan ini dibuat untuk menjelaskan dan mengukuhkan
kewajipan am semua pihak berkenaan memastikan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan dalam kerja-kerja pembinaan, termasuk Pelanggan, Penyelia Projek,
Pereka Bentuk, Kontraktor dan Pekerja.
Peraturan-Peraturan ini terpakai bagi semua projek pembinaan termasuk
pengubahan, hiasan, penyelenggaraan dan pembaikan bangunan dan pemasangan,
penyelenggaraan dan penyingkiran sistem mekanikal dan lain-lain tetapan dalam atau
struktur.

Mereka meletakkan kewajipan ke atas pelanggan dan pereka untuk

memastikan keselamatan dan kesihatan diambil kira sebelum sebarang kerja-kerja


pembinaan bermula (Goverment Republic of Ireland, 2013).
III.

International

Labour

Office:

Safety,

Health

And

Welfare

On

Construction Site (A Training Manual)


Manual ini bertujuan untuk menjadi pelengkap kepada kod amalan
International Labour Office, Keselamatan, kesihatan dan kebajikan dalam
pembinaan, yang diterbitkan oleh ILO pada tahun 1992, ia mengandungi cadangan
praktikal untuk kegunaan semua orang, baik dalam sektor awam dan swasta, yang
bertanggungjawab untuk keselamatan, kesihatan dan kebajikan dalam pembinaan.
Kandungan akan, bagaimanapun, juga menjadi perhatian terus kepada majikan dan
pengurusan kepada siapa yang banyak tugas dan bertanggungjawab untuk
mewujudkan keadaan kerja yang selamat dan sihat (International labour organization,
2016)

35

Ia telah diterbitkan dengan harapan akan disesuaikan dengan amalan kerja


tempatan dan diterjemahkan ke dalam bahasa pengguna akhir. Mereka yang telah
mencari dan mendapat pekerjaan dalam sektor pembinaan bimbang bahawa kerja
dilakukan perlu selamat dan keadaan di tapak pembinaan harus tidak menyebabkan
kerosakan kepada kehidupan, kesihatan dan kemahiran profesional.
Melalui panduan ini, urusan keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tapak
pembinaan akan membantu mereka untuk mempertimbangkan syarat keselamatan,
kesihatan dan kebajikan di tapak pembinaan di negara mereka dan boleh belajar
tentang penyelesaian terhadap masalah yang hadapi di tapak bina.

IV.

Peruntukan kebajikan dalam undang-undang Malaysia


Menurut Lai Jin Yu (2003), tanggungjawab majikan atau kontraktor dalam

menyediakan kebajikan pekerja di tapak bina telah di nyatakan dalam peraturan dan
undang di Malaysia. Undang-undang tersebut menyentuh tentang peranan kontraktor
dalam penyediaan keselamatan, kesihatan dan kebajikan buruh di tapak bina. Selain
itu, kontraktor bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan harian dan
kebajikan buruh di tapak bina sepanjang proses pembinaan berlangsung. Antara
peruntukan dan akta yang merangkumi kebajikan buruh di tapak bina adalah seperti
berikut:

2.3.9

Undang-undang kecil bangunan seragam 1984


Akta standard minimum perumahan kemudahan pekerja 1990
Akta keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja 1994
Akta kilang dan mesin 1967 (akta 139)
Akta kerja 1955 (akta 265)

Standard minimum kemudahan kebajikan di tapak bina

Standard minimum kemudahan kebajikan perlu disediakan di tapak


pembinaan dengan mematuhi peraturan dalam projek tertentu.

Kepuasan akta

36
keselamatan dan kesihatan dan peraturan boleh dicapai dengan menyediakan
kemudahan optimum melalui penilaian maksimum dan minimum pekerja-pekerja
binaan.

Orang yang bertanggungjawab di tapak pembinaan perlu sentiasa

memastikan bahawa keperluan undang-undang kebajikan pekerja dipenuhi.


Walau bagaimanapun, hanya dengan menyediakan dan menguatkuasakan
peraturan preskriptif dan prosedur tidak mencukupi untuk memupuk tingkah laku
yang selamat di tempat kerja. Kebanyakan majikan pembinaan sekarang mempunyai
dasar keselamatan dalam organisasi sendiri, tetapi mereka perlu sentiasa
mengemaskini polisi tersebut. Objektifnya adalah untuk menggambarkan apa yang
sebenarnya berlaku, dan untuk memastikan dasar itu tidak terdiri dari senarai tidak
mungkin akan dipenuhi.
Penyediaan kemudahan kebajikan di tapak pembinaan sementara dan
penyediaan kemudahan kebajikan tetap di tapak pembinaan yang disediakan oleh
Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan sering digunakan sebagai panduan di United
Kingdom. Panduan ini mengenai penyediaan kemudahan kebajikan minimum yang
mesti disediakan atau disediakan kepada pekerja-pekerja di tapak pembinaan
(Essays, 2013).
Kemudahan kebajikan yang baik bukan sahaja meningkatkan kebajikan
pekerja tetapi juga meningkatkan kecekapan. kemudahan yang boleh disediakan dan
disenggarakan oleh satu kontraktor atau kontraktor individu untuk semua pekerja.
Kemudahan kebajikan umum yang disediakan di tapak bina termasuk:

Tempat tinggal
Kemudahan sanitasi dan tandas
kemudahan mencuci
Air minuman
Bilik persalinan dan loker
Kemudahan rehat
Kemudahan mandi
Tempat tinggal sementara
Kantin

37

2.4

Langkah-langkah yang boleh diambil oleh kontraktor untuk mengatasi


cabaran-cabaran utama dalam memenuhi piawaian kebajikan buruh di
tapak bina

2.4.1

Pengenalan

Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh kontraktor dalam memenuhi


piawaian kebajikan buruh di tapak bina. Hal yang demikian, subtopik ini akan
membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kontraktor untuk
mengatasi cabaran-cabaran tersebut.

2.4.2

Perancangan kemudahan kebajikan

Perancangan kesihatan dan keselamatan yang baik akan membantu untuk


memastikan bahawa projek diurus dengan baik. Selain itu, kos dan masalah yang
tidak dapat dijangka dikurangkan (Essays, 2013).
Semasa di peringkat perancangan, pertimbangan hendaklah dilakukan
sebelum menyediakan apa-apa kemudahan.

Pertimbangan tersebut termasuklah

pertimbangan lokasi yang selamat dan sihat, penggunaan piawaian pembinaan yang
sesuai, penyediaan tempat tinggal yang mencukupi dan kebersihan.
Kontraktor adalah penting untuk memastikan pengaturan kebajikan telah jelas
disediakan dalam pelan kesihatan dan keselamatan di mana peraturan-peraturan dan
perundangan digunakan.
Pastikan kemudahan kebajikan bersesuaian dengan saiz tapak, jenis kerja, dan
bilangan orang yang akan menggunakannya. Contoh jenis kerja, di mana

38
mempertimbangkan peruntukan pancuran mandi jika projek itu melibatkan bahanbahan berbahaya atau kerja yang sangat kotor seperti penyelenggaraan pembetungan,
debu aktiviti perobohan seperti kerja-kerja dengan tanah tercemar atau menuang
konkrit.
Jarak pekerja untuk mencapai kemudahan kebajikan perlu diambil kira juga.
Sifat tepat kemudahan juga bergantung pada tempoh kerja dan kedudukan lokasi
yang berbeza-beza.

Akhir sekali, pertimbangan perlu diambil sama ada

memindahkan semula kemudahan kebajikan semasa fasa pembinaan.

2.4.3

Prinsip kejayaan pelaksanaan aktiviti kebajikan

Menurut Shobha dan Dr. Manju (2007),

kejayaan aktiviti kebajikan

bergantung kepada pendekatan yang telah diambil kira dalam menyediakan aktiviti
kepada pekerja.

Dasar kebajikan perlu dipandu oleh moral idealistik dan nilai

manusia. Setiap usaha perlu dibuat untuk buruh dalam pilihan aktiviti kebajikan
mereka.
Terdapat majikan yang menganggap semua aktiviti kebajikan buruh sebagai
liabiliti undang-undang yang membebankan. Terdapat pekerja yang kini menjadikan
aktiviti kebajikan sebagai hak sedia ada mereka. Kedua-dua pihak perlu menerima
aktiviti kebajikan yang mempunyai kepentingan bersama. Kemajuan membina dan
hal keadilan sosial boleh dicapai hanya jika aktiviti kebajikan diterima sebagai faktor
penting dalam kemajuan organisasi perniagaan kontraktor.
Kebajikan buruh bergantung kepada prinsip-prinsip asas tertentu. Berikut
adalah prinsip-prinsip di mana kejayaan pelaksanaan program-program kebajikan
bergantung (Shobha & Dr Manju, 2007) :

I.

Gaji yang mencukupi : Ukuran kebajikan Buruh tidak boleh menjadi


pengganti untuk gaji. Pekerja mempunyai hak untuk gaji yang mencukupi.
Tetapi kadar upah yang tinggi semata-mata tidak boleh mewujudkan suasana

39
yang sihat, dan tidak juga membawa komitmen di pihak buruh. Gabungan
antara kebajikan sosial, kebajikan emosi dan bersama-sama kebajikan
ekonomi akan mencapai keputusan yang baik.
II.

Liabiliti sosial Industri : Industri, mengikut prinsip ini mempunyai


tanggungjawab atau kewajipan terhadap buruhnya untuk menjaga kebajikan
mereka.

III.

Kesan ke atas Kecekapan : Ini memainkan peranan penting dalam


perkhidmatan kebajikan, dan berdasarkan kepada hubungan antara kebajikan
dan kecekapan. Walaupun sukar untuk mengukur hubungan ini. Programprogram untuk perumahan, pendidikan dan latihan, penyediaan diet seimbang
dan langkah-langkah perancangan keluarga adalah sebahagian daripada
program-program penting kebajikan buruh yang meningkatkan kecekapan
pekerja, terutamanya di negara-negara kurang maju atau membangun.

IV.

Peningkatan Personaliti : Perkembangan personaliti buruh sebagai matlamat


kebajikan, mengikut prinsip ini, perlu mengatasi kesan-kesan yg merosakan
sistem perindustrian. Oleh itu, ia perlu untuk melaksanakan perkhidmatan
kebajikan buruh. Kedua-dua di dalam dan di luar tapak bina.

V.

Kebajikan keseluruhan : Menekankan bahawa konsep kebajikan buruh


mesti di seluruh hierarki organisasi.

Buruh di semua peringkat mesti

menerima sepenuhnya program kebajikan buruh.


VI.

Penyelarasan atau Integrasi : Ini memainkan peranan yang penting dalam


menjayakan perkhidmatan kebajikan. Dari sudut ini, pendekatan yang
diselaraskan akan menggalakkan pembangunan sihat pekerja dalam kerjakerja mereka, rumah dan komuniti.

Ini penting demi keharmonian dan

kesinambungan dalam perkhidmatan kebajikan buruh.


VII.

Nilai-nilai demokrasi : Kerjasama pekerja adalah asas prinsip ini.


Perundingan dengan, dan persetujuan pekerja dalam penggubalan dan
pelaksanaan perkhidmatan kebajikan pekerja adalah sangat perlu untuk

40
kejayaan.

Prinsip ini berdasarkan kepada andaian bahawa buruh adalah

individu yang matang dan rasional

Demokrasi industrial adalah

penggeraknya. Pekerja akan merasa dihargai ketika program kebajikan buruh


dibuat oleh kontraktor.
VIII.

Tanggungjawab
bertanggungjawab

Ini
ke

atas

diperakui

hakikatnya

kebajikan

buruh.

bahawa

kontraktor

Seterusnya,

apabila

tanggungjawab dikongsi oleh kumpulan yang berbeza seperti klien, kerjakerja kebajikan buruh menjadi lebih mudah.
IX.

Akauntabiliti : Ini juga boleh dipanggil prinsip penilaian. Di sini, salah satu
orang yang bertanggungjawab dalam pihak kontraktor memberikan taksiran
atau penilaian perkhidmatan kebajikan sedia ada secara berkala kepada pihak
berkuasa yang lebih tinggi.

Ini adalah sangat perlu, kerana dengan itu

kontraktor boleh menilai dan menganalisis kejayaan program-program


kebajikan buruh.
X.

Tepat pada masanya : Ketepatan masa perkhidmatan kebajikan membantu


kejayaannya. Untuk mengenalpasti masalah buruh dan mengetahui apa jenis
bantuan adalah perlu untuk menyelesaikannya dan bila untuk menyediakan
bantuan ini. Semua itu sangat perlu dalam merancang program kebajikan
buruh. Tindakan yang tepat pada masanya ke arah yang betul adalah penting
dalam apa-apa penyediaan kebajikan buruh.

2.4.4

Pelan susun atur tapak untuk pembinaan

Pelan susun atur tapak disediakan oleh kontraktor sebagai sebahagian


daripada aktiviti digerakkan sebelum kerja-kerja di tapak bina bermula. Susun atur
tapak adalah bahagian yang penting dalam pengurusan pembinaan, kerana tapak bina
boleh menjadi tempat yang sangat kompleks di mana melibatkan penyelarasan dan
pergerakan besar kuantiti bahan bernilai tinggi seperti produk, loji dan manusia.
Susun atur tapak yang berkesan dan tepat boleh membantu dalam memastikan

41
bahawa kerja-kerja dijalankan dengan cekap dan selamat. Teliti dalam saiz dan
kedudukan kemudahan sementara boleh membantu mengurangkan masa perjalanan,
kesesakan, masa menunggu dan sebagainya serta membantu untuk membuat tapak
bina sebagai tempat kerja yang lebih berkesan dengan moral pekerja lebih baik
(Designing Buildings Wiki, 2016b).
Menurut Desingning Building Wiki, (2016b) kegagaln dalam merancang
susun atur tapak akan menyebabkan penyediaan kemudahan kebajikan di tapak bina
dalam keadaan teruk dan tidak berfungsi sepenuhnya.
Perancangan susun atur tapak untuk kemudahan kebajikan melibatkan empat
proses asas:

I.
II.

Mengenalpasti kemudahan tapak yang diperlukan.


Menentukan saiz, dan kekangan lain yang menggunakan kemudahan tersebut.

III.

Menubuhkan saling berhubungan antara kemudahan yang disediakan.

IV.

Mengoptimumkan susun atur kemudahan di tapak bina.

2.4.5

Langkah-langkah umum dalam penyediaan latihan keselamatan dan


kesihatan di tapak bina
Melalui latihan yang betul dan mencukupi, pengurus, penyelia dan pekerja

akan dapat menguruskan bahaya di tapak kerja. Tanpa mengira saiz organisasi latihan
hendaklah menjadi alat untuk mencegah kemalangan di tempat kerja dan mungkin
mendatangkan kecederaan dan kesakitan (Mohd Rosyaidi, 2013).
Menurut Mohd Rosyaidi (2013), rekod latihan dari semasa ke semasa
hendaklah disimpan untuk tujuan undang-undang dan sebagai rujukan masa depan
keperluan latihan kecekapan dan membuat keputusan.

42
Antara kaedah yang boleh diambil oleh kontraktor dalam melaksanakan
latihan keselamatan dan kesihatan di tapak bina, adalah (Mohd Rosyaidi, 2013):

I.

Mengenalpasti apakah keperluan latihan organisasi dan menyediakan


latihan matrik occupational safety and health (OSH).

Latihan matrik OSH adalah alat yang dapat membantu majikan dan penyelia
mengenalpasti apakah keperluan latihan untuk pekerja mereka. Matrik bertujuan
untuk menyusun senarai keperluan modul latihan OSH untuk melengkapkan pekerja
dengan kemahiran, pengetahuan dan maklumat untuk menguruskan pendedahan
bahaya secara berkesan semasa bekerja

II.

Menyediakan pelan latihan

Menyediakan pelan latihan mengikut keutamaan modul latihan dan


membangunkan jadual latihan untuk organisasi.

Ia adalah disyorkan daripada

undang-undang dan modul latihan pengurusan bahaya adalah didahulukan. Senarai


modul lain dalam latihan matrix OSH boleh disampaikan dalam arahan bersesuaian
dengan keperluan pekeraja.

III.

Memberikan latihan

Apabila pelan telah dibangunkan, melatih pekerja adalah mengikut kepada


pelan latihan dan jadual. Mmembangunkan modul latihan untuk perkarayang
meliputi dalam elemen spesifik pekerja. Memastikan bahawa maklumat adalah
senang untuk difahami dan cuba gunakan kaedah latihan yang pelbagai untuk
menyampaikan mesej.. Selain itu juga pastikan jurulatih mempunyai masa yang
cukup untuk menyediakan tempat dan sumber mereka. Latihan kecekapan haruslah
dijalankan oleh mereka yang berwibawa.
Rekod latihan tertentu sepeti nama dan masa dalam borang latihan apabila
latihan telah selesai. Sediakan rekod latihan dalam salinan fail daripada elektronik.

43

IV.

Penilaian latihan

Semak sama ada latihan berjalan atau tidak. Untuk memastikan program
latihan mencapai matlamat, penilaian latihan akan bernilai. Latihan hendaklah
mempunyai satu kompenen yang kritikal, satu kaedah mengukur keberkesanan
latihan.
Pelan untuk penilaian sesi latihan, sama ada bertulis atau idea keluar daripada
majikan, hendaklah dibangunkan apabila objektif khusus dan kandungan telah
dibangunkan. Ia tidak ditangguhkan sehingga latihan telah siap.
Penilaian akan dapat membantu majikan atau penyelia menentukan jumlah
pembelajaran telah dicapai dan sama ada prestasi pekerja telah meningkat dalam
kerja.

2.4.6

Panduan dalam menyediakan kemudahan kebajikan di tapak bina


mengikut manual latihan piawaian International Labour Office (ILO)

Manual latihan yang disediakan oleh ILO merupakan piawaian global


bertujuan memberi panduan kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam industri
pembinaan dalam memenuhi keperluan keselamatan, kesihatan dan kebajikan buruh
di tapak bina (International Labour Office, 1995)

I.

Kemudahan Sanitari

Undang-undang negara biasanya menetapkan jenis, bilangan dan mutu


kemudahan kebersihan yang perlu disediakan, tetapi sebagai panduan umum berikut
perlu dianggap sebagai praktikal minimum:

Bilangan mencukupi air tandas flush-type untuk lelaki, termasuk tempat


urinal yang mencukupi; tandas kimia boleh digunakan sebaliknya;

44

Bilangan mencukupi air tandas flush-type yang berasingan untuk wanita perlu

disediakan di tapak bina; lagi, tandas kimia sebagai alternatif;


Kemudahan sanitari harus direka dan dibina bagi melindungi penghuninya

dari pandangan dan memberi perlindungan dari cuaca;


Kedudukannya harus berasingan daripada mana-mana kantin atau bilik rehat;
Lantai yang tidak licin dan tidak telap;
Mempunyai pengudaraan dan pencahayaan dan/atau semuljadi yang berkesan
Sekurang-kurangnya 30 m dari mana-mana;
Dibina dengan penyelenggaraan yang mudah dan dibersihkan sekurangkurangnya setiap hari.

II.

Kemudahan membasuh

Kerja dalam industri pembinaan sering berdebu dan kotor, ia juga mungkin
melibatkan mengendalikan bahan kimia dan bahan-bahan berbahaya. Oleh itu, orang
yang mengendalikannya perlu mencuci tangan dan badan mereka.
Apabila kerja-kerja pembinaan melibatkan penyelenggaraan atau apa-apa
perubahan kepada bangunan yang sedia ada, ia mungkin menggunakan kemudahan
yang menjadi sebahagian daripada bangunan itu. Jika tidak, kemudahan mencuci
harus diberikan mengikut piawaian berikut:

Satu sinki cuci tangan untuk setiap 15 pekerja dengan bekalan air yang

mencukupi dan ia mampu mengeluarkan sisa air.


Sabun dalam bentuk beku, atau cecair atau serbuk sabun dalam dispenser
khas, untuk memudahkan basuhan cepat dan betul, nail-brushes diperlukan di

mana bahan-bahan beracun digunakan.


Kemudahan pengeringan yang sesuai seperti tuala kertas, tuala (atau tuala

persendirian untuk setiap pekerja) atau pengering tangan elektrik.


Untuk kemudahan yang mungkin mempunyai tempoh lebih lama, cermin dan
rak di setiap sudut membasuh akan membantu menjaga tempat agar lebih

kemas dan bersih.


Pekerja yang terdedah kepada pencemaran kulit dengan bahan-bahan kimia
atau minyak atau gris, bilangan pancuran mandi perlu mencukupi untuk
menampung buruh di tapak bina untuk membasmi kuman setiap hari.

45
Kemudahan tersebut hendaklah bertutup untuk memberi perlindungan dari
cuaca, mempuyai pengudaraan dan pencahayaan yang baik.

(Sumber: ILO: Safety, health and welfare on construction sites (Trainnig Manual))
Rajah 2.1 : Kemudahan mencuci dan tandas yang sesuai membantu
melindungi kesihatan pekerja

III.

Kemudahan untuk membekalkan makanan dan minuman, dan


menjamu makanan

Bergantung kepada bilangan pekerja, tempoh kerja dan lokasi,


kemudahan yang mencukupi untuk mendapatkan atau menyediakan makanan
dan minuman pada atau berhampiran tapak pembinaan perlu disediakan.
Perlu ada meja dan kerusi, dilindungi dari cuaca, di mana seseorang
boleh makan makanan dengan selesa yang dibawa dari rumah atau dibeli dari
penjual. Berada jauh dari lokasi kerja untuk mengurangkan terdedah dengan
kotoran, debu atau bahan-bahan berbahaya.
Air minum harus tidak diletakkan berdekatan kemudahan sanitari,
atau di tempat-tempat di mana ia boleh tercemar oleh debu, bahan kimia atau
bahan-bahan lain. Apa sahaja sumber bekalan air untuk minum, sama ada di
penginapan atau di tempat lain di tapak bina, ia perlu ditandakan dengan jelas
sebagai air minum dalam perkataan atau dengan tanda yang sesuai.

46

IV.

Kemudahan untuk menukar, menyimpan dan mengeringkan pakaian

Kemudahan menukar pakaian di tempat kerja dari pakaian biasa ke


pakaian kerja, menjemur dan pengeringan, dapat membantu pekerja dengan
kebersihan diri mereka dan rapi.

Buruh bebas daripada kebimbangan

terhadap keselamatan harta benda mereka.


Bilik persalinan adalah sangat penting apabila pekerja menukar
pakaian ke pakaian perlindungan dan apabila pakaian kerja menjadi basah
atau

kotor. kemudahan

itu

hendaklah

termasuk

peruntukan

untuk

mengeringkan pakaian basah, sama ada pakaian biasa atau bekerja.


Kemudahan menyalin pakaian yang berasingan untuk lelaki dan pekerja
wanita perlu disediakan.
Menyediaan kerusi yang mencukupi, cermin dan tong sampah di bilik
persalinan atau dekat dengan loker akan membantu pekerja dalam memberi
perhatian kepada penampilan peribadi dan kebersihan.

V.

Kekerapan rehat

undang-undang Negara boleh menetapkan panjang hari kerja yang


merangkumi tempoh atau tempoh-tempoh untuk rehat. Sekurang-kurangnya
satu sesi rehat sepuluh minit pada waktu pagi dan satu di sebelah petang,
sebagai tambahan kepada rehat yang lebih lama untuk makan tengah hari,
adalah penting.
Pekerja bukan sahaja rehat semasa waktu rehat , tetapi pulih daripada
keletihan dan bersiap untuk bekerja dengan produktif semula. Semakin jauh
dari tempat kerja yang bising atau tercemar membantu untuk berehat dan
pulih daripada keletihan, dan kawasan yang mempunyai tempat duduk adalah
perlu. Cahaya matahari langsung perlu diketepikan untuk rehat.

47

VI.

Tempat perlindungan

Tempat perlindungan perlu, setakat yang dapat dilaksanakan,


menyediakan kemudahan untuk membasuh, mengambil makanan dan untuk
pengeringan dan pakaian menyimpan, melainkan jika kemudahan itu boleh
didapati di persekitaran.

VII.

Tempat kediaman

Tempat kediaman sementara yang sesuai perlu disediakan untuk pekerjapekerja di tapak pembinaan yang jauh dari rumah mereka, di mana pengangkutan
antara tapak dan rumah-rumah mereka atau tempat tinggal yang sesuai tidak didapati.
Lelaki dan wanita harus disediakan dengan kemudahan kebersihan, basuh dan tidur
yang berasingan.

VIII.

Fasiliti penjagaan anak


Ibu yang bekerja di tapak pembinaan sering memerlukan bantuan khas kerana

kesukaran menjaga anak-anak mereka semasa mereka berada di tempat kerja.


peruntukan asas diringkaskan di bawah:

Bilik bersih dan pengudaraan yang baik, sebaik-baiknya dengan akses kepada
ruang yang dilindungi, adalah kemudahan utama yang diperlukan. Beberapa
item perabot perlu bagi kanak-kanak untuk duduk atau baring dan beberapa
permainan. Perlu ada kemudahan untuk memberi makan anak-anak dengan
makanan yang berkhasiat pada masa yang tetap dan, untuk ini, perlu ada

akses kepada kemudahan memasak atau kantin.


Ia adalah penting bagi seseorang untuk menjaga kanak-kanak ketika ibu
mereka di tempat kerja, menyiapkan makanan mereka dan memberi mereka
makan.

48

Ia adalah penting untuk memerhatikan pergerakan kanak-kanak. Setiap tahun


terdapat banyak kematian tragis kanak-kanak di tapak pembinaan. Kanakkanak tidak harus dibenarkan untuk bersiar-siar atau bermain di tapak
pembinaan. Terdapat lubang yang menyebabkan jatuh ke dalamnya, perancah
jatuh dan peralatan berbahaya.

Penggunaan buruh di tapak bina


Mahir
Kontraktor memenuhi piawaian
Kebajikan buruh tapak bina mengikut Piawaian sedia ada
Pembinaan oleh kontraktor di tapak bina Separan mahir
buruh
Tidak mahir

Objektif 1

Mengatur Untuk Pengurusan Projek Di Tapak Bina.


Keperluan Tenaga Kerja.
Peranan Kontraktor Dari Aspek Pengurusan Sumber Manusia Dalam Pembinaan.
Kesihatan, Keselamatan Dan Kebajikan Pekerja
Cabaran yang dihadapi kontraktor dalam memen
Kewajipan Kontraktor Utama Yang Perlu Dipertimbangkan dalam akitiviti pembinaan (senarai semak)
Kebajikan buruh di tempat kerja mempengaruhi kepuasan berkerja
Kewajiban kontraktor untuk memenuhi keperluan kebajikan buruh di tapak bina mengikut akta dan standard
Standard Minimum Kemudahan Kebajikan Di Tapak Bina

Objektif 2

Kebajikan
naan Aktiviti Kebajikan
ntuk pembinaan
dalam penyediaan latihan keselamatan dan kesihatan di tapak bina
akan Kemudahan Kebajikan Di Tapak Bina Mengikut Manual Latihan Piawaian International Labour Ofce (ILO)

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi cabran tersebut

Rajah 2.2 : Kerangka Teori

49

50

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Bab ini menerangkan kaedah yang digunakan dalam penyelidikan agar dapat
mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan.

Dalam bab ini juga akan

menjelaskan kaedah yang akan digunakan bagi pengumpulan data untuk


mengenalpasti cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh kontraktor dalam
memenuhi piawaian kebajikan buruh dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh
kontraktor untuk mengatasi cabaran-cabaran utama dalam memenuhi piawaian
kebajikan buruh di tapak bina.

51
3.2

Metodologi kajian

Metodologi kajian adalah satu proses atau kaedah yang dijalankan bagi
mendapatkan data dan satu kaedah pengolahan data bagi mencapai objektif yang
ditetapkan dalam penyelidikan.

Antara aspek yang perlu diambil kira dalam

metodologi penyelidikan adalah kaedah dan rekabentuk penyelidikan, instrument


penyelidikan, responden penyelidikan dan kaedah menganalisis data (Norazman
Abd. Majid et al., 2006). Bagi mencapai objektif penyelidikan ini, lima peringkat
penyelidikan seperti Rajah 3.1 akan dilaksanakan dan dijadikan panduan.

52
Peringkat Pertama
Berdasarkan :
Artikel laman web
Mengenalpasti masalah dan tajuk penyelidikan

Tesis-tesis lepas, kajian lepas

Objektif Satu : Untuk mengenalpasti cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh kontraktor dalam memenuhi piawaian kebajikan buru
Objektif Dua : Untuk mengenalpasti langkah-langkah yang boleh diambil oleh kontraktor untuk mengatasi cabaran-cabaran utama dal

Menentukan objektif penyelidikan

Tertumpu kepada projek pembinaan di sekitar Johor Bahru dan kontraktor G7


Responden terdiri daripada pengurus projek , pegawai keselamatan dan kesihatan tapak bina

Penentuan skop penyelidikan

Peringkat Kedua

Kajian literatur dijalankan menggunakan teknik pembacaan dari sumber-sumber seperti jurnal, artikel, buku-buku rujukan, laman w

Kajian Literatur

Peringkat Ketiga

Data jenis kuantitatif (likert-scale)


dikumpul
menggunakan kaedah soal selidik yang terdiri dari 3 bahag
Pengumpulan dan PenyusunanData
Data
Primer
Bahagian A : Maklumat responden dan tapak bina
Bahagian B : Cabaran yang dihadapi kontraktor
Bahagian C : Langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut.

Peringkat
Keempat
Data dianalisis menggunakan perisian komputer iaitu Statistical Package for the Social Sciences atau

Menggunakan purata bagi menilai data yang dianalisis


Analisis
Data
Menggunakan
Kruskal-Wallis
test untuk membandingkan dapatan dari 3 kumpulan responden yang b

Data yang dianalisis dipersembahkan dalam bentuk graf dan jadual.


Ulasan dan perbincangan dilakukan berdasarkan graf dan jadual.

Ulasan dan Perbincangan

Peringkat Kelima

Rumusan dilakukan merangkumi maklumat dan data yang diperoleh dalam pen
Kesimpulan dibuat merangkumi keseluruhan penyelidikan.
Hasil Kajian

Rajah 3.1 : Carta aliran metodologi

53
3.2.1

Peringkat pertama - Kajian Awalan

Fasa pertama penyelidikan melibatkan proses pemilihan tajuk kajian dengan


mengenalpasti masalah yang berlaku dalam industri pembinaan. Pemilihan tajuk
penyelidikan dilakukan berdasarkan masalah yang dikenalpasti melalui aritkel laman
web, portal rasmi International Labour Office, kajian lepas dan buku rujukan. Proses
ini dijalankan melalui perbincangan bersama penyelia mengenai objektif, skop dan
penyataan masalah.

Proses seterusnya dijalankan melalui perbincangan bersama

penyelia bagi mengenalpasti objektif dan skop penyelidikan yang dijalankan.

3.2.2

Peringkat kedua - Pengumpulan dan Penyusunan Data Sekunder

Data sekunder adalah data yang sedia ada iaitu data yang telah dikumpul dan
dianalisis oleh orang lain. Data sekunder yang digunakan haruslah diteliti sebelum
dimasukkan ke dalam penyelidikan sebagai teori. Menurut Kohtari (2004), terdapat
dua kategori data sekunder iaitu yang dipamerkan atau tidak dipamerkan. Data
sekunder yang dipamerkan adalah data seperti journal, buku ilmiah, majalah, surat
khabar, laporan dari pelbagai agensi, laporan atau tesis dari penyelidik lain dan
sebagainya.
Data sekunder yang tidak dipamerkan adalah data melalui diari, surat,
biografi dan sebagainya. Data sekunder adalah data yang digunakan oleh penyelidik
untuk mendapatkan gambaran awal tentang penyelidikan yang dibuat. Data dan
maklumat yang dikumpul dalam fasa ini akan membantu penyelidik menjalankan
penyelidikan ke fasa seterusnya iaitu fasa pengumpulan data dari responden dan fasa
menyediakan soalan soal selidik kepada responden.

54
3.2.3

Peringkat ketiga Pengumpulan dan Penyusunan data primer

Data primer adalah data baru yang dikumpul oleh penyelidik di mana data ini
adalah yang pertama dan tidak pernah digunakan dalam penyelidikan lain. Dengan
kata lain, data primer adalah data yang dijana sendiri oleh penyelidik. Data primer
terbahagi kepada dua jenis iaitu kualitatif dan kuantitatif. Menurut Kohtari (2004),
data kualitatif adalah maklumat yang diperolehi oleh penyelidik bukan dinyatakan
dalam bentuk nombor. Data kuantitatif adalah data dalam bentuk nombor, sama ada
pengiraan atau berskala.

Data kuantitiatif melibatkan pengiraan dalam bentuk

nombor yang dapat membantu penyelidik dalam membuat perbezaan. Soal selidik
adalah salah satu daripada data jenis kuantitatif.

Soal selidik mewakili sebahagian daripada proses penyelidikan dan


berperanan sebagai alat untuk penyelidik mendapatkan maklumat bagi menjawab
objektif penyelidikan yang dijalankan (Wikipedia, 2013). Kajian ini menggunakan
kaedah soal selidik yang menggunakan Likert-scale. Skor bagi penggunaan likert
scale bermula dari 1 hingga 5 seperti jadual 3.1.

Soalan soal selidik disusun

mengikut dua bahagian yang telah ditetapkan mengikut objektif penyelidikan.

Jadual 3.1 : Jadual skor dan penerangan bagi Likert-scale


Skor
1
2
3
4
5

Penerangan
Skor
1
2
3
4
5

Sangat Penting

Penerangan

Penting
Sederhana Penting
Sedikit Penting

Sangat Setuju
Setuju
Tidak Pasti

Tidak Penting

Tidak Setuju
Sangat tidak Setuju

(Sumber : Likert Scale Examples for Surveys, (Sorrel, 2010))

55

3.2.4

Peringkat keempat Analisis dan Ulasan Data

Data yang diperoleh hasil daripada soal selidik yang diajukan kepada
responden adalah data jenis Ordinal dan Nominal.

Data yang diperoleh telah

dianalisis menggunkana perisian komputer SPSS. Data bagi objektif kedua dalam
penyelidikan ini kemudian dianalisis menggunakan kaedah Kruskal-Wallis test
untuk membandingkan dapatan dari 3 kumpulan responden yang berbeza.

3.2.5

Peringkat kelima - Kesimpulan Dan Cadangan

Hasil kajian yang diperolehi akan dirumuskan menjadi satu fakta yang
merangkumi keseluruhan maklumat dan data yang diperoleh dalam penyelidikan.
Kesimpulan akan dibuat merangkumi keseluruhan penyelidikan.

3.3

Lokasi kajian

Kajian ini dilaksanakan di sekitar daerah Johor Bahru. Lokasi ini dipilih
berdasarkan faktor penempatan sementara bagi penyelidik, iaitu tempat belajar
peyelidik di kawasan Johor Bahru. Selain itu, faktor bilangan projek pembinaa
sedang beroperasi juga diambil kira kerana kawasan Johor Bahru mempunyai banyak
kawasan projek pembinaan sedang berlangsung.

Hal ini kerana merupakan ibu

negeri bagi Johor Darul Tazim dan terdapat permintaan pada pembangunan.

56

3.4

Instrumen kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah


borang soal selidik yang diedarkan kepada responden.

Borang soal selidik ini

digunakan kerana ia lebih praktikal dan mudah bagi mencapai objektif 1 dan 2
daripada pihak responden.

Sebelum borang soal selidik diedarkan kepada responden, perbincangan


dengan penyelia dilakukan berkenaan dengan borang soal selidik bagi memastikan
soalan yang dikemukakan berkaitan dengan capaian objektif.

Penyelia akan

menyemak borang soal selidik dan pembetulan dilakukan sekiranya ada dan
kemudian akan disemak kali kedua oleh penyelia.

Setelah penyelia berpuas hati dengan soalan yang terdapat dalam borang soal
selidik, dan meluluskan, borang soal selidik akan diedarkan oleh pengkaji kepada
responden. Borang soal selidik akan diedarkan secara langsung oleh pengkaji bagi
memastikan borang tersebut diterima sendiri oleh responden.

3.5

Pemilihan responden

Pihak kontraktor yang terdiri daripada pengurus projek, penyelia keselamatan


dan kesihatan tapak bina, dan penyelia tapak bina yang mana terlibat secara langsung
dalam pengurusan kebajikan buruh tapak bina di Johor Bahru dipilih sebagai
responden bagi memastikan data yang diperoleh adalah releven, logik dan mencapai
objektif penyelidikan ini.

Ketiga-tiga responden ini dipilih kerana pengetahuan

mengenai kebajikan buruh bagi responden ini adalah tinggi memandangkan mereka

57
adalah

orang

yang

bertanggungjawab

menguruskan

pembinaan

yang

mengaplikasikan penggunaan tenaga buruh untuk menjalankan kerja-kerja


pembinaan.

Faktor pemilihan responden:

I.

Pengurus Projek : Merupakan individu yang bertanggungjawab besar dalam


sesebuah projek pembinaan. Pengurus projek adalah individu yang pakar
dalam selok-belok proses pembinaan dengan mengambil kira faktor bahan,
jentera dan loji, kewangan, penggunaan buruh dan sebagainya. Secara tidak
langsung pengurus projek mempunyai peranan ke atas kebajikan buruh di
tapak bina.

Individu ini mempunyai kredebiliti yang tinggi di mana

bertanggungjawab dalam apa-apa perkara di tapak bina.

II.

Penyelia tapak bina : Individu yang berperanan dalam menjalankan aktiviti


pembinaan yang telah di rancang dalam program kerja tapak bina. Individu
ini berperanan dalam menyelia kerja-kerja pembinaan yang dilakukan oleh
buruh agar kerja mengikut pelan dan spesifikasi.

Secara tidak langsung

penyelia tapak berperanan dalam memastikan kebajikan buruh terjaga untuk


mengelak pemberontakan atau rasa tidak puas hati di kalangan buruh binaan.

III.

Penyelia keselamatan dan kesihatan tapak bina : Individu yang


bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan kesihatan di tapak bina.
Individu ini berperanan dalam menyampaikan mesej yang berkaitan
keselamatan dan kesihatan di tapak bina. Individu ini memastikan kebajikan
buruh di tapak bina terjaga secara berterusan. Selain itu, memastikan polisi
keselamatan dan kesihatan syarikat dipatuhi bagi mengelakkan tindakan
undang-undang dikenakan oleh pihak yang berkuasa.

58

3.6

Populasi responden

Soal selidik akan diajukan kepada pengurus projek yang bertanggungjawab


dalam pengurusan tapak bina, pegawai kesihatan tapak bina dan penyelia tapak bina
yang menguruskan proses pembinaan dan keselamatan di tapak bina. Borang soal
selidik akan diedarkan di 10 buah tapak bina sekitar Johor Bahru. Jumlah responden
yang akan di soal selidik adalah sebanyak 30 responden yang terdiri dari 10 pengurus
projek, 10 penyelia keselamtan tapak bina dan 10 penyelia tapak bina.

3.7

Rekabentuk soal selidik

Soal selidik yang diajukan kepada responden akan dibahagi kepada tiga
bahagian untuk mencapai objektif penyelidikan yang dijalankan. Bahagian A adalah
berkaitan dengan maklumat latar belakang responden dan syarikat. Bahagian B
adalah soalan berkaitan dengan cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh
kontraktor dalam memenuhi piawaian kebajikan buruh di tapak bina. Manakala
bahagian C adalah soalan mengenai langkah-langkah yang boleh diambil oleh
kontraktor untuk mengatasi cabaran-cabaran utama dalam memenuhi piawaian
kebajikan buruh di tapak bina.
3.7.1

Bahagian A Maklumat Responden dan Syarikat

Bahagian ini mempunyai soalan yang diajukan kepada responden mengenai


latar belakang responden dan syarikat termasuklah umur responden, jawatan

59
responden, tempoh pengalaman bekerja responden, nama syarikat, pengalaman
kontraktor dalam industri pembinaan dan tajuk projek yang dijalankan.

3.7.2

Bahagian B cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh kontraktor


dalam memenuhi piawaian kebajikan buruh di tapak bina

Bahagian ini diajukan kepada responden adalah untuk mendapatkan data


mengenai cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh kontraktor dalam memenuhi
piawaian kebajikan buruh di tapak bina. Cabaran-cabara utama dalam memebuhi
piawaian kebajikan buruh tersebut terdiri daripada 8 bentuk cabaran. Data yang
diperolehi dari bahagian ini akan dianalisis bagi mencapai objektif pertama
penyelidikan.

3.7.3

Bahagian C langkah-langkah yang boleh diambil oleh kontraktor


untuk mengatasi cabaran utama dalam memenuhi piawaian kebajikan
buruh di tapak bina

Bahagian ini mempunyai soalan yang berkaitan dengan langkah-langkah


yang boleh diambil oleh kontraktor untuk mengatasi cabaran-cabaran utama dalam
memenuhi piawaian kebajikan buruh di tapak bina.

Terdapat 5 kategori dalam

bahagian ini yang terdiri daripada 31 langkah secara keseluruhannya. Data yang
diperolehi dari bahagian ini akan dianalisis bagi mencapai objektif kedua
penyelidikan.
3.8

Kaedah analisis

60
Data yang diperoleh hasil dari soal selidik telah dikemaskini dan dianalisis
menggunakan perisian komputer terkini iaitu Statistical Package for the Social
Sciences atau lebih dikenali sebagai SPSS.

Penyelidik mendapati bahawa

penggunaan perisian ini lebih berkesan selain memudahkan penyelidik dalam


melaksanakan tugas menganalisis data bagi mencapai objektif penyelidikan. Data
yang diperolehi dikira nilai purata bagi menentukan tahap persetujuan cabarancabaran utama yang dihadapi dan tahap kepentingan langkah-langkah yang boleh
diambil oleh kontraktor untuk mengatasi cabaran-cabaran utama dalam memenuhi
piawaian kebajikan buruh di tapak bina. Selain itu, purata yang diperolehi akan
dipersembahkan dalam bentuk graf dan jadual bagi memudahkan lagi proses analisis
data. Kaedah Kruskall Wallis test juga digunakan di dalam objektif pertama dan
kedua penyelidikan ini untuk membandingkan dapatan dari 3 kumpulan responden
yang berbeza bagi langkah-langkah yang boleh diambil oleh kontraktor untuk
mengatasi cabaran-cabaran utama dalam memenuhi piawaian kebajikan buruh di
tapak bina.

3.8.1

Analisis Likert Scale

Penggunaan kaedah likert scale dalam penyelidikan ini adalah untuk


menentukan jumlah purata yang diperoleh berdasarkan soal selidik terhadap keduadua objektif penyelidikan. Berdasarkan penggunaan kaedah likert scale, penyelidik
menganalisis data kedua-dua objektif menggunakan purata bagi mendapatkan tahap
persetujuan dan tahap kepentingan untuk mencapai objektif penyelidikan. Dengan
nilai purata yang diperoleh, ianya kemudian dikelaskan mengikut julat indeks. Julat
indeks adalah ukuran taburan mudah bagi sekumpulan data. Menurut Sulaiman
Majid et al. (2007) penggunaan formula seperti Rajah 3.2 adalah untuk mendapatkan
julat indeks bagi meringkaskan purata yang diperoleh supaya dapat dijadikan satu
kesimpulan analisis.

61

JULAT INDEKS = Skala Tertinggi Skala Terendah


Bilangan Kategori Skala

Rajah 3.2 : Pengiraan formula untuk mendapatkan julat indeks

Penyelidik telah menggunakan formula pengiraan julat indeks statistik bagi


memperolehi tahap kepentingan dan persetujuan untuk mencapai objektif
penyelidikan.

Objektif pertama iaitu tahap persetujuan.

Tahap persetujuan

dibahagikan kepada tiga kategori iaitu tidak setuju, tidak pasti dan sangat setuju.
Bagi objektif kedua, tahap kepentingan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu sangat
penting, sederhana penting dan tidak penting.

Purata yang diperoleh kemudian

dikelaskan mengikut indeks statistik seperti Rajah 3.3.

Rajah 3.3 : Indeks statistik mengikut nilai purata dan tahap

3.9

Kesimpulan

62

Kesimpulannya, kaedah dan pendekatan yang dipilih memudahkan


penyelidik untuk mencapai matlamat dan objektif kajian.

Sumber-sumber yang

diperoleh untuk pengumpulan data juga mudah untuk dikenalpasti dan dirujuk.
Selain itu, rekabentuk kajian yang dihasilkan memainkan peranan yang penting
dalam mengenalpasti maklumat dan data yang dikumpul. Oleh itu, pengumpulan
data dapat dijalankan dengan mudah tanpa sebarang masalah.

63

RUJUKAN

BusinessDictionary. (2016). Standard.


Retrieved November 15, 2016, from
http://www.businessdictionary.com/definition/standards.html
Chand, S. (2016). Labour Welfare: Meaning and Definition of Labour Welfare.
Retrieved
November
15,
2016,
from
http://www.yourarticlelibrary.com/management/labour-welfare-meaning-anddefinition-of-labour-welfare/26101/
Chris, H. (2000). Project Management for Construction Tung Au (Ed.) Organizing
for
Project
Management
Retrieved
from
http://pmbook.ce.cmu.edu/index.html
David, B. (2016). Duties of Principal Contractor. Retrieved november 19, 2016,
from
https://www.aisolutions.co.uk/Community/Knowledge/Topic/11/4/Duties-ofPrincipal-Contractor#
Designing Buildings Wiki. (2016a). Human resource management in construction.
Retrieved
November
18,
2016,
from
https://www.designingbuildings.co.uk/wiki/Human_resource_management_in
_construction#Challenges_in_construction
Designing Buildings Wiki. (2016b). Site layout plan for construction. Retrieved
November
21,
2016,
from
https://www.designingbuildings.co.uk/wiki/Site_layout_plan_for_constructio
n
Dr. Dileep Kumar M. (2013). Inimitable Issues of Construction Workers: Case Study.
British Journal of Economics, Finance and Management Sciences, 7(2), 4253.
Essays, U. (2013). The Construction Worker Welfare Facilities Construction Essay.
Retrieved
November
20,
2016,
from
https://www.ukessays.com/essays/construction/the-construction-workerwelfare-facilities-construction-essay.php
Executive Health and Safety. (2015). Guidance on Regulations (First Edition ed.).
Internet: Executive Health and Safety,.
Safety, Health And Welfare At Work (Construction) Regulations 2013 (2013).

64
Hassan, A. T. (2014). WORKERS WELFARE STANDARDS Edition 2. Qatar:
Supreme Committee for Delivery & Legacy.
Healty and Safety Executive. (2015). Organising site welfare. Retrieved Oktober
30, 2016, from http://www.hse.gov.uk/construction/safetytopics/welfare.htm
International Labour Office. (1995). Safety, health and welfare on construction sites:
A training manual (pp. 120). Geneva: International Labour Office.
International labour organization. (2016). Construction sector. Retrieved November
1,
2016,
from
http://www.ilo.org/global/industries-andsectors/construction/lang--en/index.htm
Ismail, N. (2016, April 14). Undang-Undang Buruh Di Malaysia: Akta Kerja 1955.
Retrieved Oktober 31, 2016, from https://dululainsekaranglain.com/undangundang/undang-undang-buruh-di-malaysia-akta-pekerjaan-1955
Jamil.

(2010).
Kontraktor.
http://jamilgombak.blogspot.my/p/kontraktor.html

Retrieved

from

Kothari, C. R. (2004). Research Methodology: Methods and Techniques: New Age


International (P) Limited.
Lai Jin Yu. (2003). Kebajikan pekerja di tapak bina: satu perbandingan di antara
projek kerajaan dan projek swasta. (Sarjana Kejuruteraan), Univesiti
Teknologi Malaysia, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM.
Liknaswaran, A. L. K. (2002). Kemudahan Kebajikan Pekerja Di Tapak Bina.
(Kejuruteraan Awam Projek Sarjana Muda), UTM, Perpustakaan Raja Zarith
Sofiah.
Majid, N. A., Yusoff, M. A. M., Abdullah, T., Marzuki, S., Salleh, Z. M.,
Muhammad, F., . . . kahar, R. (2007). Academic Report Writing: From
Research to Presentation: Pearson/Prentice Hall.
Majid, N. A., Yusoff, M. A. M., Abdullah, T., Marzuki, S., Salleh, Z. M.,
Muhammad, F., & Kahar, S. A. A. H. d. R. (2006). Academic Report
Writting; From Research To Presentation: Prentice Hall Pearson.
Martin, L., Andrew, D., & Helen, L. (2003). Human Resource Management in
Construction Projects. USA and Canada: Spon Press.
Mohd Rosyaidi. (2013). Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.
Retrieved from http://rosyaidi.blogspot.my/2013/05/ms-17222011.html
MStar Online. (2016). Sektor Pembinaan, Perkhidmatan & Pembuatan Bakal Tingkat
Pertumbuhan RMK11.
Retrieved November 11, 2016, from
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/05/21/sektorpembinaan/
Nithin, P. R. S., Vittal, R. k., & Nagesha, H. N. (2011). Study On Building And Other
Construction Workers Welfare Schemes/Amenities In Karnataka. sasTECH
Journal,, 10(1), 59-66.
Nor Hayati, R. (2013). Persepsi Pemaju Terhadap Penggunaan IBS (kejuruteraan
awam sarjana muda), Universiti Teknologi Malaysia, skudai.
Pejabat Ketua Perangkaan Malaysia. (2016). Statistik Pembinaan Suku Tahunan,
Suku Kedua 2016. Statistik, 5, 2.

65
S. Tikoo, J. Gupta, & Meenu. (2013). Labour Welfare Benefits-more needs to be
done for Women Construction Workers. Global Journal of Management and
Business Studies, 3(10), 1109-1118.
Shobha, M., & Dr Manju, B. (2007). Principles for successful implementation of
labour welfare activities from police theory to functional theory. Retrieved
November 15, 2016, from http://www.tesionline.com/intl/indepth.jsp?id=575
Sokanu. (2016). What is a Construction Worker? Retrieved November 15, 2016,
from https://www.sokanu.com/careers/construction-worker/
Sorrel, B. (2010). Likert Scale Examples for Surveys. In I. S. University (Ed.),
University (pp. 4). Internet: Sorrel Brown.
Sumpi Tana. (2013). Man power management or labour management. Retrieved
November, 18, 2016, from http://www.slideshare.net/sumpitana/man-powermanagement-or-labour-management
Tanjil, A. (2013). pengertian buruh, pekerja dan pegawai. Retrieved from
http://hujau.blogspot.my/2010/06/pengertian-buruh-karyawan-danpegawai.html
Utusan Online. (2016). 1.95 juta pekerja asing diperlukan. Retrieved November 2,
2016, from http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/1-95-juta-pekerjaasing-diperlukan-1.307482
Wikipedia. ( 2013). Primary research. In Wikipedia (Ed.). Internet: Wikipedia.

You might also like