Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN (PERKAITAN

DENGAN SUBJEK BM)


Seni dalam pendidikan (SDP) memainkan peranan penting ke arah perkembangan
kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya.
Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan
mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan
mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada
seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan
yang lebih bersifat holistik.
Terdapat beberapa peranan SDP yang boleh dikaitkan dengan mata pelajaran
Bahasa Melayu di sekolah rendah. Antaranya adalah SDP berperanan untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah menjadi lebih
seronok, menarik dan berkesan. Hal ini sangat penting dalam mewujudkan interaksi
positif dalam kalangan murid dan guru serta murid dan murid. Antara aktiviti yang
boleh dijalankan oleh guru dalam memastikan perintegrasian seni dalam pendidikan
ini, guru bolehlah mengadakan aktiviti nyanyian. Terdapat tiga unsur seni dalam
pendidikan iaitu seni muzik (irama), ruang dan warna. Unsur seni muzik terdapat
dalam aktiviti nyanyian yang dijalankan berikutan adanya irama yang dialunkan oleh
murid-murid dan guru. Misalnya, guru menyanyi bersama dengan murid-murid lagu
Pak Mamat Ada Kebun selepas mengajar teks cerita haiwan. Sesuatu irama itu
boleh dinikmati sewaktu guru dan murid-murid mendengar muzik. Irama yang
menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar
muzik tersebut berulang kali. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan
penggabungjalinan seni dalam pendidikan dalam P&P Bahasa Melayu, dapat
mewjudkan sesi P&P yang lebih menarik, seronok serta berkesan.
Di samping itu, SDP juga berperanan untuk menghargai keindahan ciptaan
Tuhan. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Warna juga turut
digunakan dalam SDP iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat
dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan juga
tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud di sekeliling kita. Contoh-contohnya
adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna-warni yang terdapat
pada pelangi dan sebagainya. Jika dikaitkan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu,
guru bolehlah mengintegrasikan unsur seni visual (warna) dalam sesi P&P di dalam
kelas. Sebagai contoh, selepas guru mengajar murid tentang jenis-jenis bunga
misalnya, guru bolehlah meminta murid mewarnakan gambar bunga tersebut
mengikut kreativiti masing-masing. Di sini, guru boleh menyelitkan nilai mensyukuri
ciptaan Tuhan yang indah lagi menakjubkan itu kepada diri murid-murid. Di samping
dapat mengintegrasikan unsur seni visual dalam P&P, guru juga dapat menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Jadi, di sini jelas menunjukkan
pengintegrasian SDP dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam
mewujudkan nilai menghargai keindahan ciptaan Tuhan dalam kalangan muridmurid.
SDP juga berperanan dalam memupuk budaya pengamatan, persepsi dan
ekspresi dalam proses penghasilan. Ketiga-tiga budaya ini dapat diterapkan dalam

pengintegrasikan unsur seni pergerakan dalam sesi P&P di dalam kelas. Jika
dikaitkan dengan sesi P&P mata pelajaran Bahasa Melayu, guru boleh menjalankan
aktiviti seperti aktiviti lakonan. Semasa berlakon, mereka akan menghayati lakonan
serta membuat ekspresi yang sesuai menggunakan anggota fizikal mereka.
Misalnya, selepas guru menerangkan konsep tatabahasa mengenai kata adjektif
yang menunjukkan sifat seperti marah, sedih, gembira dan sebagainya, guru boleh
meminta murid-murid melakonkan watak-watak yang menggambarkan perasaanperasaan tersebut. Mereka akan memikirkan gaya yang sesuai untuk
mengekspresikan perasaan-perasaan tersebut. Oleh yang demikian, jelas
menunjukkan pengintegrasian SDP dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat
mewujudkan budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam kalangan murid.
Selain itu, SDP berperanan dalam meningkatkan pengetahuan, daya
kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan yang diamalkan dalam P&P. Guru perlulah mempunyai pengetahuan
tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemenelemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi
meransang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Ketiga-tiga unsur SDP ini juga boleh diterapkan sekali gus dalam satu aktiviti
semasa sesi P&P. Misalnya, dalam sesi P&P Bahasa Melayu, guru boleh
menjalankan aktiviti menyanyi lagu warna pelangi sambil menari. Tarian yang dibuat
adalah mengikut kreativiti murid. Jadi, hal ini akan dapat membuatkan mereka lebih
kreatif dalam menghasilkan pergerakan yang sesuai dengan lagu yang dinyanyikan.
Murid juga
akan
berasa
seronok
dan
gembira
serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau
teknik pengajaran yang lama iaitu pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru.
Oleh yang demikian, di sini jelas menunjukkan, guru dapat meningkatkan
pengetahuan murid-murid, daya kreativiti dan pemikiran yang inovasi serta
berkemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang
diamalkan dalam P&P.
Tuntasnya, kesemua peranan SDP ini menunjukkan usaha guru dalam
membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

SUNDAY, 1 APRIL 2012

Nota Seni Dalam Pendidikan


Pengenalan
Kurikulum

persekolahan

kebangsaan

mendukung

hasrat

mulia

negara

bagi

menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.
Penyemakan kurikulum memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat
menyediakan peluang pendidikan berterusan yang memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis. Penggubalan ini bertujuan untuk menyediakan warga Malaysia yang mampu
menghadapi cabaran pendidikan masa kini selaras dengan perubahan globalisasi yang
pesat.

Seni dalam Pendidikan meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual yang
menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih
sesuai kerana dalam hubungan seni visual di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih
menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti
seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual
bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang
keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam
sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada
keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan
peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya
pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni
visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini
penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan
mengenali cita rasanya sendiri.
Selain itu, Seni Dalam Pendidikan juga memasukan Muzik sebagai unsur atau
elemen penting yang perlu digarap bersama dalam menzahirkan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang menggembirakan. Muzik adalah sebahagian daripada alam
kehidupan pelajar yang sukar untuk dipisahkan. Tanpa Muzik bererti dunia pelajar
adalah kosong. Selain itu, Muzik juga merupakan budaya masyarakat. Pelajar sentiasa
memberi respon kepada Muzik dan berasa senang hati apabila dapat melahirkan
ekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga menjadi

amalan pertuturan dan interaksi harian. Sifat cenderung kepada muzik yang sedia ada
pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi
kualiti

dan

sahsiahnya.

Peranan guru ialah ke arah memperkembangkan sifat sifat yang merangkumi


aspek aspek emosi kreativiti, nilai estetik dan etika tertentu. Dengan penglibatan
pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan dan
perkembangan fizikal, emosi, mental dan sosial pelajar itu sendiri. Selain itu,
pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap
mata

pelajaran

lain.

Pendidikan dalam apa jua bidang sekalipun haruslah berbentuk pengalaman yang
bermakna. Pendidikan juga haruslah memberangsangkan dan menghasilkan kepuasan
yang semerta serta menimbulkan minat bagi mendapatkan pengetahuan seterusnya.
Hal ini boleh dicapai dengan menggunakan pergerakan sebagai media pembelajaran.
Pembelajaran melalui pergerakan bukanlah sesuatu yang baharu. Pendidikan
pergerakan adalah sesuatu kaedah pengajaran yang ketara uniknya kerana pelajar
sedang belajar untuk bergerak dan mereka juga akan belajar sambil atau semasa
bergerak. Melalui pergerakan, pelajar itu bergerak, berfikir, dan merasai sesuatu secara
langsung. Pelajar akan dapat mempelajari tentang dirinya sendiri.
Penekanan kepada pergerakan kini banyak tertumpu kepada potensi nilai
pendidikannya,

potensi

sumbangan

terhadap

perkembangan

kecerdasan

dan

potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat
pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan adalah untuk menyediakan
pengalaman pengalaman berkaitan bagi membantu pelajar dalam mencapai
keupayaan sebagai warga yang bertanggungjawab dan penyumbang aktif dalam
masyarakat.
Pendidikan pergerakan merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah
perkembangan keseluruhan pelajar dalam bentuk sikap dan sahsiah pelajar tentang
keperluan keperluan sosial, emosi dan estetik pelajar berdasarkan kepada holistik
perkembangan kanak kanak. Pendidikan pergerakan boleh diperhebatkan lagi
keberkesanannya dengan menjadikannya sebagai alat pendidikan yang mendorong
kepada kegiatan penerokaan, kreativiti, proses proses berfikir dan penyelesaian
masalah serta pengukuhan imej kendiri yang utuh. Dalam hubungan ini matlamat dan
prinsip pendidikan pergerakan tidak akan menyimpang daripada landasan konsep
kanak kanak total .
Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh diri

kanak - kanak iaitu perkembangan fizikal dan psikologi, kebolehan untuk belajar dan
bergaul antara satu sama lain. Perasaan terhadap diri sendiri dan perhubungan dengan
persekitarannya turut berkembang melalui pergerakan itu.
1.1 Implikasi Atau Kesan Positif
1.1.1

Bidang Seni Visual

Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai
kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidangbidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan
membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk
memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas
bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan
perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi,
psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi
visual. Dengan mempelajari Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai
beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid
ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang
kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam
persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni
visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi,
mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara
kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat
dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif,
berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan
teknologi bahan dan perkakasan.
Bidang Seni Visual akan memberikan implikasi atau kesan yang positif dalam
pengajaran dan pembelajaran melalui organisasi pendidikan Seni Visual yang disusun
rapi melalui aspek yang dipentingkan. Antara implikasi atau kesan yang diperolehi
melalui bidang seni ini, ialah :
a. Menajamkan Perkembangan Emosi dan Imaginasi
Melalui aspek pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian
keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain
memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui
kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi.
Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan
pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan
objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi
mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan

idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran
abstrak.
b. Berlaku Pembelajaran Secara Tidak Langsung
Bidang Seni Visual menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung
dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi
dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya
dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi
peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali
perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan
datang.
c. Aplikasi Dalam Kehidupan Harian Sebenar
Bidang Seni Visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan
seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan
dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat
dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat
dalam pelbagai cara. Melalui seni visual ini juga akan menjadikan murid boleh
mengaplikasikan kemahiran seni yang dipelajari dalam kehidupan harian yang sebenar.
Contohnya, cara memberus warna boleh diaplikasikan dalam kerja kerja mengecat
peralatan kecil di rumah dan sebagainya.
d. Wadah Memupuk dan Menyemai Nilai Murni
Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga
dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran
dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai
patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat
pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.
1.1.2

Bidang Seni Muzik

Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan
pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi
respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini
apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses
perkembangan diri kanak-kanak.
Bidang ini melihat perkembangan diri murid dari sudut penghayatan estetik
dalam seni muzik. Sesuai dengan statusnya dalam struktur KBSR, matapelajaran ini
memberi tumpuan kepada peranannya memperkembangkan domain efektif murid

khususnya dalam bidang kesenian. Selaras dengan itu, bidang ini digubal untuk
membimbing murid ke arah menghayati dan menikmati muzik secara intelektual. Antara
kesan positif yang diperolehi murid melalui bidang seni muzik ini, ialah :
a.

Menggalakkan Perkembangan KAP


Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan
perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai
sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep
muzik yang asas. Bagi murid sekolah rendah khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan
bukan sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan
membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak.

b.

Melatih Kemahiran Komunikasi dan Interaksi Sosial


Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara
berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan
mengamalkan nilai-nilai murni.

c.

Menanam dan Menyemai Nilai Murni dan Jati Diri


Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia
yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman
mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati
diri dan patriotisme pada diri murid.
1.1.3 Bidang Seni Pergerakan
Seni Pergerakan adalah untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan
individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini
dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan
Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat bidang seni pergerakan.
Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya
Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan teori dan praktikal pergerakan
bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Aktiviti Seni
pergerakan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan
pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap optimum. Seni
pergerakan juga bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran
aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
Bidang seni pergerakan ini menekankan kepada kecergasan sesuai dengan ciri
dan keperluan murid. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah
pembelajaran melalui aktiviti. Murid perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan,
kemahiran dan nilai berkaitan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen

dan

amalan

rutin.

Murid

akan

diberi

peluang

untuk

meluahkan

emosi,

memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang sihat dan


melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan selamat.

1.2 Rumusan
Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan
arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Melalui aktiviti seni daya
estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya menggunakan lagu untuk
memperkenalkan tajuk Rama-rama. Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu,
mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Semua aktiviti
seni dalam pendidikan yang dialami oleh kanak kanak sangat berkesan dalam
mempengaruhi kehidupan mereka kerana melaluinya akan membolehkan kanakkanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya mereka dapat
membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan
seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru.
Untuk meluahkan rasa hati, mereka akan mencipta sesuatu dengan menggunakan
kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk.
Rujukan
Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. ( 2000 ). Kuala
Lumpur : AG Grafik.
Pusat Perkembangan Kurikulum. ( 2002 ). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Md. Nasir Hj. Ibrahim. ( 2003 ). Pengurusan Seni. Kuala Lumpur: Universiti
Pendidikan
Sultan Idris.
Mazlan Mohamad. ( 1996 ). Pendidikan Seni I, Prinsip Pendidikan Seni. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

You might also like