Kecuaian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

TORT DAN KECUAIAN (NEGLIGENCE)

Kita selalu diingatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam


mengurus keselamatan murid. Keselamatan murid ini juga melibatkan tort yang
bermakna 'salah' Bidang tort ini sangat luas dan mencakupi pencerobohan, kacau
ganggu, fitnah dan pernyataan silap atau misstatement. Ia merupakan cabang
undang-undang sivil yang menetapkan tindakan undang-undang yang boleh diambil
ke atas yang melakukan perbuatan atau kecuaian bagi mendapatkan gantu rugi.

Kecuaian atau negligence sebagai tort adalah pelanggaran kewajipan undangundang untuk berjaga-jaga oleh defenden yang mengakibatkan kerosakan yang
tidak diinginkan kepada plaintif. Unsur-unsur kecualain pula adalah (i) kewajipan
undang-undang di pihak A ke atas B untuk berhati-hati dalam segala perbuatan (ii)
pelanggaran kewajipan tersebut dan (iii) kerosakan berbangkit pada B. Dalam
pendidikan terdapat perbezaan antara 'kecuaian guru' dan 'kecuaian pendidikan'.
Kecuaian guru berpunca daripada konsep tangungjawab berjaga-jaga daripada segi
undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepada guru. Biasanya kecuaian guru
dikaitkan dengan kemalangan dan kecederaan fizikal yang menimpa pelajar. Tee
Fatt Hee dalam bukunya Undang-Undang Pendidikan di Malaysia (2002)
menyatakan terdapat 4 elemen penting yang perlu wujud sebelum seseorang guru
itu boleh didakwa oleh pihak pendakwa iaitu (i) Terdapat elemen berjaga-jaga
seperti arahan yang diberikan oleh Pengetua kepada guru bagi mengajar sesuatu
kepas pada sesuatu masa. (ii) Tanggungjawab itu tidak dipatuhi dan guru
meninggalkan kelas untuk berehat menyebabkan pelajar bertumbuk. (iii) Akibat
daripada pelanggaran tanggungjawab tadi, pelajar cedera di muka dan mengalami
kerugian ; dan (iv) Terdapat kaitan yang rapat di antara tingkah laku defendan dan
kecederaan yang dialami oleh plaintif.

Kecuaian pendidikan pula merujuk kepada kegagalan guru mendidik pelajar. Ada
beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan pelajar memperoleh atau
menguasai kemahiran dalam pendidikan. namun dalam banyak situasi usaha
membuktikan sesuatu kecederaan intelek berpunca daripada guru yang urang baik
adalah aat menyukarkan. Justeru 99% guru-guru tidak perlu bimbang kerana guru
yang bimbang ialah guru yang tidak cekap, yang tidak hiraukan murid dalam jagaan
mereka.

Contoh-contoh kecuaian lain yang mengakibatkan pihak sekolah bertanggungjawab


secara tort adalah seperti gagal menyediakan kawalan pada alatan yang digunakan
pelajar, meninggalkan bahan-bahan kimia berbahaya yang dapat dicapai oleh
pelajar dan membiarkan pelajar bermain dengan alat-alat berbahaya tanpa
kawalan. Antara kes yang perlu dilihat berkaitan dengan ini ialah kes Mohamed
Raihan bin Ibrahim & Anor Vs Government 0f Malaysia & Ors yang melibatkan
seorang murid mengalami kecederaan terkena cangkul semasa kelas amali sains
Pertanian dsn kes Yogeswai Nadarajah & Anor v. Government of Malaysia yang
melibatkan seorang murid mengalami kecederaan kerana terkena ranting kayu
bunga raya yang dibaling oleh dua orang rakannya.

Justeru, tanggungjawab sekolah tidak berakhir apabila loceng terakhir berbunyi dan
sekolah berakhir. Tanggungjawab ini perlu diteruskan bagi menjalankan
pengawasan dan penyeliaan yang baik dan rapi ke atas murid-murid sehingga ibu
bapa atau penjaga datang untuk mengambil mereka.

PENDAHULUAN
Undang-undang tort kecuaian merupakan salah subtopik yang terdapat di dalam
undang-undang tort. Perkataan kecuaian itu merupakan suatu konsep dan untuk
membuktikan wujudnya kecuaian sebagai suatu tort, plaintif mestilah secara amnya
menunjukkan bahawa defendan telah bertindak sepertimana yang tidak akan
dilakukan oleh seseorang munasabah atau, defendan tidak bertindak sepertimana
yang dilakukan oleh orang yang munasabah.[1] Pendek kata, tort kecuaian itu
hanya timbul apabila plaintif dapat membuktikan tugas berhati-hati di pihak
defendan, pecahan tugas tersebut dan kerosakan yang dialami oleh plaintif akibat
pecahan tugas tersebut.[2]
Tugasan bagi subjek Undang-undang Tort ini ialah membuat analisis kes berkaitan
kes kecuaian perubatan bagi mencari apakah elemen tort kecuaian yang wujud
dalam kes tersebut. Nama kes tersebut ialah Ng Eu Khoon (mendakwa melalui
sahabat wakilnya Ng How Sek) lwn. Dr Gwen Smith & 2 Ors.
Analisis ini akan dibahagikan kepada lima item iaitu:a)

Fakta Kes

b)

Isu Kes

c)

Prinsip Tort

d)

Alasan Penghakiman

e)

Keputusan

FAKTA KES
DALAM MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR
SAMAN SIVIL NO: 759, 1981

ANTARA

NG EU KHOON (Mendakwa Melalui Sahabat Wakilnya Ng How Sek)


PLAINTIF
DAN
DR GWEN SMITH & 2
ORS
DEFENDAN

Hakim

: Rahmah Hussain

Peguam Plaintif
Tetuan RK Nathan & Co.

: RK Nathan (bersama Victoria Martin) dari

Peguam Defendan

Defendan Pertama

G Chacko Vadaketh dari tetuan Shearn Delamore & Co.

Defendan Kedua

PS Ranjan (bersama Manmohan S Dhillon)

Defendan Ketiga

S Kulasegaran dari Tetuan Ranjit, Thomas & Kula.

Tarikh penghakiman

: 10 Mac 1996

Plaintif iaitu, Ng Eu Khoon, dilahirkan pada 28 Disember tahun 1975 di Chinese


Meternity Hospital iaitu hospital Defendan Ketiga. Plaintif telah dilahirkan kira-kira
10 minggu awal sebelum tarikh anggaran kelahiran sebenar iaitu pada 6 Mac
1976. Ketika lahir, Plaintif mempunyai masalah dengan pernafasan .Plaintif telah
dirujuk kepada Defendan Pertama yang merupakan Perunding Kehormat Pelawat
Paediatrik kepada Defendan ketiga kerana beliau merupakan doktor yang
menyambut kelahiran Plaintif. Defendan pertama telah menempatkan plaintif ke
dalam satu inkubator dan diberikan oksigen pada kadar 5 liter seminit (1/min) ke
dalam hud di sekitar kepalanya dan 5 liter seminit ke dalam inkubator.
Setelah berpuas hati bahawa keadaan Plaintif adalah stabil, defendan
pertama telah mengurangkan tahap oksigen dan dengan itu memberhentikan
oksigen ke inkubator. Setelah selesai menguruskan Plaintif selama hamper satu
jam, beliau menyerahkan bayi itu kepada jagaan Defendan Kedua. Defendan Kedua
melihat Plaintif pada 29 Disember 1975 pada jam 9.00 pagi. Oksigen diteruskan
pada kadar 5 liter seminit ke dalam hud apabila melihat kepada keadaan Plaintif
yang stabil.
Pada hari berikutnya iaitu 30 Disember 1975 (hari ketiga), keadaan Plaintif menjadi
teruk. Beliau secara tiba-tiba telah berhenti bernafas dan menjadi kebiruan

sehingga menyebabkan beliau perlu diurut pada bahagian jantung. Oleh hal
demikian, oksigen pada inkubator dimasukkan sebanyak 5 liter per minit. Pada hari
keempat, iaitu 31 Disember 1975, beliau disahkan jaundis tetapi keadaanya masih
stabil dan oksigen pada inkubator telah dibuang. Pada hari kelima, iaitu pada 1
Januari 1976, plaintif kembali normal dan oksigen kemudiaanya diberhentikan pada
7 Januari 1976 iaitu pada hari yang kesebelas kelahiran Plaintif. Dia akhirnya
dikeluarkan dari hospital pada 6 Februari 1976 ketika berumur enam minggu.
Plaintif dikeluarkan dari hospital tanpa dimaklumkan oleh Defendan kedua
mengenai apa-apa komplikasi atau risiko yang akan dihadapi ekoran daripada terapi
oksigen yang diberikan kepada plaintif sepanjang tempoh Plaintif diletakkan di
dalam inkubator. Bapa kepada Plaintif mendapati terdapat masalah pada mata
Plaintif kepada Defendan Kedua, namun Defendan Kedua mengendahkan kerana
beliau bukanlah pakar dalam bidang mata. Namun setelah berumur hampir tiga
bulan, bapa Palintif mendapati bola mata Plaintif tidak bergerak mengikut objek
yang ditunjukkan. Beliau memaklumkan kepada Defendan Kedua, namun Defendan
Kedua memberi jaminan, oleh kerana Plaintif merupakan bayi pramatang, maka,
beliau memerlukan masa selama beberapa bulan atau satu tahun untuk
memastikan keadaan matanya kembali kepada normal.
Setelah setahun berlalu, mata Plaintif masih tidak berfungsi dengan baik. Oleh hal
demikian, bapa Plaintif telah membawa Plaintif kepada Dr Vijendran, Pakar
Oftalmologi, dan mengesahkan bahawa Plaintif telah mengalami Retrolental
Fibroplasia (RLF) atau Retinopati Pra-matang (ROP) kerana oksigen yang
berlebihan. Kedua-dua bahagian mata Plaintif disahkan buta sehingga ke hari ini,
kesan daripada oksigen yang berlebihan yang diberikan ketika beliau bayi .
Plaintif telah menuntut ganti rugi terhadap Defendan Pertama dan Kedua bagi
kesakitan dan penderitaan yang menyebabkan mata Plaintif buta disebabkan oleh
kecuaian mereka. Tuntutan terhadap hospital iaitu Defendan Ketiga adalah
untuk ganti rugi bagi liabiliti vikarius terhadap kecuaian Defendan Pertama dan
Kedua. Walaubagaimanapun, Defendan Ketiga bebas daripada tuntutan liabiliti
vikarius.
ISU KES
1)
Samada Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga telah melakukan kecuaian atau
tidak.
2)
Samada Defendan Ketiga berliabiliti vikarius terhadap Defendan Kedua atau
tidak.

ELEMEN TORT

Undang-undang tort yang terdapat di dalam kes ini ialah undang-tort


kecuaian. Kecuaian bermaksud pelanggaran kewajipan undang-undang untuk
berjaga oleh defendan yang mengakibatkan kerosakan yang tidak diingini oleh
plaintif.Perbuatan yang dilakukan tanpa berhati-hati tidak semestinya menyebabkan
orang yang melakukannya dipertanggungjawabkan oleh undang-undang. Pada
umumnya, seseorang yang mengakibatkan kerosakan atau kecederaan kepada
seorang yang lain akan menjadi bertanggungjawab (liable) kepada pihak yang
menanggung kerugian tadi. Tetapi cuma kalau orang itu mempunyai kewajipan
untuk berjaga-jaga.Walaubagaimanapun, undang-undang tidak mencipta liabiliti
dan tidak semua kes kecederaan boleh menyebabkan timbulnya kausa tindakan
(atau hak untuk mengemukakan saman), Untuk membolehkan seseorang
menyaman tortfeasor, mangsa atau penanggung kerugian mestilah membuktikan
segala kehendak undang-undang atau apa yang disebut sebagai elemen-elemen
kecuaian.
Untuk membuktikan tort kecuaian, Plaintif mestilah dapat membuktikan
ketiga-tiga elemen tort ini, iaitu menunjukkan bahawa defendan mempunyai tugas
berhati-hati terhadapnya; defendan telah memecahkan tugas itu dan pecahan tugas
itu telah menyebabkan plaintif mengalami kerosakan. Kesemua elemen ini mestilah
dibuktikan sebelum plaintif boleh berjaya dalam tuntutannya.[3]
1-

Kewajipan berjaga-jaga

Kewajipan atau tanggungjawab (duty) dalam tort kecuaian bermakna


tanggungjawab yang ditentukan oleh undang-undang. Pelanggaran kewajipan inilah
dan serentak dengan itu mengakibatkan kerosakan yang boleh menimbulkan liabilitI
dalam kecuaian. Pelanggaran moral atau tanggungjawab social tidak menimbulkan
sebarang liabilitI.
Makna kewajipan berjaga-jaga:
Heaven v Pender (1883). Kewajipan berjaga-jaga wujud dalam keadaan yang normal
di mana jika seseorang itu tidak mengambil langkah yang sepatutnya, seseorang
atau sesuatu yang lain akan berkemungkinan mengalami kerosakan atau
kecederaan.
Dalam kes ini, Defendan Pertama didapati tidak melalukan kecuaian. Hal ini kerana
kehadiran beliau dalam menjaga dan merawat Plaintif selama lebih kurang satu jam
sahaja menunjukkan bahawa beliau telah menjaga Plaintif dalam keadaan baik dan
berjaga-jaga. Ini dibuktikan apabila beliau memasukkan oksigen sebanyak 5 liter
per minit dalam inkubator dan 5 liter per minit melalui hud. Ini jelas menunjukkan
beliau telah melakukan perkara yang sewajarnya orang biasa lakukan.
Defendan Kedua pula didapati telah melakukan kecuaian apabila beliau jelas
didapati tidak menjaga Plaintif dalam keadaan baik dan berjaga-jaga sepanjang
Plaintif di bawah tanggungannya. Ini dibuktikan apabila Plaintif menghadapi

masalah penglihatan ekoran daripada oksigen yang diberikan kepadanya berlebihan


ketika berada dalam inkubator ketika dalam tempoh jagaan Defendan Kedua.
Defendan Kedua tidak mengambil berat terhadap Plaintif sepanjang Plaintif dibawah
jagaannya. Ini dibuktikan apabila beliau tidak mengawal perubahan oksigen yang
diberikan kepada Plaintif ketika Plaintif berada di dalam inkubator. Tahap oksigen
pada Plaintif seharusnya dikurangkan, namun oleh kerana pemantauan selama
berterusan tidak dilakukan oleh Defendan Kedua telah menyebabkan oksigen yang
dibekalkan berlebihan sehingga menyebabkan mata Plaintif gagal berfungsi dengan
baik dan akhirnya buta kedua-dua bahagian matanya.
Defendan Ketiga didapati melakukan kecuaian apabila tidak menyediakan
kelengkapan dan kemudahan hospital yang sewajarnya dan secukupnya yang harus
disediakan oleh sesebuah hospital. Ini jelas menunjukkan tidak wujud keadaan
berjaga-jaga oleh pihak Defendan Ketiga dalam menerima pesakit atau bayi bagi
kelahiran pra-matang yang memerlukan kepada mesin analisis oksigen dan
beberapa mesin lain yang perlu pihak hospital sediakan.
2-

Pelanggaran kewajipan

Setelah dikenalpasti bahawa Defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga


terhadap plaintif, perkara seterusnya yang perlu dibuktikan ialah berlakunya
pelanggaran kewajipan tersebut.
Pelanggaran kewajipan dikatakan berlaku apabila defendan dilihat sebagai
bertindak di bawah standard berjaga-jaga yang minimum yang diharapkan dari
defendan. Ini diukur menerusi standard orang yang munasabah atau waras.
Mahkamah harus menentukan bagaimana dalam sesuatu situasi defendan perlu
berperangai atau bertindak. Standard orang yang waras itu ialah orang yang tidak
terlalu berhati-hati atau yang terlalu cuai , tetapi yang biasa sahaja yang bertindak
secara wajar dalam apa jua situasi. Oleh itu kewajipan berjaga-jaga dikatakan
dilanggar bila seseorang itu bertindak secara yang tidak sepatutnya yang dianggap
pada ukuran orang yang waras berada di bawah paras tindakan mereka.
Antara contoh kes pelanggaran kewajipan (defendan profesional) Bolam v Friern
Hospital Management Co iaitu, Plaintif yang mengalami maslah gangguan mental
menjalani rawatan ECT (electro-convulsive treatment) dan akibatnya mengalami
retak tulang punggung. Di dalam dakwaan kecuaiannya terhadap pihak hospital,
plaintif mendakwa yang beliau tidak diberitahu mengenai risiko ECT , Defendan
tidak memberinya sebarang penenang sebelum kejutan ECT diberikan kepadanya,
defendan tidak langsung memegang badannya ketika rawatan itu dilakukan.
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan pakar perubatan mengenai keperluan
alasan ketiga iaitu memegang badan pesakit ketika ETC dilakukan. Mahkamah
mendapati yang defendan tidak bertanggungan kerana telah menjalankan kaedah
rawatan kecederaan itu yang mengikut standard yang munasabah bagi seorang

doctor biasa. Defendan tidak memegang badan Plaintif ketika rawatan bukanlah
suatu perbuatan yang tidak betul.
Konsep risiko dan kaitannya dengan kebolehdugaan :
Di dalam menentukan sama ada plaintif telah atau tidak melanggar kewajipan
berjaga-jaga mahkamah perlu mengambil kira antara lain, faktor risiko.
Standard berjaga-jaga ditentukan oleh fakta sesuatu kes. Di dalam sesuatu rawatan
perubatan misalnya, sentiasa ada risiko. Sungguhpun demikian, mestilah ada
keseimbangan di antara magnitude risiko dan tahap tanggungjawab yang
diperlukan oleh defendan. Defendan diperlukan untuk melaksanakan sesuatu
tanggungjawab yang memang berisiko , oleh yang demikian pertimbangan yang
wajar perlu diberikan. Misalnya jika sesuatu risiko itu tidak boleh diduga dari awal,
maka tentu defendan tidak boleh dijangka akan mengambil langkah berjaga-jaga
untuk menghalang berlakunya kecederaan.
Dalam kes ini Defendan Kedua didapati telah melakukan pelanggaran kepada
tugasan beliau. Ini jelas dibuktikan apabila beliau sebagai seorang doktor tidak
memerhatikan atau melakukan pemantauan terhadap Plaintif sepanjang Plaintif di
bawah jagaannya. Beliau hanya memerhatikan Plaintif secara biasa tanpa rasa
tanggungjawab terhadap amanah yang diberikan kepada beliau sebagai seorang
doktor. Selain itu, beliau juga tidak menyampaikan apa-apa berita atau kondisi
Plaintif berkenaan dengan impak yang akan dihadapi oleh Plaintif ekoran daripada
kelahiran pramatangnya dan kesan oksigen di dalam inkubator kepada ibu bapa
plaintif sejurus setelah Planitif dibenarkan keluar dari hospital. Sewajarnya pada
seorang doktor memberitahu apa-apa perkara tentang pesakit kepada pihak-pihak
yang berkepentingan.
Defendan Ketiga pula telah gagal menyediakan perkhidmatan dan mesin analisis
oksigen di hospital bersalin tersebut. Defendan dengan jelas telah melanggar
kewajipan sebagai sebuah hospital yang seharusnya menyediakan kelengkapan
yang secukupnya dalam menerima pesakit sehingga menyebabkan Plaintif tidak
mendapat takat oksigen yang relevan seharusnya diberikan. Ini adalah kerana
mesin analisis oksigen tidak disediakan oleh hospital.
3-

Kerosakan (Penyebab Fakta dan Penyebab dari sudut undang-undang)

Elemen seterusnya juga perlu dibuktikan oleh plaintif ialah pecahan tugas defendan
telah menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepadanya,dan kerosakan atau
kecederaan itu sesuatu yang dapat dilihat secara pramunasabah.
Elemen ketiga ini biasanya dibahagikan kepada dua cabang. Pertama, pecahan
tugas defendan telah secara fakta menyebabkan kerosakan plaintif.Keduanya
pecahan tugas defendan telah menyebabkan kerosakan plaintif dari sudut undangundang.

Dalam kes ini, Defendan Kedua dan Ketiga didapati telah menyebabkan kerosakan
ataupun kecederaan kepada Plaintif. Ekoran daripada lebihan oksigen yang
diberikan ketika Plaintif berada di dalam incubator menyebabkan Plaintif
menghadapi masalah Retrolental Fibroplasia (RLF) atau Retinopati Pra-matang
(ROP) dan menyebabkan beliau buta kedua-dua bahagian matanya. Kegagalan
Defendan Ketiga dalam menyediakan peralatan perubatan yang lengkap untuk
mengukur takat oksigen yang sepatutnya diberikan kepada Plaintif dalam keadaan
pramatang juga telah jelas menyebabkan kecederaan pada Plaintif.
Plaintif juga telah mendakwa Defendan Ketiga dibawah isu tanggungan beralih atau
vikarius liabiliti. Vikarius liabiliti atau tanggungan beralih bukannya suatu tort. Ia
merupakan satu prinsip di mana defendan yang bertanggungan terhadap plaintif
bukan merupakan pihak yang melakukan tort terhadap plaintif, tetapi dia dikenakan
tanggungan ke atas tort yang dilakukan oleh pihak lain (kedua). Asas tanggungan
ini adalah disebabkan oleh hubungan di antara defendan dan pihak kedua yang
melakukan tort itu, iaitu suatu hubungan majikan dengan pekerja. Prinsip
tanggungan beralih adalah terpakai kepada semua jenis tort : tort berniat, kecuaian
dan kacau-ganggu kecuali tort fitnah.
Unsur-unsur Prinsip Tanggungan Beralih :
Sebelum defendan dikenakan tanggungan beralih ke atasnya, pertama sekali
pekerjanya mestilah dibuktikan telah melakukan tort terhadap plaintif. Ini bermakna
kesemua elemen tort yang dituntut itu telah pun dapat dibuktikan oleh plaintif.
Kedua, tanggungan tort pekerja itu boleh dialihkan kepada majikannya dengan
syarat pekerja itu sememangnya mempunyai hubungan pekerja-majikan dalam
ertikata undang-undang.
Ketiga, tort itu mestilah telah dilakukan dalam perjalanan kerja pekerja tersebut. Ini
merupakan sesuatu yang tertakluk kepada makna dan konsepnya yang tersendiri,
yang boleh difahami melalui keputusan kes-kes.
Hubungan Majikan-Pekerja
Hubungan di antara defendan dan pelaku tort itu semestinya suatu hubungan di
mana defendan merupakan majikan kepada pelaku tort itu. Seseorang pekerja itu
boleh dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu seorang pekerja dalam ertikata
sebenar dan seorang kontraktor bebas.
Seoarang pekerja itu dikatakan mempunyai hubungan berbentuk suatu kontrak
perkhidmatan dengan majikannya, manakala seseorang kontraktor bebas
mempunyai hubungan berbentuk suatu kontrak untuk perkhidmatan dengan
majikannya. Secara amnya, majikan adalah tidak bertanggungan bagi tort yang
dilakukan oleh kontraktor bebasnya.

Isu yang timbul ialah bagaimana caranya untuk menentukan bahawa seseorang
pekerja itu adalah di bawah suatu kontrak perkhidmatan dan bukannya di bawah
suatu kontrak untuk perkhidmatan dengan majikan tersebut.
Beberapa kaedah telah diwujudkan setakat ini dan kaedah-kaedah tersebut diberi
penerangan di bawah.
Niat yang tersurat tidak semestinya merupakan bukti wujudnya suatu hubungan
kontrak perkhidmatan.
Sebagai contoh, di dalam kes Ferguson v. John Dawson & Partners (Contractors),
plaintif yang merupakan seorang pekerja telah diarahkan oleh defendan , iaitu
suatu kontraktor pembinaan untuk mengalihkan papan-papan nipis dari bumbung
sebuah bangunan. Sewaktu plaintif sedang melakukan tugasnya, dia telah terjatuh
dari bumbung itu dan tercedera. Plaintif menuntut pampasan dari defendan atas
pemecahan tugas statutorinya di bawah Construction (Working Places) Regulations
1966. Kedua-dua plaintif dan defendan menganggap bahawa plaintif merupakan
seorang self employed labour- only subcontractor. Salah satu isu yang timbul
adalah sama ada plaintif adalah pekerja defendan ataupun dia merupakan seorang
kontraktor bebas.
Mahkamah rayuan memutuskan bahawa hubungan di antara kedua-dua pihak
mestilah dipertimbangkan bersama-sama dengan perkara-perkara lainuntuk
memastika sama ada hubungan berbentuk majikan-pekerja wujud atau
tidak.perkara-perkara lain itu termasuklah kuasa pemecatan oleh defendan , fakta
bahawa defendan berhak memindahkan tenaga kerjanya termasuk plaintif dari
satu tapak pembinaan ke tapak pembinaan lain, fakta bahawa defendan adalah
bertanggungjawab untuk menyediakan peralatan kerja, fakta bahawa defendan
berhak memberitahu plaintif apakah kerja yang harus dilakukannyadan persoalan
sama ada upah diberi mengikut kiraan jumlah jam bekerja.Mahkamah memutuskan
bahawa hbungan di antara plaintif dan defendan di dalam ke sini merupakan
hubungan majikan-pekerja.
Dalam kes ini, jelas menunjukkan Defendan Ketiga tidak bertanggungan terhadap
kecuaian Defendan Kedua. Hal ini kerana Defendan Kedua bukanlah pekerja di
hospital (Defendan Ketiga). Defendan Kedua ialah doktor pelawat di hospital
bersalin tersebut. Oleh yang demikian, segala kos Defendan Kedua adalah
ditangung olehnya sendiri. Ini adalah kerana tidak wujud elemen majikan-perkerja
Defendan Ketiga terhadap Defendan Kedua.

ALASAN PENGHAKIMAN

Dalam menjawab isu yang diketengahkan, hakim berpandangan bahawa, bagi isu
pertama iaitu berkaitan tentang samada Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga telah
melakukan kecuaian atau tidak, hakim menyatakan bahawa Defendan Pertama
tidak melakukan sebarang kecuaian terhadap Plaintif kerana beliau hanya bertugas
sebagai doktor pelawat yang menyambut kelahiran Plaintif dalam keadaan
pramatang dan kemudiannya Plaintif di bawah jagaanya hanya selama lebih kurang
satu jam. Setelah memasukkan oksigen ke dalam inkubator dan melalui hud dan
memastikan Plaintif dalam keadaan stabil, beliau menyerahkan Plaintif kepada
Defendan Kedua kerana beliau bercuti. Ini jelas menunjukkan bahawasanya
Defendan Pertama tidak melakukan apa-apa kecuaian kerana tugas yang beliau
lakukan adalah bersesuaian dengan tugas beliau sebagai seorang doktor dalam
merawat pesakit.
Namun, bagi Defendan Kedua, hakim menyatakan bahawa beliau telah dengan
jelasnya melakukan kecuaian terhadap Plaintif. Ini dijelaskan dengan, pada awalnya,
beliau tidak memastikan oksigen yang dibekalkan kepada Plaintif adalah
bersesuaian atau tidak. Walaupun beliau menyatakan bahawa beliau bukanlah
pakar mata dan bukan menjadi tanggungjawab beliau dalam memantau
perkembangan Plaintif, namun, sebagai seorang doktor, beliau haruslah mempunyai
rasa tanggungjawab dalam dirinya untuk memastikan pesakit yang dibawah
jagaanya mendapat penjagaan yang cukup. Ini ditambahkan lagi apabila beliau
tidak menjelaskan kepada ibu bapa Plaintif tentang kesan penggunaan oksigen
terhadap Plaintif ketika Plaintif berada di dalam inkubator. Dalihan Defendan Kedua
dalam menyatakan beliau tidak pakar dalam bidang opatomologi tidak diterima
oleh mahkamah kerana bagi mahkamah, seseorang doktor seharusnya mengetahui
perkara-perkara asas yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaan kepada
pesakit seperti memberikan oksigen yang berlebihan kepada bayi prmatang ketika
bayi ditempatkan di dalam inkubator. Walaupun tidak terdapat rawatan untuk RLF
pada tahun 1975, namun menjadi tugas Defendan Kedua apabila beliau mengetahui
oksigen yang berlebihan akan menyebabkan RLF, beliau sekurang-kurangnya
haruslah memantau penglihatan Plaintif selepas oksigen pada incubator dikeluarkan
untuk memeriksa apa-apa kemungkinan komplikasi-komplikasi yang akan berlaku
terhadap Plaintif. Hakim menyatakan juga bahawa, seseorang pediatrik seharusnya
mengetahui akan kesan-kesan daripada pembekalan oksigen yang berlebihan
kepada bayi pramatang.
Defendan Ketiga juga telah melakukan kecuaian apabila telah gagal menyediakan
kemudahan dan mesin analisis oksigen di hospital bersalin tersebut. Defendan
dengan jelas telah melanggar kewajipan sebagai sebuah hospital yang seharusnya
menyediakan kelengkapan yang secukupnya dalam menerima pesakit sehingga
menyebabkan Plaintif tidak mendapat takat oksigen yang relevan seharusnya
diberikan. Ini adalah kerana mesin analisis oksigen tidak disediakan oleh hospital.
Hospital ini menyediakan perkhidmatan Special Care Nursery serta menerima
semua jenis kelahiran bayi termasuk bayi pramatang, juga mempunyai dana yang

secukupnya bagi membeli mesin Oxygen Anlyser dan Blood Gas Analyser, namun
Defendan Ketiga (hospital) tetap gagal untuk menyediakan kemudahan-kemudahan
tersebut. Defendan Ketiga menawarkan perkhidmatan yang terbaik, dan diterima
oleh pihak Plaintif, namun gagal menyediakan elemen-elemen perkhidmatan yang
terbaik seperti mesin dan kemudahan-kemudahan yang selayaknya.[4] Berdasarkan
fakta-fakta ini, hakim memutuskan bahawa Defendan Ketiga jelas melakukan
kecuaian.
Bagi isu tanggungan beralih dalam kes ini, jelas menunjukkan Defendan Ketiga
tidak bertanggungan terhadap kecuaian Defendan Kedua. Hal ini kerana Defendan
Kedua bukanlah pekerja di hospital (Defendan Ketiga). Defendan Kedua ialah doktor
pelawat di hospital bersalin tersebut. Oleh yang demikian, segala kos Defendan
Kedua adalah ditangung olehnya sendiri. Ini adalah kerana tidak wujud elemen
majikan-perkerja Defendan Ketiga terhadap Defendan Kedua.
KEPUTUSAN
1)
Defendan Pertama didapati tidak melakukan apa-apa kecuaian terhadap
Plaintif dan segala kos terhadap Defendan Pertama ditanggung oleh Defendan
Kedua dan Ketiga merujuk kepada Sanderson Order. Defendan Pertama tidak perlu
membayar ap-apa gantirugi atau kos kepada Plaintif.
2)

Defendan Kedua didapati telah melakukan kecuaian terhadap Plaintif.

3)
Plaintif mendapat award melalui gantigugi biasa kerana beliau gagal
membuktikan gantirugi-gantirugi istimewa kepada mahkamah. Mahkamah
mengarahkan Plaintif menerima RM100,00.00 ekoran daripada kehilangan keduadua bahagian penglihatan iaitu buta. Namun hakim tetap berpandangan bahawa,
sewajarnya gantirugi seharusnya melebihi RM100,000.00.
4)
Defendan Ketiga tidak berliabiliti vikarius terhadap Defendan Kedua kerana
Defendan Kedua hanyalah merupakan doktor pelawat di hospital bersalin tersebut.
Ini membuktikan Defendan Kedua bukanlah pekerja di hospital tersebut.
BIBLIOGRAFI
1)
Norcahaya Talib bersama Saw Tiong Guan (2006), Prinsip-Prinsip Asas Tort ,
Petaling Jaya : Sweet & Maxwell Asia.
2)
Norcahaya Talib(Third Edition), Law Of Torts in Malaysia, Petaling Jaya :
Sweet & Maxwell Asia.

[1] Norcahaya Talib bersama Saw Tiong Guan (2006), Prinsip-Prinsip Asas Tort ,
Petaling Jaya : Sweet & Maxwell Asia, hlm. 9.
[2] Ibid, hlm. 10.

[3]Norcahaya Talib bersama Saw Tiong Guan (2006), Prinsip-Prinsip Asas Tort ,
Petaling Jaya : Sweet & Maxwell Asia, hlm. 10.
[4] Norcahaya Talib(Third Edition), Law Of Torts in Malaysia, Petaling Jaya : Sweet
& Maxwell Asia, hlm. 417.

nv.

PENDAHULUAN

Tajuk kajian kes bagi tugasan subjek Undang-undang Tort (IUEL3303) ialah Kes
Alcock and others v Chief Constable of the South Yorkshire Police [1991] 4
All ER. Secara amnya, kes ini mengandungi prinsip tort yang berkaitan dengan
kecuaian iaitu pelanggaran kewajipan undang-undang untuk berjaga oleh defendan
yang mengakibatkan kerosakan yang tidak diingini kepada plaintif. Sebagaimana
yang diketahui,terdapat 3 elemen kecuaian iaitu kewajipan berjaga-jaga (duty of
care), pelanggaran kewajipan berjaga-jaga (breach of duty) dan berlaku kerosakan
atau kerugian (damage). Kajian kes ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu:

1)

Fakta

2)

Isu Kes

3)

Prinsip Tort

4)

Alasan Penghakiman

5)

Keputusan Kehakiman

Plaintif
Alcock and others

Defendan
Chief Constable of the South Yorkshire Police

Hakim

Lord Keith of Kinkel, Lord Ackner, Lord Oliver of Alymerton, Lord Jauncey
of Tullichettle and Lord Lowry

FAKTA KES

Pada 15 April 1989, satu perlawanan bola sepak telah diadakan di Stadium
Hillsborough, Sheffield di antara Liverpool dan Nottingham Forest yang merupakan
perlawanan separuh akhir Piala FA. Pasukan polis South Yorkshire merupakan pihak
yang bertanggungjawab untuk mengawal penonton yang terlalu ramai pada
perlawanan yang mana mereka telah membenarkan sejumlah besar bilangan
penonton yang melebihi had untuk memasuki Leppings Lane, iaitu kawasan yang
dikhaskan untuk penyokong Liverpool.

Mereka berasak-asak ke dalam pen 3 dan 4, di bawah Stand Barat Stadium


Hillsborough dan menyebabkan 95 orang terbunuh dan lebih daripada 400 telah
cedera dari segi fizikal. Tragedi ini telah disiarkan secara langsung di televisyen dari
semasa ke semasa ketika kejadian berlaku dan rakaman tragedi itu juga disiarkan.

Ketua Konstabel South Yorkshire (Chief Constable of the South Yorkshire Police)
mengakui bahawa beliau menanggung liabiliti kecuaian berkenaan dengan
kematian dan kecederaan fizikal yang berlaku. Enam belas tindakan yang
berasingan dibawa terhadapnya oleh orang-orang yang tiada seorang pun yang
hadir di kawasan di mana bencana berlaku, walaupun empat daripada mereka
berada di tempat lain sewaktu kejadian. Semua plaintif menuntut ganti rugi bagi
kejutan saraf yang menyebabkan mereka mengalami penyakit psikiatri yang
disebabkan oleh tragedi tersebut.

Seramai 16 orang plaintif telah membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi terhadap


Ketua Konstabel Polis South Yorkshire yang mana 13 orang yang menuntut terdiri
daripada saudara mara dan sahabat mereka yang terbunuh. Manakala 2 orang lagi
adalah saudara mara dan sahabat mereka yang tercedera serta seorang lagi adalah
mangsa yang dapat menyelamatkan diri sewaktu berlakunya tragedi tersebut.
Mahkamah memutuskan bahawa 10 sahaja daripada pihak plaintif telah menang
dalam tuntutan ini.

Kemudian, defendan yang tidak berpuashati telah membuat rayuan di Mahkamah


Rayuan terhadap 9 plaintif yang berjaya, dan 6 pihak plaintif yang kalah juga
membuat rayuan. Dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan telah membenarkan
rayuan defendan dan telah menolak rayuan daripada pihak plaintif.

Disebabkan tidak berpuashati terhadap keputusan ini, pihak plaintif telah membuat
rayuan ke Mahkamah Agung.

ISU KES

1. Samada pihak plaintif merupakan golongan yang berhak untuk mendapat


gantirugi bagi kejutan saraf (nervous shock).
2. Samada orang yang melihat tragedi tersebut secara langsung melalui siaran
televisyen berhak untuk membuat tuntutan

PRINSIP TORT

Prinsip tort yang wujud dalam kes ini adalah prinsip kecuaian yang mana di dalam
prinsip ini, wujudnya tiga elemen iaitu kewajipan berjaga-jaga (duty of care),
pelanggaran kewajipan berjaga-jaga (breach of duty) dan berlaku kerosakan atau
kerugian (damage).

Di dalam kes ini,Ketua Konstabel Polis South Yorkshire menanggung liabiliti dalam
elemen kecuaian yang pertama iaitu kewajipan berjaga-jaga (duty of care) yang
mana beliau bertanggungan terhadap tugasnya untuk memastikan keselamatan
para penonton sewaktu perlawanan. Beliau mengakui akan liabiliti kecuaian
berkenaan dengan kematian dan kecederaan fizikal yang berlaku akibat tragedi
tersebut.

Elemen kecuaian yang kedua iaitu pelanggaran kewajipan berjaga-jaga (breach of


duty), yang mana pasukan polis South Yorkshire yang sepatutnya
bertanggungjawab mengawal bilangan kemasukan penonton ke dalam stadium,
telah melakukan pelanggaran kewajipan iaitu dengan membenarkan sejumlah besar
penonton memasuki Lane Leppings iaitu suatu kawasan yang dikhaskan untuk
penyokong Liverpool.

Seterusnya, elemen kecuaian yang ketiga turut dipenuhi yang mana di dalam
tragedi ini, 95 orang telah terbunuh dan menyebabkan lebih 400 orang lagi
tercedera akibat daripada pelanggaran kewajipan berjaga-jaga yang telah dilakukan
oleh pasukan polis South Yorkshire.

Sebagaimana yang diketahui, terdapat dua ujian bagi membuktikan seseorang


defendan itu mempunyai kewajipan berhati-hati (duty of care) terhadap plaintif iaitu
melalui ujian kejiranan dan juga ujian komposit. Berdasarkan kepada kes ini,
kewajipan berhati-hati telah dibuktikan melalui ujian kejiranan yang mana
melibatkan faktor proximiti iaitu plaintif tersebut haruslah seseorang yang ada
berdekatan yang mungkin terjejas dengan tindak tanduk defendan. Faktor proximiti
dapat dipenuhi sekiranya plaintif berada berdekatan dengan tempat kejadian dan
juga mengalami kecederaan secara serta merta, bukan hanya melalui penglihatan
atau pendengaran terhadap kejadian tersebut.

ALASAN PENGHAKIMAN

Berdasarkan kepada isu yang pertama iaitu samada pihak plaintif merupakan
golongan yang berhak untuk mendapat gantirugi bagi kejutan saraf (nervous
shock), pihak plaintif tidak berhak untuk mendapat gantirugi atas kejutan saraf
kerana tidak wujud hubungan yang rapat antara plaintif dengan mangsa utama.
Hubungan mereka dengan mangsa juga tidak begitu dekat bagi membolehkan
tuntutan ini diterima. Berkenaan dengan kelas orang, iaitu kemungkinan hubungan
yang paling rapat dalam keluarga ialah antara ibu bapa dan kanak-kanak atau
suami dan isteri. Sebagai contoh, di dalam kes ini, Robert Alcock telah kehilangan
adik iparnya, Catherine Jones juga telah kehilangan adiknya dalam tragedi ini, Brian
Harrison kehilangan kedua-dua saudaranya, Brenda Hennessey pula kehilangan
abangnya, Denise Hough juga kehilangan abangnya, Stephen Jones pula kehilangan
saudaranya, Joseph Kehoe kehilangan cucunya dan Alexander Penk pula kehilangan
tunangnya. Tetapi, hanya Encik dan Puan Copoc yang kehilangan anak mereka.
Akan tetapi, hal ini belum dapat meyakinkan mahkamah bagi membenarkan
tuntutan plaintif terhadap kes ini.

Bagi isu yang kedua iaitu samada orang yang melihat tragedi tersebut secara
langsung melalui siaran televisyen berhak untuk membuat tuntutan. Plaintif yang
melihat peristiwa-peristiwa bencana di televisyen tidak boleh dianggap telah
mengalami kejutan saraf yang didorong oleh penglihatan atau mendengar tragedi
itu kerana mereka tidak berada di dalam kejadian itu atau tidak berada dalam
kedekatan (proximity) kepada peristiwa-peristiwa itu dan tidak akan mengalami
kejutan dan serangan ke atas sistem saraf secara tiba-tiba. Plaintif tidak berhak
untuk berjaya dalam rayuan kerana mereka tidak berada di dalam perlawanan
tersebut akan tetapi hanya melihat tragedi melalui siaran televisyen atau
mendengar melalui siaran radio sahaja.

KEPUTUSAN KEHAKIMAN

House of Lords (Mahkamah Agung) memutuskan bahawa Plaintif yang melihat


peristiwa-peristiwa bencana di televisyen tidak boleh dianggap telah mengalami
kejutan saraf yang didorong oleh penglihatan atau mendengar tragedi itu kerana
mereka tidak berada di dalam kejadian itu atau tidak berada dalam kedekatan
(proximity) kepada peristiwa-peristiwa itu dan tidak akan mengalami kejutan dan
serangan ke atas sistem saraf secara tiba-tiba. Plaintif juga tidak berhak untuk

berjaya dalam rayuan kerana mereka tidak berada di dalam perlawanan tersebut
akan tetapi hanya melihat tragedi melalui siaran televisyen atau mendengar melalui
siaran radio sahaja. Hubungan mereka kepada mangsa juga tidak menunjukkan
cukup dekat untuk membolehkan rayuan mereka diterima. Oleh itu, Mahkamah
menolak rayuan daripada plaintif.

KESIMPULAN

Berdasarkan kes Alcock and others v Chief Constable of the South Yorkshire Police,
bagi membuktikan seseorang itu telah melakukan kecuaian, ia hendaklah
memenuhi tiga elemen kecuaian iaitu mempunyai kewajipan berjaga-jaga (duty of
care), pelanggaran kewajipan berjaga-jaga (breach of duty) dan berlaku kerosakan
atau kerugian (damage).

Sebagaimana yang diketahui, terdapat dua ujian bagi membuktikan seseorang itu
mempunyai kewajipan berhati-hati (duty of care) terhadap pihak lain iaitu melalui
ujian kejiranan dan juga ujian komposit. Berdasarkan kepada kes ini, kewajipan
berhati-hati telah dibuktikan melalui ujian kejiranan yang mana melibatkan faktor
proximiti iaitu plaintif tersebut haruslah seseorang yang ada berdekatan yang
mungkin terjejas dengan tindak tanduk defendan. Faktor proximiti dapat dipenuhi
sekiranya plaintif berada berdekatan dengan tempat kejadian dan juga mengalami
kecederaan secara serta merta, bukan hanya melalui penglihatan atau
pendengaran terhadap kejadian tersebut.

*Baru tahu fakta baru hari ini bila ada sahabat present kes berkenaan suami / isteri
tidak boleh menyaman pasangan mereka atas kesalahan tort berdasarkan seksyen
9 (2) Akta Perempuan Bersuami 1957.

Page 1 of 5
1
Pengertian tort dan kecuaian
Perkataan tort adalah dalam bahasa latin yang bermaksud salah. Tort adalah satu
daripada
cabang undang-undang sivil yang menentukan tindakan undang-undang yang boleh
diambil
ke atas mereka yang telah melakukan perbuatan ataupun kecuaian bagi
mendapatkan ganti
rugi. Bidang tort ini sangat luas dan merangkumi pencerobohan, gangguan, fitnah
dan
pernyataan silap. Undang-undang tort digunakan untuk menentukan soal liabiliti
dan ganti

rugi yang dituntut dalam dakwaan. Kecuaian (negligence) adalah salah satu
daripada tort.
Terdua jenis kecuaian dalam pendidikan iaitu kecuaian guru dan kecuaian
pendidikan. Kecuaian pendidikan adalah berkenaan dengan kegagalan guru
mendidik
pelajar. Pelajar tidak dapat memahami pelajaran yang diajar oleh guru tersebut.
Tetapi
selalunya dakwaan tentang kecuaian pendidikan amat sukar dibuktikan. Kecuaian
guru pula
berkenaan dengan kemalangan dan kecederaan fizikal yang terjadi kepada pelaja.
Menurut
Tiee Fat Hee(2004), terdapat empat elemen yang menentukan samaada kecuaian
guru telah
berlaku iaitu
1) Kewajipan berjaga-jaga (duty of care).
2) Memungkiri kewajipan berjaga-jaga (breach of duty)
3) Pelajar mengalami kecederaan fizikal (injury to pupils)
4) Terdapat perkaitan diantara kecederaan pelajar dengan tingkahlaku guru
(proximate cause)
CONTOH KES KECUAIAN: MOHD. RAIHAN IBRAHIM&ANOR. v. THE
GOVERNMENT OF MALAYSIA & ORS.
Kes rayuan ini terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang menolak
tuntutan
kerugian di atas kecederaan yang telah dialami oleh plaintif pada 15 Mac 1971
dalam kelas
kemahiran hidup pertanian. Rayuan tersebut adalah terhad kepada persoalan
liabiliti hanya di
dalam skop liabiliti responden yangditetapkan, kerugian umum sebanyak RM60,000
telah
Page 2 of 5
2

dipersetujui oleh kedua pihak. Semasa kelas matapelajaran sains pertanian,


seorang pelajar
telah terkena cangkul yang digunakan oleh rakannya semasa kelas tersebut.
Kejadian berlaku selepas kelas yang terdiri daripada 37 atau 38 orang murid
tingkatan
1 berbaris bagi mengambil peralatan pertanian dari stor sekolah dan terus ke
kebun. Mangsa
dan Raja Aminuddin membuat batas, mangsa menggunakan penyodok manakala
Raja
Aminuddin menggunakan cangkul. Oleh kerana jarak keduanya yang terlalu dekat,
walaupun
telah diberi amaran oleh mangsa supaya jangan mengangkat cangkul semasa dia
masih
menyodok, tetapi amirul terus sahaja mengangkat cangkul tanpa menghiraukan
kata-kata
masngsa dan menyebabkan terkena kepala mangsa dengan luka 2 inci dan retak
pada
tulang tengkorak belakang kanan. Semasa kejadian berlaku, guru sedang duduk di
bawah
pokok, beberapa meter dari batas tersebut.Oleh itu, beberapa elemen diteliti:
1) Kewajipan berjaga-jaga - Termaktub di dalam undang-undang, bahawa
seorang guru sekolah bertanggungjawab untuk mengawasi pelajar ketika berada di
dalam
kawasan sekolah, baik di dalam kelas atau tempat permainan. Dalam kes ini, Pn
Hau Kan
Yong, guru yang bertanggungjawab pada masa pembelajaran tersebut dan beliau
telah masuk
dan memulakan kelas
2) Memungkiri kewajipan berjaga-jaga - Jika guru tahu bahawa pelajar terlibat
ataupun
melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap diri mereka
ataupun

sesama sendiri, menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan langkah berjagajaga untuk
memastikan keselamatan pelajar-pelajar. Merujuk kes ini, guru matapelajaran tidak
mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk mengelakkan kemalangan
berlaku
ke atas pelajar-pelajar yang berada dibawah jagaannya dan tidak memeriksa
keselamatan
peralatan yang ingin digunakan. Malah pada masa pembelajaran tersebut, guru
tidak berada
di tempat kemalangan ataupun hampir kepada pelajar semasa kemalangan berlaku,
sebaliknya beliau berada di bawah pokok yang berada 4 ela dari tempat
kemalangan.
Page 3 of 5
3
3) Pelajar mengalami kecederaan fizikal - Akibat daripada guru matapelajaran
tidak mengawasi murid-muridnya dan gagal memberi arahan dan memeriksa
penggunaan
alat-alat pertanian, pelajar iaitu pemohon telah mengalami kecederaan yang mana
belakang
kepalanya terkoyak sepanjang 2 inci dan retak tulang di bahagian yang sama.
4) Terdapat perkaitan diantara kecederaan pelajar dengan tingkahlaku guru Kemalangan ini
berlaku disebabkan guru tidak menjalankan tugasnya mengawasi pelajar yang
mengendalikan
peralatan (cangkul) yang membahayakan dan jarak antara pelajar semasa
penggunaan alatan
tersebut dengan betul. Ini terbukti apabila Pn. Hau KanYong sendiri mengaku
bahawa jika
dia nampak pemohon berada di kedudukan yang dekat dengan Raja Aminudin,
sudah tentu

dia tidak akan membiarkan yang mana kedudukan tersebut boleh menyebabkan
kemalangan
itu berlaku. Oleh itu, pelajar telah mengalami kecederaan kerana guru tersebut
gagal
memeriksa keadaan peralatan pertanian samaada selamat digunakan atau tidak
serta gagal
mengambil langkah untuk mengelakkan kecederaan pelajar tersebut dan
mengawasi
perlakuan pelajar dari jarak yang sepatutnya.
Tiga dari daripada empat elemen kecuaian wujud di dalam kes. Oleh kerana itu,
guru
didapati bertanggungjawab terhadap kemalangan yang berlaku. Manakala rayuan
dengan kos
yang dipohon oleh pemohon diterima.
Kesimpulan, telah termaktub dalam undang-undang seorang guru sekolah
bertanggungjawab untuk mengawasi pelajar semasa mereka berada di kawasan
sekolah,
samaada di kelas ataupun di tapak permainan sekolah. Sebagai pemimpin sekolah,
pengetua
berperanan besar dalam memastikankeselamatan pelajar semasa kebeberadaan
pelajar di
kawasan sekolah. Pemimpin sekolah bertanggungjawab penuh diatas segala yang
melibatkan
persekitaran sekolah yang mana para pelajar masih di bawahseliaan pihak sekolah
kerana
sekolah adalah loco parentis. Keselamatan pelajar di sekolah adalah
tanggungjawab guru
dan pengetua sekolah. Sebagai seorang pengetua, mereka perlu mengelakkan
berlakunya
Page 4 of 5
4

sebarang kecuaian yang melibatkan pelajar secara langsung kerana kemalangan.


Kecederaan
mudah berlaku ke atas pelajar pada persekitaran yang tidak dijangka. Oleh yang
demikian
pengetua dengan kerjasama para guru harus menumpukan perhatian yang serius
semasa
berada di dalam kelas mahupun aktiviti luar kelas.
CONTOH KES KECUAIAN 2 : KES SILVADURAI KUNNARY & ANOR V
PENGETUA, SRJK CINA, CHUNG HWA & ORS
Kes ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka dan hakim untuk kes ini Datuk
Suriyadi
Halim Omar. Kes ini berkenaan seorang pelajar terjatuh kerana tersadung batu pada
selepas
turun dari permainan jongkang-jongkit di kawasan sekolah semasa waktu rehat.
Murid
tersebut akhirnya telah meninggal dunia akibat dari kemalangan itu. Ibubapa
pelajar tersebut
membuat dakwaan bahawa kecuaian pihak SRJK Cina, Chung Hwa telah
menyebabkan
mereka kematian anak mereka. Oleh itu, beberapa elemen diteliti;
1)Kewajipan berjaga-jaga - Pihak sekolah selalu memberi nasihat kepada pelajar
dan
biasanya pada waktu perhimpunan tentang sentiasa berhati-hati di kawasan
sekolah dan
bahaya semasa bermain jongkang-jongkit. Guru bertugas juga selalu mengingatkan
pelajar
tentang bahaya bermain jongkang-jongkit.
2) Memungkiri kewajipan berjaga-jaga - peristiwa terjadi pada waktu rehat dan
dalam
kawasan sekolah, terdapat guru-guru bertugas yang memantau dan memberi
peringatan

berhati-hati semasa bermain. Oleh itu, tidak terdapat mungkir kewajipan berjagajaga.
3) Pelajar mengalami kecederaan fizikal -Terdapat kecederaan berlaku pada pelajar
tersebut
semasa waktu rehat. Tetapi kecederaan pelajar bukan disebabkan oleh permainan
jongkangjongkit. Ia merupakan satu kemalangan selepas pelajar turun dari jongkang-jongkit
dan
Page 5 of 5
5
sedang berjalan kearah kelas telah tersepak batu dan jatuh. Ini menunjukkan ia
disebabkan
oleh kecuaian murid itu sendiri.
4) Terdapat perkaitan diantara kecederaan pelajar dengan tingkahlaku guru - Dalam
kejadian
ini, mahkamah mendapati jongkang-jongkit bukanlah punca kecederaan yang
membawa
kepada maut terhadap pelajar tersebut, tetapi pelajar tersebut terjatuh ke atas
objek keras.
Tidak munasabah untuk menyatakan guru bertanggungjawab untuk mengelak
kecederaan
berlaku terhadap pelajar pelajar jika terkena objek keras di kawasan sekolah.
Dapat dijangka
pelajar akan jatuh di kawasan sekolah dan mungkin kecederaan akan berlaku
apabila pelajar
berlari-lari di kawasan sekolah.
Tidak terdapat elemen kecuaian guru berlaku dalam kes ini. Oleh itu, setelah
hakim meneliti dan mahkamah tidak yakin bahawa para plaintif tidak dapat
membuktikan bukti fakta keputusan yang menyebelahi mereka. Hakim menyatakan
bahawa

kawalan dan supervisi kawasan sekolah telah dijalankan dengan baik. Juga guru
telah berlaku
yang sepatutnya apabila mendapati pelajar tersebut jatuh hinggalah pelajar diambil
oleh ibu
angkat pelajar. Jika bukti doktor yang digunakan oleh plaintif, iaitu pelajar tersebut
boleh diselamatkan jika setelah dia pengsan, dan terus dibawa ke hospital. Tetapi
keadaan
pelajar semakin lemah sementara di bawah pengawasan ibu angkat dan ini telah
melepaskan
tanggungjawab sekolah. Oleh itu, mahkamah telah menolak rayuan plaintif dengan
kos.
Kesimpulan, pengetua bersama guru-guru sekolah harus mengambil inisiatif untuk
memastikan kawasan sekolah seperti bilik darjah, tempat bermain, sekitar sekolah
adalah
selamat dan tidak menyebabkan kecederaan kepada pelajar. Jika pembinaan
sedang
dijalankan ataupun terdapat bahan-bahan yang diletakkan di kawasan sekolah,
kawasan
bahan tersebut perlu dipagar dan dijadikan kawasan larangan kepada pelajar.

5 of 5
Displaying 5571fb8d49795991699530c5.doc.

You might also like