Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

___________________________________________________________________________

Rujukan Tuan :
Rujukan Kami : 2016/1
Tarikh
: 21 April 2016
Kepada,
En. Mohd Zaires Bin Md. Daris
Timbalan Pendaftar,
b/p : Dekan
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai.
Melalui,
Hilmi Zulfadli Bin Shahrom
Setiausaha Program Green Service Learning Project: Program Laman Hijau (Pengamalan 5R)
Kursus Ekonomi Dalam Pendidikan (MPPD 1123),
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai.
Tuan,
PERMOHONAN SUMBANGAN CENDERAHATI DAN SIJIL PENGHARGAAN BAGI
PROGRAM GREEN SERVICE LEARNING PROJECT : PROGRAM LAMAN HIJAU
(PENGAMALAN 5R)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa program Green Service LearningProject: Program Laman
Hijau (Pengamalan 5R)yang telah mendapat kelulusan dari pihak Fakulti Pendidikan ingin dijalankan
pada awalnya 26 April 2016 kini bertukar kepada 7 Mei 2016 bertempat di Sekolah Kebangsaan
Taman Cendana, Pasir Gudang. Hal ini disebabkan berlaku pertindahan program kami dengan
program USPP dan Gotong-Royong Perdana melibatkan sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang, dan
secara tidak langsung dua ahli kumpulan kami terlibat, maka program kami ini perlu ditangguhkan.
3.
Oleh hal demikian, pihak kami amat memerlukan sumbangan cenderahati untuk
diberikan kepada pihak sekolah serta sijil penghargaan bagi peserta pelajar yang terlibat.
Dengan ini, disertakan surat kelulusan program dan kuantiti sijil penghargaan dan medal yang
diperlukan dibahagian lampiran.
4.
Kerjasama daripada pihak tuan bagi menjayakan program ini amat dihargai dan diucapkan
jutaan terima kasih.
Sekian.
MEREALISASIKAN PENDIDIKAN UNTUK SEMUA
Yang Benar,

(HILMI ZULFADLI BIN SHAHROM)


Setiausaha Program Green Service Learning Project: Program Laman Hijau (Pengamalan 5R)
Universiti Teknologi Malaysia.

You might also like