Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PERNU

MINIT MESYUARAT BADAN KEBAJIKAN PENDIDIKAN KHAS


SEKOLAH KEBANGSAAN PERNU
2015

TARIKH
: 5MAC 2015
HARI
: KHAMIS
MASA
: 12.35 TENGAH HARI
TEMPAT
: ANUGERAH 1
KEHADIRAN : 1. EN. MAZLAN BIN KASSIM
- PENGERUSI BKPK SK PERNU
2. PN. HAJAH TUMINAH BT HASSAN
- GPK KO-KURIKULUM
3. PN. SITI NORMAYA BINTI YAAKUB
- PENYELARAS
4.EN. MOHD SHAZREEN BIN SALIM
- GURU
5. PN. SAKINAH BT MOHD SALLEH
- GURU
6. PN. SURIANI BINTI ARIFIN
- GURU
7. PN. ROHAYATI BINTI IDEROS
- GURU
8. PN.FARAH ZURAH BT MOHD YUSUF
- GURU
9.PN. KAMALIAH BT ALI
- GURU
10.PN. HERNIYATI BINTI IBRAHIM
- PPM
11.PN. WAN NORHAIZAN BT. WAN MUSTAFA
12.PN.SALWATI BT ARSHAD
13.PN.NURSHAFARAH BT MAHADI
14.PN.ZILAWATI BT ALIAS
15.EN. MOHD JOHAR BIN MOHD SELAMAT
16.PN. NORHAIZAH BT. OSMAN
17.EN. ROSLAN BIN MOHD ALI
18.EN. RODILIFIER
19.EN. ZAMRI BIN MOHD NOR
20.EN JAMAL BIN ABDULLAH
21.EN. MALIP BIN ROSLI
22.PN. SAURAH BT. ARIPIN
23.PN. VIVIANA BT. ISMAIL
AGENDA
1.
0

1.1

Ucapan Pengerusi Majlis En. Mazlan Kassim


Ucapan alu-aluan dan mengucapkan syukur kerana dapat menghadiri mesyuarat
BKPK 2015. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana
dapat hadir pada mesyuarat tersebut.

1.2

Mengucapkan tahniah di atas pencapaian muridPPKI dalam UPSR 2014.

1.3

Mengucapkan tahniah kepada pihak pentadbir di atas peningkatan sekolah


kepadaBand 2. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir di
1

atas kerjasama yang diberikan kepada Badan Kebajikan Pendidikan Khas


(BKPK) sekolah ini.
1.4
2.
0

Mengharapkan kesediaan pihak ibubapa untuk turut menyertai sebarang aktiviti


anjuran PPKI.
Ucapan Pentadbir-Pn. Hajah Tuminah bt Hassan

2.1

Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua pihak pada


mesyuarat kali ini. Beliau memaklumkan bahawa GPK 1, Pn. Hjh. Norlinda tidak
dapat hadir kerana menghadiri suatu taklimat.

2.2

Mengucapkan tahniah kepada ibubapa yang dapat hadir dan menggalakkan


penyertaan ibu bapa dalam sebarang aktiviti yang telah dirancang.

2.3

Beliau juga berharap agar calon UPSR daripada PPKI mencapai kejayaan yang
lebih baik pada tahun ini.

3.
0

Perbincangan profesional
3.1

Pn. Siti Normaya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi di atas segala
sumbangan beliau kepada PPKI SK Pernu. Beliau juga mengucapkan terima
kasih kepada pentadbir dan ibu bapa yang hadir pada mesyuarat ini serta
memberi komitmen yang tinggi kepada PPKI.

3.2

Agihan kelas 2015


Anugerah ! - menjalani kurikulum KBSR (tahap sama seperti murid Tahun 4)
Anugerah 2 - masih menjalani KSSR Pendidikan KhasTahun 4 kerana belum
melepasi tahap yang sepatutnya
Anugerah 3 - KSSR Pendidikan Khas Tahun 1 untuk mata pelajaran teras
- KSSR Pendidikan Khas Tahun 2 bagi mata pelajaran Pengurusan
Diri, Muzik dan Pendidikan Jasmani.

3.3

UPSR 2015

3.3.1 Calon UPSR PPKI bagi tahun 2015 adalah seramai empat orang dan sedang
mengikuti Program Inklusif Penuh di Kelas 6 Tekun.
3.3.2 Setiap murid yang bakal menduduki UPSR hendaklah terlibat dalam aktiviti UPSR
yang telah dirancang oleh pihak sekolah.Bagi murid-murid yang kurang
menguasai bidang akademik, diberi penekanan untuk menguasai bidang
Kemahiran Hidup.
3.3.3 Ibu bapa diingatkan agar menjelaskan bayaran UPSR.
3.4
SISOKU
3.4.1 Pn. Siti Normaya memberi taklimat pengeluaran EMK seperti tercatat dalam
borang perjanjian elaun murid khas (EMK).
2

3.4.2 Bermula tahun 2015, pengeluaran EMK hendaklah melalui permohonan dan
disahkan oleh pentadbir sekolah.
3.5
Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
3.5.1 - Setiap murid akan disediakan satu RPI bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu.(kecuali murid yang terlibat dengan inklusif penuh)
-

A1 - Cikgu Shazreen
A2 - Cikgu Farah
A3 - Cikgu Siti Normaya Umar, Isha dan Noureen
- Cikgu Suriani Imanshah dan Qistina
- Cikgu Kamalia Dinie dan Mikhail

3.5.2 Program Celik Membaca dijalankan selari dengan RPI yang telah ditetapkan.
Murid ditentukan tahap pencapaian yang dijangka boleh dicapai. Ibu bapa boleh
berjumpa dengan guru yang terlibat melaksanakan RPI murid-murid bagi
mengetahui tahap perkembangan anak-anak mereka.
3.6

Program Inklusif En. Mohd Shazreen bin Salim

3.6.1 Program inklusif adalah wajib dilaksanakan bagi murid-murid PPKI yang layak
iaitu mereka yang menguasai 3M dan tiada masalah tingkah laku supaya mereka
boleh seiring dengan murid-murid aliran perdana. Tempoh percubaan adalah 3
bulan dan akan dikembalikan ke PPKI sekiranya didapati tidak boleh menguasai
kemahiran di aliran perdana.
3.6.2 Bagi tahun 2015, seramai 8 orang murid terlibat dengan pgroram inklusif.
Seramai 4 orang inklusif penuh di Tahun 6 manakala 4 orang lagi inklusif separa
di Tahun 4 dan 5.
3.6.3 Bagi murid-murid yang kurang pencapaian akademik, mereka bolehlah terlibat
dengan program inklusif bagi subjek Pendidikan Jasmani
3.7
Program PPKI 2015
3.7.1 Celik Membaca Dijalankan setiap pagi pada waktu pertama p&p
3.7.2 Kemahiran Hidup
- Aktiviti perkebunan digantikan dengan projek bunga hiasan sehingga
cuaca sesuai untuk meneruskan tanaman sayur-sayuran.
- Aktiviti memasak dijalankan bergilir-gilir dengan perkebunan
3.7.3 Projek Khas Minggu Keusahawanan untuk jualan Hari Guru. Projek yang akan
dijalankan ialah menghasilkan kraftangan seperti penanda buku dan sebagainya.
Projek ini ditujukan terutamanya kepada murid Anugerah 1 kerana mereka tiada
masalah tingkah laku dan tiada masalah dalam kemahiran manipulative. Projek
ini akan dijalankan semasa mata pelajaran PTL dan Kemahiran Manipulatif.
3.7.4 Lawatan Lawatan ke Langkawi akan disertai oleh 14 orang murid. Ibu bapa
diingatkan agar menjelaskan bayaran sebelum 25 Mac 201.
3.7.8 Program Terapi juga adalah sebahagian daripada aktiviti PPKI yang mesti diikuti
3

oleh murid-murid PPKI.


3.7.9 Program Silaturrahim Aidilfitri 2015 kunjungan ke rumah murid-murid
4.
0

Hal-hal lain
4.1

Ibu bapa diminta memberikan dua salinan kad OKU yang baru

4.2

Alat tulis murid-murid Anugerah 3 hendaklah disimpan di sekolah. Bagi muridmurid Anugerah 1 dan 2, sila beli alat tulis mengikut piawaian yang sepatutnya
untuk elakkan alat tulis yang bertoksik.

4.3

Gotong-royong untuk membina BBM akan dilaksanakan. Sebarang maklumat


akan dimaklumkan kemudian.

4.4

Pn. Siti Normaya memaklumkan wang Tabung BKPK masih berbaki di bank tetapi
telah dibekukan kerana akaun tidak aktif. Kehadiran tiga orang penama Tabung
BKPK diperlukan bagi mengaktifkan semula akaun tersebut. Beliau juga
memaklumkan bahawa En. Mazlan bin Daz tidak lagi merupakan salah seorang
penama akaun tersebut kerana telah berpindah sekolah dan sukar untuk
dihubungi.
Penama bagi akaun Tabung BKPK SK Pernu ialah : En. Mazlan bin Kasim
- Pengerusi BKPK SK Pernu
Pn. Siti Normaya bt Yaakub
- Penyelaras PPKI SK Pernu
Pn. Farah Zurah bt Mohd Yusof - Bendahari

5.
0

4.5

BKPK akan wujudkan kumpulan whatsapp untuk berkongsi sebarang maklumat.

4.6

En. Malip mencadangkan untuk mengadakan program ICT untuk murid-murid


PPKI. Pn. Normaya memaklumkan bahawa sememangnya ada syllabus ICT
dalam PPKI. Di samping itu guru-guru juga sering mendedahkan murid-murid
kepada ICT semasa p&p.

4.7

En. Mazlan tertarik dengan projek kraf dan beliau berminat untuk memberi sedikit
sumbangan untuk menjayakan program tersebut. Beliau juga mengalu-alukan
kepada para ibu bapa untuk memberikan sumbangan.

4.8

Pn. Normaya mengingatkan ibu bapa yang menyertai lawatan agar


melengkapkan borang yang diedarkan.
Ucapan Penangguhan
En. Mazlan mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin dan pentadbir
sekolah atas kehadiran pada mesyuarat kali ini dan menangguhkan mesyuarat
pada jam 2.40 petang.

Dicatat oleh:
Suriani Arifin,
Setiausaha BKPK,
SK Pernu.

You might also like