Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 34

AKTA JAMINAN MSC MALAYSIA

You are here


Laman Utama Mengenai MSC Malaysia
Akta Jaminan MSC Malaysia

Pengenalan
Pengiktirafan status MSC Malaysia melayakkan entiti perniagaan yang terpilih menikmati
insentif, hak dan keistimewaan dari Kerajaan Malaysia (Kerajaan), iaitu Akta Jaminan
MSC Malaysia (BoGs). BoG melambangkan hasrat Kerajaan untuk menyediakan
persekitaran di dalam MSC Malaysia yang kondusif untuk pembangunan entiti
perniagaan berstatus MSC Malaysia. Segala insentif, hak dan keistimewaan yang diberi
menurut BoG adalah tertakluk kepada syarat di bawah undang-undang dan peraturan
yang berkaitan.
Sebagai tambahan, kelayakan untuk BoG adalah tertakluk kepada kepatuhan oleh entiti
perniagaan berstatus MSC Malaysia, mengikut terma dan syarat yang mungkin
dikenakan oleh Kerajaan dan/ atau Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC),
sebagai organisasi yang telah diberi mandat oleh Kerajaan untuk menyelaras,
mempromosi dan menggalakkan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan
juga perkhidmatan terpilih di MSC Malaysia dan Malaysia.
Walaupun pihak Kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang dalam menyediakan
insentif, hak dan keistimewaan di bawah BoG, peruntukan sebenar adalah tertakluk
kepada pelbagai faktor dan pihak (awam dan swasta), dan boleh dipengaruhi keadaan
yang mana ia bukan di bawah kawalan pihak Kerajaan.
Senarai BoG adalah seperti berikut:
BoG 1: Menyediakan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia.
BoG 2: Membenarkan pengambilan pekerja k-knowledge tempatan dan asing
secara terbuka.
BoG 3: Memastikan kebebasan hak milik dengan mengecualikan syarikat
berstatus MSC Malaysia dari undang-undang pemilikan tempatan.
BoG 4: Memberikan kebebasan dan hak untuk mencari modal secara global
untuk infrastruktur MSC Malaysia.
BoG 5: Menyediakan insentif kewangan kompetetif, termasuklah status perintis
yang memberikan pelepasan cukai 100% sehingga 10 tahun atau Elaun

Pelaburan Cukai sehingga 5 tahun, dan tiada duti import peralatan multimedia
akan dikenakan.
BoG 6: Menjadi pemimpin serantau dalam perlindungan harta intelek dan
undang-undang siber.
BoG 7: Menjamin tiada penapisan Internet.
BoG 8: Menyediakan tarif telekomunikasi global yang berdaya saing.
BoG 9: Menender kontrak infrastruktur utama MSC Malaysia kepada syarikat
terkemuka yang sedia menjadikan MSC sebagai pusat kawasan.
BoG 10: Menyediakan sebuah agensi sehenti dan diiktiraf bagi bidang ICT di
Malaysia MDEC.

Dokumen ini menggambarkan interpretasi Kerajaan dalam aspek BoG dan tertakluk pada
perubahan. Maklumat lanjut, sila hubungi MDEC di:
Pusat Perhubungnan Pelanggan MDEC (CliC) Tel. no. : +603-8315 3000 Talian bebas
tol. : 1-800-88-8338 (dalam Malaysia)

Akta Jaminan No. 1: Menyediakan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf


dunia.

Objektif Polisi
Untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi syarikat untuk menjalankan operasi
perniagaan, menjalankan penyelidikan dan membangun teknologi, aplikasi dan produk
baru.
Interpretasi
Pihak Kerajaan telah mengenakan polisi, rangka kerja serta perancangan untuk
memudahkan proses peruntukan insfrastruktur fizikal dan maklumat sebagai salah satu
persekitaran yang kondusif untuk operasi syarikat berstatus MSC Malaysia. Polisi
berkaitan, rangka kerja dan perancangan sudah pun dibangunkan dan akan terus
dikemaskini berdasarkan penanda aras antarabangsa.
Strategi utama dalam proses untuk memudahkan peruntukan BoG ini ialah dengan
mewajibkan syarikat berstatus MSC Malaysia untuk menetapkan lokasi operasi
perniagaan mereka samada di MSC Malaysia Cybercity atau MSC Malaysia Cybercentre.
Kawasan ini akan dipantau menerusi beberapa set standard global (MSC Malaysia
Performance Standards).

Untuk memudahkan penyebaran MSC Malaysia ini, 2 tahap rangka kerja mengenai MSC
Malaysia Cybercity dan juga MSC Malaysia Cybercentre telah dihasilkan oleh pihak
Kerajaan. Rangka kerja ini mengesahkan pelbagai jenis perniagaan dan operasi akan
mempunyai keperluan yang berlainan untuk infrastruktur fizikal dan maklumat.
Entiti status MSC Malaysia dikehendaki untuk menjalankan usaha mereka sendiri
mengikut kesesuaian lokasi masing-masing. Kemudahan, perkhidmatan dan persekitaran
perniagaan turut diutamakan. Entiti status MSC Malaysia digalakkan untuk mengamalkan
Prestasi Jaminan MSC Malaysia dengan Penalti Kewangan (PGFPs) yang ditawarkan
oleh penyedia perkhidmatan yang berkaitan.
Pihak utama yang terlibat dalam perlaksanaan BoG ini antaranya adalah:
Pengurus Cybercity/ Cybercentre
Pengurus dan pemilik bangunan
Syarikat utiliti, penyedia perkhidmatan telekomunikasi (Telco) dan penyedia
perkhidmatan internet (ISP)
Kerajaan Negeri, pihak berwajib tempatan dan agensi Kerajaan yang berkaitan

Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Kembali ke Atas

Akta Jaminan No. 2: Membenarkan pengambilan Knowledge Worker tempatan dan


asing tanpa had.
Objektif Polisi
Mencapai visi Malaysia untuk menjadi pusat ICT global dengan membekalkan modal
insan profesional demi memenuhi keperluan industri.

Interpretasi
Entiti status MSC Malaysia dijangka dapat mengekalkan satu set tenaga kerja dengan
menggunakan peratusan yang besar pekerja berpengetahuan. Ini bertepatan dengan
keperluan dan kehendak industri ICT serta selaras dengan matlamat jangka panjang
Malaysia membolehkan dan mengekalkan pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti
ekonomi berasaskan pengetahuan.
Entiti perniagaan berstatus MSC Malaysia dimestikan mengekalkan satu set tenaga kerja
yang lengkap dengan menggunakan Knowledge Workers yang berpatutan. Ciri-ciri yang
tertentu mestilah disertakan bersama di dalam rancangan perniagaan entiti tersebut yang
juga merupakan sebahagian daripada permohonan entiti tersebut untuk mendapatkan
status MSC Malaysia.
Entiti perniagaan berstatus MSC Malaysia dibenarkan mengambil jumlah Knowledge
Workers yang telah dipersetujui (jumlah akhir tertakluk kepada pindaan dibuat oleh MSC
Malaysia).
Proses pengambilan Knowledge Workers asing adalah tertakluk kepada syarat di bawah
Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963. Entiti perniagaan
berstatus MSC Malaysia yang berkenaan boleh menghubungi Jabatan Imigresen secara
langsung atau melantik MDEC untuk menyediakan perkhidmatan yang dikehendaki.
Seorang Knowledge Worker (K-Worker) merupakan seorang individu yang memenuhi
syarat berikut:
Ijazah sarjana muda dari institusi pengajian tinggi (sebarang bidang);
Diploma Multimedia/ ICT atau kelulusan khas ICT dan sekurang-kurangnya 2
tahun pengalaman berkaitan dalam multimedia/ ICT atau di dalam bidang yang
menggunakan ICT dengan meluas;
Golongan profesional, eksekutif, pengurusan dan teknikal dalam bidang
perkhidmatan berasaskan ICT contohnya Profesional IT/ IS, Kewangan/
Perakaunan, Pentadbiran Perniagaan.

Ini termasuklah:
Syarikat yang beroperasi di dalam kluster Shared Services and Outsourcing
(SSO), pekerja asing yang memiliki kemahiran berasaskan pengetahuan yang
tidak terdapat di Malaysia seperti yang diperlukan oleh syarikat berstatus MSC
Malaysia;
Merujuk kepada syarikat yang tergolong di dalam kluster Multimedia Kreatif,
pekerja yang menggunakan bakat kreatif mereka untuk menghasilkan karya
kreatif tambah nilai untuk syarikat berstatus MSC Malaysia.

Entiti perniagaan berstatus MSC Malaysia diminta mengambil pekerja tersebut mengikut
peranan yang sesuai dengan pengalaman serta kebolehan K-Worker tersebut.
Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab
Jabatan Imigresen, di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Kembali Ke Atas

Akta Jaminan No. 3: Memastikan kebebasan hak milik dengan mengecualikan


syarikat berstatus MSC Malaysia dari undang-undang pemilikan tempatan.
Objektif Polisi
Pihak Kerajaan menyedari kepentingan menarik syarikat terkemuka dunia serta syarikat
multinasional untuk membuka pusat global/ serantau dan/ atau mengendalikan operasi
perniagaan, menjalankan penyelidikan serta membangunkan teknologi, aplikasi dan
produk baru di MSC Malaysia.
Interpretasi
Secara amnya, tiada sekatan dikenakan oleh pihak Kerajaan dalam syarat ekuiti kepada
syarikat yang diperbadankan di dalam Malaysia. Walau bagaimanapun, syarikat yang
terlibat dalam pelbagai sektor adalah tertakluk kepada syarat ekuiti yang dikenakan oleh
pengawal atur sektor tersebut.
Untuk pemilikan hartanah (kecuali unit kediaman), kelulusan dari Unit Perancang
Ekonomi dari Jabatan Perdana Menteri adalah diperlukan dalam aspek berikut:
Pemilikan terus hartanah bernilai RM20 juta dan ke atas, menyebabkan
berlakunya pencairan pemilikan hakmilik Bumiputera dan/ atau agensi Kerajaan;
Pengambilalihan harta selain daripada kepentingan Bumiputera, melalui
pengambilalihan saham, mengakibatkan perubahan kawalan syarikat yang
dimiliki oleh kepentingan Bumiputera dan/ atau agensi Kerajaan, yang
mempunyai harta lebih daripada 50% daripada jumlah aset dan harta tersebut
adalah bernilai lebih daripada RM20 juta.
Syarikat-syarikat yang menjalankan urusniaga di atas dikehendaki mematuhi syarat ekuiti
dan syarat modal berbayar. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat berstatus MSC
Malaysia dikecualikan daripada perkara yang dinyatakan di atas, dengan syarat hartanah
tersebut digunakan untuk aktiviti operasi mereka, termasuk sebagai kediaman untuk
pekerja mereka.

Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab


Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
Kembali ke Atas

Akta Jaminan No. 4: Memberikan kebebasan dan hak untuk mencari modal secara
global untuk infrastruktur MSC Malaysia.
Objektif Polisi
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempromosi Malaysia sebagai pusat ICT
global, kerajaan mengiktiraf kepentingan syarikat berstatus MSC Malaysia mendapatkan
sumber modal dan dana secara global.
Interpretasi
Kebebasan mencari sumber modal dan dana secara global
BoG ini menjamin syarikat berstatus MSC Malaysia memiliki kebebasan untuk
mendapatkan sumber modal dan dana secara global, selagi tidak bercanggah dengan
Akta Peminjaman Wang dan Anti Pembiayaan Pengganas 2001, atau dari penduduk,
pihak berkuasa, agensi atau entiti negara yang telah dinyatakan di dalam Akta
Pertukaran Kawalan 1953.
Kesemua pelabur bukan warganegara di dalam syarikat berstatus MSC Malaysia adalah
bebas untuk mengirim sebarang jumlah modal, keuntungan lucut hak, keuntungan dan
dividen dari pelaburan mereka.
Syarikat berstatus MSC Malaysia adalah bebas untuk mengirim dana ke luar negara
dalam bentuk mata wang asing dan diurusniagakan menerusi sistem perbankan dalam
pesisir berlesen.
Syarikat berstatus MSC Malaysia boleh membuat pinjaman dalam nilai Ringgit:
Sebarang jumlah dari sistem perbankan dalam pesisir berlesen ataupun warga
individual lain;
Sebarang jumlah dari syarikat induk non-resident non-bank mereka untuk
pembiayaan sektor sebenar mereka di Malaysia;
Sehingga RM1 juta dalam nilai agregat dari syarikat bukan pemastautin bukan
bank atau individu bukan pemastautin untuk kegunaan dalam negara.
Buat masa ini, matawang Ringgit ialah tidak diantarabangsakan. Oleh itu, kesemua
pembiayaan Ringgit hanyalah dari sumber dalam.

Syarikat berstatus MSC Malaysia boleh membuat pinjaman dalam nilai mata wang asing:
Sebarang jumlah dari bank dalam pesisir berlesan, bank Islamik antarabangsa
berlesen dan bukan penduduk dalam ataupun luar Malaysia;
Sebarang jumlah dari syarikat pemastautin yang berada di dalam kumpulan
korporat yang sama.

Tiada sekatan untuk bayaran balik pinjaman pokok dan bayaran faedah kepada
peminjam pada Warganegara Ringgit Malaysia dan pinjaman mata wang asing oleh
syarikat berstatus MSC Malaysia.
Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab
Bank Negara Malaysia.
Untuk Maklumat Lanjut
Pentadbiran Asing Peraturan Bursa Malaysia telah secara beransur-ansur
diliberalisasikan untuk memudahkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan berdaya
saing dengan meningkatkan kecekapan sistem penghantaran pengawal seliaan.
Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing Maklumat lanjut mengenai Malaysia boleh
diperolehi daripada yang berikut:
Laman Web Bank Negara Malaysia http://www.bnm.gov.my
BNMLINK (Walk-In Centre) Aras Bawah, Block D Bank Negara Malaysia Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur Waktu Operasi adalah dari Isnin ke Jumaat, 9.00 a.m. ke 5.00 p.m.
BNMTELELINK (Pusat Panggilan) Tel No.: 1-300-88-5465 or 1-300-88-LINK Faks: 032174 1515 E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my Waktu Operasi adalah dari Isnin ke Jumaat,
9.00 a.m. ke 5.00 p.m.
Kembali Ke Atas

Akta Jaminan No. 5: Menyediakan insentif kewangan kompetetif, termasuklah


status perintis yang memberikan pelepasan cukai 100% sehingga 10 tahun atau
Elaun Pelaburan Cukai sehingga 5 tahun, dan tiada duti import peralatan
multimedia akan dikenakan.
Objektif Polisi

Menggalakkan perkembangan entitii perniagaan berstatus MSC dan menyerlahkan nilai


kompetetif produk dan perkhidmatan mereka.
Interpretasi
Secara amnya, syarikat berstatus MSC Malaysia diberi insentif cukai pendapatan di
bawah Akta Galakan Pelaburan 1986. Di bawah akta tersebut, sebuah syarikat berstatus
MSC Malaysia boleh memilih untuk menikmati insentif cukai berikut:
Status Perintis: 100 peratus pengecualian cukai pendapatan status boleh cukai
sehingga 10 tahun (boleh diperbaharui selepas tamat tempoh 5 tahun pertama,
tertakluk kepada kepatuhan dengan terma dan syarat, dan undang-undang
berkaitan);
Elaun Cukai Pelaburan: 100 peratus penolakan belanjawan modal dari
pendapatan status boleh cukai, untuk perbelanjaan modal yang dibuat ketika 5
tahun pertama operasi (untuk perbelanjaan modal yang layak, sila rujuk pada
Promosi Pelaburan [Penetapan Aset bawah Seksyen 29B tentang Syarikat
Berstatus MSC Malaysia] Order 2011 [PU(A) 50/2001]).
Kelulusan dan penggunaan segala keistimewaan, termasuklah proses permohonan, ciriciri dan syarat kelayakan serta proses pembatalan, pengunduran dan pembaharuan
adalah dikawal dan diselia oleh undang-undang berkaitan.
Tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Cukai Jualan 1972,
dan syarat yang mungkin dikenakan oleh Kementerian Kewangan, import komponen dan
alatan multimedia oleh syarikat berstatus MSC Malaysia untuk kegunaan langsung
operasi mereka adalah dikecualikan dari cukai jualan dan duti import.
Kriteria barangan import bagi mendapatkan keistimewaan ini adalah seperti berikut:
Alatan Multimedia/ ICT;
Alatan yang tidak terdapat di Pasaran tempatan;
Alatan bukan untuk dagangan;
Alatan untuk kegunaan langsung aktiviti MSC Malaysia;
Syarikat berstatus MSC Malaysia mematuhi keperluan lokasi dalam Syarat
Penganugerahan Status MSC Malaysia.

Untuk menikmati pengecualian cukai, entiti dengan status MSC Malaysia perlu
menghantar permohonan melalui MDEC.
Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab

Kementerian Kewangan
Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa
Kastam Diraja Malaysia
Kembali Ke Atas

Akta Jaminan No. 6: Menjadi pemimpin serantau dalam perlindungan harta intelek
dan undang-undang siber.
Objektif Polisi
Untuk mengenalpasti kepentingan Harta Intelek sebagai jentera pembangunan kemajuan
ekonomi dan sosial, di samping membangunkan keperluan untuk mengadakan rangka
kerja undang-undang siber untuk menghadapi cabaran dalam industri ICT.
Interpretasi
Pihak Kerajaan komited untuk mengadakan rangka kerja guaman dan peraturan untuk
Harta Intelek dan Undang-undang siber. Ini juga bertujuan untuk memastikan undangundang dijalankan dan dipatuhi sepenuhnya. Pihak Kerajaan sentiasa berusaha untuk
mengembangkan rangka kerja supaya sentiasa mengikuti pembangunan antarabangsa
dan setiap cabaran baru dalam industri ICT.
Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, disokong oleh Polis Diraja Malaysia
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
Kembali Ke Atas

Akta Jaminan No. 7: Menjamin tiada penapisan Internet.

Objektif Polisi
Mengenal pasti kepentingan peranan Internet sebagai pemudah cara maklumat dan
inovasi dan menyediakan asas untuk penambahan kualiti kerja dan hidup yang
berterusan.
Interpretasi
Kebebasan dalam Internet tidaklah bermakna pihak Kerajaan tidak akan membenarkan
Internet digunakan sewenang-wenangnya. Mana-mana individu atau pihak dilarang
menyebarkan kandungan tanpa izin. Sekiranya perbuatan tersebut adalah dilarang di
dunia sebenar, ia masih akan dilarang di dalam dunia siber. Oleh itu, undang-undang
melarang penyebaran bahan tanpa izin, contohnya kandungan kurang sopan/ lucah atau
mana-mana bahan tanpa izin lain akan tetap digunapakai.
Dalam aspek ini, kementerian dan agensi berkaitan akan terus mengambil tindakan yang
sesuai dan melaksanakan undang-undang yang tertakluk di bawahnya.
Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Kembali Ke Atas

Akta Jaminan No. 8: Menyediakan tarif telekomunikasi global yang berdaya saing.
Objektif Polisi
Untuk mengenalpasti peranan penting tarif telekomunikasi yang kompetetif dalam
menarik pelaburan pada MSC Malaysia dan menggalakan pertumbuhan industri ICT.
Interpretasi
Syarikat berstatus MSC Malaysia berhak menikmati tarif telekomunikasi yang kompetetif
untuk menjalankan aktiviti ICT.

Untuk memastikan tarif telekomunikasi di MSC Malaysia kekal kompetetif, tarif yang
diwartakan sentiasa dipantau dan dikaji dan oleh sebab itu tertakluk kepada perubahan.
Di samping itu, tarif yang diwartakan mungkin bukan terendah oleh sebab mengambil
kira faktor persekitaran telekomunikasi global yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah,
keadaan ekonomi tempatan dan juga rangka kerja telekomunikasi negara tersebut.
Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Kembali Ke Atas

Akta Jaminan No. 9: Menender kontrak infrastruktur utama MSC Malaysia kepada
syarikat terkemuka yang sedia menjadikan MSC sebagai pusat utama.
Objektif Polisi
Bagi merealisasikan impian Kerajaan untuk mejadi hab ICT terkemuka dunia, Kerajaan
mengakui kepentingan menarik syarikat-syarikat terkemuka untuk bertapak di MSC
Malaysia dengan menawarkan kontrak berkaitan dengan infrastruktur utama MSC
Malaysia sebagai insentif untuk mereka membuka hab global/ serantau mereka di MSC
Malaysia.
Interpretasi
Pihak Kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk menjemput syarikat terkemuka yang
ingin menubuhkan pusat serantau/ global mereka di Malaysia supaya mnyerahkan kertas
cadangan untuk kerja-kerja infrastruktur MSC Malaysia sebagai insentif untuk syarikat ini
melabur di Malaysia. Di mana berkemungkinan, tawaran kontrak boleh dilakukan
menerusi urusniaga terus berdasarkan pelbagai kemungkinan termasuklah nilai usul
syarikat tersebut dan rekod prestasi syarikat tersebut dalam menjayakan projek
seumpamanya.
Infrastruktur utama MSC Malaysia meliputi kedua-dua bentuk infrastruktur.
Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab
Kementerian Kewangan
Kembali Ke Atas

Akta Jaminan No. 10: Menyediakan sebuah agensi sehenti dan diiktiraf bagi bidang
ICT di Malaysia MDEC.
Objektif Polisi
MDEC telah ditubuhkan oleh Kerajaan untuk menjadi pusat sehenti, serta untuk memacu
pembangunan MSC Malaysia secara khusus dan industri ICT negara secara amnya.
Interpretasi
MDEC diperbadankan sebagai syarikat sendirian berhad di bawah Akta Syarikat 1965
dan merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Fungsi MDEC ialah untuk menyelaras, mempromosi dan membangun industri ICT dan
perkhidmatan terpilih di MSC Malaysia dan Malaysia.
Ini termasuklah memproses permohonan dari syarikat yang ingin mendapatkan status
MSC Malaysia dan menjadi pemudah cara segala yang berkaitan dengan permohonan
contohnya permohonan pengambilan pekerja asing dan insentif cukai.
MDEC juga menjalankan benchmarking secara berkala untuk tarif serantau dan global di
samping melakukan perbincangan bersama Telco dan ISP, dalam usaha menggalak tarif
telekomunikasi yang kompetetif untuk syarikat berstatus MSC Malaysia.
Selain itu, MDEC juga memberikan khidmat nasihat kepada pihak Kerajaan dalam soal
polisi dan undang undang berkaitan dengan industri ICT, di samping membina dan
melaksanakan inisiatif polisi khusus MSC Malaysia (contohnya MSC Malaysia Cybercity/
Cybercentre Status).
MDEC berusaha untuk mempromosi MSC Malaysia dan syarikatnya baik di pasaran
tempatan mahupun antarabangsa. Ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif
MDEC untuk menyokong dan membangunkan industri ICT untuk mencapai sasaran
Malaysia sebagai pusat ICT global.
Kementerian/ Agensi Bertanggungjawab:
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

MSC Malaysia Bill of Guarantees (BoGs)


MSC Malaysia Bill of Guarantees (BoGs) adalah himpunan insentif, hak-hak istimewa dalam
bentuk geran dari Kerajaan Malaysia yang diberikan kepada syarikat yang berstatus MSC
Malaysia.

BoG

Menyediakan kemudahan infrastruktur yang bertaraf dunia.

1
BoG

Untuk memberikan peluang pekerjaan kepada pekerja berpengetahuan sama ada pekerja tempatan

atau pekerja asing.

BoG

Untuk memastikan kebebasan pemilikan dengan memberikan kemudahan kepada syarikat

berstatus MSC Malaysia daripada keperluan pemilikan tempatan.

BoG

Untuk memberikan kebebasan dalam memiliki sumber global untuk kemudahan infrastruktur,

pinjaman dana dari MSC Malaysia.

BoG

Untuk memberikan insentif kewangan yang kompetetif termasuk status Pioneer (pembebasan cukai

100%) sehingga 10 tahun atau pengecualian cukai sehingga 5 tahun dan tiada cukai duti bagi
peralatan multimedia.

BoG

Untuk menjadi pemimpin serantau dalam Perlindungan Harta Interlek dan undang- undang siber.

6
BoG

Untuk memastikan tiada sekatan internet.

7
BoG
8

Untuk memberikan kadar telekomunikasi global yang kompetetif.

BoG

Sebagai kunci kontrak tender infrastruktur MSC Malaysia untuk memimpin dan syarikat yang

bersedia menggunakan MSC Malaysia sebagai hub serantau.

BoG

Bertindak dalam menyediakan institusi pelaksana yang berkuasa sebagai pusat one stop dengan

10

berkesan.

http://int.search.myway.com/search/GGmain.jhtml?ct=ARS&n=782b936e&p2=
%5EAW6%5Exdm225%5ES17547%5Emy&pg=GGmain&pn=1&ptb=1F952BF6BA03-4C0F-9A2B-BC1D3BA7EC42&qs=&si=CMvXo7q59ACFdGOaAodJfMElg&ss=sub&st=tab&trs=wtt&feedurl=ars%252Ffeedback
%253ForiginalQuery%253Dbeberapa%252Bcontoh%252Bperistiwa%252Bakibat
%252Btiada%252Bpenapisan%252Binternet%2526relatedQuery%253Dnegara
%252Bmungkin%252Brugi%252Brm2.73%252Bbilion%252Bakibat
%252Bjenayah
%252Bsiber&ots=1484967255067&tpr=sc&searchfor=Negara+mungkin+rugi+RM
2.73+billion+akibat+jenayah+siber&ots=1484967291789
1.

sumber: internet - Repositori Digital


http://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1060/2/Jenayah%20Siber_3.pdfNegara
Malaysia bahawa anda sedang disiasat mengenai penipuan kad kredit dan
dipercayai .... Negara mungkin rugi RM2.73 bilion akibat jenayah siber.

2.

Jenayah siber - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


https://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayah_siberJenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan,
kerosakan atau pengubahsuaian ... Banyak juga negara yang bersikap sederhana dan
menapis hanya ... dan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan
bentuk ... Beberapa contoh peristiwa akibat tiada penapisan internet : melalui alam siber
Zapatista ...

3.

19/02/2004 Ancaman siber - Mampu menggugat negara - NISER


http://www.cybersecurity.my/en/knowledge_bank/news/2004/main/detail/1221/index.htmlANC
AMAN siber merupakan masalah yang sering dihadapi oleh para pengguna ... perantara
dalam sesuatu jenayah siber dan juga jenayah bukan siber. .... negara kita mampu
menghadapi ancaman siber ini setanding dan mungkin lebih ...

4.

7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI ...


http://www.slideshare.net/fazieka/79-ancaman-jenayah-siber-dlm-kepesatan-teknologimaklumatpengajian-am-stpm-penggal-11 Sep 2013 ... Jenayah siber sering dilakukan oleh
erbeza takrifan jenayah- ... MSLH JENAYAH SIBER erjasama antara negara secara globalMalaysia .... Berkemungkinan kawan kita, mungkin pelajar, ataupun profesor atau sesiapa
saje. ... Mereka belum cukup matang utk berfikir ttg akibat jenayah yg mereka lakukan.

Ancaman siber - Mampu menggugat negara - NISER


19th February 2004 (Utusan Malaysia)
By AZIZ ISHAK, SHAMSUL BAHRI KALID and MOHD. RIDZWAN MD. IMAN
MUKADIMAH
ANCAMAN siber merupakan masalah yang sering dihadapi oleh para
pengguna komputer masa kini memandangkan kebanyakan komputer
mempunyai sambungan kepada rangkaian Internet.Seperti yang diketahui,
Internet merupakan satu tempat yang menghubungkan berjuta-juta
komputer di seluruh dunia dan juga bersifat terbuka.
Sehubungan itu, agak sukar untuk mengetahui identiti sebenar pengguna
yang lain terutama mereka yang profesional atau dilatih untuk
bersembunyi di sebalik lebuh raya maklumat ini.
Di atas faktor tersebut, maka penjenayah-penjenayah siber didapati `agak
bebas' untuk melakukan aktiviti mereka seperti menyebarkan virus atau
trojan, melakukan penggodaman (hacking) dan juga mencuri data untuk
tujuan risikan perniagaan atau kerajaan.
Pengarah Pusat Keselamatan ICT dan Tindakbalas Kecemasan Kebangsaan
(NISER), Leftenan (Lt.) Kolonel Husin Jazri menyifatkan ancaman tersebut
sebagai nyata kepada sesebuah negara dan ia tidak boleh diambil mudah.
Beliau mengulas keseriusan ancaman itu dalam satu wawancara bersama
wartawan Utusan Malaysia, AZIZ ISHAK, SHAMSUL BAHRI KALID dan
MOHD. RIDZWAN MD. IMAN baru-baru ini.
Ikutilah sedutan wawancara tersebut.
BOLEHKAH Lt. Kolonel memberi definasi ancaman keganasan siber
dan tahap keseriusan ancaman tersebut di seluruh dunia,
termasuk di negara ini. Buat masa ini tidak ada satu definisi ancaman
keganasan siber yang standard dan diterima pakai oleh semua.
HUSIN:
Selalunya keganasan siber dikaitkan apabila media teknologi dan
komunikasi maklumat digunakan sebagai perantara dalam sesuatu
jenayah siber dan juga jenayah bukan siber.
Ancaman siber adalah satu ancaman yang mana kesan sebenar ancaman
banyak bergantung kepada nilai maklumat dan prasarana maklumat yang
dijadikan sasaran dan kesan sampingan yang timbul darinya.
Apa yang pasti ialah kesan keganasan siber ini boleh merebak secara
global dalam masa yang amat singkat dan tidak bersifat setempat atau
bersempadan seperti keganasan fizikal.

Pada pandangan saya, adalah lebih baik kita gunakan istilah "ancaman
siber'' dan tidak "ancaman keganasan siber'' kerana ancaman siber,
walaupun tidak semestinya ganas, mampu membawa implikasi yang
buruk secara global dalam masa yang amat singkat.
Tahap keseriusan ancaman ini berbeza-beza bagi setiap negara dan secara
amnya amat bergantung kepada tahap penggunaan teknologi komunikasi
dan maklumat (ICT).
Negara maju seperti Amerika Syarikat mempunyai asas untuk merasa
bimbang akan kesan ancaman siber terhadap kedaulatan dan ekonomi
mereka kerana pergantungan kepada teknologi berkenaan secara meluas.
Bagi Malaysia, kita tidak berada jauh di belakang negara maju malah
semakin mendekati mereka dengan kesungguhan negara melangkah ke
arah era informasi.
Dari segi ancaman pula, negara kita juga terdedah kepada ancaman siber
yang sama dengan yang sedang dihadapi oleh negara-negara maju. Oleh
itu kita perlu berusaha dan bersedia ke tahap yang boleh diterimapakai
oleh masyarakat antarabangsa.
Bagaimana ia boleh berlaku (bentuk atau jenis ancaman). Boleh
Lt. Kolonel gambarkan senario jika berlaku ancaman keganasan
siber dibandingkan dengan ancaman keganasan atau `warfare'
konvensional? Bagaimana kesannya kepada kedaulatan sesebuah
negara dan aktiviti ekonomi/perniagaan. Salah satu dari kesan
pergantungan kepada ICT ialah `rangkaian'. Maksud 'rangkaian' di sini
ialah sistem-sistem ICT secara berangkaian dan mempunyai keupayaan
untuk berhubung di antara satu sama lain melalui ruang siber sepanjang
masa.
HUSIN:
Kebanyakan dari sistem-sistem ICT maklumat dan komunikasi kerajaan
juga terdedah kepada risiko ancaman siber melalui cara ini, termasuklah
sistem-sistem yang sedang dibina sebagai aplikasi perdana seperti ekerajaan, e-perolehan, e-kesihatan dan sebagainya.
Sistem perbankan juga menghadapi ancaman yang sama, begitu juga
sistem perdagangan seperti bursa saham dan sebagainya. Sekiranya
ancaman siber tidak ditangani secara sistematik dan bersepadu, maka
kesannya akan menjadi ketara terutamanya yang melibatkan keyakinan
pengguna dan pelabur antarabangsa.
Ancaman boleh didalangi pihak dalaman seperti pekerja syarikat itu
sendiri dan boleh juga datang dari luar dengan mengekpsloitasikan
kelemahan pelaksanaan teknologi serta kecuaian manusia dalam
menguruskan sistem maklumat yang ada.
Ancaman juga boleh dilaksanakan oleh orang persendirian, secara
berkumpulan, kongsi gelap, pertubuhan haram dan negara lain yang
mempunyai agendanya yang tersendiri.
Ancaman yang boleh datang dari pelbagai hala ini. Dari yang sekecilkecilnya seperti kecuaian pekerja sendiri sehinggalah kepada sebesarbesarnya seperti serangan ke atas prasarana maklumat negara.
Pernahkah ia berlaku di negara ini. Adakah puncanya merupakan
ancaman dalaman atau luaran. Yang mana lebih berbahaya antara
kedua-dua bentuk ancaman tersebut? Banyak kes yang melibatkan
jenayah siber berlaku di negara ini seperti kes menyalahgunakan
kemudahan perbankan Internet, pencerobohan (hacking), menjual
maklumat dan sebagainya.
HUSIN:
Saya juga percaya hanya sebahagian kecil darinya saja yang dibawa ke
muka pengadilan dan sebahagian besar lagi masih dapat melepaskan diri
dari dikesan dan didakwa di bawah undang-undang negara.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pasukan Tindakbalas Kecemasan


Komputer Malaysia (MyCERT) terdapat purata kira -kira 600 kes direkodkan
setahun dan data ini hanya mewakili tiga peratus dari keadaan yang
sebenarnya berlaku.
Kes-kes berkenaan melibatkan angkara orang dalam dan cubaan oleh
pihak luar. Kedua-dua ancaman berkenaan dilakukan berpandukan motif
yang tersendiri.
Daripada kedua-dua dimensi ancaman, ancaman dalaman lebih
merbahaya dan selalunya mengakibatkan lebih banyak kerugian.
Ini disebabkan penyerang dalaman mengetahui dengan lebih tepat
sasaran serangan dan kelemahan yang ada. Untuk maklumat lanjut
mengenai statistik yang ada, sila rujuk ke laman web
http://www.niser.org.my.
Perlukah rakyat dan pengguna didedahkan dengan realiti
ancaman keganasan siber yang diandaikan sebagai jauh lebih
dahsyat berbanding ancaman keganasan konvensional? Sama ada
ancaman siber lebih dahsyat dari ancaman keganasan konvensional atau
tidak, ia bergantung kepada sifat sasaran itu sendiri.
HUSIN:
Jika sasaran berkenaan kritikal kepada sesebuah negara, seperti grid
tenaga elektrik, maka serangan yang berjaya akan menyebabkan kerugian
dan menggugat keyakinan pelabur untuk terus melabur di negara kita.
Menangani ancaman siber memerlukan daya pemikiran dan kepakaran
yang berlainan dari ancaman konvensional.
Rakyat Malaysia terutamanya yang menggunakan teknologi ICT dalam
kehidupan seharian perlu didedahkan kepada risiko yang wujud dari
penggunaan ICT.
Risiko boleh timbul dari kesilapan dan kecuaian pengguna itu sendiri,
kelemahan pentadbiran organisasi di tempat bekerja maupun ancaman
dari luar melalui eksploitasi kesilapan teknologi dan kealpaan manusia.
Bagaimana cara terbaik untuk mengatasinya. Langkah -langkah
perlu diambil oleh kerajaan, syarikat dan individu. Tidak ada jalan
pintas dalam menangani ancaman siber. Jalan yang terbaik ialah untuk
setiap individu memainkan peranan masing-masing dalam lingkungan
kuasa dan kemampuan yang ada.
HUSIN:
Pihak pengurusan atasan syarikat atau organisasi perlulah menangani
risiko ancaman siber dari perspektif yang menyeluruh serta mengeluarkan
polisi-polisi yang berkesan untuk diikuti oleh pekerja syarikat. Sumber
kewangan dan staf yang mahir perlu diadakan dan mencukupi.
Bagi individu pula, perlu ada tahap kesedaran yang tinggi tentang risiko
dari ancaman siber ini, terutamanya ketika menggunakan komputer
masing-masing.
Setiap dari kita perlu ada rasa tanggung jawab untuk menentukan
komputer kita terjamin selamat dan tidak mengandungi virus dan trojan
yang boleh mengancam keselamatan maklumat orang lain.
Setiap individu perlu mempunyai etika kerja yang murni dan tidak
menyalahgunakan sumber yang diberi dengan melayari laman-laman web
yang tidak produktif, lucah dan bertentangan dengan undang-undang dan
nilai sejagat.
Di pihak kerajaan pula, kerajaan perlu mengadakan dan menentukan
prasarana ICT yang selamat dengan melaksanakan polisi-polisi yang
efektif, terkini dan praktikal.
Undang-undang siber dan yang berkaitan dengannya perlu dikaji dari
masa ke semasa mengikut tahap ancaman global yang selalu berubahubah.

Kerajaan juga perlu menentukan wujudnya organisasi bebas yang


mempunyai kepakaran dalam keselamatan maklumat yang boleh memberi
khidmat dan nasihat tentang cara yang betul dan sesuai untuk menangani
ancaman siber. Organisasi ini kelak diharapkan dapat dirujuk oleh semua
golongan masyarakat di Malaysia secara mudah.
Dari skala 0 - 5 (rendah-kritikal), di manakah tahap kesiapsiagaan
Malaysia dalam menangkis serangan keganasan siber ini? Apakah
negara berkemampuan menangani ancaman siber itu? Saya tidak
mempunyai maklumat yang secukupnya untuk menilai tahap
kesiapsiagaan Malaysia setakat ini dan ia mungkin boleh dijawab oleh
kementerian-kementerian berkenaan.
HUSIN:
Walaupun begitu, saya berkeyakinan bahawa negara kita mampu
menghadapi ancaman siber ini setanding dan mungkin lebih baik dari
banyak negara dengan syarat wujudnya kerjasama yang formal dan
sistematik antara pihak kerajaan, swasta dan masyarakat dalam
menangani ancaman berkenaan.
Sebagai contoh, negara kita mempunyai sistem kad pengenalan yang
baik. Dengan perlaksanaan MyKAD, maka rakyat Malaysia dan mereka
yang berurusan kita akan dapat menggunakan kad pengenalan ini yang
bukan saja dapat diautentikasikan (disahpasti) secara fizikal malah juga di
alam siber, dengan penggunaan sijil digital yang dilindungi oleh Akta
Tandatangan Digital 1997.
Bagaimanakah ancaman siber dalam tempoh lima tahun akan
datang. Apa yang boleh dijangkakan? Ancaman siber dalam tempoh
lima tahun yang akan datang akan meningkat kerana generasi muda
sekarang telah dididik menggunakan teknologi maklumat dari alam
persekolahan lagi.
HUSIN:
Generasi ini kelak akan lebih arif tentang kekuatan dan kelemahan sistemsistem komputer dan pertentangan antara pihak yang mempertahankan
sistem maklumat yang ada dan penggodaman komputer akan sentiasa
berlaku.
Keadaan akan menjadi lebih kritikal dalam masa lima tahun lagi, kerana
pergantungan rakyat Malaysia kepada teknologi maklumat akan
bertambah dari yang dialami sekarang. Perbankan Internet dan berurusan
dengan kerajaan secara dalam talian (online) umpamanya akan menjadi
perkara biasa.
Konsep keselamatan semakin berubah dengan tidak lagi terikat
kepada ancaman tradisional iaitu ketenteraan. Tetapi sejauh
mana sesebuah negara boleh menggunakan saluran ICT dalam
melakukan ancaman dan sabotaj ke atas negara-negara
lain. Ancaman ini akan bergantung kepada keupayaan negara berkenaan
dalam ICT dan juga penguasaan mereka terhadap pemasanganpemasangan strategik sistem Internet dunia. Sebagai contoh, Internet
Domain Server (yang menjadi nadi aktiviti Internet) dikuasai oleh negara
maju dan lebih dua pertiga berada di Amerika.
HUSIN:
Serangan ke atas Domain Name Servers ini boleh menyebabkan prasarana
Internet dunia tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Banyak lagi yang
boleh dilaksanakan secara ofensif selain dari yang telah saya sebutkan.
Saya kira di waktu ini telah ada negara-negara tertentu yang sedang
membina keupayaan dalam peperangan siber dan menjalankan
penyelidikan secara mendalam dalam bidang ini.
Sejauh mana peruntukan perundangan (dan penguatkuasaan) di
negara ini mencukupi untuk menangani masalah ancaman siber

dari dalam dan luar negara.Pada hemat saya peruntukan perundangan


dan penguatkuasaan di negara ini mencukupi walaupun boleh
diperkemaskan lagi.
HUSIN:
Yang penting ialah wujudnya kerjasama dan persefahaman antara agensiagensi terlibat dalam menangani ancaman berkenaan. Tidak ada satu
agensi pun yang mampu menangani ancaman siber secara bersendirian
dan kerjasama yang sistematik dan perkongsian kepakaran perlu ada di
kalangan pihak yang terlibat.

Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Jenayah siber
ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data
komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Kemunculan Internet
sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang
memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal
perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacammacam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak
kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.

Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini
menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentakbiran sesetengah negara yang selama ini
mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.
Isi kandungan
[sorokkan]

1Kecanggihan Internet - kemampuannya mengatasi sempadan geografi

2Perlukah internet dikawal selia

3Klasifikasi Jenayah siber

4Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya

5Kepentingan ekonomi

6Berbeza takrifan jenayah

7Kepentingan ketenteraan

8Sikap manusia

9Kesimpulan

10Lihat juga

Kecanggihan Internet - kemampuannya mengatasi


sempadan geografi[sunting | sunting sumber]
Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang
ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berabad memainkan alat yang
penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai.
Namun, bahan-bahan media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak
interaktif seperti Internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara
berkesan. Malah kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang yang
mengawal percetakan dan kandungan televisyen. Di Malaysia contohnya, sebarang
percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah.
Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan
Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi
1972 membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada
orang ramai
Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi.
Penyebaran buku, majalah dan surat khabar memerlukan kos, tenaga
manusia, infrastruktur jalan dan kemudahan kenderaan. Kesemua faktor ini
membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan
pengawalan maklumat.
Perbezaan antara Internet dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana
Internet adalah satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta
pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang
menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan orang lain yang mungkin beribu-beribu
batu jauhnya.

Perlukah internet dikawal selia[sunting | sunting sumber]

Pengawal seliaan bahan-bahan media dan cetak adalah satu praktis yang sudah lumrah
di negara membangun dan juga di kebanyakan negara maju. Dengan
perkembangan Internet, timbullah tanda tanya sama ada Internet harus dikawal selia
atau tidak.
Namun pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah yang positif untuk tidak menapis
dunia siber. Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh
kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3(3) Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun
peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat
berlaku.
Prinsip ini adalah berdasarkan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan
memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan teknologi komunikasi yang
canggih ini.
Ini berbeza sekali dengan sesetengah negara yang mengambil pendirian yang jauh lebih
agresif. Negara-negara seperti Cuba dan China, mengamalkan penapisan maklumat
secara total atau separa. Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam
Internet sebagai ancaman ideologi kepada penduduk mereka. Mereka lebih suka
penduduk mereka pasif, buta dan tidak celik kepada maklumat dan perkembangan dunia
terkini.
Banyak juga negara yang bersikap sederhana dan menapis hanya maklumat yang
mungkin merosakkan fikiran orang awam.
Kebebasan bersuara yang sedia ada seharusnya tidak disalahgunakan. Namun demikian
jika adapun penyebar maklumat palsu ataupun pihak pembangkang sesuatu kerajaan
menggunakan Internet untuk menyebarkan ideologinya, ia bukannya satu ancaman
serius. Pihak kerajaan masih ada cara lain untuk mengatasinya contohnya adalah
dengan cara meningkatkan ilmu pengetahuan rakyat dan menyebarkan berita yang
benar di media cetak atau TV. Dengan cara ini orang ramai akan dapat
mempertimbangkan kebenaran. Tapi bagaimana dengan jenayah siber yang lain.
Bolehkah kita bertolak ansur dengan jenayah siber yang boleh membawa ancaman
kepada masyarakat dan tamadun ?

Klasifikasi Jenayah siber[sunting | sunting sumber]


Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan
aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah
atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi
data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang
biasa kita dengar
1. Penipuan
2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
3. Kecurian maklumat.
4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
5. Menyalin perisian secara tidah sah.
6. Pengintipan
7. Judi siber
8. Skim cepat kaya

9. Pornografi
10.Penggodam atau "Hacker"
11. Penyebaran virus
dan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru
selaras dengan kepesatan pembangunan komputer .Isu yang ingin di bincangkan di sini
bukanlah berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar
dibendung. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah
1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
2. Kepentingan ekonomi
3. Berbeza takrifan jenayah
4. Kepentingan ketenteraan
5. Sikap manusia "Human attitude"

Sukar dikenalpasti siapakah


penjenayahnya[sunting | sunting sumber]
Siapakah penjenayah siber? Apakah jenayah yang dilakukan? Di mana jenayah
dilakukan? Soalan-soalan yang sukar di jawab. Kalau jenayah lain senang dikenali
contohnya perompak tentu sekali memegang senjata , penculik tentu sekali meminta
wang tebusan tetapi bagaimana mengenali penjenayah siber. "Satu masalah utama
untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan
siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," Michael A.
Vatis dari FBI. Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun
profesional. Munkin kawan kita , mungkin pelajar, mungkin profesor atau siapa sahaja.
Mereka akan melakukan jenayah terhadap intitusi mereka sendiri atau intitusi pesaing
atau mereka diupah oleh pihak tertentu contohnya.
Organisasi perniagaan mungkin menjadi sasaran pesaingnya, pekerja atau bekas
pekerja. Bank serta institusi kewangan oleh perompak dan penjenayah profesional.
Manakala, pihak universiti menjadi sasaran pelajar atau bekas pelajar. Agensi kerajaan
pula mungkin menjadi mangsa pengganas dan komputer militari mungkin disabotaj.
Kalaulah orang yang melakukan jenayah tidak di kenali undang-undang yang di rangka
untuk membendungnya tidak akan bermakna. Di Amerika yang canggih teknologinyapun
gagal mengesan perancang trajedi 11 September. Semasa Peristiwa 11 September
2001, 19 orang perampas kapal terbang memasuki Amerika Syarikat dengan
menggunakan visa yang sah. Selain secara peribadi, mereka berhubung
melalui Internet atau membuat panggilan telefon dengan menggunakan kad prabayar
untuk merancang serangan terhadap New York dan Washington.

Kepentingan ekonomi[sunting | sunting sumber]


E-commerce dan K ekonomi menjadi begitu penting sekarang. Dalam era globalisasi
sekarang sesebuah negara akan ketinggalan jika masih bergantung kepada kaedah
traditional sahaja dalam urusan ekonomi. Mereka perlu bergerak seiring dengan negaranegara yang mengamalkan K- ekonomi. Bagi negara-negara membangun kepakaran
dalam bidang teknologi maklumat amat terhad. Untuk mengatasi masalah ini mereka
perlu membuka pintu untuk perlaburan luar. Malaysia contohnya telah membina
Multimedia Super Corridor (MSC), iaitu sebuah kawasan seluas 15 km x 50 km selatan
Kuala Lumpur. MSC mensasarkan untuk menarik syarikat teknologi bertaraf dunia
menggunakan MSC sebagai pusat untuk mengujian teknologi. Tujuh aplikasi perdana

telah dibentuk untuk mengujudkan aktiviti di dalam MSC. Ia terdiri daripada sekolah
bestari, kad pintar,teleperubatan, kluster R&D, kerajaan elektronik, rangkaian
pengilangan sedunia dan pemasaran tanpa sempadan.
Untuk menarik pelaburan asing yang berstatus MSC Malaysia telah memperkenalkan
sebuah senarai yang dikenali sebagai Rang Jaminan (Bill of Guarantees) yang antara
jaminannya ialah tiada pernapisan internet.selain malaysia banyak negara lain
mengambil langkah yang sama contohnya Indonesia, India, mexico dan boleh dikatakan
semua negara maju tidak menapis internet. Tidak menapis internet bermakna semua
orang boleh menggunakan internet dengan bebas ini termasuklah penjenayah siber.
Oleh itu tidak bermakna dirangka undang-undang jenayah siber. Beberapa contoh
peristiwa akibat tiada penapisan internet : melalui alam siber Zapatista National
Liberation Army di Mexico semakin bertenaga dalam menegakkan perjuangan mereka ,
aktivis siber di Indonesia berjaya menumbangkan rejim Suharto pada bulan Mei 1998,
Pelampau Hindu yang merobohkan masjid pada awal tahun 1990-an dan menyerang
penganut Kristian pada akhir tahun 1990-an terdiri daripada golongan pekerja
di India yang menggunakan kaset video dan Internet untuk menyebarkan mesej serta
tragedi 11 sept juga menggunakan komunikasi internet.

Berbeza takrifan jenayah[sunting | sunting sumber]


Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi untuk membincangkan jenayah siber ini, terlebih
dahulu marilah kita lihat terlebih dengan definisi jenayah siber itu sendiri. Jenayah
membawa maksud aktiviti seperti kecurian, penipuan, pemalsuan, peras ugut. Jenayah
komputer pula melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian,
penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang
yang sedia ada.
Walau bagaimanapun, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Mr
Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan untuk
SRI International di Menlo Park, California. Beliau menyatakan bahawa jenayah
komputer adalah mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer
melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan
penderitaan, kerugian dan berterusan.
Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan bahawa
jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan
mengenai teknologi komputer digunakan untuk merealisasikannya.
Namun demikian kita harus akui bahawa ujudnya takrifan jenayah siber antara negara.
Bagi negara-negara islam judi, pornography, pengiklanan sex adalah suatu jenayah
tetapi bukan jenayah dikebanyakan negara.contohnya di America syarikat hal-hal
sebegini dianggap remeh hanya pornography kanak-kanak saja dianggap jenayah .
Mereka lebih memberi tumpuan kepada keselamatan dan perdagangan. Berbagai bagai
undang yang berkait rapat dengan keselamatan dan perdagangan di rangka seperti
trademark low, copyright low,undang yang berkaitan hacker dan penyebaran virus dan
sebagainya. Dengan adanya takrifan yang berbeza ini sukar untuk dikuatkuasakan
undang-undang siber. Dimalaysia yang terikat dengan janji tidak menapis internet
terpaksa merelakan jenayah ini.

Kepentingan ketenteraan[sunting | sunting sumber]


Dunia tanpa sempadan menjanjikan peluang serta ancaman, kesejahteraan serta
kemusnahan, dan keamanan serta peperangan. Akibat semakin saling berhubungan,
maka sistem dan rangkaian maklumat kini terdedah kepada pelbagai ancaman dan
mudah diserang. Keadaan ini mewujudkan isu baru tentang keselamatan, seperti yang
disebut dalam OECD Guidelines for the Security of Information Systems and Networks:
Towards A Culture of Security. Sesetengah negara, seperti Amerika Syarikat meletakkan
perlindungan daripada serangan berasaskan siber dan jenayah teknologi tinggi sebagai
salah satu keutamaan yang penting. Ekoran Peristiwa 11 September kerajaan dalam
OECD merangka Garis Panduan Keselamatan Sistem dan Rangkaian Maklumat yang

baru untuk bertindak balas terhadap keganasan siber, virus komputer, penggodaman,
dan ancaman lain.
Walaupun Zaman Maklumat ini menjanjikan kecekapan yang semakin meningkat,
namun keselamatan negara lebih sukar untuk diurus, kata Eliot A. Cohen, pakar strategi
dan kuasa ketenteraan, semasa Persidangan Tahunan Keenam di Abu Dhabi. Teknologi
maklumat bukan sahaja mengaburkan sempadan antara perkhidmatan dan sempadan
antara dunia ketenteraan dengan dunia awam, tetapi juga mengaburkan sempadan
keselamatan.
Peperangan zaman teknologi maklumat bukan sahaja peperangan yang melibatkan
kekuatan fizikal ketenteraan sahaja malahan peperangan ilmu pengetahuan. Pihak
musuh akan menggunakan teknologi ini untuk menyerang sistem komputer kita.
Serangan dilakukan dengan berbagai cara temasuklah mencuri maklumat dan
merosakkan sistem .kita sebagai pihak yang diserang perlu melengkapkan diri dengan
ilmu bagaimana mempertahankan diri dan menyerang balas. Situasi ini secara tidak
langsung akan menggalakkan ilmu bagaimana untuk menceroboh sistem dan
merosakkan komputer berkembang. Secara tidak langsung hacker dilahirkan. Hacker ini
jika disalahgunakan terhadap awam akan menjadi jenayah jenayah. Dalam masa undang
undang siber di rancang dan dalam masa yang sama kita melahirkan hacker. Sampai
bila masaalah ini akan selesai.

Sikap manusia[sunting | sunting sumber]


Sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal. Kita tidak boleh mengubah
kelakuan seseorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah siber sering
dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan yang negatif. Mereka menyerang
sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari.
Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam lengkongan 20 an. Pertumbuhan
penduduk dunia kira-kira 20 peratus hingga tahun 2010, dengan 95 peratus daripadanya
berlaku di negara membangun, dan kemunculan golongan remaja, berdasarkan
pengalaman sejarah, merupakan faktor utama ketidakstabilan. Leftenan Jeneral Patrick
M. Hughes, Pengarah Agensi Perisikan Pertahanan, Amerika Syarikat menyatakan
kebimbangan ini kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat pada Februari
1997.
Golongan remaja mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang
untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Lebih malang kerana
kecanggihan teknologi gagal mengenal pasti penceroboh. Misalnya, pada Februari dan
Mac 2000, pencerobohan telah berlaku terhadap lebih 500 sistem komputer tentera,
kakitangan kerajaan, dan sektor swasta di Amerika Syarikat. Ketika itu Amerika bersiap
sedia dengan angkatan tenteranya di Teluk Parsi ekoran ketegangan antara Iraq dengan
pemeriksa senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apabila berlaku pencerobohan
sedemikian, pihak berkuasa Amerika Syarikat mengesyaki Iraq, tetapi terbukti bahawa
pihak yang bertanggungjawab ialah dua orang juvenil dari Cloverdale, California, dan
beberapa orang penduduk Israel.
Soalannya dari mana remaja atau mereka yang gemar menceroboh mempelajari ilmu ini.
Mereka ini sebenarnya mahir tentang komputer. Mereka bukan belajar khusus untuk
menceroboh tetapi dengan mempelajari ilmu komputer secara tidak langsung. Mereka
boleh mencuba untuk menceroboh sistem atau cuba mencipta virus. Oleh itu semakin
tinggi teknologi IT berkembang semakin tinggi juga teknologi bagaimana jenayah
dilakukan.
"Pembangunan teknologi meningkatkan keselamatan sistem maklumat secara
keseluruhan," kata Gillespie dan Nakatomi dari Direktorat Sains, Teknologi, dan Industri
OECD. "Namun begitu, teknologi juga menyediakan kapasiti kepada bakal penyerang
atau penceroboh untuk melakukan penerobosan yang lebih pantas dengan kesan yang
sangat luas dan mendalam, yang sukar dijejak."
Oleh itu undang-undang siber tidak bermakna jika masih terdapat orang yang bersikap
negetif dan menggunakan kemajuan komputer ke arah negatif.

Kesimpulan[sunting | sunting sumber]


Berdasarkan daripada perbincangan sebentar tadi, undang-undang siber tidak
seharusnya kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah komputer. Dalam
dunia tanpa sempadan, serangan berkemungkinan boleh dilakukan oleh orang beriburibu batu jauhnya mahupun dari kalangan orang yang berhampiran dengan kita. Oleh itu,
setiap individu perlu memainkan peranan untuk menbanteras kes-kes jenayah siber
semakin berleluasa pada zaman era kini.

ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI


MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 1}
ANCAMAN JENAYAH SIBER DALAM KEPESATAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT
1. kepesatan kemajuan teknologi maklumat kini telah membawa
kecelikan komputer dlm kalangan masy. Setiap rumah dilengkapi dgn
kemajuan jalur lebar. yk perkhidmatan kerajaan & swasta yg
dahulunya bersifat kaunter pelayan tlh bertukar menjadi on-line @
melalui talian. ecelikan manusia terhadap teknologi maklumat telah
mengundang inovasi bg mengeksploitasi teknologi ini utk tujuan
jenayah siber
3. hal ini memberi ancaman kpd kedaulatan negara kerana para
penggodam mampu menceroboh sistem pertahanan & keselamatan
negara,lalu menjual maklumat penting negara kpd musuh yg
memerlukannya operasi input,pemprosesan data,operasi output &
komunikasi data telah digunakan dgn teliti utk tujuan yg x sihat
4. Jenis jenayah siber yg biasa berlaku 1. penipuan 2. Kerosakan /
pengubahsuaian ke ats program / data komputer 3. kecurian
maklumat 4. capaian secara x sah ke ats sistem 5. Menyalin perisian
secara x sah 6. Pengintipan 7. Judi siber 8. Skim cepat kaya 9.
Pornografi 10.Penggodam / hacker 11.Penyebaran virus
12.Menyalurkan maklumat palsu
5. PUNCA-PUNCA JENAYAH SIBER ukar dikenalpasti penjenayah- satu
masalah utama utk membezakan ancaman fizikal adalah susah utk
menentukan siapa yg menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana
dan dari mana. Umur penjenayah siber biasanya adalah golongan
berpengetahuan ataupun profesional. Berkemungkinan kawan kita,
mungkin pelajar, ataupun profesor atau sesiapa saje. Mereka akan
melakukan jenayah siber terhadap institusi pesaing atau mereka
diupah oleh pihak tertentu dan biasanya mereka susah utk
ditangkap.

6. kepentingan ekonomi- k-ekonomi menjadi begitu penting. Utk


menjadi sebuah negara maju, Malaysia mengamalkan K-ekonomi yg
menggunakan kepakaran dlm bidang teknologi maklumat. Malaysia
telah membuka pintu kpd pelabur2 luar bertaraf dunia utk melabur
dlm bidang teknologi maklumat dgn membina Multimedia Super
Corridor (MSC). Utk menarik pelaburan asing tersebut Malaysia telah
memperkenalkan sebuah senarai yg dikenali sbg Riang Jaminan (Bill
of Guarantee) iaitu jaminan tiada penapisan internet. Hal ini kerana
pengguna bebas menggunakan internet termasuklah penjenayah
siber.
7. Sikap manusia- sikap manusia mmg sesuatu yg sukar dikawal.
Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia mempunyai kelakukan
yg negatif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-ria
ataupun mencuba ilmu baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini
adalah remaja ataupun dlm golongan umur 20-an.golongan remaja
ini mempunyai sikap yg sukar diramal. Mereka belum cukup matang
utk berfikir ttg akibat jenayah yg mereka lakukan.
8. Berbeza takrifan jenayah- perbezaan takrifan antara jenayah siber
dgn jenayah biasa juga merupakan faktor jenayah siber terus
meningkat. Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengatakan
bahawa jenayah siber adalah mana2 aktiviti yg tgak sah di mana
pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan utk
merealisasikannya. Bg negara2 Islam, judi, bahan pornografi dan
pengiklanan SEKS adalah satu jenayah tetapi tak seperti di Amerika
Syarikat.
9. LANGKAH MENGATASI MSLH JENAYAH SIBER erjasama antara
negara secara global- Malaysia perlu bekerjasama dgn negara2 lain
utk meningkatkan keupayaan dlm mengahadapi serangan
penjenayah siber. (rujuk m.s. 23) ahagian jenayah perdagangan polis
diraja malaysia (PDRM) dan suruhanjaya komunikasi dan muktimedia
malaysia (SKMM) serta bank negara perlu ditingkatkan
kemampuannya utk menangani jenayah siber. PDRM, SKMM dan Bank
Negara hendaklah melatih kakitangannya utk meningkatkan
kemahiran mereka dlm bidang forensik komputer.
10. erjasama antara kajian dgn syarikat2 serta pengguna komputer
ihak berkuasa perlu mengkaji lebih mendalam lagi tindakan @
hukuman yg harus dikenakan terhadap pelaku jenayah siber. ihak
berkuasa perlu membuat pemantauan di alam siber supaya golongan
yg tdk bertanggungjwb ini dpt dikesan erajaan perlu menerapkn
pengetahuan mengenai jenayah siber ini melalui penerapan awal
sejak di bangku sekolah lagi.

Salah guna internet gugat keselamatan negara

24/03/2016BY Berita Harian

MENGAPA STATUS MSC MALAYSIA?

You are here


Laman Utama Mengenai MSC Malaysia
MENGAPA STATUS MSC MALAYSIA?

MSC Malaysia telah membuka ruang industri ICT di Malaysia dan telah menyumbang
kepada ekonomi negara. MSC Malaysia telah berjaya merapatkan jurang digital
negara dan kemampuan negara dalam menjalankan perniagaan di seluruh dunia.

Mengapa anda perlu memberi lebih tumpuan kepada Status MSC Malaysia
Akta Jaminan
Infrastruktur
Undang Undang Siber
Insentif

Gaya Hidup Moden Berkualiti


Tinggi
Tenaga Kerja Muda dan
Berbilang Bahasa
Kos Kompetitif, Bernilai Tinggi

Akta Jaminan
Menyediakan kemudahan fizikal dan maklumat bertaraf dunia.
Membenarkan penggajian pekerja maklumat (Knowledge Workers) tempatan dan
asing tanpa had.
Memastikan kebebasan pemilikan syarikat bagi syarikat berstatus MSC Malaysia
dengan mengecualikan dari syarat-syarat pemilikan tempatan.
Di beri kebebasan untuk mendapatkan modal untuk infrastruktur MSC Malaysia, dan
hak untuk meminjam geran secara global.
Menyediakan insentif kewangan yang berdaya saing, termasuk status perintis yang
memberikan pengecualian cukai sebanyak 100% sehinga 10 tahun atau Elaun Cukai
Pelaburan sehingga 5 tahun dan tiada duti ke atas pengimportan peralatan multimedia.
Menjadi peneraju serantau dalam perlindungan harta intelek dan undang-undang siber.
Memastikan tiada penapisan internet.
Memastikan tarif telekomunikasi yang berdaya saing di peringkat global.
Menawarkan perolehan kontrak infrastruktur utama MSC Malaysia kepada syarikatsyarikat terkemuka yang bersedia menjadikan MSC Malaysia sebagai hab serantau.
Menjadi sebuah agensi sehenti yang efektif - MDEC.

Ke Atas

Infrastruktur Fizikal & Komunikasi Bertaraf Antarabangsa


Infrastruktur Maju
Sehingga April 2013, terdapat 30 Cybercity dan Cybercentre yang telah beroperasi
sepenuhnya dalam MSC Malaysia di mana syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia
boleh menempatkan premis perniagaan mereka. Cybercity dan Cybercentre ini diaudit
setiap tahun bagi memastikan pematuhan kepada set piawaian minima dan kriteria
yang membezakan mereka dari mana-mana lokasi yang lain. Perbadanan Ekonomi
Digital Malaysia (MDEC) mentadbir set piawaian minima bagi memastikan Cybercity
MSC Malaysia sentiasa mengamalkan set piawaian bandar pintar terkini.
Klik di sini untuk lokasi Cybercity dan Cybercentre
Infrastruktur Telekomunikasi
MSC Malaysia disokong oleh infrastruktur telekomunikasi digital berkapasiti tinggi
yang direka untuk memenuhi piawaian antarabangsa dari segi kapasiti, harga dan
kebolehpercayaan.
Ciri-ciri rangkaian telekomunikasi utama yang akan menghubungkan MSC Malaysia
ke pusat-pusat serantau dan global termasuk:
Tulang belakang Gentian Optik dengan kapasiti 2.5 - 10 gigabit sesaat
Capaian berkapasiti tinggi
Piawaian terbuka, penukaran berkelajuan tinggi dan protokol pelbagai
termasuk"Asynchronuous Transfer Mode" (ATM).
Jaminan prestasi terbaik di dalam kelasnya
Harga telekomunikasi yang berdaya saing

Ke Atas
Undang Undang Siber
Malaysia merupakan ahli kepada Penubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO),
Konvensyen Paris, Konvensyen Berne dan telah menandatangani perjanjian "Trade
Related Aspects of Intellectual Property Rights" (TRIPS).
Dengan perlaksanaan MSC Malaysia, Kerajaan telah memberikan komitmen kepada
syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia untuk menjayakan Akta Jaminan bagi
menyediakan rangka kerja pengawal seliaan yang komprehensif berkaitan
perlindungan harta intelek dan undung-undang siber dengan tujuan memudahkan dan
membantu pembangunan persekitaran ICT dan multimedia yang sebenarnya.
Berikut merupakan penerangan ringkas berkenaan rangka kerja berkanun Malaysia

bagi perlindungan harta intelek dan undang-undang siber.


Perlindungan Harta Intelek
Undang Undang Siber
Akta Tanda Tangan Digital 1997 (Berkuat kuasa 1 November 2001)
Akta Komunikasi & Multimedia 1998 (Berkuat kuasa1 April 1999)
Akta Suruhanjaya Komunikasi dah Multimedia 1998 (Berkuat-kuasa 1 November
1998)
Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997 (Berkuat-kuasa 1 April 1999)
Akta Teleperubatan 1997 (Belum dikuat-kuasakan)
Akta Jenayah Komputer 1997 (Berkuat-kuasa 1 Jun 2000)
Akta Jenayah Elektronik 2006 (Effective 19 October 2006)
Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 (Berkuat-kuasa 1 Januari 2008)
Inisiatif lain yang dalam perancangan
Klik disini untuk membaca lebih lanjut mengenai Undang-undang Siber Malaysia.

Ke Atas
Insentif
Kewangan
Berpandukan Akta Galakan Pelaburan (PIA) 1986 (pindaan 1997) Malaysia, syarikat
berstatus MSC Malaysia, institusi atau fakulti boleh menikmati insentif kewangan
berikut: Status Perintis -100% pengecualian dari pendapatan berkanun boleh cukai.
Insentif ini diberi selama 5 tahun untuk pusingan pertama.
100% Elaun Cukai Pelaburan (ITA).
Layak mendapat geran R&D (bagi syarikat berstatus MSC Malaysia yang memiliki
majoriti pemilikan warganegara Malaysia).
Kebebasan mendapatkan sumber modal serta sumber pinjaman dana secara global.
Pengimportan peralatan multimedia bebas cukai (DFI).
Bukan Kewangan
Tiada tapisan internet.

Tarif telekomunikasi serta perkhidmatan global yang kompetitif dijamin sekiranya


syarikat berstatus MSC Malaysia terletak di dalam lingkungan MSC Malaysia.
Infrastruktur IT dan fizikal bertaraf dunia sekiranya syarikat berstatus MSC Malaysia
terletak di dalam kawasan MSC Malaysia.
Perlindungan Harta Intelek serta rangka kerja undang-undang siber yang
komprehensif bagi semua syarikat MSC Malaysia tanpa mengira lokasi.
Agensi pelaksana berkuasa tinggi yang bertindak sebagai pusat sehenti yang efektif
MDEC.
Pembangunan bandar yang terancang dan berkualiti tinggi.
Kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang baik termasuklah di
Universiti Multimedia pertama di rantau ini, sekiranya syarikat berstatus MSC
Malaysia terletak di dalam kawasan MSC Malaysia.
Persekitaran mesra alam dan dilindungi oleh pengezonan yang ketat sekiranya syarikat
terletak di dalam kawasan MSC Malaysia.

Ke Atas
Gaya Hidup Berkualiti
Malaysia merupakan sebuah destinasi yang ideal bagi ekspatriat yang bercadang untuk
berpindah ke Asia. Suatu masa dahulu, ekonomi Malaysia bergantung kepada
pengeksportan sumber, kini Malaysia mula mengembangkan ekonominya dalam
bidang lain seperti sains, pelancongan, perdagangan dan pelancongan perubatan yang
mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada ekspatriat.
Malaysia adalah syurga tropika yang menawarkan gaya hidup moden berkualiti tinggi
pada kos yang berpatutan. Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur yang terletak di lokasi
ideal sesuai menjadi pusat perniagaan serantau. Perjalanan dari satu lokasi ke lokasi
yang lain di dalam Malaysia secara keseluruhannya adalah amat mudah dan murah
terutamanya di Semenanjung Malaysia. Malaysia mempunyai jaringan pengangkutan
darat yang lengkap. Kos penerbangan ke seluruh Asia juga sangat murah dan
berpatutan.
Rakyat Malaysia gemar keluar berbelanja di waktu lapang begitu juga pelancong
asing dan ekspatriat. Kuala Lumpur juga menyajikan pelbagai pilihan untuk setiap
citarasa muzik, ini termasuklah orkestra, klasik dan jazz dan juga muzik terkini. Kesan
dari pengaruh pelbagai kumpulan etnik serta pengaruh sejarahnya yang istimewa,
Malaysia memiliki adunan sajian tempatan yang sangat memukau.
Pendidikan
Pendidikan berkualiti tinggi adalah sangat dititikberatkan di Malaysia, di mana sektor
pendidikan awam dan swasta dipantau dengan teliti oleh oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia. Malaysia sangat berbangga kerana dapat menawarkan pendidikan


antarabangsa berkualiti tinggi di sekolah-sekolah antarabangsa terkemuka yang
setanding dengan kualiti sekolah-sekolah terkemuka dari Singapura.
Penjagaan Kesihatan
Malaysia menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan kelas pertama dan hospital
pakar yang diiktiraf di peringkat antarabangsa di samping pelbagai pilihan klinik dan
perkhidmatan pergigian. Perkembangan Pelancongan Perubatan juga semakin
mendapat perhatian dari seluruh dunia dengan kemudahan perubatan canggih dan kos
yang kompetitif.
Sukan dan Rekreasi
Sukan kompetitif yang paling popular di Malaysia adalah badminton dan bola sepak.
Kelab rekreasi keluarga yang dilengkapi dengan kolam renang, gelanggang skuasy
serta tenis ada disediakan di setiap kawasan perumahan, gymnasium dan juga pusat
kesihatan. Sukan ekstrem seperti berbasikal gunung, mendaki gunung, dan berakit
juga mula mendapat tempat sebagai hobi kegemaran rakyat Malaysia.

Ke Atas
Rakyat Berpendidikan Tinggi dan Berilmu
Malaysia mempunyai kadar celik huruf yang tinggi iaitu 94%. Bahasa Kebangsaan
Malaysia ialah Bahasa Malaysia manakala Bahasa Inggeris digunakan secara meluas
dalam majlis formal dan tidak formal. Negara ini mempunyai lebih dari 500 institusi
pengajian tinggi yang terdiri daripada universiti dan kolej di mana 18 merupakan
institusi awam dan selebihnya adalah institusi swasta (termasuk politeknik dan institut
latihan industri).
Sejumlah 70 kolej tempatan juga telah ditubuhkan untuk melatih tenaga kerja teknikal.
Dengan memberi fokus kepada pendidikan berkualiti, jumlah kemasukkan di
universiti dan kolej awam dijangka mencecah lebih 325,600 pelajar dengan lebih
separuh mendaftar dalam bidang sains dan teknikal. Seramai 50,000 pelajar Malaysia
melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hasilnya, sekembalinya mereka ke Malaysia
sesudah menamatkan pengajian, mereka akan membawa bersama segala pengalaman
dan sudut pandangan antarabangsa yang akan membantu ke arah pembinaan tenaga
kerja multinasional.
Kerjasama Antara Pihak Kerajaan dan Swasta
Sejak 17 tahun yang lalu, MDEC menerusi MSC Malaysia telah menjadi pendokong
utama dalam usaha berterusan Malaysia dalam membina golongan tenaga kerja celik
ICT yang berkemahiran tinggi menerusi pelancaran pelbagai program latihan serta
pembangunan kemahiran. MDEC akan terus memacu usaha untuk memupuk bakat
menerusi kerjasama industri-akademia. Ini amatlah penting demi memastikan tenaga

kerja yang bakal dilahirkan memiliki kemahiran yang sesuai dan menepati kehendak
spesifik industri.
Itulah kelebihan bakat Malaysia yang serba boleh. Kita berbangga mempunyai pekerja
yang pintar dan mempunyai skil yang mampu diiktiraf secara global. Dengan nilai
keupayaan yang mampu bergaul, berinteraksi dan gabungan pelbagai budaya. Ciri-ciri
berkualiti ini di cari oleh semua syarikat.
Tenaga Kerja Muda dan Berbilang Bahasa
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan budaya dan juga kepelbagaian
agama. Ia memiliki populasi seramai 26 juta yang mana sebahagian besarnya terdiri
daripada tiga kelompok etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India. Bahasa Malaysia
merupakan bahasa rasmi dan Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua yang paling
banyak digunakan dalam komunikasi seharian dan dalam menjalankan aktiviti
perniagaan. Di samping itu, pelbagai dialek bahasa Cina serta bahasa Tamil juga
digunakan secara meluas.
Tenaga kerja di Malaysia masih muda dan bertenaga di mana 70% pekerja berumur di
bawah 35 tahun. Majoriti pekerja di Malaysia memiliki pengetahuan industri yang
kukuh (kewangan, logistik, utiliti, pengeluaran, telekomunikasi). Pengetahuan ini
membolehkan mereka mengaplikasikan pengetahuan teknologi mereka di dalam
kerjaya mereka, sebagai contoh, penggunaan aplikasi perniagaan dan alatan
produktiviti seperti CRM dan ERP. Tenaga kerja Malaysia juga merupakan pekerja
yang tekun dan setia dengan kadar keciciran kerja hanya 5% iaitu terendah antara
negara-negara membangun lain di Asia Pasifik.
Hari ini terdapat lebih daripada 128,850 peluang kerja mahir yang dicipta oleh
syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia, dengan 65,000 pekerjaan dalam
Perkhidmatan Perkongsian dan Penyumberan Luar (SSO). Lebih daripada 95%
daripada mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia
adalah rakyat Malaysia.
Perhubungan perindustrian di dalam Malaysia adalah sangat harmoni. Pertikaian
dagangan dan mogok jarang sekali berlaku di negara ini kerana undang-undang buruh
Malaysia yang memastikan kepentingan dan menyatakan dengan jelas mengenai hakhak dan tanggungjawab majikan dan pekerja. Ini telah menyediakan satu rangka kerja
undang-undang yang menjamin perhubungan industri di dalam negara berjalan dengan
teratur.

Ke Atas
Kos Kompetetif, Nilai Tinggi
Malaysia merupakan salah satu dari lokasi yang paling kos efektif serta paling mudah
untuk menjalankan perniagaan. Cukai korporat di Malaysia hari ini adalah 28% iaitu

antara terendah di rantau ini.


Ekonomi negara telah mengalami pertumbuhan sebanyak 5.5% setahun, dengan kadar
inflasi yang rendah pada 3.2%. Kadar faedah juga telah disemak menjadi 3.25%
sebagai persediaan menghadapi peningkatan ekonomi negara. Peningkatan ini
disokong oleh permintaan sektor swasta dan juga pertumbuhan ekonomi yang kukuh
dalam ekonomi global dan serantau.

You might also like