Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LAPORAN MAJLIS PERHIMPUNAN PENSYARAH DAN

STAF
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BERSAMA
PENGARAH SPRM NEGERI SEMBILAN

A. Nama Program : Perhimpunan Pensyarah dan Staf IPGKPT Bersama Pengarah


SPRM Negeri Sembilan.
B. Tarikh
: 13 Mei 2016
C. Tempat
: Dewan Kuliah IPGKPT
D. Penganjur
: Anjuran bersama Jab. Sains Sosial, Jab. Elektrikal, J/K
Integriti
E. Peserta
: Semua Pensyarah dan Staf IPG KPT

F. Ringkasan Perjalanan Program


Pada 13. Mei 2016 lalu, pihak IPG KPT telah menganjurkan perhimpunan bersama Tuan
Pengarah SPRM Negeri Sembilan bertempat di Dewan Kuliah IPG KPT. Program ini
melibatkan semua pensyarah dan staf IPG KPT. Program bermula jam 9.00 pagi . Majlis
ini dimulakan dengan bacaan doa dan ikrar penjawat awam.

Foto 1 : Ketibaan Pengarah SPRM Negeri Sembilan disambut oleh Pengarah IPG KPT
bersama jawatankuasa program.

Foto 2 : Gambar kenangan Seketriat Integriti bersama Pengarah IPG KPT dan Pengarah
SPRM
Sesi pertama ucapan Tuan Pengarah IPG KPT Dr Mohamad Nor bin Mohamad
Taib. Beliau menyampaikan ucapan alu-aluan kepada pihak SPRM Negeri Sembilan.
Beliau juga melahirkan rasa terima kasih kepada pihak SPRM kerana sudi dating
menerima undangan ke IPG KPT. Beliau juga menekankan perlunya integrity dalam
kalangan penjawat awam. Beliau menegaskan bahawa rasuah perlu dibanteras kerana ia
merupakan musuh utama negara. Pelajar juga perlu disemai rasa bertanggungjawab dan
berintegriti sesuai dengan tugas seorang pendidik. Akhirnya beliau menyatakan perlunya
jaringan ini diteruskan memandangkan IPG KPT telah menubuhkan Jawatankuasa
Integriti di peringkat IPG.
Sesi kedua Ucapan Pengarah SPRM Negeri Sembilan Dato Rohaizat bin Yaakub.
Beliau menyentuh rasuah yang berlaku dalam kalangan penjawat awam termasuklah
prosedur siasatan apabila dituduh terlibat dalam rasuah. Beliau juga menerangkan
pendekatan yang digunakan oleh SPRM iaitu menekankan kepada pencegahan dan amat
bersesuaian dengan IPG yang menjalankan tugas mendidik pelajar iaitu calon guru. Inia
mat bertepatan dengan matlamat dan pendekatan SPRM yang menekankan kepada
pencegahan. Beliau juga mengalu-alukan hubungan baik antara IPG KPT dengan SPRM
dan menjemput warga IPG mengunjungi pejabat SPRM dan beliau sanggup membantu
apa apa permasalahan yang berkaitan.

Foto 3 : Pengarah SPRM Negeri Sembilan sedang berucap dalam majlis tersebut.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada IPG KPT kepada pihak
SPRM dan cenderahati daripada SPRM kepada pihak IPG KPT. Majlis berakhir jam
11.15 pagi.

Foto 4 : Penyampaian Cenderahati dari pihak IPG KPT kepada Pengarah INTEGRITI.

G. Masalah dan Kekangan


-Kehadiran masih tidak sepenuhnya.
-Perlu didedahkan juga kepada pelajar kerana mereka adalah bakal guru.
H. Kelebihan / Manfaat
- Memberi pengetahuan berkaitan Integriti penjawat awam.
- Memperoleh jaringan antara IPG KPT dengan SPRM
- Memperoleh bantuan khidmat daripada SPRM
- Menyedarkan penjawat awam tentang perlunya berintegriti dan mengelakan amalan
rasuah.
-Menjadikan SPRM tempat sumber rujukan kepada jawatankuasa integriti IPG KPT

I.

Cadangan Penambaikan
-

Memastikan kehadiran sepenuhnya.


Mewujudkan jaringan berterusan.
Menjadikan program bersama SPRM sebagai program tahunan IPG KPT.

Disediakan oleh:

( MOHD HANAFI BIN ZAINAL & )


JK Dokumentasi Program
Ucapan Pengarah SPRM Negeri Sembilan.

You might also like