Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

HADITH ANTI WANITA BERKENAAN DENGAN

KEHIDUPAN RUMAH TANGGA: KAJIAN KRITIK


TERHADAP FEMINIS LIBERAL
Oleh:
Mohd Akil Muhamed Ali*
Mazlan Ibrahim**
Dwi Sukmanila Sayska***

Abstract
Equality and gender justice issues are often debated
by liberal feminist groups in either the West or East.
Muslim feminist groups in particular often use certain
hadiths to show the injustice of Islam against women.
Therefore, this article will analyze some of the hadiths
that are used by this group as anti-women. This article
will focus on sanad and matan and also the right
meaning of the hadith. The methodology used in this
study is literature and content analysis. This article is
intended to correct the allegation or wrong assumption
and put the hadith on the right position, therefore it
will be respected and being noble.

Pendahuluan
Antara ketetapan dalam syariat Islam adalah bahawa wanita mempunyai
hak yang sama dengan lelaki dari segi kehidupan sosial sebagaimana
mereka memiliki persamaan hak dalam perkara agama. Mereka ada hak
berekonomi, berpolitik dan bersosial sebagaimana lelaki. Namun demi
menjaga keseimbangan dalam kehidupan bermasyarakat, Islam telah
*

Merupakan Pensyarah di Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah, Universiti


Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

**

Merupakan Profesor Madya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti


Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

***

Merupakan Pelajar di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan


Malaysia, Bangi Selangor.

135

AL-BAYAN (BIL. 9)

menggariskan panduan dan peraturan tertentu sesuai dengan tabiat


mereka apabila mereka menggunakan hak-hak mereka tersebut.
Salah satu isu penting berkaitan dengan hak-hak wanita dalam
agama Islam ialah yang berkenaan dengan kehidupan berumahtangga.
Posisi wanita sebagai isteri seringkali dianggap sebagai orang kedua
yang selalu berada di bawah kekuasaan lelaki sebagai suami dan
pemimpin rumah tangga. Inilah yang kemudian menjadi isu penting bagi
kaum feminis liberal untuk menyerang syariat Islam, di mana banyak
terdapat hadith-hadith yang seolah-olah membenci dan mengenepikan
kaum perempuan, seolah-olah mereka tiada harga.
Secara amnya, feminisme Islam adalah alat analisis dan gerakan
yang bersifat kontekstual dalam memahami masalah perempuan yang
berhubungkait dengan ketidakadilan dan ketidaksetaraan. Para feminis
menuduh adanya kecenderungan anti wanita (kebencian terhadap
perempuan) dan patriarki (dominasi lelaki) dalam teks-teks keagamaan
baik al-Quran mahupun al-Sunnah dan pentafsirannya1.
Upaya menyerang al-Sunnah disebarkan oleh kaum feminis
liberal dengan pelbagai cara, antaranya melalui buku-buku, jurnaljurnal, akhbar, majalah dan laman web di internet. Bahkan juga dengan
mengadakan majlis-majlis diskusi dan seminar-seminar untuk menarik
minat kaum profesional dan pelajar. Hadith-hadith tentang kedudukan
isteri merupakan objek yang paling banyak diulas, kerana seringkali tidak
sesuai dengan idea kesetaraan gender yang mereka propagandakan.
Mereka menuduh bahawa dalam sebahagian teks-teks hadith
terdapat unsur penghinaan terhadap perempuan atau hukumnya tidak
lagi relevan dengan konteks modern. Kemudian, atas nama kebebasan
berbicara, berfikir dan berpendapat, mereka mengemukakan pemikiranpemikiran yang menyimpang dengan alasan untuk memberikan
pemahaman yang lebih humanis dan moderat.
Bahkan hadith-hadith yang dianggap anti-wanita tersebut didakwa
bercanggah dengan al-Quran yang menyatakan persamaan derajat
antara makhluk Allah. Tingkat keutamaan manusia tidak ditentukan
berdasarkan jantina tetapi dibezakan oleh tingkat ketakwaannya kepada
Allah. Mereka juga mendakwa bahawa sanad dan matan hadith-hadith
1

Siti Muslikhati (2004M), Feminisme dan Pemberdayaan Perempuan


dalam Timbangan Islam, Gema Insani Press, Jakarta, hlm 46-47.

136

HADITH ANTI WANITA BERKENAAN DENGAN KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

tersebut mengandung cacat sehingga tidak dapat dijadikan hujjah.


Jika tokoh-tokoh pembaharu dunia Islam seperti Muhammad
Abduh dan Yusuf al-Qaradawi menyerukan kembali kepada alQuran dan al-Sunnah sebagai pedoman dalam membangkitkan wacana
emansipasi wanita, maka para tokoh feminis liberal mengajak untuk
mengabaikannya, kerana menurut mereka yang mesti diperbetulkan
adalah ajaran Islam itu sendiri. Oleh itu, dalam menilai al-Sunnah,
kebanyakan mereka menjadi ingkar sunnah dengan alasan bahawa
banyak hadith-hadith Nabi yang anti wanita, menghina dan merendahkan
kedudukan perempuan. Di sinilah nampak kedangkalan pemahaman
mereka2.
Selain daripada itu juga banyak dikalangan ahli masyarakat cepat
memawdukan bahkan menolak sebahagian hadith akibat pemahaman
mereka yang keliru terhadap maksud hadith tersebut. Apabila membaca
sebuah hadith, lalu menangkap maksud tertentu daripada hadith tersebut
yang tidak dapat diterima oleh akal mereka, maka mereka dengan
mudah menolak hadith tersebut3. Ini pula yang berlaku dalam hadithhadith anti wanita yang berkenaan dengan kehidupan rumah tangga.
Sebelum membahas hadith-hadith yang dianggap anti wanita
berkenaan kehidupan rumah tangga, penulis akan mengulas secara
umum tentang metedologi feminis dalam kajian hadith, terutama yang
berkaitan dengan hadith-hadith wanita.

Metodologi feminis dalam kajian hadith


Para Feminis Islam, dalam memandang teks-teks hadith Nabi, membuat
metodologi tersendiri yang selari dengan teologi feminis yang
membawa idea-idea kesetaraan gender yang sebahagian besar ditiru
dari barat dan sekular-liberal. Mereka menolak untuk mengikuti metode
yang telah disepakati oleh ulama yang mereka anggap mengabaikan
kritik matan serta terlalu memihak kepada lelaki (bias gender) dalam
memahami hadith-hadith Nabi s.a.w.
2

Syamsuddin Arif (2006M), Wanita dan Keluarga: Citra Sebuah Peradaban,


Jurnal al-Insan No. 3 Vol 2, Gema Insani Press, Jakarta, hlm 93.
Yusuf al-Qaradawi (1990M), Kaifa Nataamal maa al-Sunnah alNabawiyah, al-Mansurah: Dar al-Wafa, hlm 35.

137

AL-BAYAN (BIL. 9)

Antara metodologi Feminis Islam dalam mengkaji dan memahami


hadith-hadith yang berkenaan dengan kehidupan rumah tangga adalah:

1. Menyimpulkan bahawa sesebuah hadith itu sebagai anti

wanita apabila secara sepintas lalu matan hadith itu dirasakan


meremehkan posisi perempuan, tanpa mengkaji secara terperinci
tentang pemahaman hadith tersebut mengikut pendapat jumhur
ulama ataupun asbab wurud hadith tersebut. Fatima Mernissi
dalam buku Setara di Hadapan Allah (terj) mengkritik dan
menolak matan hadith tentang isteri sujud kepada suami,
kerana menurutnya dalam Islam sebagai agama monoteisme
tidak dibenarkan seorang menyembah sesuatu selain Allah 4.
Padahal jika diteliti lebih lanjut dari segi pemahamannya, tidak
ada sedikitpun hadith tersebut bermaksud penyembahan isteri
kepada suami, tetapi semestiya menggali lebih dalam tentang
asbab wurud dan konteks pembicaraan Rasulullah s.a.w.
tentang hadith tersebut.

2. Kritik sanad hanya berdasarkan kitab-kitab muktabar sahaja

dan mudah sekali menghukumkan hadith sebagai mawdu bila


sanadnya tidak mereka temui.5

3. Mempertanyakan adalah sahabat meskipun jumhur ulama

telah sepakat bahawa semua sahabat adalah adil. Sebagaimana


yang diungkapkan oleh Riffat Hasan, dalam mengkritik hadith
tentang penciptaan wanita dari tulang rusuk lelaki6, dengan
menyebutkan bahawa Abu Hurayrah adalah sahabat yang

Fatima Mernissi dan Rifat Hassan (1999M), Setara di Hadapan Allah


(terj), Yogyakarta: Media Gama Offset, hlm 44.
Padahal menurut Nur al-Din Itr orang yang dapat menghukumkan hadith
sebagai mawdu hanyalah seorang al-hafiz al-kabir (hafiz agung), sekaliber
al-Imam Ahmad bin Hanbal, Ali al-Madini, Yahya bin Main dan orangorang sesudahnya seperti al-Bukhari, Abi Hatim, Abi Zurah dan orangorang yang di bawah mereka seperti al-Nasai kemudian al-Daraqutni. Nur
al-Din Itr, (t.t.), Manhaj al-Naqd fi Ulum al-Hadith, Bayrut: Dar al-Fikr,
hlm 313.
Hadith tersebut diriwayatkan sebanyak 3 kali dalam Sahih al-Bukhariy
dan 3 kali dalam Sahih Muslim yang kesemuanya adalah daripada Abu
Hurayrah.

138

HADITH ANTI WANITA BERKENAAN DENGAN KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

dianggap kontroversial.7 Sebenarnya asal mula idea mengkritik


sahabat berasal daripada pemikiran yang dilontarkan oleh
Abu Rayyah dalam bukunya al-Adwa ala al-Sunnah alMuhammadiyyah8.

4. Mengadakan kritik matan dengan menggunakan ukuran

kesetaraan gender (gender equality) dan hak asasi manusia,


bahkan lebih banyak meniru pemikiran barat dan sekularliberal yang bukan bersumber daripada peradaban Islam. Ini
menyebabkan para aktivis gender memulakan kajian dengan
pandangan negatif terhadap semua tafsiran yang telah sedia ada
dikarang oleh para ulama. Mereka membuat dakwaan umum,
bahawa tradisi fiqh Islam didominasi oleh lelaki. Tafsir yang
ada adalah bias gender. Fenomena ini sebenarnya mengikuti

Pemikirannya itu terdapat dalam artikel: Teologi Perempuan dalam


Tradisi Islam, Sejajar di hadapan Allah yang dimuat dalam Jurnal Ulum
al-Quran, no.4 tahun 1990 M, hlm 48-55. Artikel ini diterjemahkan oleh
Wardah Hafizh ke dalam bahasa Indonesia dari sumber makalah asli yang
dimuat dalam Harvard Divinity Bulletin, edisi Januari-May 1987.
Dia menggugat keadilan Abu Hurayrah, kerana paling banyak meriwayatkan
hadith sehingga mencapai 5374 buah, sedangkan dia hanya hidup beberapa
tahun bersama Rasulullah s.a.w. dan tidak menulis hadith sebagaimana
Abd Allah bin Amr bin As. Padahal dalam sejarah tercatat, meskipun
Abu Hurayrah hanya bersama Rasulullah s.a.w. selama 3 tahun menjelang
baginda wafat, tetapi ia menumpukan perhatian dan berusaha sedaya upaya
untuk menyerap ilmu daripada Rasulullah s.a.w. dan menerima hadith dari
baginda. Manakala para Muhajirin pula sibuk dengan perdagangan mereka
dan kaum Ansar bertungkus-lumus dalam bidang pertanian, Abu Hurayrah
hanya hidup dari upah membantu pekerjaan rumah tangga orang lain dan
pemberian makanan dari Rasulullah s.a.w. dengan tinggal di serambi masjid
Rasulullah s.a.w.. Sedangkan tentang banyaknya hafazan Abu Hurayrah,
diyakini adalah benar berdasarkan pernyataan Abu Hurayrah sendiri
yang riwayat al-Bukhari: Aku berkata: Ya Rasulullah, saya mendengar
banyak hadith daripada engkau tetapi saya lupa, lalu Rasulullah berkata:
Hamparkanlah kainmu, kemudian aku menghamparkannya, kemudian
Rasulullah menciduk dengan kedua-dua tangannya dan bersabda:
Ikatkanlah, kemudian aku mengikatkannya. Sejak itu aku tidak pernah
lupa sedikitpun. Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Bayrut: Dar Ibnu Kathir,
juz 1, hlm 41 dan 215.

139

AL-BAYAN (BIL. 9)

jejak kaum feminis Kristian.9

Hadith-hadith anti wanita berkenaan dengan kehidupan


rumah tangga
Terdapat banyak hadith-hadith berkenaan dengan kehidupan rumah
tangga yang dianggap anti wanita oleh kalangan feminis, akan tetapi
penulis hanya akan mengulas 3 hadith yang paling sering didakwa
tidak selari dengan ajaran Islam, padahal para ulama hadis menyatakan
bahawa hadith tersebut adalah sahih.
1. Hadith tentang wanita adalah penghuni neraka paling banyak
kerana derhaka terhadap suami.
Hadith tersebut diriwayatkan dalam beberapa jalur sahabat, iaitu:

a. Hadith daripada Abu Said al-Khudri riwayat al-Bukhari 10

10

Feminis Kristian semenjak dahulu bertungkus lumus untuk melakukan


pembetulan terhadap metode interpretasi Bible yang sememangnya
bermasalah. Dalam agama mereka tuhan digambarkan maskulin, sehingga
feminis Kristian tidak saja menyebut God tapi juga Goddees, tuhan bukan
hanya huwa tetapi juga hiya. Problem tradisi Kristian ini kemudian
diambil oleh umat Islam. Gender equality dalam konsep Barat dijadikan
dasar berfikir untuk menafsirkan al-Quran sesuai selera mereka kerana pada
mereka al-Quran juga bias gender. Masalah-masalah sosial dan khususnya
yang dihadapi kaum wanita yang sememangnya banyak tertindas, mereka
tarik ke akar ideologi, seolah-olah semua penderitaan wanita itu disebabkan
kesalahan pentafsiran ulama masa lalu yang merumuskan fiqh yang
berpihak pada laki-laki. Adian Husaini, (2005), Wajah Peradaban Barat:
Dari Hegemoni Kristian Hingga Hegemoni Sekuler-Liberal, Jakarta:
Gema Insani Press, hlm 331-332.
al-Bukhari, Sahih Bukhari, kitab al-Siyam, bab Tarku Al-Haid Al-Saum,
juz 1, hlm 116, hadith no. 298, dan kitab al-Zakat, bab al-Zakat Ala alAqarib Wa Qala al-Nabi Sala Allahu Alaihi Wa Sallam: Lahu Ajrani, Ajru
al-Qirabah Wa al-Sadaqah, juz 2, hlm 531, hadith no.1393.

140

HADITH ANTI WANITA BERKENAAN DENGAN KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

Maksudnya:
Daripada Said bin Abi Maryam, daripada
Muhammad bin Jafar daripada Zayd bin Aslam,
daripada Iyad bin Abd Allah daripada Abi Said alKhudri: Rasul Allah s.a.w. keluar pada hari raya Aidil
Adha atau Aidil Fitri menuju tempat sembahyang,
kemudian baginda melalui tempat sembahyang
wanita, baginda bersabda: Wahai sekalian wanita,
bersedekahlah kalian, sesungguhnya aku melihat
kalian adalah penduduk neraka paling banyak.
Para wanita bertanya: Apa puncanya wahai Rasul
Allah s.a.w.? Baginda menjawab: Kalian banyak
melaknat dan tidak bersyukur kepada suami. Tiada
aku lihat golongan yang lemah akal dan agamanya
yang dapat menghilangkan fikiran lelaki yang cerdas
kecuali kalian. Mereka bertanya: Apa kekurangan
akal dan agama kami wahai Rasul Allah s.a.w.?
Baginda menjawab: bukankah kesaksian seorang
wanita sama dengan setengah kesaksian lelaki?
Mereka menjawab: betul wahai Rasul Allah s.a.w.
Baginda bersabda: Itulah kekurangan akalnya.

141

AL-BAYAN (BIL. 9)

b. Hadith daripada Ibn Umar riwayat Muslim11 dan Ibn Majah12


dengan matan yang sama dengan hadith di atas.

c. Hadith daripada Abu Hurayrah: riwayat al-Tirmidhi13 dengan


matan yang sama dengan hadith di atas.

d. Hadith daripada Ibn Abbas riwayat al-Bukhari14



:



Maksudnya:
Daripada Abd Allah bin Maslamah daripada Malik

11

12

13

14

Muslim bin Hajjaj, Sahih Muslim, Bayrut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi,
kitab Haid, bab Bayan Nuqsan Al-Iman Bi Nuqsi Al-Taat Wa Bayan Itlaq
Lafz Al-Kufr Bi Allah Ka Kufr Al-Nimat Wa Al-Huquq, juz 1, hlm 86,
hadith no.79 (Daripada Muhammad bin Rumh bin al-Muhajir al-Misri,
daripada al-Layth daripada Ibn al-Had daripada cAbd Allah bin Dinar
daripada cAbd Allah bin Umar daripada Rasul Allah s.a.w.)
Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Bayrut: Dar al-Fikr, kitab al-Fitan, bab fitnah
al-Nisa, juz 2, hlm 1326, hadith no.4003 Daripada Muhammad bin Rumh
bin al-Muhajir al-Misri, daripada al-Layth daripada Ibn al-Had daripada

Abd Allah bin Dinar daripada cAbd Allah bin Umar daripada Rasul Allah
s.a.w.)
al-Tirmidhi, al-Jami al-Sahih Sunan al-Tirmidhi, Bayrut: Dar Ihya alTurath al- Arabi, kitab al-Iman, bab Ma Ja-a Fi Istikmali al-Iman Wa
Ziyadatuh Wa Nuqsanuh, juz 5 hlm 10 (Daripada Abd Allah bin Huraim
bin Misar al-Azdi al-Tirmidhi, daripada Abd al- Aziz bin Muhammad
daripada Suhail bin Abi Salih daripada Abi Salih daripada Abu Hurayrah:
Rasul Allah s.a.w.).
al-Bukhari, Sahih Bukhari, kitab al-Iman, bab Kufran al-Ashir wa Kufr
Bada Kufr Fih, juz 1, hlm 19, hadith no. 19, kitab al-Kusuf, bab Salat
al-Kusuf Jamaatan, juz 1, hlm 357, hadith no.1004, kitab al- Nikah, bab
Kufran al-Ashir wa huwa al-Zawj wa huwa al-Khalit min al-Muasharah
fih juz 5, hlm 1994, hadith no.4901.

142

HADITH ANTI WANITA BERKENAAN DENGAN KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

daripada Zayd bin Aslam daripada Ata bin Yasar


daripada Ibn Abbas: Nabi s.a.w. bersabda: Aku
melihat neraka, ternyata kebanyakan penghuninya
adalah wanita, mereka telah kufur. Dikatakan:
Apakah mereka kufur terhadap Allah? Rasul Allah
s.a.w. bersabda: Mereka mengkufuri kebaikan, jika
engkau berbuat baik kepadanya selama satu tahun
penuh, kemudian dia melihat sesuatu yang buruk
dari dirimu, maka dia akan mengatakan aku tidak
pernah melihat kebaikan sedikitpun dari dirimu.

e. Hadith daripada Ibn Masud: riwayat Ahmad bin Hanbal15


dengan matan yang semakna dengan hadith di atas.

Kajian Sanad Hadith


Dari 5 sahabat yang meriwayatkan hadith tersebut, terdapat banyak
sekali jalur periwayatan yang ditulis oleh para pengarang kitab hadith
muktabar: al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidhi, Ibn Majah dan Ahmad
bin Hanbal. Sehingga, memandangkan ada 2 hadith yang riwayat alBukhari dalam kitab Sahihnya dan satu riwayat dalam Sahih Muslim,
maka kita dapat memastikan bahawa sememangnya terdapat hadith
yang sahih yang menyatakan bahawa kebanyakan penghuni neraka
adalah wanita disebabkan oleh sikap yang suka melaknat dan derhaka
terhadap suaminya. Apatah lagi al-Albani juga menyatakan hadith
riwayat al-Tirmidhi dan Ibn Majah adalah sahih.16
15

16

Ahmad bin Hanbal, Musnad Ahmad, Mesir: Muassasat Qurtubah, jld 1,


hlm 376, hadith no. 3569, juz 1 hlm 436 no.4152, juz 22, hlm 66, no.5343,
juz 2, hlm 373, no.8849 (Daripada Sufyan daripada Mansur daripada Dhar
daripada Wail bin Muhanah daripada Ibn Mascud: Rasul Allah s.a.w.).
Al-Albani, al-Jami al-Sahih Sunan al-Tirmidhi hakama ala Hadithahu
wa Atharahu wa Allaqa Alayh Allamah al-Muhaddith al-Albani, kitab
al-Iman, bab Ma Ja-a Fi Istikmali al-Iman Wa Ziyadatuh Wa Nuqsanuh,
Riyad: Maktabah al-Maarif li al-Nasr wa al-Tawzi, hlm 589 dan alAlbani, Sunan Ibn Majah hakama ala Hadithahu wa Atharahu wa Allaqa

Alayh Allamah al-Muhaddith al-Albani, kitab al-Fitan, bab fitnah alNisa, Riyad: Maktabah al-Maarif li al-Nashar wa Tawzi, hadith no.4003,
hlm 661.

143

AL-BAYAN (BIL. 9)

Kajian Matan Hadith


Para aktivitis feminis liberal mengecam bahawa hadith ini menjatuhkan
kedudukan wanita, seolah-olah perempuan adalah makhluk yang
paling jahat sehingga mereka menjadi penghuni neraka paling banyak,
sementara jika diperhatikan realiti yang ada, kebanyakan kaum wanita
malah selalu tertindas oleh kekejaman lelaki, terutamanya dalam rumah
tangga.
Jika hadith ini difahami mengikut paradigma barat, tentu kita
akan salah memahaminya. Mengapa wanita disebutkan lebih banyak
masuk neraka, padahal wanita diciptakan sama seperti lelaki, iaitu tidak
mempunyai dosa asal. Oleh itu, hadith ini mesti difahami bersama-sama
dengan hadith lain yang semakna dengannya17.
Apabila merujuk kepada asbab wurud hadith, didapati bahawa
hadith ini Rasulullah s.a.w. sabdakan setelah baginda menunaikan
solat gerhana matahari dengan para sahabat, kemudian Allah s.w.t
menampakkan syurga dan neraka kepada baginda. Para sahabat
menanyakan kepada Rasulullah s.a.w. tentang apa yang baginda
ternampak sehingga baginda menceritakan bahawa kebanyakan
penghuni neraka adalah wanita, kerana dia derhaka terhadap suami dan
berpaling daripada melakukan kebaikan. Jadi, hadith ini adalah sebagai
suatu maklumat daripada Rasulullah s.a.w. berdasarkan apa yang Allah
nampakkan kepada baginda.
Dengan demikian, dalam memahami hadith ini, terdapat beberapa
perkara yang mesti diperhatikan, agar tidak tersilap dalam mengambil
kesimpulan;
Pertama: Apakah hadith ini bermaksud bahawa wanita lebih
dominan dikuasai oleh kejahatan dalam fitrah mereka sedangkan lelaki
tidak? Jawabannya tentu tidak, jika sememangnya ia terdapat pada
diri wanita, tentu mereka tidak akan dipertangungjawabkan terhadap
kejahatan tersebut. Akan tetapi hadith tersebut menyatakan bahawa
mereka bertanggung jawab terhadap apa yang mereka kerjakan sendiri,
seperti tidak patuh kepada suami. Maka tidak salah jika Ibn Hajar
menyatakan bahawa dalam hadith Jabir terdapat dalil yang menunjukkan
bahawa yang terlihat dalam neraka adalah wanita-wanita yang memiliki
17

Daud Rasyid, (2006) Sunnah di bawah Ancaman, Bandung: As-Syamil,


hlm 147.

144

HADITH ANTI WANITA BERKENAAN DENGAN KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

sifat-sifat tercela18 seperti dalam hadith ini:


19

Maksudnya:
Orang yang paling banyak aku lihat di dalam
neraka adalah kaum wanita yang apabila diberi
kepercayaan menyimpan rahsia dia bocorkan,
apabila diminta sesuatu kepadanya ia bakhil,
apabila mereka meminta, mereka bersikap keras
dan meminta lebih banyak, dan mereka tidak pandai
berterima kasih.
Oleh itu, dosa yang paling banyak menyeret wanita masuk ke
neraka adalah kemaksiatan tehadap suaminya dan pengingkaran
terhadap kebaikan suaminya.
Kedua: Di dalam hadith yang mengatakan kebanyakan penghuni
neraka adalah wanita tersebut digunakan kata al-Nisa, yang mencakupi
semua wanita sama ada mukmin mahupun kafir. Sebab antara mereka
ada yang derhaka kepada Allah dan ada yang derhaka terhadap
kebaikan. Maksud daripada derhaka terhadap kebaikan adalah seperti
yang dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w.: Mereka mengkufuri
kebaikan, jika engkau berbuat baik kepadanya selama satu tahun
penuh, kemudian dia melihat sesuatu yang buruk dari dirimu, maka
dia akan mengatakan: Aku tidak pernah melihat sesuatu kebaikan dari
dirimu20.
18

19

20

Abd al-Halim Muhammad Abu Shuqqah (2002M), Tahrir al-Marah Fi


Asri al-Risalah,al-Kaherah: Dar al- Qalam, juz 1, hlm 273.
Al-Hakim al-Naisaburi (1990M/1411H), al-Mustadrak ala al-Sahihayn,
Bayrut: Dar al-Kitab al-Ilmiyah, juz 4, hlm 647, hadith no. 8788, beliau
berkomentar: hadith ini sahih isnad sesuai dengan syarat al-Bukhari dan
Muslim tetapi mereka tidak mengeluarkanya. Dan diriwayatkan juga oleh
Ahmad juz 3, hlm 532 dan dikemukakan oleh Ibn Hajar dalam Fathul Bari
juz 2 hlm 542.
al-Bukhari, Sahih Bukhari, Bayrut: Dar Ibn Kathir, kitab al-Iman, bab
Kufran al- Ashir wa Kufr Bacda Kufri Fihi, juz 1, hlm 19, hadith no.
19, kitab al-Kusuf, bab Solat al-Kusuf Jamaatan, juz 1, hlm 357, hadith
no.1004, kitab al-Nikah, bab Kufran al- Ashir wa huwa al-Zawj wa huwa

145

AL-BAYAN (BIL. 9)

Ketiga: hadith ini memberikan kefahaman tentang manfaat yang


dapat diambil oleh seluruh kaum muslimin, baik lelaki mahupun wanita.
Manfaat yang besar itu adalah agar mereka melakukan perbuatan yang
akan menghindarkan diri dari seksa neraka. Bagi kaum wanita, antara
cara menghindarkan diri dari neraka berdasarkan hadith ini adalah
dengan meninggalkan sikap derhaka terhadap suami dan derhaka
terhadap budi baiknya. Sedangkan bagi lelaki, tugas merekalah untuk
memberikan pengajaran dan pendidikan kepada kaum wanita. Ibn Hajar
mengatakan bahawa berdasarkan hadith ini dapat diambil beberapa
pengajaran, antaranya: Anjuran menyampaikan nasihat kepada wanita
sebab nasihat dapat menghilangkan sifat tercela tersebut, sedangkan
bersedekah yang dianjurkan kepada wanita dapat menghindarkan seksa
dan menghapuskan dosa yang terjadi antara makhluk.21
Keempat: Amaran Rasulullah s.a.w. dalam hadith ini mudah diterima
oleh muslimah pada zaman baginda kerana mereka sering mengingat
dan diingatkan tentang hari kebangkitan, padang mahshar, syurga
dan neraka. Justeru, teguran Rasulullah s.a.w. tidak memeranjatkan
mereka, malah mereka berusaha bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
kenapa dan bagaimana cara mengelakkannya. Berbeza dengan keadaan
muslimah zaman sekarang yang kebanyakan leka dan lalai dari urusan
hari kemudian, sehingga apabila mereka mendengar hadith ini mereka
terkejut dan pantas berusaha mengenepikan. Oleh itu, hendaklah mereka
berusaha memahami hadith ini mengikut suasana masyarakat ketika ia
disabdakan22.
Sesungguhnya hadith ini juga amaran untuk kaum lelaki agar mereka
menghindarkan diri daripada api neraka dengan menunaikan semua
kewajipan mereka terhadap ibu-ibu mereka, isteri-isteri mereka, puteriputeri mereka, dan saudari-saudari mereka. Mereka mesti memelihara
mereka dengan baik dan menyediakan peluang yang cukup untuk
mendapatkan pengajaran dan nasihat yang berkesan serta melakukan
ibadah dan ketaatan kepada Allah sehingga hati mereka dipenuhi nilainilai iman dan taqwa. Hendaknya kaum wanita diberi kesempatan agar
21

22

al-Khalit min al-Muasyarah fihi, juz 5, hlm 1994, hadith no.4901.


Ahmad bin Ali bin Hajar al- Asqalani (1379H), Fath al-Bari, Bayrut:
Dar al-Marifah, juz 1, hlm 422.
Hafiz Firdaus Abdullah (2003M), Kaedah Memahami Hadith-Hadith
Musykil, Kuala Lumpur: Jahabersa, hlm 71-72.

146

HADITH ANTI WANITA BERKENAAN DENGAN KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

mereka dapat melaksanakan amal soleh seperti sedekah, menyuruh


kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran lain-lain. Tanggung
jawab ini sepenuhnya ada di bahu kaum lelaki23. Sebagaimana Allah
telah memerintahkan kepada mereka dalam firman-Nya:

Maksudnya:24
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri
kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahanbahan bakarannya: manusia dan batu (berhala);
neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikatmalaikat yang keras kasar (layanannya); mereka
tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkannya kepada mereka, dan mereka pula
tetap melakukan segala yang diperintahkan.
Rasulullah s.a.w. juga telah menyatakan bahawa seorang suami
akan dipertanggungjawabkan di akhirat tentang ahli keluarganya:



25

Maksudnya:
Ketahuilah bahawa kalian semua adalah pemimpin
dan kalian semua diminta bertanggungjawab
23
24
25

Abd al-Halim Muhammad Abu Shuqqah (2002), op. cit., juz 1, hlm 274.
Al-Quran, surah al-Tahrim ayat 6.
al-Bukhari, Sahih Bukhari, kitab al-Ahkam bab Qawlu Taala: Atiu Allah
Wa Atiu al-Rasul Wa Ulil Amri Minkum, juz 6 hlm 2611 hadith no. 6719
(Daripada Ismail daripada Malik daripada Abd Allah bin Dinar daripada
Abd Allah bin Umar r.a bahawa Rasul Allah s.a.w.).

147

AL-BAYAN (BIL. 9)

terhadap apa yang kalian pimpin, pemerintah


adalah pemimpin bagi manusia dan ia akan diminta
bertanggungjawab terhadapnya, seorang lelaki
adalah pemimpin bagi keluarganya dan ia diminta
bertanggungjawab terhadapnya.
Jadi, semua ini bukan kerana wanita sememangnya diciptakan
sebagai makhluk jahat dan tempat kembali mereka adalah neraka, tetapi
Allah memang telah menciptakan sifatnya tersendiri yang sesuai dengan
fitrahnya dan berbeza dengan sifat lelaki. Oleh itu pengajaran dan ilmu
pengetahuan mesti diberikan kepada wanita agar mereka mengetahui
hak dan kewajipannya dan mengisi hidupnya dengan iman dan taqwa
agar terhindar daripada seksa Allah di akhirat nanti.
Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa hadith ini tidak hanya
amaran untuk wanita tetapi sekaligus untuk kaum lelaki dan bukanlah
merendahkan terhadap perempuan seperti sangkaan para feminis
liberal.
2. Hadith tentang jika boleh manusia sujud kepada selain Allah
maka Rasul Allah s.a.w. akan menyuruh wanita sujud kepada
suaminya.

a. Hadith daripada Qays bin Sad riwayat Abu Dawud26










26

Abu Dawud, Sunan Abu Dawud, Bayrut: Dar al-Fikr, kitab al- Nikah, bab
Haq al-Zawj ala al-Marah, juz 2 hlm 224, hadith no.2140.

148

HADITH ANTI WANITA BERKENAAN DENGAN KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

Maksudnya:
Daripada Amr bin Aun, daripada Ishaq bin Yusuf
daripada Shurayk daripada Husain daripada asSyabi daripada Qays bin Sad berkata: Aku
mendatangi al-Hirah dan aku melihat penduduknya
sujud kepada panglima mereka, lalu aku berkata:
Rasul Allah s.a.w. lebih berhak untuk sujud
kepadanya, kemudian aku mendatangi Nabi s.a.w.
lalu aku katakan: aku mendatangi al-Hirah dan
penduduknya sujud kepada panglima mereka, maka
engkau wahai Rasul Allah s.a.w. adalah lebih berhak
untuk kami sujud kepadamu. Rasul Allah s.a.w.
bersabda: Apa pendapatmu jikalau engkau melalui
kuburanku, apakah engkau akan sujud kepadanya?
Aku menjawab: Tidak. Rasul Allah s.a.w.
bersabda: Maka jangan lakukan sujud kepadaku.
Jikalau aku memerintahkan seseorang sujud kepada
orang lain, maka akan ku perintahkan isteri sujud
kepada suaminya disebabkan atas hak yang telah
Allah ciptakan untuk mereka terhadap para isteri.

b. Hadith daripada Abu Hurayrah riwayat al-Tirmidhi27 tanpa


menyebutkan kisah Muadh.

c. Hadith daripada Aishah riwayat Ibn Majah 28 dengan tambahan

lafaz: Jikalau suami menyuruh isterinya berjalan dari bukit


merah menuju bukit hitam dan dari bukit hitam ke bukit merah
sungguh hendaknya dia berusaha untuk melakukan perkara
itu

27

28

al-Tirmidhi, al-Jami al-Sahih Sunan al-Tirmidhi, al- Nikah, bab Ma Ja-a


Fi Haq al-Zawj ala al-Marah, Bayrut: Dar Ihya al-Turath al- Arabi,
juz 3, hlm 465, kitab, hadith no.1159 (Daripada Mahmud bin Ghaylan,
daripada al-Nadar bin Sumail daripada Muhammad bin Amr daripada Abi
Salamah daripada Abi Hurayrah daripada Nabi s.a.w.).
Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, kitab al-Nikah, bab Haq al-Zawj ala alMarah, juz 1, hlm 595, hadith no. 1852 (Daripada Abu Bakr bin Abi
Shaybah daripada Affan daripada Hammad bin Salamah daripada cAli bin
Zayd bin Judan daripada Said bin Musayyab daripada Aishah daripada
Rasul Allah s.a.w).

149

AL-BAYAN (BIL. 9)

d. Hadith daripada Abd Allah bin Abi Awfa riwayat Ahmad

bin Hanbal29 dan Ibn Majah30 dengan tambahan lafaz: Demi


Zat yang jiwa Muhammad berada dalam genggamannya,
seorang isteri belum menunaikan hak Tuhannya sehingga dia
menunaikan hak suaminya, bahkan jika suami menginginkan
dirinya sedangkan dia berada di atas pelana unta, maka
janganlah ia melarangnya.

e. Hadith daripada Muadh bin Jabal riwayat al-Hakim31 dengan

tambahan lafaz: Seorang isteri tidak akan merasakan kemanisan


iman sehingga ia menunaikan hak suaminya walaupun ketika
suami menginginkan dirinya sedangkan ia berada di atas pelana
unta.

f. Hadith daripada Anas Bin Malik riwayat al-Nasai32 tanpa


menyebutkan kisah Muaz.

g. Hadith daripada Suraqah bin Malik riwayat al-Tabrani33 tanpa


29

30

31

32

33

Ahmad bin Hanbal, Musnad Ahmad, Mesir: Muassasat Qurtubah, juz 4


hlm 381(Daripada Azhar bin Marwan daripada Hammad bin Zayd daripada
Ayyub daripada al-Qasim al-Shaibani daripada Abd Allah bin Abi Awfa).
Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, kitab al- Nikah, bab Haq al-Zawj ala alMarah, Bayrut: Dar al-Fikr, juz 1, hlm 595, hadith no. 1853.
Al-Hakim al-Naisaburi (1990M/1411H), al-Mustadrak ala al-Sahihain,
Bayrut: Dar al-Kitab al- Ilmiyah,, juz 4, hlm 190, hadith no. 7325
(Daripada Abu Abd Allah Muhammad bin Abd Allah al-Saffar daripada
Ahmad bin Mahdi bin Rustam al-Asfahani, daripada Muaz bin Hisham
al-Dustuwa-i daripada al-Qasim bin Auf al-Syaibani, daripada Muaz bin
Jabal ra).
Al-Nasai, al-Sunan al-Kubra, Dar al-Kutub al- Ilmi, kitab al-Nikah,
bab Haq al-Zawj ala al-Marah, Bayrut: Dar al-Kutub al-Ilmi, juz 5,
hlm 363, Ahmad bin Hanbal, Musnad Ahmad, juz 3 hlm 158 (Daripada
Muhammad bin Muawiyah bin Malij, daripada Khalaf bin Khalifah
daripada sebahagian Bani Anas bin Malik daripada Anas bin Malik
daripada Rasul Allah s.a.w.).
Al-Tabrani (1983M), al-Mujam al-Kabir, Musal: Maktabah al- Ulum
wa al-Hikam,, juz 18 hlm 263, hadith no. 660 (Daripada Muhammad
bin al-Fadl al-Suqti dan Jafar bin Ahmad bin Sinan al-Wasiti, daripada
mereka berdua Ibrahim bin al-Mustamir al-Aruqi, daripada Wahab bin
Jarir daripada Musa bin Ali, daripada ayahnya, Ali, daripada Suraqah bin
Malik).

150

HADITH ANTI WANITA BERKENAAN DENGAN KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

menyebutkan kisah Muaz.

h. Hadith daripada Ghaylan bin Salamah ketika dia sedang dalam


perjalanan bersama Rasulullah s.a.w. riwayat al-Tabrani34

Kajian Sanad Hadith


1. Sedangkan pada hadith Qays bin Sad yang riwayat Abu

Dawud, salah satu periwayatnya adalah Shurayk bin Abd


Allah al-Qadi, ia adalah seorang mudallis35, ia mentadliskan
hadith-hadith munkar daripada orang yang tidak ada kebaikan
pada mereka kepada orang-orang yang thiqah36, akan tetapi
Muslim mengeluarkan hadith Shurayk dalam sudut alMutabaat sehingga ia dikuatkan dengan itu.37 Sementara alAlbani menyatakan hadith ini adalah sahih kecuali ayat tentang

34

35

36

37

Al-Tabrani, al-Mujam al-Kabir, juz 7 hlm 129, hadith no. 6590 (Daripada
Ahmad bin Zuhayr al-Tasturi daripada Muhammad bin Abd al-Rahim
Abu Yahya Shaiqah, daripada Mala bin Manshur daripada Shubaib bin
Shaybah daripada Bishar bin Asim al-Thaqafi, daripada Ghaylan bin
Salamah).
Mudallis adalah orang yang menyembunyikan cacat dalam rangkaian
sanad dan menampakkan secara zahir bahawa sanad tersebut baik. Ada
tiga pembahagian tadlis: pertama tadlis sanad iaitu seorang periwayat
mengatakan bahawa ia meriwayatkan hadith daripada shaikh yang
sememangnya ia pernah meriwayatkan hadith daripadanya sebelumnya,
akan tetapi hadith ini tidak diriwayatkan daripada shaikh tersebut,
melainkan diriwayatkan daripada shaikh yang lain. Kedua: tadlis taswiyah
iaitu seorang periwayat menggugurkan seorang periwayat daif yang
meriwayatkan hadith di antara dua periwayat thiqat yang kedua-duanya
memang pernah bertemu. Ketiga tadlis shuyukh iaitu seorang periwayat
meriwayatkan hadith daripada seorang shaikh yang daif tetapi ia hanya
menyebutkan gelarannya atau nasabnya sahaja sehingga shaikh tersebut
tidak dikenali. Mahmud al-Tahhan, Taisir Mustalah Hadith, Bayrut: Dar
al-Fikr, tt, hlm 79-82.
Ali bin Ahmad bin Said bin Hazam al-Zahiri (t.t), al-Muhalla, Bayrut:
Dar al-Afaq al-Jadidah, juz 10 hlm 333.
Abd al-Azim bin Abd al-Qawi al-Mundhiri (1417H), al-Targhib wa alTarhib min al-hadith al-Sharif, Bayrut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, juz 3
hlm 35.

151

AL-BAYAN (BIL. 9)

kubur di dalam hadith tersebut.38

2. Hadith Abu Hurayrah adalah hasan gharib39 menurut pendapat

at-Tirmidhi40 dan menurut Abu Musa hadith ini gharib dari


segi periwayatan Muhammad bin Amru dan dari Abi Salamah
dari Abi Hurayrah.41

3. Hadith Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh al-Nasai dengan


sanad jayyid, semua periwayatnya thiqat dan masyhur.42

4. Al-Hakim yang meriwayatkan hadith Muadh bin Jabal


menyatakan bahawa sanad hadith tersebut adalah sahih
mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim tetapi mereka tidak
mengeluarkan hadith tersebut43.

5. Hadith Abd Allah bin Abi Awfa dalam sunan Ibn Majah

sanadnya adalah salih atau baik, periwayatnya Azhar bin


Marwan dan al-Qasim al-Shaibani kedua-duanya adalah
saduq44.

6. Hadith Aishah dalam sunan Ibn Majah semua periwayatnya

selain daripada Ali bin Zayd bin Judan adalah periwayat


hadith-hadith sahih45 kerana Ali bin Zayd bin Judan adalah
periwayat yang daif 46. Namun al-Albani menyatakan hadith

38

39

40
41

42

43

44
45
46

Al-Albani, Sunan Abu Dawud hakama ala Hadithahu wa Atharahu wa


Allaqa Alayh Allamah al-Muhaddith al-Albani, Riyad: Maktabah alMaarif li al-Nasr wa al-Tawzi, kitab al-Nikah, bab Haq al-Zawjala alMarah, hlm 371, hadith no.2140.
Hadith hasan gharib bermaksud hadith yang mempunyai darjat hasan dari
segi kredibiliti periwayat, akan tetapi gharib dari segi jumlah periwayat
yang meriwayatkan hadith tersebut. Mahmud al-Tahhan, Taisir Mustalah
Hadith, hlm 48.
al-Tirmidhi, al-Jami al-Sahih Sunan al-Tirmidhi, juz 3 hlm 465.
Muhammad bin Ali bin Muhammad al-Shawkani (1973M), Nayl alAwtar, Bayrut: Dar al-Jail, juz 3 hlm 361.
Abd al- Azim bin Abd al-Qawi al-Mundhiri (1417H), op. cit., juz 3 hlm
35.
Al-Hakim al-Naisaburi (1990M/1411H), al-Mustadrak ala al-Sahihain,
Bayrut: Dar al-Kitab al-Ilmiyah, juz 2 hlm 208.
44
al-Shawkani (1973M), op. cit.,, juz 3 hlm 361.
al-Mundhiri (1417H), op. cit., juz 3 hlm 37.
Ahmad bin Abi Bakar bin Ismail al-Kanani (1403H), Misbah al-Zujajah,

152

HADITH ANTI WANITA BERKENAAN DENGAN KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

tersebut sahih kecuali ayat: meskipun jika suami menyuruh


isterinya untuk pindah dari gunung merah ke gunung hitam
hingga akhir hadith.47
Kesimpulannya sebagaimana yang diungkapkan oleh al-Shawkani
dalam kitabnya Nayl al-Awtar adalah bahawa hadith-hadith tentang
Andai dibolehkan sujud terhadap manusia maka Nabi perintahkan
isteri untuk sujud kepada suami, sebahagian riwayat menjadi shahid
terhadap riwayat yang lain dan semua hadith itu kuat menguatkan antara
satu sama lain48, sehingga hadith ini dapat diterima, kecuali beberapa
ayat dalam matan hadith yang ditolak berdasarkan pendapat ulama di
atas.

Kajian Matan Hadith


Hadith ini seringkali menimbulkan salah faham dalam memahami
kedudukan perempuan dalam keluarga. Meskipun sanad hadith ini tidak
sampai darjat sahih, namun dengan banyaknya periwayatan dan jalur
sanad, maka ia saling kuat menguatkan satu sama lain sehingga hadith
ini berstatus hasan dan menjadi masyhur terutamanya di kalangan
feminis liberal.
Latar belakang munculnya hadith ini adalah ketika Muadh bin Jabal
kembali ke Madinah dari Sham, dia terus bersujud kepada Rasulullah
s.a.w., kerana dia melihat kaum Nasrani di Sham sujud kepada paderipaderi mereka, sehingga dia berfikir untuk sujud juga kepada Rasulullah
s.a.w., sehingga baginda bersabda: Janganlah kalian lakukan, andai
aku memerintahkan seseorang untuk sujud kepada selain Allah, maka
akan aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya. Demi Zat yang
jiwa Muhammad berada dalam genggamannya, seorang isteri belum
menunaikan hak Tuhannya sehingga dia menunaikan hak suaminya49.

47

48
49

Bayrut: Dar al-Arabiyah, juz 2 hlm 95.


Al-Albani, Sunan Ibn Majah hakama ala Hadithahu wa Atharahu wa
Allaqa Alayh Allamah al-Muhaddith al-Albani, bab Haq al-Zawj ala
al-Marah, hlm 322, hadith no. 1852.
al-Shawkani (1973M), op. cit., juz 3, hlm 361-362.
Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, kitab al-Nikah, bab Haq al-Zawj ala alMarah, juz 1, hlm 595, hadith no. 1853 (hadith ini hadith hasan, al-Albani,
Sunan Ibn Majah hakama ala Hadithahu wa Atharahu wa Allaqa Alayh

153

AL-BAYAN (BIL. 9)

Dalam riwayat lain; Seorang isteri belum merasai kemanisan iman


sebelum menunaikan hak suaminya50.
Sujud diertikan menjadi dua macam, pertama sujud ibadah
yang hanya boleh ditujukan kepada Allah semata-mata, dan kedua
sujud sebagai penghormatan yang diharuskan untuk selain Allah,
sebagaimana malaikat telah bersujud sebagai penghormatan kepada
Adam as, akan tetapi perkara ini tidak berlaku untuk seorang isteri
dalam melaksanakan hak suaminya. Ini disebabkan oleh sujud kepada
manusia tidak diharuskan, sedangkan sujud malaikat kepada Adam
as dengan tunduk dan tawaduk kerana ilmu yang telah Allah ajarkan
kepada Adam as, sehingga sujud malaikat terhadapnya adalah untuk
mengikutinya sebagai imam kerena dia adalah khalifah Allah.51
as:

Sujud sebagai penghormatan juga didapati dalam kisah Nabi Yusuf

Maksudnya:52
Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersamasamanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu
mereka semuanya tunduk sujud memberi hormat
kepada Yusuf. Dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf:
wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu.
Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu
benar.
Akan tetapi, sujud sebagai penghormatan ini pun tidak dibolehkan
dalam shariat Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang perlu diperhatikan
50

51

52

Allamah al-Muhaddith al-Albani,hlm 323).


Al-Hakim al-Naisaburi (1990M/1411H), op. cit.,, juz 4, hlm 190, hadith
no. 7325.
Abd al-Rauf al-Munawi (1356H), Fayd al-Qadir Syarh al-Jami alSaghir, Mesir: al-Maktabah al-Tijariyah al-Kubra, juz 5, hlm 328.
Al-Quran, Surah Yusuf ayat 100.

154

HADITH ANTI WANITA BERKENAAN DENGAN KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

dalam hadith tentang sujud ini adalah kata law atau jika, sehingga
makna sujud di sini bukanlah perintah yang sebenarnya, melainkan hanya
sekadar perumpamaan atau pengandaian. Ini menunjukkan kewajipan
yang cukup besar bagi isteri untuk menunaikan hak suaminya53.
Sehingga Rasulullah saw mengemukakan perumpamaan, andaikan
dalam umat baginda seseorang diharuskan sujud pada orang lain, maka
baginda tidak akan menyuruh untuk sujud memberi hormat kepada ahli
agama sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Nasrani, tetapi yang
lebih patut untuk disuruh sujud memberi hormat adalah seorang isteri
kepada suami disebabkan tingginya hak suami ke atasnya.
Seorang isteri akan benar-benar dapat mempersembahkan perkaraperkara yang terbaik kepada suami jika dilandaskan dengan ketaatan
dan kesetiaan yang tinggi. Tanpa kesetiaan, seorang isteri hanya akan
mampu mentaati suami dalam masa yang sangat terhad. Sujud yang
disebutkan dalam hadith, merupakan perwujudan ketaatan yang didasari
oleh kesetiaan, yang bererti ketaatan yang tiada batas waktu. Allah telah
menjelaskan bahawa isteri solehah adalah isteri yang taat kepada suami
dan memelihara kehormatannya sama ada di depan suami atau semasa
ia tiada54. Allah s.w.t telah menyebutkan dalam firman-Nya:

Maksudnya:55
Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah
yang taat dengan ketulusan hati (kepada Allah dan
suaminya), dan yang memelihara (kehormatan
dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika
suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan
Allah dan pertolongan-Nya.
53

54

55

Muhammad bin Abd al-Rahman al-Mubarakfuri (1353H), Tuhfah alAhwadhi, Bayrut: Dar al-Makabah al-Ilmiyah, juz 4, hlm 271.
Fuad Kauma (1998M), Pegangan Buat Pengantin Baru Muslim;
Membimbing Isteri Mendampingi Suami, Yogyakarta: Mitra Pustaka, hlm
183-184.
Al-Quran, Surah al- Nisa ayat 34.

155

AL-BAYAN (BIL. 9)

Sayyid Qutub menyatakan bahawa taat dengan ketulusan hati


pada ayat ini ertinya si isteri taat dengan keikhlasan, dia memilih
untuk menjadi taat, dia ingin untuk taat dan dia berharap akan mampu
melakukan ketaatan itu. Ketaatannya bukan kerana dipaksa dan
diwajibkan untuk taat. Oleh itu, Allah menggambarkannya sebagai
taat dengan ketulusan hati, bukan sekadar taat sahaja. Sikap ini sesuai
dengan sikap saling berkasih sayang, saling mencinta, saling melindungi
dan saling mengambil berat antara dua belahan jiwa suami isteri56.
Sebahagian feminis liberal juga menyatakan bahawa hadith ini
bertentangan dengan ajaran moral yang asas dalam al-Quran yang
menggariskan konsep kesetaraan antara suami isteri. Padahal, dalam alQuran, selain menyebutkan persamaan hak antara suami dan isteri, Allah
s.w.t juga mengisyaratkan tentang kelebihan darjat yang dianugerahkan
kepada lelaki melebihi wanita, seperti dalam firman-Nya:

Maksudnya:57
Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama
seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka
(terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya
(dan tidak dilarang oleh Syarak); dalam pada itu
orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai
satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan
(isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana.
56

57

Sayyid Qutub (1978M), Fi Zilal al-Quran, Bayrut: Dar al-Syuruq, juz 4


hlm 491.
Al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 228.

156

HADITH ANTI WANITA BERKENAAN DENGAN KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

Muhammad Abduh dalam menafsirkan ayat ini mengatakan


bahawa ayat ini adalah perkataan agung yang merupakan kaedah
umum yang menyatakan bahawa hak wanita sama dengan hak lelaki,
kecuali Allah s.w.t melebihkan lelaki satu tingkatan dibanding wanita.
Maka, ayat ini menjadi ukuran bagi suami untuk menimbang sikap
dan pergaulannya terhadap isterinya. Sepatutnya dia mengingat
kewajipannya kepada isterinya dalam semua urusan dan keadaan jika
dia hendak menuntut sesuatu daripada isterinya. Oleh itu, Ibn Abbas
berkata: Aku berhias untuk isteriku sebagaimana dia berhias untukku,
kerana adanya ayat ini. Persamaan di sini bukanlah persamaan wujud
sesuatu dan persamaan sifatnya, tetapi maksudnya adalah bahawa hakhak antara mereka itu saling melengkapi dan saling menggantikan.
Tidak ada sesuatu pekerjaan yang mesti dilakukan oleh isteri, melainkan
seorang suami juga mesti melakukan sesuatu kewajipan yang seimbang
dengannya. Mereka memiliki persamaan dalam hak dan amalan,
sebagaimana mereka sama-sama memiliki panca indera, perasaan dan
fikiran. Tidaklah adil jika salah seorang antara mereka bertindak sesuka
hatinya dan menindas pihak lain seperti hamba sahaya yang direndahkan
dan mesti melayani segala keperluan-keperluannya. Apatah lagi setelah
melaksanakan akad nikah dan menjalani hidup bersama, mereka tidak
akan dapat mencapai kebahagiaan kecuali dengan saling menghormati
dan menunaikan kewajipan masing-masing58.
Berdasarkan pandangan para ulama di atas, maka dakwaan kaum
feminis dapat dipatahkan dengan mudah. Persamaan yang dimaksudkan
al-Quran bukan kesetaraan yang menjadikan semua hak dan kewajipan
suami dan isteri adalah sama. Akan tetapi, persamaan hak dan kewajipan
tersebut adalah sesuai dengan tugas dan peranan mereka masing-masing
untuk saling melengkapi satu sama lain dalam membina kehidupan
rumah tangga. Sementara, sujud yang dimaksudkan hanyalah sekadar
perumpamaan, bukan dalil penghambaan isteri kepada suami.
Oleh itu, dalam memahami hadith tentang pengandaian sujud
seorang isteri kepada suami, mestilah dilakukan perbandingan dengan
nas-nas lain yang menyatakan bahawa suami juga mempunyai kewajipan
yang sangat berat terhadap isterinya dalam menciptakan pergaulan yang
baik di dalam keluarga. Sehingga, tidak ada lagi anggapan yang keliru
58

Muhammad Abduh, Tafsir al-Manar, Bayrut: Dar al-Fikr, juz 2, hlm 297298.

157

AL-BAYAN (BIL. 9)

menyatakan bahawa hadith ini seolah-olah memberi kebenaran bagi


penghambaan isteri kepada suaminya.
3. Hadith tentang isteri dilaknat malaikat apabila suami marah
kerana isteri tidak memenuhi panggilannya ke tempat tidur.
Hadith-hadith dalam tajuk ini hanya bersumber daripada Abu Hurayrah,
diriwayatkan:

1. al-Bukhari:

Maksudnya:
Daripada Musaddad daripada Abu Uwanah
daripada al-A mash daripada Abi Hazim daripada
Abi Hurayrah bahawa Rasul Allah s.a.w. bersabda:
Jika suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu
isteri enggan mendatanginya kemudian ia tidur
dalam keadaan marah, maka isteri dilaknat oleh
malaikat hingga ke pagi hari59.

2. Muslim, dengan matan yang sama dengannya60.


3. Abu Dawud, dengan matan yang sama dengannya61.
59

60

61

al-Bukhari, Sahih Bukhari, kitab Badu al-Khalq, bab Dhikr al-Malaykat,


Bayrut: Dar Ibn Kathir, juz 3 hlm 1182, hadith no. 3065, dan bab Idha
Batat al-Imraah Muhajirat Firashi Zawjiha, juz 5, hlm 1993 dan hadith
no. 4897, juz 5, hlm 1993, tanpa lafaz: hingga suami tidur dalam keadaan
marah... (Daripada Muhammad bin Bashar daripada Ibn Abi Adi daripada
Syubah bin Sulayman daripada Abi Hazm daripada Abi Hurayrah daripada
Rasul Allah s.a.w.).
Muslim bin Hajjaj, Sahih Muslim, kitab al-Nikah, bab Tahrimu Imtinaciha
Min Firash Zawjiha, juz 2, hlm 1059-1060, hadith no. 1436 (Daripada
Muhammad bin al-Muthanna dan ibn Bashar, daripada Muhammad bin
Jafar daripada Shubah daripada Qatadah daripada Ibn Awfa daripada Abi
Hurayrah daripada Rasul Allah s.a.w.).
Abu Dawud, Sunan Abu Dawud, kitab al-Nikah, bab Haq al-Zawj ala al-

158

HADITH ANTI WANITA BERKENAAN DENGAN KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

4. Ahmad bin Hanbal, dengan matan yang semakna dengannya62.


Kajian Sanad Hadith
Walaupun hanya diriwayatkan daripada satu sahabat sahaja iaitu
Abu Hurayrah, tetapi dari lima riwayat yang disebutkan di atas, tiga
antaranya adalah riwayat dalam kitab sahih al-Bukhari dan Muslim,
sehingga status hadith ini tidak perlu dipersoalkan lagi. Manakala
hadith riwayatAbu Dawud juga dinyatakan sahih oleh al-Albani63. Jadi,
kita dapat mengambil kesimpulan bahawa sememangnya sanad hadith
tentang laknat malaikat terhadap isteri yang tidak memenuhi panggilan
suami ke tempat tidur adalah sahih.

Kajian matan hadith


Para feminis liberal menyatakan masalah dalam hadith laknat
malaikat yang ditimpakan kepada isteri jika ia membuat suaminya
marah kerana dia tidak mahu diajak ke tempat tidur ini, kerana dinilai
bernada merendahkan kehidupan seksual perempuan. Perempuan
hanya digambarkan sebagai sekadar objek pemuas nafsu suami, bilabila masa suami memerlukannya. Jika isteri menolak, maka akibatnya
di dunia dia akan mendapat laknat malaikat sedangkan di akhirat dia
akan diseret ke dalam neraka. Bahkan Masudi menyatakan bahawa
meskipun hadith ini riwayat al-Bukhari dan Muslim yang merupakan
penulis kitab hadith sahih dan paling dipercayai namun hadith ini tidak
dapat diterima begitu sahaja kerana Rasulullah s.a.w. tidak mungkin
mensabdakan suatu ketidakadilan suami terhadap isteri64.

62

63

64

Marah, hadith no.2141, juz 2 hlm 224 (Daripada Muhammad bin Amr
al-Razi daripada Jarir daripada al-Amash daripada Abi Hazim daripada
Abi Hurayrah daripada Rasul Allah s.a.w.).
Ahmad bin Hanbal, Musnad Ahmad, Mesir: Muassasat Qurtubah, juz 2,
hlm 439 hadith no. 9669 dan juz 2 hlm 480 hadith no. 10230 (Daripada
Waki daripada al-Amash daripada Abi Hazim daripada Abi Hurayrah
daripada Rasul Allah s.a.w.).
al-Albani, Sunan Abu Dawud hakama ala Hadithahu wa Atharahu wa
Allaqa Alayh Allamah al-Muhaddith al-Albani, kitab al-Nikah, bab Haq
al-Zawj ala al-Marah, hadith no.2141, hlm 372.
Masdar F Masudi (1997), Islam dan Hak-hak Reproduksi Perempuan:
Dialog Fikih Pemberdayaan, Bandung: Mizan, hlm 76.

159

AL-BAYAN (BIL. 9)

Dalam kajian terhadap matan, pada hakikatnya tidak ditemui apaapa percanggahan dengan ayat al-Quran mahupun hadith lain. Bahkan
ayat al-Quran ketika menyebutkan tentang berjimak secara khusus,
selalu ditujukan kepada lelaki, antaranya dalam firman Allah:

Maksudnya:65
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa,
bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu.
Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi
kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.
Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati
diri sendiri, lalu ia menerima taubat kamu dan
memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah
isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah
ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah
serta minumlah sehingga nyata kepada kamu
benang putih (cahaya siang) dari benang hitam
65

Al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 187.

160

HADITH ANTI WANITA BERKENAAN DENGAN KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian


sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam
(maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteriisteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di
masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka
janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah
menerangkan ayat-ayat hukumnya kepada sekalian
manusia supaya mereka bertaqwa.
Oleh itu, ada beberapa faktor yang perlu diperhatikan dalam
memahami hadith ini agar tidak terjatuh ke dalam prasangka yang
negatif bahawa hadith ini merendahkan kaum wanita, faktor tersebut
antaranya:

1. Analisis bahasa
Hadith ini mengungkapkan ajakan suami dengan kata: daa yang
bererti ajakan yang baik, sopan, dan penuh bijaksana serta mengetahui
keadaan orang yang diajak. Sedangkan penolakan isteri terhadap
panggilan tersebut diungkapkan dalam kata abat, sama dengan kata
yang digunakan al-Quran ketika menyebutkan keengganan iblis untuk
sujud kepada Adam. Jadi keengganan isteri untuk melayani suami yang
akan menjadikan isteri ditimpa laknat malaikat adalah jika penolakan
dilakukan tanpa sebarang alasan yang menghalanginya untuk segera
melayani suaminya, sehingga membuat suami marah dan kesal, padahal
suami telah pun mengajak dengan sopan dan baik-baik.

2. Makna Laknat Malaikat.


Laknat ada dua: Pertama, dilemparkan dari rahmat Allah, ini hanya
untuk orang kafir. Sedangkan yang kedua: dijauhkan daripada darjat
orang-orang yang berbuat baik dan kedudukan orang-orang yang
terpilih. Inilah yang dimaksud dengan laknat malaikat dalam hadith
ini66.
Malaikat yang melaknat hanyalah sebahagian malaikat yang
menjadi wakil, tetapi dalam hadith ditunjukkan dengan lafaz umum.
Selain daripada itu, hadith ini menunjukkan bahawa doa malaikat samada
66

Abd al-Rauf al-Munawi (1356H), Fayd al-Qadir Sharh al-Jami alSaghir.

161

AL-BAYAN (BIL. 9)

berupa keburukan atau kebaikan adalah makbul, sebab Rasulullah


s.a.w. cukup khuatir jika laknat malaikat menimpa umatnya. Isteri
hendaknya membantu suami agar dia tidak marah dan berusaha mencari
keredaannya, kerana kesabaran lelaki dalam meninggalkan jimak
lebih lemah dibandingkan perempuan, oleh itu Syara mengkhususkan
peringatan ini kepada wanita agar dia dapat membantu suaminya untuk
memuaskan syahwatnya67.
Haid bukanlah uzur Syari yang dapat menjadi alasan untuk menolak
ajakan suami, kerana ketika haid, masih dibenarkan untuk bersenangsenang dengan apa yang ada di atas sarung. Jumhur menyatakan bahawa
diharuskan bersenang-senang selain faraj68 berdasarkan kebenaran
yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya ketika ditanya
tentang apa yang diharuskan bagi suami ketika isterinya haid:

69

Maksudnya:
Lakukanlah segala sesuatu kecuali bersetubuh70.

3. Perbezaan Fisiologi dan Psikologi lelaki dan wanita


Menurut para ahli Psikologi, terdapat perbezaan faktor Psikologi dan
Fisiologi antara lelaki dan wanita. Hasrat berjimak lelaki, lebih banyak
berkaitan dengan fungsi Fisiologisnya, kerana lelaki akan mengumpul
sperma ketika hasrat seksualnya meningkat, sehingga menuntut
untuk segera disalurkan atau dipenuhi. Berbeza dengan perempuan,
hasrat seksual mereka lebih banyak bersumber daripada keperluan
psikologinya untuk memperolehi kehangatan dan cumbu rayu daripada
orang yang dicintainya. Secara fizikal, di dalam tubuh perempuan tidak
ada yang terkumpul sehingga tidak memerlukan penyaluran hasrat
67

68

69

70

Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalani (1379 H), Fath al-Bari, juz 9, hlm
295.
Muhammad Shams al-Haq al-Azim al-Abadi, Aun al-Mabud, Bayrut:
Dar al-Kutub al-cIlmiyah,1415 H, juz 6, 126.
Muslim bin Hajjaj, Sahih Muslim, kitab al-Haid, Bab Jawaz Ghasl alHaid Rasi Zawjiha wa Tarajjilihi, Juz 1, hlm 246, hadith no. 302.
Pada asalnya kata nikah dalam pembicaraan orang Arab bererti bersetubuh,
dan perkahwinan disebut nikah kerana ia merupakan penyebab bagi
keharusan bersetubuh.

162

HADITH ANTI WANITA BERKENAAN DENGAN KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

seksual dengan segera71.


Ada beberapa fakta ilmiah tentang perbezaan seksualiti lelaki dan
wanita72:

1. Tujuan yang berbeza. Pada diri lelaki aktiviti seksual bertujuan

untuk menikmati seks itu sendiri dan berakhir ketika sudah


mencapai kepuasan. Akan tetapi, dalam diri wanita, hubungan
seksual merupakan permulaan bagi perubahan-perubahan
dalaman yang bersifat mendasar dan diikuti dengan proses
kehamilan dan kelahiran. Oleh itu, bagi wanita, secara fitrah
hubungan seksual merupakan usaha untuk mencapai tujuan
yang lebih penting dan lebih utama dibanding hanya sekadar
pemuasan ghairah seksual.

2. Ghairah seksual yang berbeza. Ghairah seksual wanita berbeza

dari semasa ke semasa yang diakibatkan oleh adanya datang


bulan yang disertai dengan perubahan hormon secara fizikal.
Terkadang ghairah seks mencapai kemuncak dan keadaan itu
berlangsung hingga beberapa hari. Sebaliknya, ghairah seksual
lelaki boleh terjadi setiap masa dan tidak mengenal waktu.

3. Rangsangan pada diri lelaki berbeza dengan rangsangan pada

diri wanita. Lelaki mudah sekali terangsang bahkan hanya


dengan sekadar memikirkan tentang perkara-perkara yang
berkaitan dengan aktiviti seksual meskipun tanpa persiapan
sebelumnya. Sedangkan wanita memerlukan rangsangan
sebelum melakukan hubungan seksual, sebab ia akan berminat
kepada seks hanya ketika suasana batinnya dipenuhi cinta, kasih
sayang dan rayuan. Ketika berhubungan seksual, konsentrasi
lelaki terus tertuju pada organ-organ seks, sedangkan wanita
memerlukan sentuhan dan belaian terlebih dahulu sebelum
berjimak.

Semua perbezaan semula jadi ini, sangat penting direnungkan oleh


kedua-dua suami isteri, sehingga dapat memahami keadaan masingmasing. Allah telah menciptakan pelbagai rahsia dalam perbezaan
kedua-dua jantina ini, agar mereka dapat saling memenuhi hak-hak satu
71

72

Muhammad Fauzil Adhim (1999M), Mencapai Pernikahan Barokah,


Yogyakarta: Mitra Pustaka,, hlm 181-182.
Adnan al-Tarshah, Serba Serbi Wanita, Jakarta: al-Mahira, hlm 139-140.

163

AL-BAYAN (BIL. 9)

sama lain dengan sempurna dalam rumah tangga.


Oleh itu, banyaknya nas-nas yang menekankan tentang hak
suami dalam hubungan seksual dan menganjurkan isteri untuk segera
memenuhinya, adalah kerana menurut fitrahnya lelaki itu menuntut,
sedangkan wanita adalah pihak yang dituntut. Lelaki sangat cepat
terasang sesuai dengan sikap hidup dan kegiatannya. Maka, hendaklah si
suami bersikap lemah lembut dalam meminta hubungan seksual kepada
isteri, dan hendaklah si isteri bersikap kasih sayang dalam memenuhi
panggilan suaminya, walaupun dia tengah sibuk73.
Meskipun demikan, Islam tidak meremehkan hak seksual kaum
wanita yang sama-sama penting dengan hak lelaki. Terdapat riwayat
daripada Aun bin Juhaifah daripada ayahnya dia berkata: Rasulullah
s.a.w. pernah mempersaudarakan antara Salman al-Farisi dengan Abu
al-Darda, lalu dia melihat Ummu al-Darda memakai pakaian yang
tidak bagus, dia pun berkata: Mengapa keadaanmu seperti ini?
Ummu al-Darda menjawab: Saudaramu Abu al-Darda tidak memiliki
keperluan terhadap dunia (tidak menggauli isterinya). Ketika Abu alDarda datang, Salman membuatkan makanan untuknya dan berkata:
Makanlah, Abu Darda menjawab: Aku sedang puasa. Salman
berkata Aku tidak akan makan selagi engkau tidak makan, maka Abu
al-Darda pun makan. Ketika malam tiba, Abu al-Darda bangun, lalu
Salman berkata: Tidurlah. Abu al-Darda pun tidur, tetapi setelah
itu dia bangun semula. Salman berkata: Tidurlah. Ketika akhir
malam tiba, Salman berkata: Sekarang bangunlah, kemudian keduaduanya mengerjakan solat. Setelah itu, Salman berkata kepadanya:
Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak atas dirimu, dirimu sendiri
juga memiliki hak atas dirimu, dan isterimu memiliki hak atas dirimu.
Oleh itu, berikanlah hak tersebut kepada pemiliknya. Selanjutnya
Abu al-Darda mendatangi Rasulullah s.a.w. dan menceritakan perkara
tersebut kepada baginda, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Salman
benar74.
Al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan bahawa di dalam hadith tersebut
terkandung ketetapan tentang hak seorang isteri atas suaminya untuk
73

74

Abd al-Halim Muhammad Abu Shuqqah (2002M), op. cit., juz 6, hlm
105.
al-Bukhari, Sahih Bukhari, kitab al-Saum, bab Man Aqsama ala Akhihi li
Yaftura fi al-Tatawwuc, juz 5, hlm 112.

164

HADITH ANTI WANITA BERKENAAN DENGAN KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

mempergaulinya secara baik. Ketetapan nafkah batin ini diambil


daripada ucapan Salman Isterimu memiliki hak atas dirimu, sedangkan
Rasulullah s.a.w. mengakui perkara tersebut75.
Jadi, anggapan bahawa hadith ini merendahkan kedudukan isteri
kerana dia hanya dianggap sekadar pemuas seks suami adalah tidak
betul sama sekali. Meskipun ada penekanan kepada isteri untuk
memberikan layanan terbaik bagi suaminya, semata-mata agar suami
tidak terjerumus ke dalam perbuatan haram dalam melampiaskan
gejolak seksualnya yang tidak dapat ditunda. Di sebalik itu, Syariat
Islam juga sangat menekankan agar wujud perlaksanaan hak yang
seimbang antara suami dan isteri untuk dapat saling memuaskan dan
saling membahagiakan dalam kehidupan rumah tangga.

Penutup
Para feminis liberal meletakkan dasar pandangan dalam pemahaman
hadith mereka kepada ideologi kesetaraan gender dan persamaan
mutlak antara laki-laki dan perempuan, sehingga dalam memahami
sesebuah hadith, selalunya mengikut kepada pemikiran akal sematamata tanpa mengaitkannya dengan semua nas yang berhubungan
dengan tujuan hadith tersebut.Meskipun Islam mengakui kesetaraan
antara lelaki dan perempuan dan menjamin hak-hak mereka, akan tetapi
jaminan tersebut bukan dalam bentuk persamaan secara mutlak, kerana
keadilan menurut Islam bukanlah semata-mata sama-rata, sama-rasa.
Keadilan dalam rumah tangga ditegakkan dengan menetapkan hak dan
kewajiban yang mesti ditunaikan oleh masing-masing suami dan isteri,
tanpa menghilangkan perbezaan fitrah yang wujud pada diri mereka.
Di sanalah terdapat hikmah dan rahsia Allah swt dengan menciptakan
dua jantina yang berbeza, agar dapat hidup saling melengkapi dalam
memenuhi hak dan kewajiban masing-masing sehingga keseimbangan
hidup di alam ini terjaga dengan baik.Umat Islam hendaklah menyedari
dan berbangga bahawa syariat Islam adalah satu-satunya agama yang
menjaga dan mengatur hak-hak setiap individu baik lelaki mahupun
wanita agar dapat dipenuhi sesuai dengan fitrahnya masing-masing.
Sehingga, apabila terjadi ketidakadilan terhadap wanita, janganlah
mempersalahkan nas-nas al-Quran ataupun hadith dan menganggapnya
75

Ibn Hajar al-Asqalani (1379H), op. cit., juz 4, hlm 212.

165

sebagai anti wanita, atau menyerang para ulama dengan tohmahan


bahawa penafsiran yang telah pun mereka tetapkan selama ini adalah
merendahkan kedudukan wanita. Akan tetapi pihak yang semestinya
dipersalahkan adalah individu yang mengabaikan ajaran Islam dan
tidak mengambil berat tentang aturan-aturan syariat sehingga dia tidak
memenuhi hak-hak wanita dengan sewajarnya.

You might also like