Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 3
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK JALAN TUN ABDUL RAZAK 30640 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN “et +605 501 5000 Fake 9608927 7279, aman Web :htpljpnperakmoe.govmy “4 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Ruj. Kami: J.PEND.PK.(AM)4680/3 JLD.16(13) Tarikh : (8 November 2016 ‘Semua Pengetua/ Guru Besar ‘Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Negeri Perak Tuan, GERAK GEMPUR MENINGKATKAN PENGGUNAAN VLE-FROG DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) TAHUN 2016/2017 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan surat kami J.PEND.PK.(AM)4680/3 JLD.15(61) bertarikh 17 November 2015 adalah berkaitan. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Gerak Gempur yang telah berjalan dari November 2015 hingga Oktober 2016 telah memberi impak yang baik terhadap tahap penggunaan keseluruhan VLE negeri Perak. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Pengetual Guru Besar serta guru yang telah sama-sama memberikan komitmen terbaik untuk anak murid dalam penggunaan VLE di sekolah masing-masing 3. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan tahap penggunaan VLE ini akan lebih cemerlang pada tahun 2017, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak memutuskan bahawa Program Gerak Gempur ini akan terus dilaksanakan di semua sekolah Perak bermula November 2016 hingga Disember 2017. Bersama-sama ini dilampirkan tindakan yang perlu diambil oleh Pengetua/ Guru Besar sebagai panduan bagi pelaksanaan di peringkat sekolah. 4. Sayugia diingatkan kepada semua sekolah untuk mengupayakan program ini bagi meningkatkan budaya penggunaan VLE dalam PdP dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian KPI yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Anjakan ke-7 iaitu Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Di Malaysia. woe SPACrphComburVLE 5. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dikemukakan kepada Puan Siti Norhaidza Adura binti Abu Hamis, Penolong Pengarah (ICT & Pengkomputeran), di talian 05-241 4000 (sambungan 150) atau 012-553 0928. Kerjasama dan tindakan sewajarnya daripada pihak tuan amat dihargai Sekian, terima kasih “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (DATO’ HAJ ROZJ BIN PUTEH ISMAIL, D.P.M.P., A.M.P., P. Pengarah Pendidikan Negeri Perak. Alt: SPAGerkGembue VLE J.PEND.PK.(AM)4680/3 JLD.16(13) Lampiran GERAK GEMPUR MENINGKATKAN PENGGUNAAN VLE-FROG DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) TAHUN 2016-2017 Tindakan Pengetual Guru Besar 1) Sebelum cuti sekolah Memastikan semua guru memberi tugasan kepada murid melalui VLE-Frog agar dapat diselesaikan oleh murid dalam waktu cuti sekolah. 2) Semasa cuti sekolah a) Maklum bahawa VLE merupakan KPI Pengetua/ Guru Besar. b) Berbincang bersama admin VLE sekolah bagi merangka pelan strategik VLE 2017. ©) Menyediakan jadual penggunaan VLE untuk semua guru sekolah (sekurang- kurangnya sebulan sekal). d) Memastikan jadual penggunaan VLE dalam PdP dipatuhi oleh semua guru dan pemantauan PdP dijalankan. ) Memastikan guru mengoptimumkan penggunaan semua kemudahan ICT yang diterima untuk tujuan PdP dan berkonsepkan Pembelajaran Abad ke 21. f) Memastikan ID bagi guru, murid dan ibu bapa telah diberikan pada Januari 2017. g) Memastikan program berkaitan VLE dimasukkan dalam takwim sekolah terutamanya program yang akan membantu meningkatkan penggunaan VLE dalam kalangan ibu bapa. h) Program World's Largest Lesson (WLL) yang dijalankan oleh semua Pengetual Guru Besar di sekolah masing-masing bagi seluruh negeri Perak perlu dimasukkan dalam takwim sekolah dan selesai sebelum Julai 2017. i) Merancang dan memastikan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi VLE untuk tahun 2017 dimasukkan dalam takwim sekolah, i) Laporan LDP perlu diletakkan dalam satu site yang dikongsi secara public dan dipautkan pada dashboard sekolah k) Mengadakan Pelancaran dan Promosi VLE bagi tahun 2017, juga dimasukkan dalam takwim sekolah ) Memaklumkan kepada warga sekolah bahawa pemantauan secara digital atau bersemuka akan beriangsung pada bila-bila masa oleh pegawai meja VLE PPD atau JPN. (rujuk lampiran Instrumen Pemantauan VLE) m) Membudayakan VLE dalam kokurikulum: Pendaftaran murid untuk kelab/ persatuan/ permainan dan pembinaan site. hn) Membudayakan VLE dalam kaunseling i) Membina site dengan kandungan berkaitan peluang keraya dan peluang menyambung pengajian. il) Membina site untuk setiap kaunselor sekolan — murid dapat meluahkan Pandangan atau masalah secara maya, ii) Kedua-dua site di atas perlu diletakkan di dashboard sekolah. ‘Ary SPA/GerkGani VE

You might also like