Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Sejarah Sekolah

NAMA SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim(1), Jalan Meranti, 17000 Pasir
Mas, Kelantan.
KOD SEKOLAH
DEE 3247
GRED SEKOLAH:
A
HUBUNGI SEKOLAH
No Telefon: 09-7909214, No Fax: 09-7905879 Email:info@smksis.edu.my,
http://www.smksis.edu.my/
NAMA PENGETUA
Tn. Hj. Ab. Halim bin Che Hassan
TOKOH SEKOLAH
Nama Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (I) adalah sempena nama ke Bawah Duli Yang
Maha Mulia Tengku Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV. Baginda memerintah
Kelantan antara tahun 1944-1960. Baginda diputerakan di Istana Besa pd 9hb Ogos 1987.
Apabila meningkat umur 14 tahun, baginda telah dikurniakan gelaran Tengku Seri Indera
Mahkota Kelantan dan dilantik menjadi jurulatih kepada Seri Paduka ayahandanya Sultan
Muhammad IV. Pada tahun 1914, baginda berkahwin dengan Yang Mulia Tengku Zainab bt.
Tengku Zainal Abidin. Baginda kemudiannya dilantik menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri
dalam tahun 1918. Dalam tahun 1919 baginda dilantik menjadi Yang Dipertua Majlis Agama
Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan. Kemudian, baginda dilantik menjadi Bakal Sultan
bergelar Raja Kelanatn. Baginda ditabal dan dimahkotakan sebagai Sultan Kelantan pada
25hb Oktober 1944.
PENGASAS SEKOLAH
Tua A.H.Hill, Penguasa Pelajaran Kelantan pada tahun 1947 merupakan pengasas Sekolah
Menengah Sultan Ibrahim (1),Pasir Mas. Beliau bertanggungjawab bagi pengambilan
pelajar-pelajar sekolah kebangsaan seluruh Pasir Mas untuk memasuki kelas Melayu Khas
(Special Malay Classes),melalui satu temuduga khas.Beliau kemudiannya bersetuju
membuka sekolah tersebut pada tahun 1949 dan menamakan sebagai sekolah ini sebagai
Sekolah Inggeris Kerajaaan (Government English School), Pasir Mas. Beliau telah melantik
Encik Hussien bin Mohammad sebagai guru besar yang pertama.

SEJARAH SEKOLAH RINGKAS SEKOLAH


TAHUN 1947
Penguasa Pelajaran Jabatan Kelantan,Tuan A.H.Hill telah bersetuju mengadakan satu
temuduga khas untuk pengambilan murid-murid sekolah kebangsaan seluruh Pasir Mas
untuk memasuki Kelas Melayu Khas (Special Malay Classes).
6 MEI 1949
Sekolah yang dicadangkan ini dibuka. Sekolah ini menggunakan nama Sekolah Inggeris
Kerajaan (General English School),Pasir Mas. Guru pertamanya ialah Encik Hussein
Mohamed. Seramai 40 orang pelajar telah didaftarkan dan 2 orang tenaga pengaja telah
bertugas di sekolah ini. Bangunan untuk Kelas Melayu Khas ini belum lagi di bina. Oleh
itu,pelajar-pelajarnya ditempatkan (menumpang) di satu bilik darjah di Sekolah Melayu Pasir
Mas. General English School ini hanya ditadbirkan dan diuruskan oleh Guru Besar tanpa
bantuan kerani,budak pejabat,tukang kebun dan tukang sapu.
AKHIR 1949
Kerajaan telah menyerahkan satu bangunan lama kepada pihak sekolah. Bangunan itu
asalnya merupakan stor simpanan padi dan beras yang telah dibina dan digunakan oleh
tentera jepun. Sekolah ini lebih dikenali sebagai Sekolah Rumah Padi. Ianya terletak di
Kubang Bemban kira-kira 2km dari Pusat Bandar Pasir Mas. Ianya juga telah diubahsuai dan
dijadikan dengan 5 buah bilik darjah,sebuah bilik guru dan sebuah gelanggang badminton
(gelanggang ini merupakan gelanggang badminton dalam bangunan yang pertama di
Kelantan telah dijadikan tempat pertandingan utama di negeri ini.) Sekolah Rumah Padi
telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan iaitu
Tengku Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV.
TAHUN 1954
Asrama pelajar mula didirikan,tujuannya ialah untuk memberi kemudahan kepada pelajarpelajar yang tinggal jauh dari sekolah.
TAHUN 1956Sekolah Rumah Padi dikira tidak selamat untuk digunakan sebagai sekolah.
Bangunan asrama dijadikan sekolah sementara. Penghuni asrama pula terpaksa berpindah
ke sebuah rumah biasa berhampiran bandar. Bangunan sekolah dalam proses pembinaan.
AWAL TAHUN 1957
Berpindah ke sekolah baru. Nama Sekolah Inggeris Kerajaan telah ditukar namanya kepada
Sekolah Sultan Ibrahim (Sultan Ibrahim School),P.Mas,mengambil sempena nama Duli Yang
Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV (19441960).
TAHUN 1961
Disebabkan pertambahan pelajar yang pesat,iaitu lebih kurang 15000 orang. Sekolah Sultan

Ibrahim dibahagikan kepada dua,iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Dengan
ini,sekolah ini bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (Sultan Ibrahim
Secondary School) Pasir Mas.
TAHUN 1967
Kelas Tingkatan IV (SASTERA) Aliran Melayu mula dibuka tetapi malang sekali apabila
kelas ini terpaksa ditutup pada 1969 kerana ketiadaan kemudahan yang sesuai untuk
maereka. Oleh itu, pelajar-pelajar yang layak menaiki tingkatan IV dipindahkan ke Sekolah
Menengah Ismail Petra,Kota Bharu.
SEKITAR 1968
Sebuah lagi bangunan baru tingkatan satu telah dibina dan disiapkan.
TAHUN 1977
Bagaimanapun, kebanjiran pelajar menyebabkan sekolah ini sekali lagi dipecahkan kepada
dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (1) dan Sekolah Menengah Sultan
Ibrahim (2).
TAHUN 1978 Sekolah ini membuka semula kelas tingkatan IV Aliran Sastera dengan
Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Kelas ini bertujuan menampung semula pelajar
Tingkatan V yang layak menyambung pelajaran ke Tingkatan IV dari sekolah-sekolah
menengah dalam jajahan Pasir Mas dan Tanah Merah. Sehingga kini, kelas tingkatan IV ini
terus dibuka tetapi hanya untuk menampung pelajar-pelajar dari sekolah sendiri, S.M.Sultan
Ibrahim (2), S.M Perempuan, S.M. Meranti dan sebahagian lagi dari S.M. Bunut Susu.
TAHUN 1985
Koperasi S.M.S.I (1) Pasir Mas Berhad ditubuhkan.
TAHUN 1988
Sebuah dewan sekolah mula dibina.
TAHUN 1989
Bangunan tambahan 1 blok 2 tingkat dan 1 blok 3 tingkat mula dibina. Koperasi S.M.S.I (1)
Pasir Mas Berhad telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan `Koperasi
Terbaik` Peringkat Kebangsaan.
TAHUN 1990
Dewan siap dibina dan mula digunakan. Koperasi sekolah ini berjaya memperbaiki
keputusan dengan mendapat tempat kedua dalam Pertandingan `Koperasi Terbaik`
Peringkat Kebangsaan.
TAHUN 1991
Bangunan tambahan mula siap dan digunakan sepenuhnya. Kini, Koperasi S.M.S.I (1) Pasir
Mas Berhad telah berjaya menjadi johan bagi Pertandingan `Koperasi Terbaik` peringkat

kebangsaan. Cikgu Wan Ismail telah mendapat pingat emas bagi kategori `Guru Koperasi
Terbaik`. Pada tahun ini juga, sekolah ini telah dicalonkan sebagai `Sekolah Harapan
Negara`.
Sehingga hari ini, S.M.S.I. (1) telah mempunyai perpustakaan, 52 bilik
darjah, 5 buah makmal dan sebuah asrama bagi menempatkan puteri-puterinya yang tinggal
jauh dari sekolah. Terdapat 15 blok bangunan semuanya termasuk asrama, kantin, pejabat
sekolah, bilik pengetua, dewan sekolah dan lain-lain. Kini, sekolah mempunyai 1583 orang
pelajar.
TAHUN 2001
Bangunan tambahan baru S.M.S.I (1) yang terdiri daripada 3 blok bangunan sebenarnya di
bina di atas tapak bangunan lama. Sebaik sahaja lulusnya tarikh milik tapak pada 15
Oktober 2001, maka bermulalah kerja-kerja merobohkan bangunan lama. Projek yang
menelan belanja sebanyak RM 7,360,000.00 ini dilaksanakan oleh Kontraktor Reztana
Enterprise Sdn.Bhd. di bawah pengarah projeknya Datin Dr.Hajjah Nik Azizah binti Hj Nik
Yahya dan dibantu oleh pengurus projek En. Abdul Aziz bin Mohd Ali.Tempoh kontrak ini
bermula dari 15 Oktober 2001 hinggalah 8 Disember 2001. Selama 60 minggu pengarah
dan pengurus projek serta pekerja binaan mengerah tenaga dan keringat untuk menyiapkan
bangunan tambahan ini mengikut tempoh kontrak yang telah ditetapkan. Oleh sebab
sebahagian besar kerja-kerja dilakukan dalam bulan Disember, pelbagai masalah terpaksa
dihadapi termasuklah gangguan cuaca yang tidak menentu mengganggu kerja-kerja
penyelenggaraan projek ini. Kesulitan yang dialami menyebabkan bangunan tambahan ini
tidak dapat disiapkan pada tarikh sepatutnya iaitu 8 Disember 2002. Oleh itu, tempoh
kontrak dilanjutkan beberapa bulan berikutnya hinggalah kerja-kerja siap sepenuhnya pada
13 April 2003 setelah diperiksa oleh Mohamad Asri bin Abd Rahman (Penyelia Pendidikan
Unit Pembangunan Fizikal) mewakili JPN dan Tuan Zainab binti Tuan Chik, mewakili
Jabatan Kerja Raya. Walaupun begitu S.M.S.I (1) masih meneruskan persekolahan dua sesi
kerana masalah pengurusan perabot pelajar.
TAHUN 2003
Bangunan tambahan yang terdiri daripada 3 blok bangunan ini mula beroperasi sepenuhnya
pada 8 Mei 2003. Pada tarikh ini ialah S.M.S.I. (1) telah memulakan persekolahan 1 sesi
dengan jumlah pelajar seramai 2106 orang dan 217 orang guru. Bangunan 3 blok ini
masing-masing terdiri daripada empat tingkat. Blok A dilengkapi dengan kemudahan seperti
kantin guru dan kantin pelajar, makmal fizik, makmal biologi, makmal kimia, pejabat
pengetua dan penolong kanan serta pusat sumber sekolah. Blok B pula berkembar dengan
Blok A tetapi dipisahkan oleh jejantas. Blok ini dilengkapi dengan bilik guru, guru kanan, bilik
darjah, bilik mesyuarat, bilik kaunseling dan urusetia peperiksaan.
Manakala Blok C
pula terdapat bilik pengawas, bilik darjah, bilik koperasi. Semua blok dilengkapi dengan
tandas dan tingkat bawah, tingkat dua dan tingkat tiga. Walau bagaimanapun S.M.S.I (1)
masih lagi kekurangan bilik darjah yang ada sebanyak 63 buah masih belum mencukupi.
Oleh itu, untuk membolehkan semua pelajar belajar dalam satu sesi bangunan lama yang
terdiri daripada pusat sumber dan bilik guru lama di ubahsuai dijadikan kelas. Pelajar-pelajar
asrama di S.M.S.I (1) juga lebih selesa deengan adanya asrama puteri baru yang lebih
sempurna. Manakala warga S.M.S.I (1) yang beragama Islam pula boleh solat berjemaah di

Musalla yang baru dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan


pelajar.
Semoga suasana baru ini akan mencetuskan motivasi kepada warga S.M.S.I
(1) untuk meningkatkan prestasi dan potensi diri, demi kegemilangan S.M.S.I. (1) pada masa
akan datang.
TAHUN 2004
Setelah berpindah ke bangunan baru hampir setengah tahun menjelang sesi 2004, S.M.S.I
(1) kelihatan lebih ceria. Perubahan positif ini diteruskan walaupun pada penghujung tahun
2003 (29 November 2003) Tuan Pengetua Haji Wan Ali bin Wan Yusoff telah bersara dan
diikuti oleh Tuan Haji Daud bin Mohamad selaku Penolong Kanan Satu S.M.S.I. (1). Pada
tahun 2004 juga Tuan Haji Adnan bin Othman telah dilantik sebagai pengetua sekolah ini.
Pada tahun ini juga bangunan makmal komputer di bina oleh Kementerian Pelajaran
Malaysi TAHUN 2005
Sekolah telah merima peralatan komputer untuk melengkapkan makmal komputer dari pihak
KPM. Pada tahun ini juga SMKSI(1) telah dipilih sebagai sekolah rintis untuk program ICTl
peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia yang melibatkan semua pelajar Tingkatan 1.
TAHUN 2006
Mata pelajaran ICT peringkat SPM buat julung kalinya diperkenalkan disekolah ini.
TAHUN 2008
Pada 9 September 2008 Tn. Haji Adnan bin Che Othman telah bertukar sebagai Pengetua di
SMK. Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan dan diganti pula oleh Puan Muhanizah bt
Mustapha Pengetua dari SMK. Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan sehingga sekarang.
TAHUN 2009
SMK. Sultan Ibrahim (1) berada di bawah kepimpinan Pengetua Pn. Muhanizah bt
Mustapha dengan dibantu oleh PK Pentadbiran Pn. Hjh Noriah bt Mohd Noor, PK HEM Tn.
Hj. Ab. Harith bin Hamid, PK KoKurikulum En. Che Ahmad Zaini bin Hussein dan 4 orang
Guru Kanan iaitu Pn. Hjh Ramlah bt Sulaiman (GK Sains dan Mathematik), Hjh Rozita bt
Othman GK Bahasa, Tn. Hj.Nor Azlan bin Mohd Yusof GK Teknik dan Vokasional serta Pn.
Hjh Nur Aziemah Nadiah Lua bt Abdullah sebagai GK Sains Sosial. Seramai 130 orang guru
penolong dan 19 orang staff sokongan .Terdapat sebanyak 63 buah kelas dengan 2098
pelajar. Seramai 254 orang menghuni asrama sekolah dimana 77 orang pelajar lelaki dan
177 orang pelajar perempuan.Banyak perubahan telah dilakukan pada tahun ini antaranya
memperkenalkan sistem Kad Perakam waktu (Punch Card) untuk guru dan kakitangan,
Sistem Failing yang sistematik, Budaya Dokumentasi serta menyediakan Bilik Dokumentasi
TAHUN 2010
Salina a/p sanguan (5 sains 1) mendapat 10A+ dalam SPM, salah seorang drp 6
org pelajar terbaik peringkat negeri Kelantan.

Diumumkan oleh YABRS tn haji hussin b awing, pengarah pelajaran negeri


Kelantan di dewan besar sultan Ibrahim
16 anugerah dlm anugerah sinar wawasan 2010, pej pendidikan daerah pasir
mas
a. Anugerah pelajar cemerlang akademik 2010
a. PMR nor ardila bt che ayob (9a)
b. SPM salina a/p sanguan (10A+)
c.
nurul ellina syazwana bt suhaimi (10A)
d. Stpm marhaini bt ab.llah (PNGK 4.0)
b. Anugerah sekolah cemerlang akademik 2010 (kategori sekolah menengah
bukan kawalan)
a. PMR gred purata sekolah - 2.33 (tpt pertama)
i. Kecmeralngan (% lulus 79.44 tempat kedua)
b. SPM
i. Gred purata sekolah 4.53 (tpt pertama)
ii. Kecemeralngan semua a 0.55% (tpt pertama)
iii. Kecemerlangan lulus 97.8% (tpt pertama)
c. STPM
i. Kecemerlangan (peratus PNGK 4.00 0.75% (tpt kedua)
ii. Kecmelangan (peratus lulus 99.25% (tpt ketiga)
c. Anugerah pelajar cemerlang sukan 2010
i. Mohd nurul nazmi bin Muhammad taib
1. Ragbi emas / mssm (tpt ketiga)
d. Anugerah sekolah cemerlang sukan 2010 sekolah menengah (tpt pertama)
e. Anugerah khas sekolah 2010 (pengurusan kewangan cemerlang sekolah
menengah)
f. Anugerah sekolah cmeerlang (koperasi)
g. Anugerah puncak wawasan (sekolah menengah)
Pertandingan pengurusan juara peringkat pejabat pelajaran daerah pasir mas
2010 (anugerah juara)
-

Juara pengurusan bilik pusat akses kendiri (PAK)


Juara pengurusan kaunseling
Tempat kedua pengurusan makmal sains
Tempat ketiga pengurusan disiplin

2011
137 org guru, 20 org staf, 1801 pelajar
Puan pengetua bertukar ke sek men keb ismail petra (sekolah kluster) diganti
oleh tn h jab halim b che Hassan dari jabatan pelajaran negeri Kelantan pada
julai 2011
2012
Bilik mesy sempana diubahsuai
Pelajar hadir 7.15, waktu kehadiran baru, proses pnp bermula 7.40
Perhimpunan rasmi diadakan 2 minggu sekali di dewan besar sultan Ibrahim

Waktu pulang diselaraskan 2.10


Pada waktu pagi khamis, majlis bacaan yasin di dataran kejap oleh semua guru
dan pelajar
Memperkenalkan budaya salam antara guru dan pelaajar selari dgn program
guru penyayang

You might also like