Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PEJ PELAJARAN DAERAH K.

SELANGOR
PROGRAM KAJIAN TINDAKAN
PERINGKAT SEKOLAH
2014

MENGATASI KELEMAHAN MENYEBUT


PERKATAAN YANG MELIBATKAN
KONSONAN BERGABUNG (DIGRAF)
DENGAN TEKNIK
CANTUM DAN SEBUT
(Dengan penggunaan BBM)

OLEH:
EN V.MATHIALAGAN

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)LDG SEL RIVER,


45700 BUKIT ROTAN, SELANGOR
MAC 2014

KELOLAAN
UNIT KURIKULUM

SJKT LDG SELANGOR RIVER


1

KANDUNGAN:

Muka surat
1.

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

2.

Isu Keperihatinan

3.

Objektif Kajian

4.

Kumpulan Sasaran

5.

Perlaksanaan Kajian

6.

Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.

1.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku, murid akan menunjukkan
sikap acuh tidak acuh apabila mereka sukar untuk mengeja dan menyebut sesuatu perkataan.
Ini membuatkan guru terpaksa memikirkan suatu aktiviti yang boleh menarik semula minat
murid untuk belajar.
Antara perkataan-perkataan yang sukar dibaca oleh murid ialah perkataan yang
melibatkan konsonan bergabung (digraf) iaitu perkataan yang bersuku kata ng..., ny...,
kh..., dan sy....
Penekanan yang lebih kepada suku kata yang dinyatakan tadi perlu kerana perkataan
seperti ini juga yang menyebabkan mereka sering gagal di dalam ujian pelepasan untuk ke
kelas perdana semula.

2.

ISU KEPERIHATINAN
Setiap kali murid menduduki Ujian Standard Pelepasan mereka sering
kali tidak dapat menjawab soalan-soalan yang melibatkan perkataan atau suku kata yang
mempunyai digraf. Murid juga gagal untuk membaca ayat dan petikan jika perkataan di
dalam ayat terdapat perkataan yang mempunyai konsonan bergabung (digraf).
Murid akan menyebut gaga bagi perkataan nganga dan yayi bagi perkataan
nyanyi. Oleh itu, saya bertindak dengan menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah
tersebut.

3.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum:
Tujuan kajian ini adalah untuk mengatasi kelemahan murid menyebut
perkataan yang melibatkan konsonan bergabung (digraf).
Objektif Khusus:
a) Murid dapat menyebut perkataan yang mempunyai suku kata konsonan
bergabung (digraf) bagi ny dan ng.
b) Murid boleh membaca perkataan, ayat dan petikan dengan lebih lancar.
c) Mengurangkan murid kelas pemulihan daripada 12 kepada 4 orang di hujung
tahun.
d) Meningkatkan keupayaan semua guru dalam menangani masalah murid lemah
dalam pembelajaran.

4.

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran ialah seramai 12 orang yang terdiri daripada murid Tahun 2 dan
Tahun 3 yang kini berada di kelas Pendidikan Pemulihan Khas.

5.

PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan masalah
Daripada pemerhatian dan ujian yang dijalankan didapati pelajar bermasalah
dalam menyebut perkataan yang melibatkan konsonan bergabung (digraf) ny dan
ng. Perkataan-perkataan seperti nyonya, nyanyi, tanya, nyamuk, bunyi,
nyala, dengan, lengan, tangan, nganga, telinga, singa, tidak dapat disebut
dan dibaca oleh pelajar.
Dalam ujian diagnostik yang dijalankan murid tidak dapat menyebut suku
kata nga, ngi, nge, nge, ngu, ngo dan nya, nyi, nye, nye, nyu, nyo dengan betul dan
lancar. Seramai 8 orang daripada 12 orang murid salah semua di dalam menyebut suku
kata ini.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Daripada Ujian Diagnostik yang dijalankan kepada kumpulan sasaran dapatlah
dilihat kelemahan-kelemahan murid yang perlu ditingkatkan. Rujuk kepada jadual
Rekod Ujian Saringan.
(12 orang murid yang dikaji. Angka menunjukkan bilangan murid yang melakukan
kesalahan).
Soalan : Bunyikan suku kata di bawah.
nga
8
nya
9

ngi
ngu
nge
nge
8
8
9
9
nyi
nyu
nye
nye
9
9
10
10
Soalan: Isikan suku kata yang sesuai berdasarkan gambar.

bunga
10

penyu
11

singa
10

Soalan : Eja dan sebut perkataan di bawah.

ngo
9
nyo
9

nyamuk
11

nganga
11
nyonya
10
Soalan : Tandakan (
bengis
begis
banyak
bayak
bagun
bangun

nyanyi
11
tangan
12

ngilu
12
monyet
12

) pada ejaan yang betul.


4 betul
8 salah
10 betul
2 salah
5 salah
7 betul

monyet
moyet
beruang
beruwang
nyanyi
nanyi

8 betul
4 salah
10 betul
2 salah
4 betul
8 salah

Soalan : Suaikan gambar dengan perkataan.


Gambar orang nyanyi
Gambar bangunan
Gambar mulut nganga
Gambar nyamuk
Gambar penyu
Gambar cuping telinga
Gambar sungai

nyanyi
bangunan
nganga
nyamuk
penyu
telinga
sungai

4
6
3
7
1
10
11

5.3 Tindakan Yang Dijalankan


Bagi mengatasi masalah ini sebanyak tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dirancang.
1. Aktiviti Cantum dan Sebut menggunakan kad-kad huruf
2. Aktiviti eja dan sebut berdasarkan gambar dengan tayangan slaid Power Point.
3. Aktiviti bertulis dengan menjawab lembaran kerja berkaitan apa yang dipelajari.

b. Bahan-bahan yang digunakan.


1. Kad huruf.
2. Papan panel.
3. Kotak kertas.
4. Bahan Powerpoint
c. Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian.
1. Penilaian secara pemerhatian

2. Penilaian secara lisan dan bacaan


3. Penilaian secara tulisan dan lembaran kerja.
5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian
5.4.1 Perlaksanaan Aktiviti 1
Aktiviti ini merupakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah
Cantum dan Sebut yang menggunakan kad-kad huruf yang perlu dicantum menjadi
suku kata dan murid menyebutnya.
Langkah-langkahnya:
1. Kad-kad huruf di masukkan ke dalam kotak.

2. Murid dipilih secara rawak.


3. Murid memilih 2 kad mengikut warna dan menggantungnya pada papan panel.
Huruf n di awal suku kata memang telah tersedia.

4. Setelah selesai, murid dikehendaki mengeja dan menyebut suku kata tersebut.
Jika murid dapat menyebutnya dengan betul, ganjaran akan diberikan.

5. Pengayaan juga boleh dilakukan dengan meminta murid mengambil 3 kad


mengikut warna huruf vokal dan konsonan menjadi suku kata seperti ngan,
nyet, ngis, nyak dan sebagainya.

5.4.2 Perlaksanaan Aktiviti 2

Aktiviti ini merupakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT. Guru


menggunakan Power Point Slide Show untuk memaparkan suku kata yang akan
dipelajari.
1. Guru menunjukkan slaid suku kata digraf nga, ngi, ngu, nge, ngo, dan nya,
nyi, nyu, nye, nyo.
2. Murid eja dan sebut suku kata tersebut secara individu dan kumpulan.
3. Guru tunjuk gambar, murid sebut nama gambar.
4. Murid eja perkataan yang ditunjukkan secara individu dan kumpulan.
5. Ulang aktiviti hingga selesai semua gambar.
6. Murid membaca rangkai kata yang ada suku kata digraf.
5.5 Refleksi kajian
5.5.1

Penilaian Pencapaian Murid


1. Secara pemerhatian.
2. Secara bacaan dan lisan
3. Secara ujian bertulis

5.5.2

Rumusan Pemerhatian.
Berdasarkan ketiga-tiga pemerhatian di atas, semua murid berminat
untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Mereka
berusaha untuk menyebut suku kata yang ditunjukkan. Empat orang murid
telah berjaya membaca perkataan bersuku kata digraf ini tanpa perlu mengeja
terlebih dahulu. Selebihnya seramai lapan orang murid boleh menyebutnya
dengan mengeja terlebih dahulu.

5.5.3

Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Telah


Dijalankan Secara Keseluruhan.
Secara keseluruhannya aktiviti ini telah berjaya membuatkan murid
dapat membaca sekurang-kurangnya perkataan KV+KKV atau KV+KKVK
dengan lancar walaupun mereka terpaksa mengeja terlebih dahulu.

6.

CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA.

Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya
jalankan ke atas murid-murid pemulihan khas ini. Saya bercadang meneruskan program ini di
samping berkongsi idea bersama guru Tahun 1 (KIA2M). Setersunya saya akan menjalankan aktiviti
seperti ini untuk kemahiran yang lain pula iaitu suku kata dan perkataan konsonan bergabung (digraf)
bagi kh dan sy.

LAMPIRAN
CONTOH KERTAS UJIAN DIAGNOSTIK DAN
UJIAN KAJIAN TINDAKAN.

You might also like