Kertas Kerja Bengkel Sandwich Intern

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LANGKAP

KERTAS CADANGAN
PROJEK PENYEDIAAN MAKANAN BERKHASIAT (SARAPAN)
BERSAMA MURID-MURID PRASEKOLAH SAYANG,
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LANGKAP
TEMPAT
KELAS PRASEKOLAH SAYANG
TARIKH
19 OKTOBER 2015
MASA
8.30-10.30 PAGI
ANJURAN
PRASEKOLAH SAYANG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LANGKAP
BERSAMA GURU INTERNSHIP INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
KOTA BHARU

KERTAS CADANGAN
PROJEK PENYEDIAAN MAKANAN BERKHASIAT (SARAPAN)
BERSAMA MURID-MURID PRASEKOLAH SAYANG, SEKOLAH
KEBANGSAAN SERI LANGKAP

PENDAHULUAN
Aktiviti projek ini merupakan sebuah aktiviti yang berfokuskan kepada tahap penguasaan murid
terhadap penyediaan makanan yang berkhasiat melalui menu sarapan serta dapat
meningkatkan kemahiran diri murid untuk berdikari dalam penyediaan sesuatu makanan.

RASIONAL
Fokus utama aktiviti ini ialah memberi pendedahan kepada murid berkaitan nutrien-nutrien yang
terdapat dalam sesebuah makanan berkhasiat melalui menu sarapan. Selain itu menu ini
disediakan secara individu supaya dapat meningkatkan kemahiran murid untuk berdikari.
Oleh yang demikian, besarlah harapan sekiranya murid-murid prasekolah ini diberi
peluang untuk merasai pembelajaran berkaitan amalan pemakanan berkhasiat secara konkrit
dan amalan pembelajaran kendiri (self learning).

OBJEKTIF
Bengkel penyediaan sarapan ini mempunyai objektif-objektif seperti yang berikut:
i.
Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang makanan berkhasiat melalui
penyediaan menu sarapan iaitu sandwich.
ii.
Menggalakkan murid murid untuk berdikari melakukan rutin harian mereka.
iii.
Mendedahkan murid-murid kepada pengalaman pembelajaran secara kendiri (self
learning).
iv.
Melengkapkan salah satu projek internship.

TARIKH DICADANGKAN
19 Oktober 2015 (Isnin)

MASA

8.30 Pagi hingga 10.30 Pagi


TEMPAT
Kelas Prasekolah Sayang

SASARAN
Peserta : Murid-murid Prasekolah Sayang, Sekolah Kebangsaan Seri Langkap, dua orang guru
dan seorang pembantu pengurusan murid.

JAWATANKUASA PELAKSANA PROJEK


Peengerusi

: Encik Alias Bin Huri (Guru Besar)

Naib Pengerusi

: Puan Nazimah Bt Daud (GPK Hal Ehwal Murid)

Penyelaras

: Puan Siti Syahanan Binti Salleh (Mentor Guru Internship)

Setiausaha

: Juwairiyah Bt Muhamed

Bendahari

: Puan Roziah Bt Che Abu

Ahli Jawatankuasa :
1. AJK Buku Program
Pengerusi : Puan Siti Hidayu Bt A.Rahman
2. AJK Kawalan Murid
Pengerusi : Puan Mariani Bt Mohd Din
3. AJK Persegaran
Pengerusi : Puan Roziah Bt Che Abu
4. AJK Fotografi
Pengerusi : Puan Nor Zuraida Bt Mohamed Nor
5. Tugas-Tugas Khas
Pengerusi : Juwairiyah Bt Muhamed

STRATEGI PERLAKSANAAN

Sebelum
1. Mesyuarat ahli jawatankuasa kecil program bagi menentukan tempat, peruntukan dan
sebagainya.
2. Penyediaan kertas cadangan untuk dikemukakan kepada guru besar sekolah.
3. Mesyuarat AJK induk.
4. Menyediakan senarai semak peralatan yang diperlukan.
5. Mengadakan sesi taklimat dan agihan tugas yang perlu kepada ahli jawatankuasa.
6. Membuat jadual program.
Semasa
1. Taklimat diberikan kepada murid-murid bagi memastikan bengkel berjalan dengan
lancar.
2. Memastikan setiap peserta dan ahli jawatankuasa memahami dan menghayati tugasan
yang diberi.
3. Memastikan bengkel berjalan lancar tanpa gangguan.

Selepas
1. Diharap murid-murid mendapat pengalaman dan pengetahuan terhadap bengkel yang
dijalankan.
2. Murid-murid seronok menjalankan aktivit ketika bengkel.
3. Membuat post mortem untuk diperbaiki pada tahun-tahun hadapan.

SUMBER KEWANGAN

Anggaran perbelanjaan (LPBT)


Bil
1
2
3
4

Perkara

Kuantiti

Roti putih Gardenia besar


2
Telur
5 biji
Timun batang
1 biji
Asam Limau
2 biji
Jumlah Keseluruhan

Harga Seunit
(RM)
5.20
0.40
0.80
0.40

Jumlah Harga
(RM)
10.40
2.00
0.80
0.80
15.00

PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang telah diatur dapat memberi
faedah kepada warga Prasekolah Sayang, Sekolah Kebangsaan Seri Langkap dan mampu
mencapai objektif-objektif yang telah digariskan dengan jayanya. Aktiviti projek penyediaan
makanan berkhasiat ini merupakan salah satu alternatif guru dalam menerapkan proses
pengajaran dan pembelajaran secara konkrit. Pada dasarnya, program ini berjaya mencapai
matlamatnya iaitu ke arah menjana pemikiran, ilmu pengetahuan dan pengalaman secara
langusung dan tidak langsung dapat diperolehi oleh murid-murid prasekolah serta dapat
merapatkan lagi hubungan antara guru internship dan murid-murid. Di samping itu aktiviti projek
ini memberi peluang kepada guru-guru lain untuk turut serta mengutip pengalaman dalam
pengedalian aktiviti di kelas prasekolah.
Semoga segala usaha dan bakti ikhlas yang ditaburkan dalam menjayakan bengkel ini
akan mendapat ganjaran yang lebih baik di sisi Allah SWT. Insya-Allah.

Disediakan oleh

Disemak oleh

(Juwairiyah Bt Muhamed)

(Puan Nazimah Bt Daud)

Setiausaha ,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Projek Penyediaan Makanan

Murid ,

Berkhasiat (Sarapan),

SK Seri Langkap.

Prasekolah Sayang,

Tarikh :

SK Seri Langkap.
Tarikh :

Disahkan oleh

(En. Alias Bin Huri)


Guru Besar
SK Seri Langkap 2015
Tarikh :

TENTATIF PROJEK
Hari Isnin (19 Oktober 2015)
8.30 pagi

: Taklimat kepada murid-murid

8.15 pagi

: Agihan bahan-bahan untuk menyediakan sandwich

9..00 pagi

: Mula menyediakan sandwich

9.30 pagi

: Siap menyediakan sandwich


:Makan sandwich yang telah disediakan

10.00 pagi

: Kemas tempat dan alatan

10.30

: Bersurai

You might also like