Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Soalan 10

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah
perkataan.

A. Gambar-gambar di bawah menunjukkan beberapa permainan tradisional yang


terdapat di Malaysia. Tulis ulasan tentang permainan tersebut yang panjangnya
antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk mempopularkan


permainan tradisional. Hal ini demikian kerana permainan ini banyak
mempunyai faedahnya. Antara faedahnya ialah permainan ini dapat
dijadikan produk pelancongan yang menguntungkan negara. Banyak
pelancong yang datang ke negara kita untuk melihat keunikan budaya
warisan yang terdapat di Malaysia. Selain itu, permainan ini dapat
dijadikan sumber hiburan yang menyeronokkan. Seterusnya, bermain
permainan tradisional dapat mengisi masa lapang kita dengan aktiviti yang
berfaedah. Permainan tradisionl merupakan warisan budaya negara yang
harus dikekalkan supaya tidak pupus ditelan zaman. Tuntasnya, kita perlu
mengembalikan kegemilangan permainan tradisional kerana permainan ini
banyak mendatangkan faedah kepada rakyat dan Negara

. Lihat gambar Gaya Hidup Sihat di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan
gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah
perkataan.

GAYA HIDUP SIHAT

Pada zaman yang serba moden ini, gaya hidup sihat perlu diamalkan.
Pengambilan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan penting
untuk menjamin kesihatan diri. Ini kerana, piramid makanan menunjukkan
kadar makanan harian yang patut kita ambil untuk menjamin kesihatan.
Selain itu, kita juga perlu bersenam kerana aktiviti ini dapat membantu
badan kita mengeluarkan peluh dan melancarkan perjalanan darah. Kita
juga haruslah membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk
mengesan tahap kesihatan tubuh badan kita dan dapat mengesan penyakit
pada peringkat awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
Jelaslah bahawa gaya hidup sihat merupakan salah satu cara yang perlu kita
amalkan untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita.

A. Karangan Berformat
1. Jenis Surat Kiriman Rasmi 2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi 3. Karangan
jenis Ucapan 4. Karangan jenis Syarahan 5. Karangan jenis Dialog /

Temuramah /
Perbualan / Wawancara 6. Karangan jenis Berita 7. Karangan
jenis Catatan Diari 8. Karangan jenis Laporan 9. Karangan jenis Perbahasan
10. Kad Jemputan B.
Karangan Tidak Berformat 1. Karangan Rangsangan Bergambar /
Rangsangan Kata 2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita /
Gambaran /
Situasi 3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan 4. Karangan Jenis Perbincangan
5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita 6. Karangan Jenis Autobiografi /
Biografi 7. Karangan Jenis Peribahasa

You might also like