Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Kod

Kursus

APBI06

Kursus

Teknologi Pembenihan Ikan Marin

Tahun

2016

Siri Kursus

Kursus Ini Berstatus : Terbuka

Keteranga
n Kursus

Kursus bertujuan untuk memberi pendedahan secara teori dan praktikal dalam teknologi pembenihan ikan
marin. Peserta kursus akan diajar tentang pelbagai aspek pembenihan ikan marin termasuk status
pembenihan ikan marin negara, rekabentuk hatcheri, biologi spesies ikan marin, penyampelan ikan,
pengutipan telur, pemakanan hidup, pengurusan benih ikan marin, pengurusan kesihatan dan kaedah
pengangkutan benih ikan marin. Peserta yang menjalani kursus ini diharapkan akan mempunyai
pengetahuan yang cukup untuk mengendali sebuah hatceri ikan marin.

Lokasi
Kursus

Pusat Pengeluaran & Penyelidikan Ikan Laut (Marine Fish Production & Research Centre) Tanjung Demong
22200 Besut Terengganu

Kod Kursus

APBU02

Kursus

Pembenihan dan Pengurusan Hatceri Udang Galah

Tahun

2016

Siri Kursus

Kursus Ini Berstatus : Terbuka


Keterangan
Kursus

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta meliputi pengenalan kepada sejarah perkembangan
industri, status industri di Malaysia, pengenalan kepada COP ( Code of Practice ), dasar-dasar Jabatan
Perikanan, teknik pembiakan secara tertutup dan terbuka, biolgi Udang Galah, taburan semulajadi,

pemilihan tapak, reka bentuk dan pembinaan hatceri, kemudahan dan peralatan hatceri, penyediaan air,
makanan dan pemakanan, pengurusan dan penyelenggaraan induk, penetasan larva, pengurusan
ternakan dan pengangkutan benih, pengurusan dan penyelenggaraan peralatan hatceri, rekod dan
dokumentasi, ekonomi pembenihan, keperluan dan peraturan perdagangan antarabangsa. Latihan
dijalankan secara teori, amali dan lawatan sambil belajar
Lokasi
Kursus

Institut Akuakultur Marin Pulau Sayak Kg. Pulau Sayak 08500 Kota Kuala Muda Kedah

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

Kod Kursus

FRIGP 16

Kursus

Pengurusan Dan Analisis Kualiti Air Untuk Akuakultur Air Payau

Tahun

2016

Siri Kursus

Kursus Ini Berstatus : Terbuka

Keterangan
Kursus

Adalah sangat penting untuk memastikan kualiti air sentaiasa pada paras yang optima sepanajnag tempoh
asuhan atau ternakan bagi menjamin kejayaan projek yang dijalankan. Oleh yang demikian, kursus ini akan
memberi pendedahan asas kepada pengurusan kualiti air dan kaedah pemantauan kualiti air di ladang
ternakan secara teori dan praktikal. Parameter-parameter fizik dan kimia yang penting dan paras optimanya
juga akan diterangkan. Para peserta kursus akan diberi latihan secara amali tentang penggunaan peralatan
untuk mengukur kualiti air seperti meter pH, meter oksigen, refraktometer , alat pengukur sushu dan sechii
disk. Selain dari pada itu, para pesrta kursus juga akan diberi latihan secara amali di makmal bagi analisisanalisis untuk mendapatkan bacaan ammonia, nitrat, nitrit, Fe menggunakan alat spektrofotometer dan
beberapa analisis lain untuk mendapatkan bacaan parameter air seperti BOD, TSS dan alkaliniti.

Lokasi

Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau ( Brackishwater Culture

Kursus

Research Centre ) 81550 Gelang Patah Johor

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

Kod Kursus

ATTI01

Kursus

Ternakan Ikan Air Tawar dalam Kolam

Tahun

2016

Siri Kursus

Kursus Ini Berstatus : Terbuka

Keterangan
Kursus

Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai kaedah menternak ikan
air tawar dalam kolam tanah secara mapan. Peserta kursus akan didedahkan kepada aspek-aspek penting
dalam mengusahakan bidang akuakultur ini. Persiapan awal sebelum memulakan projek sepertipenentuan
spesies ternakan, pemilihan tapak, rekabentu susunatur dan pembinaan kolam serta ladang akan
dijelaskan. Kaedah pengurusan ternakan meliputi penyediaan kolam, peralatan, pembenihan, mutu air,
pemakanan, musuh dan penyakit serta penuaian hasil diajar bagi memastikan operasi kolam yang cekap
dan lancar. Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus. Peserta
juga dibawa melawat ke projek-projek yang berjaya.

Lokasi
Kursus

Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok Perlok 27030 Jerantut Pahang

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

Kod Kursus

APFI01

Kursus

Penyediaan Makanan Rumusan Akuakultur Air Tawar

Tahun

2016

Siri Kursus

Kursus Ini Berstatus : Terbuka

Keterangan
Kursus

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai panduan penyediaan makanan rumusan
akuakultur seperti pelet terapung, separa terapung dan tenggelam bagi akuakultur spesies air tawar. Selain
itu, ia juga memberi penekanan tentang cara pemerosesan makanan dan potensi bahan-bahan ramuan ini
dalam ternakan. Ia dijalankan secara teori, amali dan lawatan sambil belajar.

Lokasi
Kursus

Institut Akuakultur Marin Pulau Sayak Kg. Pulau Sayak 08500 Kota Kuala Muda Kedah

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

Kod Kursus

ATTU01

Kursus

Ternakan Udang Galah Dalam Kolam

Tahun

2016

Siri Kursus

Kursus Ini Berstatus : Terbuka


Keterangan
Kursus

Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai kaedah menternak
Udang galah dalam kolam tanah. Peserta kursus akan didedahkan kepada aspek-aspek penting dalam
mengusahakan bidang akuakultur ini. Persiapan awal sebelum memulakan projek seperti pemilihan tapak,
merekabentuk, susunatur dan pembinaan kolam serta ladang akan dijelaskan. Kaedah pengurusanpengurusan ternakan yang menyeluruh meliputi penyediaan kolam, peralatan, benih, mutu air, makanan,

musuh, penyakit serta tuaian hasil akan diajarkan bagi memastikan operasi kolam yang cekap dan lancar.
Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus. Lawatan ke projekprojek contoh yang berjaya juga akan diaturkan semasa kursus.
Lokasi
Kursus

Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok Perlok 27030 Jerantut Pahang

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

You might also like