Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

NOTA ICTL TINGKATAN 2

Pengenalan kepada Perisian Aplikasi Persembahan (powerpoint)

PowerPoint
Apakah yang anda faham mengenai perisian aplikasi persembahan
(perisian powerpoint)?
Persembahan PowerPoint terdiri daripada beberapa halaman individu atau
"slaid". Analogi "slaid" adalah merujuk kepada projektor slaid. Slaid boleh
mengandungi teks, grafik, bunyi, wayang, dan objek lain yang boleh diatur
secara bebas. PowerPoint memudahkan penggunaan gaya yang konsisten
dalam persembahan menggunakan template atau "Master Slide".
Pembentangan boleh dicetak, dipaparkan secara langsung pada komputer,
atau dilayari melalui perintah penyampai. Bagi penonton yang lebih besar
paparan komputer sering dijangka menggunakan projektor video. Slaid juga
boleh membentuk asas Webcasts.
Apakah kegunaan Microsoft Powerpoint pada masa kini?
Microsoft Power Point membantu sebuah persembahan visual menjadi lebih
menarik dan jelas. Microsoft Power Point juga membantu dalam penyedian
slide, outline presentation, presentation eletronik, menampilkan slide yang
dinamik, termasuk clip art yang menarik, yang semuanya itu mudah
ditampilkan di layar monitor komputer ataupun di layar putih.
Microsoft powerpoint mempunyai fungsi untuk membantu membentangkan
laporan. Maksudnya powerpoint boleh menyusun bahan perbentangan dan
mempamerkannya dalam bentuk visual yang menarik dalam waktu yang
singkat.
Terdapat 5 elemen penting dalam membina persembahan. Berikan
penerangan bagi setiap elemen-elemen tersebut:
Teks :
Perkataan merupakan unsur terpenting setiap persembahan dan power
point.Ia menyediakan banyak alat pemprosesan perkataan untuk membantu
menyediakan teks yang mudah dibaca dan bebas dari kesilapan.
Grafik :

NOTA ICTL TINGKATAN 2

Imej boleh ditambah untuk menghasilkan persembahan yang lebih menarik.


Alat lukis Powerpoint mudah digunakan oleh sesiapa sahaja.
Audio :
Dapat membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih
berkesan.
Dapat meningkatkan daya tarikan terhadap persembahan.
Membantu meningkatkan daya tumpuan terhadap isi persembahan.
Video :
Menyediakan saluran informasi tambahan yang menarik dan hidup.
Sumber atau media yang paling dinamik serta efektif.
Satu sumber penyimpanan informasi dan rujukan yang berkesan.
Animasi :
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi
sesuatu objek. Animasi boleh digunakan dalam bentuk 2 Dimensi,3
Dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas.

You might also like