Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SMK LANANG, SIBU: SOALAN PBS BAHASA MELAYU PENGGAL 2 2013

Tulis semua esei berdasarkan tajuk-tajuk di bawah. Bagi tajuk esei 1 hingga 7,
panjang esei
hendaklah antara 600 hingga 650 patah perkataan. Bagi tajuk esei 8, panjang esei
hendaklah
tidak kurang daripada 250 patah perkataan. Esei mestilah ditulis dengan
menggunakan tulisan tangan.
[25]
1
Masalah pengemis merupakan satu masalah yang semakin berleluasa di negara ini. Masalah ini
boleh menjejaskan imej negara. Anda sebagai setiausaha pasukan petugas khas di Jabatan Kebajikan
Masyarakat telah diminta oleh Ketua Jabatan anda agar membuat laporan mengenai punca peningkatan
jumlah pengemis di negara kita dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Tulis laporan tersebut
selengkapnya
2
Anda telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam suatu pertandingan syarahan peringkat negeri
anjuran Jabatan Pelajaran Negeri. Tajuk syarahan anda ialah Persediaan Remaja dalam menghadapi
Cabaran Hidup Moden. Sediakan teks syarahan anda itu.
3
Anda merupakan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, sebuah
sekolah menengah di daerah anda telah menjemput anda untuk menyampaikan
sebuah ceramah kepada para ibu bapa tentang cara memupuk minat anak-anak
terhadap bidang pelajaran. Tulis ceramah tersebut.
4
Anda sebagai seorang pegawai kanan di Kementerian Alam Sekitar diminta memberi ucapan
dalam upacara perasmian Hari Alam Sekitar peringkat daerah di tempat anda. Fokus ucapan anda adalah
terhadap langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan bahawa pembangunan tidak
menjejaskan kualiti alam sekitar. Sediakan teks ucapan tersebut.
5
Kini, perairan negara kita kerap dicerobohi nelayan-nelayan asing. Kegiatan
mereka bukan sahaja merugikan negara, bahkan menjejaskan mata pencarian
nelayan tempatan. Sebagai pengerusi sebuah persatuan nelayan yang besar, anda
diminta untuk menghantar satu memorandum kepada Kementerian Pertanian dan
Asas Tani. Dalam memorandum itu, anda menyatakan kebimbangan tentang kesan
buruk kegiatan tersebut dan mengutarakan cadangan untuk menanganinya.
Tulis memorandum tersebut selengkapnya.
6
Dalam usaha untuk menerapkan konsep Sekolahku Syurgaku, setiap persatuan dan kelab
ditugaskan untuk melaksanakan program keceriaan. Selaku setiausaha sebuah persatuan, anda diminta
untuk menyediakan kertas cadangan program berkenaan kepada pengetua. Sediakan kertas cadangan
yang lengkap.
7
Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti sekolah anda telah mengadakan
mesyuarat membincangkan program khidmat masyarakat. Sebagai setiausaha
persatuan, anda ditugaskan untuk mencatat minit mesyuarat berkenaan. Tulis minit
mesyuarat tersebut selengkapnya.
8
Sebagai pengguna yang prihatin, anda ingin mengadu kepada Pihak Berkuasa Tempatan tentang
tahap kebersihan sebuah kedai makan yang terdapat di dalam kawasan anda.
Tulis surat anda selengkapnya.

Soalan disediakan oleh,


Disahkan oleh,
1. Pn. Chai Ming Ming (Guru mata pelajaran)

2.
Pn.
Hjh.
Rosnah
Abdul
Razak
(Cik Ling Huey Jiuan)
Penolong kanan Tingkatan Enam
SMK LANANG, SIBU.

(Guru

mata

pelajaran)

You might also like