Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kesan Krisis Ekonomi Malaysia

Pada permulaan krisis ini, Malaysia cuba mengekalkan nilai ringgit terhadap matawang
asing. Bagaimanapun, langkah ini tidak kekal lama memandangkan ia melibatkan kos
yang tinggi. Di antara tempon 14 Julai 1997 hingga 7 Januari 1998, nilai ringgit telah
jatuh dari RM2.50 terhadap US$1 kepada RM4.88 terhadap US$1. Tahun 1998
memperlihatkan kesan krisis ke atas ekonomi Malaysia. Pertumbuhan KDNK merosot dari
sekitar 7 peratus pada tahun 1997 kepada sekitar negatif 7 peratus pada tahun 1998.
Ekonomi negara berada dalam kedudukan yang lemah memandangkan sektor korporat
mengalami kesukaran dalam mendapatkan kredit dan pada masa yang sama mengalami
peningkatan hutang yang semakin tinggi.

Pengeluaran ouput adalah rendah di semua sektor yang utama dan perbelanjaan
pengguna juga adalah lemah. Projek infrastruktur yang besar yang berjumlah lebih
daripada RM60 billion seperti Bakun hydro-electric dam, Northern Region International
Airport, Highland Highway dan Kuala Lumpur Linear City terpaksa ditangguhkan. Di
bawah pengukuran belanjawan yang ketat, menteri-menteri dan pegawai kerajaan
menghadapi potongan gaji.

Dari segi Imbangan Pembayaran, kejatuhan nilai Ringgit meningkatkan jumlah eksport
dan mengurangkan jumlah import. Secara tidak langsungnya, ia mengurangkan saiz
defisit dalam akaun semasa. Bagi sesetengah produk seperti minyak petroleum yang
diniagakan dalam nilai US dollar, kita menampakkan satu peningkatan yang mendadak
dalam hasil pendapatan negara dalam nilai Ringgit. Sebahagian besar daripada barangan
eksport Malaysia terdiri daripada barang industri dan ia telah menyumbang kepada 80
peratus daripada jumlah eksport negara. Bagaimanapun, faedah yang dinikmati daripada
barangan eksport ini adalah terhad walaupun nilai Ringgit adalah rendah. Skel
pengeluaran yang sederhana menyebabkan banyak firma tidak sempat mengambil
kesempatan yang sedia ada untuk meningkatkan outputnya dan dieksport walaupun
mereka telah beroperasi pada tahap yang sepenuhnya.

Kebanyakan pengimport asing menghendaki pengeluar tempatan memberikan diskaun


atas barangan yang diimport oleh mereka. Jadi, ini mengakibatkan kejatuhan dalam nilai
barangan eksport negara Malaysia. Tambahan pula, disebabkan kos ke atas barangan
import telah meningkat dan sebahagian daripada barangan import ini merupakan
barangan pertengahan untuk dijadikan barangan eksport, keadaan ini telah
mengurangkan keuntungan pengeluar Malaysia. Kenaikan harga dalam barangan import
turut meningkatkan harga barangan pengguna secara keseluruhan. Kesannya,
pendapatan isirumah berkurangan dan ini menurunkan kuasa membeli penduduk
Malaysia.

Ekonomi terlampau bergantung kepada sistem perbankan untuk mendapat dana. Dalam
sektor perbankan, walaupun berlakunya penurunan dalam pertumbuhan deposit, namun
aktiviti pinjaman masih diteruskan. Ini menyebabkan risiko sistematik tinggi dan berlaku
funding mismatch kesan daripada fenomena lend long (pinjaman jangka panjang) serta
borrow short (deposit jangka pendek) oleh bank. Pada September 1997, sektor
perbankan dikatakan mengalami liabititi eksternal sebanyak RM6 billion.

Kejatuhan dalam pasaran stok dan matawang menyebabkan pelabur asing kehilangan
keyakinan untuk melaburkan modal di Malaysia. Malahan pelabur-pelabur yang sedia ada
telah membawa keluar duit Ringgit untuk disimpan di bank-bank luar. Dalam keadaan
yang kekurangan sumber untuk memberikan pinjaman kepada pihak awam, kadar bunga
terpaksa ditolak ke tahap yang tinngi. Bank Negara cuba mengelakkan kenaikan kadar
bunga dengan menurunkan syarat nisbah rizab dan pada masa yang sama, mencurahkan
sebahagian daripada rizab wang ke dalam pasaran wang domestik. Secara tidak
langsungnya, dikatakan usaha kerajaan dalam mempertahankan kenaikan kadar bunga
telah menyebabkan sistem perbankan meningkatkan pergantungannya ke atas pinjaman
asing jangka pendek. Walaupun kerajaan mengatakan hutang luar Malaysia adalah
antara yang terendah di negara Asia yang dilanda krisis kewangan, namun, harus diingat
bahawa hutang dalaman Malaysia pula adalah antara yang tertinggi di rantau Asia.

You might also like