Masalah Dan Langkah Mengatasi Sistem Penyampaian Khidmat Awam

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ESEI LP P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT

Soalan 9 : Terdapat pelbagai rungutan dan kritikan terhadap sistem penyampaian khidmat
awam . Langkah-langkah telah dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian
dalam perkhimatan awam. Bincangkan.

Sistem penyampaian khidmat awam memainkan peranan penting dalam pembangunan dan
kemajuan sesebuah negara (Isu Semasa). Wujud kelemahan dalam tadbir urus boleh menjejaskan sistem
tadbir negara dan sistem penyampaian khidmat awam yang cekap akan membantu memajukan negara
(Fokus Soalan).

Masalah dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam ialah ketidakseragaman dalam


konteks pelaksanaan polisi dan prosuder kerja (H.I.U). Ketidakseragaman polisi dan prosuder kerja
akan mengakibatkan pelaksanaan bercelaru (H.1). Pelaksanaan yang bercelaru dalam tadbir urus akan
membina imej negatif dalam kalangan rakyat (H.2). Ketidakseragaman polisi dan prosuder kerja akan
mengakibatkan pelaksanaan penyampaian khidmat awam lambat dan menyusahkan pelanggan (H.3).
Kelambatan ini berlaku mungkin disebabkan pihak pelaksana yang mungkin keliru, tidak jelas dengan
tugasan dan bidang kerja sehingga menjejaskan sistem penyampaian (H.4).

Masalah dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam seterusnya ialah karenah birokrasi
(H.I.U). Karenah birokrasi akan merencatkan kelancaran prosuder kerja (H.1). Urusan dengan pelanggan
mengambil masa atau tempoh yang lama hal ini banyak membuang masa pelanggan (H.2). Layanan yang
kurang mesra pelanggan dan hal ini banyak membuang masa pelanggan untuk mendapatkan sesuatu
kelulusan projek (H.3). Situasi ini akan meningkatkan lagi sentimen negatif terhadap tadbir awam (H.4).

Masalah dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam berikutnya ialah penyalahgunaan


kuasa dan penyelewengan (H.I.U). Penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan masih berlaku dalam
kalangan penjawat awam (H.1). Misalnya,amalan rasuah masih berlaku bagi mendapatkan tender atau
mempercepatkan sesuatu kelulusan berkaitan lesen dan pelbagai permit (H.2). Sifat dengki dan tamak
turut menyumbang kepada masalah penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan (H.3).Misalnya,
menghalang peluang orang lain dan membuka ruang kepada pihak tertentu mengambil kesempatan
menyeleweng atau salahguna kuasa ( H.4).

Langkah-langkah untuk meningkatkan sistem penyampaian khidmat awam ialah


membangunkan modal insan (H.I.U). Pekerja sektor awam ditawarkan kursus untuk meningkatkan
keyakinan dan kemahiran dalam pekerjaan (H.1). Misalnya, pembangunan sumber manusia seperti
latihan kemahiran yang berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat (H.2). Memberikan insentif yang

15
ESEI LP P1 TADBIR URUS BAIK SMK KANOWIT

lumayan turut merupakan cara untuk membangunkan modal insan ( H.3). Misalnya, memberikan
ganjaran dan upah yang setimpal kepada mereka yang menunjukkan potensi yang cemerlang dalam kerja
(H.4).

Langkah-langkah untuk meningkatkan sistem penyampaian khidmat awam berikutnya ialah


memperkasakan agensi kerajaan (H.I.U). Kerajaan melalui kementeriannya memastikan institusi
pelaksana berfungsi dengan baik ( H.1). Misalnya memastikan institusi pelaksana seperti MAMPU,
INTAN dan JPA mempunyai KPI dan NKRA untuk memastikan unit tersebut berfungsi mengikut apa
yang dirancang pada landasan yang betul (H.2). Penilaian penjawat awam perlu dibuat berterusan bagi
memastikan tahap pengetahuan dan kemahiran bidang kerja pekerja sektor awam sentiasa berada pada
tahap terbaik (H.3). Misalnya,institusi pelaksana hendaklah membuat pemantauan yang berterusan dan
jangan beri kepercayaan 100% kepada laporan pegawai yang ditugaskan (H.4).

Kesimpulannya, sistem penyampaian khidmat awam perlu inovatif, kreatif, dan cekap bagi
menjadikan perkhidmatan awam mempunyai daya saing yang setanding dengan negara-negara maju yang
lain (Isu Semasa). Justeru, semua pihak terlibat harus mengenal pasti masalah dalam sistem penyampaian
khidmat awam dan mengambil langkah sesuai untuk menyelesaikan masalah berbangkit agar sistem
penyampaian khidmat awam sentiasa berada pada tahap terbaik (Fokus Soalan).

16

You might also like