Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI

NEGERI SELANGOR 2009

PERTANDINGAN EUREKA REE TAHAP 2

1.0 PENDAHULUAN
Pertandingan EUREKA REE dibuka untuk murid-murid sekolah rendah sahaja.
Satu pasukan terdiri daripada empat orang murid. Setiap pasukan perlu membina rumah
tepi pantai (beach house) yang menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui dan
menggunakan tenaga dengan cekap.Mereka juga perlu menyediakan buku idea yang
menjelas ciri-ciri tenaga yang digunakan.

2.0 MATLAMAT
2.1 Mendedahkan kepada murid-murid tentang kepentingan aktiviti amali
sains sebagai sokongan kepada teori yang dipelajari dalam bilik darjah.
2.2 Melahirkan murid-murid yang berfikiran kreatif, kritis dan saintifik.
2.3 Memupuk semangat kerjasama antara rakan sepasukan untuk
menyelesaikan persoalan saintifik.
2.4 Mempertingkatkan potensi, ketrampilan serta daya usaha murid dalam
bidang sains dan teknologi.
2.5 Memupuk minat murid ke arah cintakan Sains dan Teknologi.
2.6 Menanam sikap positif, nilai-nilai murni, disiplin dan mematuhi arahan
semasa menjalankan amali sains dalam makmal.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menyediakan peluang bagi murid memperkembangkan bakat dan minat
dalam bidang Sains dan Teknologi.
3.2 Merealisasikan pengwujudan pelbagai program penggalakan dalam bidang
Sains dan Teknologi agar;
3.2.1 Meningkatkan penyertaan murid dalam Karnival Pendidikan Sains
dan Teknologi peringkat negeri.
3.2.2 Menyediakan murid yang mempunyai ketahanan dari segi emosi
dalam menghadapi tekanan pertandingan.
3.2.3 Menyediakan murid yang mampu berkomunikasi dan
bekerjasama dengan anggota pasukan dalam menyelesaikan
masalah dalam tempoh yang terhad.
3.2.4 Menggalakkan guru dan sekolah meningkatkan aktiviti
pelaksanaan amali sains sebagai amalan wajib dalam pengajaran
dan pembelajaran Sains.

4.0 TAJUK: EUREKA REEE

5.0 TEMA: RENEWABLE ENERGY AND ENERGY EFFICIENT BEACH


HOUSE

6.0 AKTIVITI: Menghasilkan satu model rumah di tepi pantai yang dilengkapi
dengan ciri-ciri kecekapan tenaga dan menggunakan sumber
semulajadi secara optimum.

7.0 PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN


7.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid-murid Tahun 4 dan 5.
7.2 Setiap sekolah dibenarkan menghantar 1 pasukan yangg terdiri daripada
4 orang peserta.
7.3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta
bumiputera kecuali pasukan dari sekolah rendah jenis kebangsaan.
7.4 Peserta terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan
kecuali sekolah yang hanya terdiri daripada 1 jantina.
7.5 Peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing.
7.6 Tema projek ialah Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE) atau
Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (TDKT).
7.7 Tajuk projek ialah Energy Efficient Beach House.
7.8 Setiap pasukan dikehendaki membina model rumah di tepi pantai yang
mengaplikasikan konsep-konsep Renewable Energy and Energy
Efficiency (REEE.)
7.9 Bahan-bahan pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur.
7.10 Hanya bahan dan alatan yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja
boleh digunakan untuk menghaslkan projek yang ditetapkan.
7.11 Penggunaan bahan, alatan atau apa juga bantuan dari luar boleh
menyebabkan penyertaan pasukan dibatalkan.
7.12 Sebarang masalah yang dihadapi oleh para peserta berkaitan dengan
alatan atau bahan, hendaklah dirujuk kepada urus setia pertandingan.
7.13 Peserta hendaklah mempunyai kemahiran menggunakan anti cutter.
7.14 Pihak penganjur pertandingan akan memberi tugasan tambahan kepada
para peserta sebaik saja pertandingan dimulakan (elemen of surprise)
dan menggunakan kaedah penyelesaian masalah.
7.15 Tugasan ini mengandungi arahan untuk menempatkan LED dibahagian
tertentu di dalam atau di luar rumah dan mestilah boleh menyala atau
berfungsi dengan baik.
7.16 Projek yang dihasilkan hendaklah dibuat dan disiapkan di tempat
pertandingan. Setiap pasukan diminta membawa alat tulis masing-
masing. Pihak penganjur akan menyediakan kertas putih A4 sahaja.
7.17 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan buku idea yang disediakan
dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris di tempat dan semasa
pertandingan dijalankan. Buku ini perlu menerangkan hasil projek yang
merangkumi aplikasi konsep sains fungsi dan peranan setiap bahagian
projek yang dihasilkan serta aspek lain yang berkaitan. Kandungan buku
idea mestilah merupakan penulisan yang merekodkan hasil kerja yang
mengandungi lakaran sendiri. Tampalan dan keratan dari mana-mana
sumber adalah tidak dibenarkan.
7.18 Semasa pertandingan dijalankan, guru pembimbing dibenarkan berada
berhampiran pasukannya pada jarak yang telah ditetapkan oleh pihak
penganjur tetapi tidak dibenarkan menyentuh sebarang bahan atau
alatan yang digunakan.
7.19 Setiap kali guru pembimbing menyentuh barang atau alatan yang
digunakan, 1 markah akan ditolak.
7.20 Setiap pasukan diberi masa 5 jam untuk menyempurnakan projek.
7.21 Peserta akan berehat selama 1 jam ( 3 jam sesi pagi dan 2 jam pada sesi
petang).
7.22 Penghakiman akan merujuk kepada kriteria-kriteria berikut:
i. Kebolehan kreatif - 20 markah
ii. Pemikiran saitifik - 20 markah
iii. Kemahiran saintifik - 20 markah
iv. Kerja berpasukan - 10 markah
v. Ketelitian dan kekemasan - 10 markah
vi. Komunikasi (soal-jawab) - 10 markah
vii. Buku idea - 10 markah
7.23 Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat atau kriteria
pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan dan
objektif pertandingan berdasarkan keputusan mesyuarat bersama
pengurus pasukan.
7.24 Model tersebut hendaklah berskala 1:25 atas tapak rumah di mana
dimensinya adalah seperti berikut:
a. Keluasan Rumah : seratus meter persegi ( 100 m)
b. Mempunyai kemudahan:
- 2 bilik tidur
- 1 bilik air
- 1 bilik air
- 1 ruang makan
- 1 ruang tamu
7.25 Penilaian hasil adalah berdasarkan daya kreatif reka bentuk rumah dan
rupa bnetuk elemen-elemen KT & TD (REEE).
7.26 Sesi soal jawab akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris

8.0 BANTAHAN
8.1 Keputusan hakim adalah muktamad.
8.2 Bantahan hanya boleh dibuat kepada pihak urus setia Karnival Pendidikan
Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan dalam tempoh 1 jam selepas
pertandingan dijalankan dengan menggunakan Borang C3/B-REE yang
disediakan oleh pihak CETREE.
8.3 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang cagaran berjumlah RM
50.
8.4 Sebarang bentuk bantahan terus kepada panel hakim pertandingan tidak
akan dilayan.

9.0 HAL-HAL LAIN


9.1 Semasa pertandingan berlangsung, guru pembimbing tidak dibenarkan
membantu.
9.2 Para peserta dibenarkan memakai kemeja T, topi, seluar dan kasut sukan
semasa pertandingan dijalankan.
KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2009
PERTANDINGAN EUREKEA RE & EE BEACH HOUSE
SENARAI BAHAN DAN PERALATAN YANG DIBEKALKAN
Lampiran
B/REE/1

BIL ITEM BILANGAN


1 NT Cutter- besar 2 unit
2 Gunting 2 unit
3 Stapler 1 unit
4 Pemutar skru Pipih 1 unit
5 Pemutar Skru Philips 1 unit
6 Playar 1 unit
7 Playar muncung panjang 1 unit
8 Pembaris besi (30cm) 1 unit
9 Pembaris plastik (30cm) 1 unit
10 Penjalur Wayar 1 unit
11 Pembaris meter 1 unit
12 Masking Tape 2 gulung
13 Tali No 4 kongsi
14 Plasticine 1 unit
15 Corrugated card 1 keping
16 Plastic Transparensi 1 keping
17 Pasir kongsi
18 Hard board/mounting board(0.1cm) 3 keping (saiz A2)
19 Benang 1 unit
20 Sel Solar 2 unit
21 LED 1 unit
22 Twin-flex wire 1 meter
23 Marker Pelbagai Warna 1 set 4 warna
24 Gelang Getah 20 unit
25 Jarum Peniti kongsi
26 Paku 1/2 inci kongsi
27 Gam Gajah 3 unit
28 Paku Tekan I kotak
29 Lidi Buluh 10 unit
30 Dawai (jika perlu) 1 meter
31 Sarung Tangan Getah 2 unit
32 Kad Manila 2 unit

BORANG PENDAFTARAN PESERTA


PERTANDINGAN EUREKA REEE
KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI 2009 PERINGKAT DAERAH PETALING
PERDANA
SEKOLAH __________________________________________________________

Nama Guru Pengiring ____________________________________________________

No. Telefon Bimbit _______________________________

Nama Peserta No Sijil Lahir

1.............................................................................. ....................................................

2.............................................................................. ..................................................

3.............................................................................. ....................................................

4.............................................................................. ....................................................

Cop dan tandatangan Ketua Jabatan

__________________________

Tarikh :__________________________

You might also like