(Pt3) Kesalahaan Ejaan - Aras Tinggi

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan.

Kenal pasti kesalahan tersebut dan


tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

1. Ahli jawatankuasa pentadbiran pelabuhan akan menyediakan insentif kepada kuarter-master


yang akan mengemudi kapal dan memastikan kerja-kerja rutin kapal di pelabuhan
dilaksanakan.
2. Ibu membeli dua biji nanas sarawak daripada penjaja buah-buahan yang baik hati lalu
menyedekahkannya kepada segala fakir dan miskin.
3. Ayah menghantar adik-adik saya ke maderasyah untuk menyaksikan acara tilawah al-Quran
oleh anak-anak muda di astaka.
4. Ibu bapa saya akan melancong ke Ferancis pada hujung tahun ini dengan ipar-duai mereka
untuk melihat kemegahan menara Eiffel.
5. Guru sains itu menerangkan bahawa internet membolehkan pengguna komputer di seluruh
dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh
dunia.
6. Wusyu ialah seni pertahanan diri orang Cina yang kurang masyhur pada zaman dahulu kala
berbanding dengan kungfu yang mengandungi unsur judo dan karate.
7. Masalah kemurungan dikenal pasti sebagai perasaan sedih, masygul, dan pilu yang dialami
oleh seseorang daripada tekanan dan kenangan pahit.
8. Mak cik saya berduka cita apabila memikirkan ikan kering yang dijemurnya masih lembap
kerana musim tengkujuh belum berlalu.
9. Ibu saya terlalu percaya akan ejen yang mempromosikan barangan dapur itu kerana dia yakin
bahawa agensi besar itu tidak akan menipu pelangannya.
10. Ayah menasihati ibu agar berjimat-cermat dalam perbelanjaannya kerana Hari Raya Aidilfitri
pada tahun ini mungkin disambut secara sederhana lantaran kemelesetan ekonomi.
11. Seseorang guru haruslah gigih menimba ilmu agar dapat mengekalkan proffessionalisme
mereka sebagai pendidik demi menghadapi cabaran pada alaf baharu.
12. Sanak-saudara saya akan berkunjung ke rumah saya pada bulan Mac ini untuk menyaksikan
pertunangan kakak dengan seorang lelaki Melayu yang memiliki stail keinggerisan.
13. Semangat antipenjajah masih dapat dirasai oleh rakyat tempatan selepas penjajahan koloniel
kerana mereka bukan sahaja menyaksikan pertumpahan darah, tetapi juga kematian ahli
keluarga.
14. Kuih baulu, nasi impit dan serondeng ialah makanan wajib keluarga kami sewaktu menyambut
Hari Raya Puasa di kampung.
15. Kakak membeli sebungkus kueytiao goreng dan lima bungkus mi goreng mamak dari gerai
yang terletak di hujung jalan besar itu.
16. Diktator yang gila akan kuasa muthlak itu mengehendaki semua orang menghormatinya dan
menumpahkan taat setia kepadanya.
17. Wanita dari India itu berjaja tanpa lesen dengan menjual wade, tosei, donat, karipap, dan kuih
kaswi yang manis dan sedap.
18. Rasberi, bilberi, ceri, strawberi ialah buah-buahan import yang semakin hari semakin popular
dalam kalangan penduduk Malaysia.
19. Pakar perubatan di hospital swasta itu sedang mengX-ray pesakit kanak-kanak yang disyaki
berpenyakit leukemia.
20. Kegiatan gengsterisme dan vandalisme acapkali dilaporkan oleh media cetak dan media
elektronik kerana kerajaan mahu rakyat bekerjasama membanterasnya.

You might also like