Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Minggu 10

2/10/2016 6/10/2016

1. Masalah

Pada minggu kesepuluh, saya telah menghadapi masalah berkenaan daya tumpuan murid
semasa pengajaran dan pembelajaran. Hal ini merujuk kepada mereka mudah tertarik
dengan bunyi-bunyi seperti bunyi orang berjalan di luar bilik darjah dan bunyi murid lain
bermain di padang. Mereka juga bermain dengan alat tulis sendiri dan menconteng kertas
setelah proses pdp berlangsung selama 10 minit lebih.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana daya tumpuan mereka yang singkat. Kadang kala, mereka tidak
dapat menumpukan perhatian disebabkan makan makanan yang tidak mencukupi untuk
sarapan pagi atau semasa waktu rehat. Mereka juga susah untuk tumpu perhatian kerana
berasa letih selepas bermain dan berlari di sekitar kawasan sekolah semasa waktu rehat.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki


a. Saya perlu peka terhadap murid-murid yang mudah hilang tumpuan semasa
berlangsungnya proses pdd dengan memanggil nama mereka. Contohnya,
Ikhram, sila lihat pada cikgu dan tumpu perhatian semasa cikgu mengajar.
b. Saya perlu menggunakan bahan bantu belajar yang lebih menarik untuk
meningkatkan daya tumpuan murid-murid. Contohnya, saya boleh menyelitkan
kartun kegemaran mereka semasa membina bahan bantu belajar.
c. Saya perlu merancangkan aktiviti pengukuhan yang lebih menyeronokkan
supaya murid-murid dapat belajar sambil bermain. Contohnya, saya boleh
menjalankan permainan seperti bola sepak, bowling dan lain-lain
memandangkan murid-murid saya merupakan murid kinestetik.
d. Saya boleh meminta murid berdiri dan membuat sedikit pergerakan atau
senaman apabila mereka mula kehilangan tumpuan. Pergerakan seperti berjalan,
mengayuh tangan, memusing kepala dan lain-lain membolehkan mereka
menghilangkan rasa keletihan dan berasa segar untuk meneruskan
pembelajaran.
e. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah
pembimbing dan guru pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan
lain.

4. Tempoh Masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan
datang supaya semua murid berupaya mengekalkan dan meningkatkan daya tumpuan
mereka semasa proses pdp berjalan di dalam bilik darjah.. Sekiranya masalah ini tidak
dapat diatasi dengan segera, sudah tentu hasil pembelajaran yang telah dirancang tidak
tercapai dengan sepenuhnya.

5. Tindakan Susulan

Saya harus memastikan semua murid di dalam kelas adalah bersemangat dan mampu
mengikuti arahan yang saya berikan semasa saya mengajar. Justeru, saya harus bijak
memilih dan merancang strategi untuk menarik minat murid sekaligus meningkatkan daya
tumpuan mereka. Contohnya, saya mengajar menggunakan bahan bantu belajar yang lebih
menarik dan mengadakan aktiviti pengukuhan yang lebih menepati kegemaran murid.

You might also like