Adat Perkahwinan Kaum Cina

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Adat Perkahwinan Kaum Cina

Perkahwinan kaum cina dibahagikan kepada empat tahap, iaitu merisik,


meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
a. Merisik
Adat merisik ini dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati
terutamanya nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri
ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Sebahagian
masyarakat cina lebih gemar berbincang di restoran-restoran disertai saudara-
mara.

b. Meminang
Setelah kedua-dua pihak berpuas hati terhadap latar belakang keluarga antara
satu sama lain, adat meminang dijalankan. Seorang wakil akan dipilih untuk
berkunjung ke rumah si gadis untuk membincangkan perkara-perkara yang
berkaitan dengan perkahwinan. Ibu pengantin perempuan pula berbincang
dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam
jamuan makanan dan memilih tarikh perkahwinan yang sesuai. Pihak lelaki dan
ibu bapanya akan memenuhi segala permintaan pihak perempuan.
Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari
lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara
hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak
lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar
wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan
diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam
masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan
pihak lelaki.
c. Bertunang
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah
bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang
tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah
buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak
sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami
kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah
perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan
mengikut masa yang ditetapkan . Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-
dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membuktikan persetujuan,
gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang
tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik.
Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah
bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang
tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah
buku, iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak
sesuai dipercayai akan menimpa sebarang bencana dan perkahwinan akan
gagal. Upacara pertukaran cincin dilakukan pada masa yang ditetapkan dan
disarungkan di jari manis kedua-dua pihak sehingga hari perkahwinan.

d. Majlis Perkahwinan
Majlis ini diadakan selepas setahun bertunang atau mengikut waktu yang telah
ditetapkan oleh kedua-dua pihak. Sekiranya terdapat kematian dalam kalangan
ahli keluarga bakal pengantin sebelum tiba hari perkahwinan, perkahwinan iti
mesti ditangguhkan pada tahun depan atau selama seratus tahun.

Upacara Perkahwinan
1) Upacara Menghias Rambut Pengantin Perempuan
Dihias oleh wanita yang dianggap mempunyai nasib yang baik, bersama-sama
wanita yang masih mempunyai keluarga.
Mengucapkan kata-kata
yang baik ketika mengikat sanggul pengantin perempuan.

2) Upacara menutup pengantin lelaki


Dilakukan di rumah keluarga pengantin lelaki
bapa pengantin meletakkan topi di atas kepala pengantin lelaki.
Pengantin lelaki akan membawa tandu.

3) Upacara Permainan Pintu


Menggambarkan kecantikkan pengantin perempuan dan keluarga serta kawan-
kawannya enggan berpisah dengannya.

4) Upacara Minum Teh


Di rumah pihak lelaki, pasangan pengantin akan melutut sebanyak tiga kali
Pengantin perempuan memberikan minuman teh kepada keluarga dan saudara-
mara mengikut pangkat.
Orang yang menerima minuman teh akan memberikan hadiah kepada
pengantin perempuan.

5) Upacara minum arak pada malam perkahwinan


Dua cawan yang diikat bersama oleh tali berwarna merah dan menyilangkan ta
ngan sesama mereka.

You might also like