Punca Kemalangan Jalan Raya

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Punca Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan di jalan raya ialah masalah utama yang menghantui masyarakat di


negara kita. Berita tentang kemalangan jalan raya sentiasa dilaporkan melalui pelbagai
saluran media massa pada setiap hari. Walaupun pihak kerajaan telah mengambil pelbagai
langkah keselamatan di jalan raya, namun usaha tersebut masih belum berjaya
mengurangkan jumlah kemalangan yang berlaku.

Kebanyakan kemalangan di jalan raya berlaku disebabkan oleh para pemandu yang
memandu dalam keadaan letih dan mengantuk. Akibatnya, mereka tidak dapat mengawal
sebuah kenderaan dengan baik serta mudah hilang kawalan dan tumpuan ketika memandu,
seterusnya menyebabkan kemalangan. Selain itu, sikap segelintir pemandu yang bersikap
mementingkan diri sendiri sehingga tidak mempedulikan keselamatan pengguna jalan raya
yang lain turut menjadi punca kemalangan. Bagi pemandu yang bersikap begini,
kemalangan ialah suatu perkara yang menunjukkan kehebatan mereka ketika memandu.

Selain itu, kemalangan turut berlaku kerana kebanyakan pemandu tidak mempunyai
lesen memandu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut
sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan
mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana
sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan
teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka
dianggap layak memandu kenderaan.

Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk.


Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan
apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal.
Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga
menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan
kemalangan kepada pihak lain.

You might also like