Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PAKAIAN ETNIK MASYARAKAT SABAH

PAKAIAN ETNIK KADAZAN

kadazan

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva,
bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain
labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

PAKAIAN SUKU KAUM RUNGUS

Pakaian istiadat suku kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval, bengkung hokos
dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju sempit banat dan kain paras lulut tapi serta
hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari jalinan manik-manik berwarna-warni
disebut pinakol dan togkol,

suku kaum rungus


PAKAIAN SUKU KAUM MURUT

Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang
dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu.
Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik
berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.

suku kaum murut

PAKAIAN SUKU KAUM BAJAU

Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari
kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali
pinggang.

suku kaum bajau


http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=529&menu_id=43&c3=40&click=1
Posted by fify_fathia at 12:54 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, October 6, 2010


PAKAIAN MASYARAKAT ETNIK SARAWK
PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN

KAIN SIRAT

Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain
yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau
tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai
hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah
kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan;
mempamerkan bahagian yang berhias

DANGDONG
Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar
daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai
pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong
diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN

BIDANG

Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan
panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada
sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain
seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak
banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-
jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang
perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan
warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang
dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas
atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.

KALAMBI

Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan
kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara
tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain
segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk
lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang
separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala
macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah
dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi
dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga
dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain
yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura
manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung
kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan
karangan manik

BEDONG

Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang
ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.
Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang
atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara
rasmi.

baju baldu
PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN MELANAU

BAJU BALDU

Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei
tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan
kepala kepih sanggul
BAJU BABAN

baju baban

Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju
kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai
selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI MELANAU

Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren
keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI BIDAYUH


lelaki bidayuh

Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai
jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN BIDAYUH

perempuan bidayuh

Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias
selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga
warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak
http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?
c5=524&menu_id=43&c3=40&click=1
http://malaysiana.pnm.my/02/0204010102swkiban_pakaiwanita.htm
Posted by fify_fathia at 3:54 PM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, October 5, 2010


BAJU KAUM INDIA
JENIS PAKAIAN KAUM LELAKI MASYARAKAT INDIA

DHOTI

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang
bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana
generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran


kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah
paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan
manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning
pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.
http://malaysiana.pnm.my/02/02030101ind_dhoti.htm
http://malaysia.images.search.yahoo.com/search/images?_adv_prop=image&fr=slv1-
yff35&va=dhoti&sz=all
Posted by fify_fathia at 5:13 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, October 4, 2010


BAJU KAUM INDIA
JENIS BAJU KAUM PEREMPUAN MASYARAKAT INDIA

SARI

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan
turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran
semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas
meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut.
Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat.
Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang
sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.

Sari
Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti
merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai
pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang
lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan.
Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang
mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si
pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang
menarik dan sesuai dengan si pemakai.

http://malaysiana.pnm.my/02/02030103ind_sari.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sari
Sari
Posted by fify_fathia at 6:28 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
BAJU KAUM CINA
JENIS BAJU KAUM LELAKI MASYARAKAT CINA

SAM FOO
Sam foo
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan
pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-
wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo
diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan
dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang
longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar
seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti
kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di
Malaysia.

http://malaysiana.pnm.my/02/02020102cna_samfoo.htm
Sam foo dan Cheongsam

Posted by fify_fathia at 6:14 AM 1 comment:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
BAJU KAUM CINA
JENIS BAJU KAUM PEREMPUAN MASYARAKAT CINA
Cheongsam

Cheongsam adalah pakaian wanita dengan ciri-ciri khas Cina dan menikmati populariti yang berkembang
di dunia antarabangsa.
Nama "cheongsam", yang bermaksud sim-ply "pakaian panjang", memasuki kosa kata Bahasa Inggeris
dari dialek Negeri Guangdong (Kantonis). Di bahagian lain negara termasuk Beijing, bagaimanapun, ini
dikenali sebagai "qipao", yang mengandungi sejarah di belakangnya.
Ketika kedatangan awal penguasa Manchu ke China yang tepat, mereka mengatur orang-orang tertentu,
terutama Manchu, menjadi "spanduk" (qi) dan memanggil mereka "orang banner" (qiren), yang kemudian
menjadi longgar atas nama semua Manchu. Para wanita biasanya Manchu mengenakan gaun one-piece
yang, juga, kemudian disebut "qipao" atau "banner gaun". Walaupun Revolusi tahun 1911
menumbangkan kuasa Qing (Manchu) Wangsa, gaun wanita selamat dari perubahan politik dan, dengan
pemulihan, telah mereka pakaian tradisional untuk wanita Cina.
Mudah dan nyaman untuk dikenakan, cheongsam yang berpadanan dengan latar belakang perempuan
cina adalah seperti leher tinggi, leher tertutup, dan lengan yang pendek, sedarhana atau panjang,
bergantung pada musim dan selera. Gaun itu kancing di sisi kanan, dengan dada longgar, pinggang pas,
dan celah naik dari sisi, semua yang menggabungkan untuk mematikan bentuk keindahan wanita.
Cheongsam ini tidak terlalu rumit untuk membuat. Juga tidak menggunakan bahan yang terlalu banyak,
kerana tidak ada aksesoris seperti ikat pinggang, syal, ikat pinggang atau hiasan digunakan bersamanya.
Selain itu, Cheongsam adalah diperbuat dari bahan yang berbeza dan panjang yang berbeza-beza,
mereka boleh memakainya di acara-acara santai atau formal. Dalam kedua-dua kes, itu mencipta kesan
sederhana dan tenang, keanggunan pesona dan kerapian.Jadi tidak hairanlah Cheongsam begitu banyak
disukai oleh perempuan tidak hanya Cina tetapi negara asing juga.

http://www.bravochina.com/clothing/cheongsam.htm
Posted by fify_fathia at 5:50 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
BAJU KAUM MELAYU
JENIS BAJU KAUM PEREMPUAN MASYARAKAT MELAYU

BAJU KURUNG

Baju kurung

Baju kurung Pahang

Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya
terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan
mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung
secara tidak langsung telah membawa erti mengurung atau menutup anggota tubuh.
Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah
istilah kurung diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang.
Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya baju kurung bernyawa
walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri
tersendiri.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_kurung#Baju_Kurung http://malaysia.images.search.yahoo.com/search/i
mages;_ylt=A0S0zuxWvqlMhjwA10HlPwx.?p=koleksi+baju+kurung+kedah&fr=slv1-yff35&ei=utf-
8&x=wrt&y=Search

BAJU KEBAYA

Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu
mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang
bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian
seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama
dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina
Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.
Baju kebaya
Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya
panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke
bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan
berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga
kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus. Kerongsang ini
dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang besar dan di atas sekali
dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak.
Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak
pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang
lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang
mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi
bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut
dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.
Baju kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin. Bagi pakaian
harian, baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera (bagi
yang berada) dan dipadankan dengan kain sarung. Selendang hanya dikenakan
apabila keluar rumah. Bagi pengantin pula, baju kebayanya diperbuat daripada songket
dan sepasang dengan kain sarungnya. Selendangnya juga diperbuat daripada songket.

You might also like