SMK Agama Keningau

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SMK AGAMA KENINGAU

LAPORAN TAHUNAN PENYELARAS PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN DAN


PERDAGANGAN
TAHUN 2016

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Subjek prinsip perakaunan merupakan subjek yang bermatlamat untuk melahirkan
individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran perakaunan, berakauntabiliti,
berfikiran kritikal dan reflektif, mengamalkan budaya kerja yang beretika, berkemahiran
dalam teknologi maklumat, membudayakan pembelajaran bermakna dan kesepaduan teori
dan amalan perakaunan.

1.2 Perdagangan adalah satu daripada matapelajaran elektif untuk tingkatan 4 dan 5
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah kumpulan sastera
ikhtisas.subjek ini dapat memperkembangkan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dan
kemahiran asas perdagangan yang telah dipelajari dalam subjek kemahiran hidup di peringkat
menengah rendah. Melaluinya juga nilai-nilai dan sikap positif yang berkaitan akan dapat
dipupuk dan diperkukuhkan dikalangan pelajar.

2.0 OBJEKTIF

1. Meningkatkan pemahaman dalam tugasan penyelaras subjek dan fungsi di sekolah.


2. Sentiasa membuat penambahbaikkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran subjek Prinsip Akaun dan perdagangan.
3. Merancang, melaksanakan, menyelia dan memantau keberkesanan program yang
berkaitan dengan akademik dan pencapaian murid dalam subjek prinsip akaun dan
perdagangan.
4. Meningkatkan bilangan pelajar cemerlang dalam subjek prinsip akaun dengan
penambahan jumlah pelajar mendapat A dan B.
5. Meningkatkan peratus kelulusan SPM bagi subjek prinsip akaun dan perdagangan.

3.0 CARTA ORGANISASI PENYELARAS PANITIA PRINSIP AKAUN DAN

1
PERDAGANGAN SMK AGAMA KENINGAU

PENGERUSI
Ust. Haidon Hadi Sapiri
Pengetua SMKA Keningau

NAIB PENGERUSI

En. Saripin Muji


Pen. Kanan SMKA Keningau

KETUA BIDANG VOTEK


Pn. Surayah Salleh

PENYELARAS PANITIA

Pn. Haslinda Sarbani

AHLI JAWATANKUASA

Haslinda sarbani
Guru Prinsip Akaun & Perdagangan

4.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN

I. Kelas tambahan/kelas malam diluar waktu persekolahan yang dijalankan dari bulan
januari hingga bulan oktober bagi subjek Prinsip Akaun.
II. Kelas Anjal yang telah dilaksanakan bermula bulan ogos hingga bulan oktober subjek
Prinsip Akaun.
III. Bengkel sentuhan akhir A+ yang telah dijalankan di SMK TUNAS dan dihadiri
sepuluh orang pelajar terbaik subjek Prinsip Akaun.
IV. Latih-tubi menjawab soalan-soalan ramalan negeri-negeri semenanjung Subjek
Prinsip Akaun.
V. Guru muda dikalangan pelajar yang terbaik kedua-dua subjek.
VI. Kelas perdagangan latihan pengukuhan secara topikal diberikan sepanjang tahun.

2
5.0 ANALISIS PENCAPAIAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
(seperti di lampiran)

6.0 PERBELANJAAN PCG PANITIA


(Seperti dalam lampiran)

Disediakan oleh :

(HASLINDA SARBANI)
Penyelaras subjek Prinsip Akaun
Dan Perdagangan.

You might also like