Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERATURAN-PERATURAN BILIK MASAKAN

1. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik Sains Rumahtangga


tanpa guru.

2. Pakai pakaian yang sesuai, kemas dan yang tidak mengganggu pergerakan
semasa bekerja.

3. Rambut hendaklah diikat kemas/dipotong pendek. Rambut yang panjang


melebihi tulang belikat hendaklah didandan dan disematkan di atas kepala.

4. Selalu bekerja dengan sistematik. Meja kerja hendaklah sentiasa bersih dan
lantai sentiasa kering.

5. Lap serta merta cecair yang tumpah. Pungut apa-apa yang terjatuh ke atas
lantai.

6. Berhati-hati ketika bekeda dan berjalan. JANGAN TERGOPAH-GAPAH.

7. Hendaklah sentlasa bekerjasama dan bertimbang rasa. Tumpukan perhatian


kepada kerja yang sedang dijalankan.

8. Tentukan yang tangan anda kering sebelum rnenggunakan sebarang alat


elektrik untuk mengelakkan disambar karan.

9. Tutup semua suis alat-alat elektrik dan gas setiap kali selepas digunakan.

10.Jangan berkerumun sekeliling sesuatu alat yang sedang digunakan,

11.Gunakan alat yang tajam dengan berhati-hati. Untuk perkara-perkara yang


hujungnya tajam, hulurkan tangkai / hulunya dahulu. Basuh pisau satu
persatu dan jangan biarkan terendam dalam besen.

12.Gunakan pengalas semasa mengangkat barang-barang yang panas.

13.Halakan tangkai periuk dan muncung cerek ke dalam bila meletakkannya di


atas dapur.

14.Baca semua label dengan teliti sebelum menggunakan isinya.

15.Semua kemalangan mestilah dilaporkan kepada guru Sains Rumahtangga


dengan serta-merta.

16.Murid-murid tidak dibenarkan membawa MAKANAN TIDAK HALAL ke dalam


bilik masakan.

You might also like