Sistem Brek

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 22

UNIT MEKANISASI AGRO

SISTEM BREK

DISEDIAKAN OLEH : MD. FAIZA BIN JUNUS

1
UNIT MEKANISASI AGRO

PENGENALAN
1) Sistem brek direka untuk membenarkan pemandu memperlahankan serta
memberhentikan kenderaan.
2) Selinder induk disambungkan ke pedal brek yang diinjak oleh pemandu bagi
memaksa bendalir dikenakan tekanan ke tiap-tiap pepasangan brek roda. Disini
daya hidraul digunakan untuk memaksa pad dalam pepasangan brek piring
menentang pusingan rotor atau menolak keluar kekasut brek menentang pusingan
gelendong brek.
3) Sistem brek letak/brek tangan kereta biasanya menggunakan kaedah mekanikal
dan dipasang pada roda belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengunci roda
kenderaan ketika meletakkan kenderaan ( parking ) atau membrek dalam
kecemasan.
Satu pengalak kuasa ( servo ) digunakan keatas selinder induk untuk menambah
kuasa ketika membrek.

KEGUNAAN

1) Untuk membolehkan kenderaan berhenti dengan segera dan selamat


2) Untuk mengawal kenderan semasa dalam perjalanan
3) Untuk meletak kenderaan ditempat yang curam

SISTEM BREK YANG BAIK MESTILAH:

1) Boleh memberhentikan kenderaan dengan cepat apabila dikehendaki.


2) Berada dalam keadaan baik dan dalam kawalan pemandu pada setiap masa.
3) Tidak boleh kehilangan kuasa brek.
4) Tidak berkehendakkan larasan yang kerap.
5) Sesuai untuk segala kelajuan,keberatan dan suhu.

2
UNIT MEKANISASI AGRO

JENIS-JENIS SISTEM BREK


1) Mekanikal
2) Gabungan mekanikal dan hidraulik
3) Hidraulik
4) Angin (pneumatik)

Sistem Brek Jenis Hidraulik menggunakan Prinsip Paskal yang mana didalam prinsip ini
menyatakan 'cecair yang tertutup dapat memindahkan tekanan yang sama pada semua arah
tanpa menghilangkan kuasa yang dihasilkan.Cecair tidak boleh dimampatkan dan tekanan
pada keseluruhan sistem adalah sama'.

3
UNIT MEKANISASI AGRO

KOMPONEN BREK JENIS HIDRAULIK

Bahagian-bahagian utama brek hidraulik adalah seperti berikut

1) Pedal brek
2) Silinder induk (master cylinder)
3) Saluran paip brek (brake pipe line)
4) Silinder roda (wheel cylinder)
5) Angkup brek (brake caliper)

Master Cylinder / Silinder Induk

Silinder induk dibina dalam dua bahagian utama iaitu takungan dan satu badan silinder
induk.
Takungan disediakan bagi membekalkan bendalir brek untuk mengendalikan sistem brek.
Pada bahagian silinder mengandungi piston yang dipasangkan penyendal utama (primary
rubber cup) dan penyendal pendua (secondary rubber cup).
Spring dipasang di hujung piston bagi membolehkan piston kembali ke asal selepas
membrek.
Injap pampasan(check valve) pula dipasang dihujung silinder bagi mengekalkan tekanan
didalam paip brek.
Dua liang keluaran disambungkan keroda menggunakan saluran paip brek.Satu gelang snap
dipasang supaya dapat menahan komponen dalam silinder dari keluar Dibahagian luarnya
pula terdapat pengadang habuk (dust cover) untuk mencegah kekotoran daripada masuk ke
dalam silinder.
Rod tunjal digunakan untuk menyambungkan tekanan dari pedal ke silinder induk.

4
UNIT MEKANISASI AGRO

SALURAN PAIP BREK(BRAKE PIPE LINE) DAN HOS BOLEH LENTUR(FLEXIBLE


HOSE)
Paip brek dan hos boleh lentur dipasangkan pada sistem brek adalah untuk menghantar
cecair yang bertekanan tinggi ke angkup brek (caliper) dan silinder roda (wheel cylinder).
Umumnya hos boleh lentur dipasang pada roda hadapan.Ini disebabkan roda hadapan
bergerak turun dan naik.
Oleh kerana bendalir brek beroperasi dalam tekanan yang tinggi,paip dan hos brek mestilah
diperbuat dari bahan yang bermutu tinggi bagi mengelakkan kebocoran.
Paip brek diperbuat daripada steel tube yang dapat menahan karat dan tekanan tinggi.
Manakala hos boleh lentur diperbuat daripada getah campuran yang bermutu tinggi.

ANGKUP BREK(BRAKE CALIPER)

Angkup brek biasanya mempunyai dua jenis iaitu :-


1. Angkup tetap (fix caliper )

5
UNIT MEKANISASI AGRO

Jenis angkup tetap biasanya mempunyai 2 atau 4 piston yang dipasang secara
bertentangan antara satu sama lain.
Tiap-tiap silinder terdapat satu sesendal (seal).
Sesendal ini berfungsi untuk menghalang minyak brek keluar dari silinder dan bersifat
menarik balik piston ke tempat asal bagi menyediakan satu kelegaan larian antara pad
dengan permukaan disk.

2. Angkup apungan (floating caliper)

Angkup jenis apungan (floating) mempunyai satu piston sahaja,tetapi saiznya agak besar
dari saiz piston yang digunakan pada angkup tetap.
Angkup brek biasanya digunakan bagi brek jenis disk (piring)

6
UNIT MEKANISASI AGRO

CECAIR BREK

Sistem brek merupakan satu sistem keselamatan yang penting bagi sesebuah
kenderaan. Pemeriksaan level atau kuantiti kandungan cecair brek merupakan satu
perkara penting dan ianya mudah dilakukan. Cecair brek disimpan dalam
reservoir/takungan yang mana dipasang diatas selinder induk ( master cylinder ). Setiap
kali kita buka hood (bonet depan) kita akan nampak reservoir cecair brek ini.

Semejak tahun 1980, telah terdapat banyak reservoir cecair brek dibuat daripada plastik
lut cahaya (translucent plastic). Oleh itu untuk pemeriksaan level/paras cecair boleh
dilakukan melalui badan reservoir tanpa membuka penutupnya. Biasanya pada badan
reservoir telah ditandakan dengan perkataan FULL and ADD or MAX and MIN.

Semua cecair brek diklaskan oleh Department of Transportation (DOT) dan ditanda
dengan nombor DOT 3, 4 dan 5. Dalam pemilihan cecair yang betul kepada sesebuah
kenderaan tidak berpandu kepada DOT 3 adalah bagus, DOT 4 adalah lebih bagus dan
DOT 5 yang paling bagus. Dalam pasaran domestic lebih ditentukan DOT 3 dan DOT 4
lebih sesuai untuk kenderaan tetapi syarikat FORD menamakan DOT 3 sebagai heavy-
duty variation kerana pembuatannya lebih bermutu tinggi.
Dari segi Proses pembuatan, DOT 3 dan DOT 4 dipangil cecair polyglycol. DOT 5 lebih
kepada silikon. Dalam sektor pembuatan kereta sekarang tidak terdapat sistem brek
yang sesuai dan menepati ciri-ciri untuk DOT 5 . Walaubagaimanapun,ketiga jenis cecair
brek ini adalah sesuai untuk sistem brek tetapi tidak boleh dicampurkan di dalam satu-
satu sistem brek.
Cecair brek ini perlu ditukar setiap 18-24 bulan atau diantara 30000 km ke 40000 km.

7
UNIT MEKANISASI AGRO

CIRI-CIRI BENDALIR BREK

i. TIDAK BOLEH DIMAMPAT


ii. TIDAK BERBUIH
iii. TIDAK TERPELUWAP APABILA SUHU TNGGI
iv. TIDAK MENGHAKIS BAHAGIAN LOGAM
v. TIDAK MENGERASKAN DAN MENGLEMBUTKAN BAHAN BREK SEPERTI YANG
DIPERBUAT DARIPADA GETAH.
vi. BERTINDAK SEBAGAI BAHAN PELINCIR
vii. TIDAK MENGARATKAN KOMPONEN BREK
viii. TIDAK MUDAH BEKU

SIFAT-SIFAT BENDALIR BREK

i. TIDAK BERBUIH
ii. TIDAK BOLEH DIMAMPATKAN
iii. TIDAK MENGARATKAN KOMPONEN BREK
iv. TIDAK BERTINDAK PADA GETAH SISTEM BREK
v. TIDAK MUDAH JADI WAP/SUHU DIDIH TINGGI
vi. TAHAN HABA.

8
UNIT MEKANISASI AGRO

Brek Jenis Gelendong / Drum

a) Brek jenis gelondong biasanya digunakan pada brek belakang kenderaan yang
diadukan dengan brek disk sebelah hadapannya.
b) Kereta lama biasanya gunakan keempat-empat brek gelendong
c) Brek ini memberhentikan pusingan gelendong dan roda melalui geseran di antara
alas brek gelendong.

d) Permukaan drum licin dan rata.Lining brek dipasang pada kekasut supaya dapat
bergesel dengan drum.
e) Diantara kekasut brek terdapat silinder roda (wheel cylinder) yang akan menolak
kekasut brek supaya bersentuhan dengan drum brek.
f) Terdapat juga komponen-komponen lain seperti:-
Spring kembali (return spring ) - bertindak sebagai menarik kekasut brek ketempat
asal selepas pedal brek dilepaskan.
Pelaras untuk melaras kelegaan antara lining dengan permukaan drum atau untuk
membuat perlarasan hand brek.
Cemat pengunci untuk menetapkan/mengunci kedudukan kekasut brek pada backing
plat

9
UNIT MEKANISASI AGRO

Selinder Roda / wheel cylinder

Ia digunakan dalam brek hidraul. Ia mengembangkan kekasut brek keluar untuk membuat
sentuhan dengan gelendong, tekanan ini akan dikenakan apabila pedal brek diinjak. Didalam
silinder roda terdapat satu atau 2 piston dengan mangkuk getah(rubber cup).
Diantara piston tersebut dipasang spring. Spring ini akan mengembalikan semula piston
ketempat asal selepas beroperasi. Pada silinder juga terdapat skru penjujus (bleeding
screw) untuk tujuan membuang udara yang terperangkap dalam sistem brek. Pengadang
habuk (dust cover) dipasang dibahagian luar silinder bagi mengelakkan kekotoran masuk
kedalam silinder. Silinder roda (wheel cylinder) biasanya digunakan untuk brek jenis
gelendung (drum).

10
UNIT MEKANISASI AGRO

Lining Brek

Lining brek dipasang pada kekasut brek(brake shoe) dengan menggunakan 2 kaedah iaitu
dengan cara dirivet dan menggunakan gam yang tahan panas.
Lining brek diperbuat daripada asbestos yang boleh tahan panas dan geseran

Susunan Lining Brek

Bagi roda yang menggunakan jenis brek drum biasanya menggunakan 2 lining yang
dipanggil lining primer dan lining sekunder atau kedua-duanya sekunder.
Susunan lining brek primer dan sekunder menggunakan satu silinder roda yang dipasang
ditengah-tengah antara lining primer dan sekunder.
Apabila pedal brek ditekan piston dalam silinder roda akan menolak lining brek dan
bersentuh dengan permukaan drum.
Lining brek primer biasanya mengalami tekanan yang lebih dari brek lining sekunder.Ini
menyebabkan lining brek primer cepat menjadi nipis.
Jenis ini biasanya digunakan pada roda belakang,keupayaan membrek agak lemah jika
dibandingkan dengan dua lining sekunder.

Manakala jenis dua lining brek sekunder menggunakan 2 silinder roda yang berasingan
pada satu roda beserta dengan unit pelaras pada setiap lining brek.
Kedua-dua lining brek bergerak mengikut arah pusingan gelendung,dengan ini akan
menyebabkan kuasa membrek yang lebih mencengkam.
Kelemahan jenis ini ialah kedua-dua lining brek akan bertindak sebagai lining brek primer
semasa kenderaan mengundur.

11
UNIT MEKANISASI AGRO

Drum / Gelendung

Diperbuat daripada besi tuangan dan aluminium atau besi tuangan dan keluli.Besi tuangan
digunakan sebagai permukaan dalam drum sahaja.
Kebanyakkan drum brek sekarang menggunakan jenis besi tuangan dan keluli.Ini adalah
kerana keluli lebih teguh dan besi tuang pula tahan dan bermutu tinggi dan dapat
mengalirkan haba dengan cepat.
Semasa brek beroperasi drum akan menjadi panas,unutk mengalirkan haba yang terbentuk
itu ke udara biasanya permukaan luar drum dibuat bersirip(tidak pada semua kenderaan)
dan rim roda yang berlubang digunakan.

12
UNIT MEKANISASI AGRO

Brek Jenis Disk

Biasanya digunakan ke atas roda hadapan pada kebanyakan kereta dan ke empat-empat
roda bagi sesetengah kereta. Satu disk dipasang ke hab roda dan berputar sekali dengan
tayar dan roda. Apabila pemandu mengenakan brek, tekanan hidraul daripada selinder induk
digunakan untuk menolak lapik geseran ( pad ) melawan gerakan rotor kemudian
memberhentikannya.

Binaan Disk / Piring

Brek disk mempunyai permukaan yang licin pada kedua-dua belah permukaannya.
Biasanya diperbuat dari besi tuangan. Ada juga yang dibuat padu dan ada yang dibuat
bersirip pendingin diantara permukaan brek

13
UNIT MEKANISASI AGRO

Pad brek

Pad brek digunakan bagi mencengkam disk semasa kenderaan bergerak.


Pad brek biasanya diperbuat daripada campuran asbestos,logam lembut dan damar.

14
UNIT MEKANISASI AGRO

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BREK JENIS DISK

Kebaikan

i. Tiada perlarasan perlu dibuat keatas pepasangan brek disk


ii. Masalah brake fade dapat dikurangkan
iii. Senang untuk membuat pemeriksaan

Keburukan

i. Berkehendakkan tekanan yang tinggi jika sistem servo unit rosak

15
UNIT MEKANISASI AGRO

BREK TANGAN ( HAND BRAKE )

Juga disebut brek kecemasan atau parking brake.Ia digunakan apabila kenderaan telah
diberhentikan atau kenderaan akan ditinggalkan di tempat letak kereta.
Ini bertujuan bagi memastikan kenderaan tersebut tidak akan bergerak dan berada dalam
keadaan selamat.
Selain dari itu brek tangan berfungsi sebagai membantu memberhentikan kenderaan
seandainya sistem brek hidraulik kurang berfungsi.Amalan ini tidak harus diamalkan,hanya
sekadar waktu kecemasan sahaja.

Brek tangan terdiri daripada tiga unit penting iaitu:-

1. Unit ratchet
2. kabel keluli boleh lentur
3. Unit gesel brek

16
UNIT MEKANISASI AGRO

KENDALIAN BREK TANGAN (HAND BRAKE)


Brek tangan dikendalikan secara mekanikal. Apabila lengan tuil ditarik,kabel akan menarik
gesel brek digelendung (drum) .
Ini menyebabkan gesel brek keluar gesel dan menekan permukaan gelendung (drum).Ini
akan menyebabkan roda tidak bergerak lagi

17
UNIT MEKANISASI AGRO

BREK BOOSTER (SERVO)

Brek booster(servo) digunakan sebagai bantuan kepada sistem brek hidraulik.Di pasang
bersama selinder induk / master pump dan disambung terus ke pedal brek. Merupakan
sebagai alat penggalak kepada sistem brek bagi memberikan kecekapan yang lebih
tinggi.Brek servo digunakan untuk mempertingkatkan daya membrek hasil dari tekanan
pedal brek yang sedikit.Keistimewaan brek jenis ini ialah pemandu tidak perlu menekan
pedal brek dengan kuat untuk menghasilkan tekanan yang tinggi dalam sistem brek.
Beroperasi dengan dibantu oleh kuasa vakum dari enjin.

Terdapat 3 jenis sistem brek booster(servo) yang biasa digunakan iaitu:

1. Jenis Vacum
Menggunakan vacuum(hampagas) yang diperolehi dari intake manifold(pancarongga
masuk) atau menggunakan vacuum pump dan disambung pada brek booster.

Bagi kenderaan yang menggunakan enjin diesel kebiasaanya ada yang pam jenis elektikal

18
UNIT MEKANISASI AGRO

atau mekanikal untuk mendapatkan vacuum. Pam vacuum elektrikal dipandu oleh motor
elektrik.Satu suis terdapat di brek booster untuk memberi isyarat sekiranya tahap vacuum
rendah.Jika pam rosak,sw akan menunjukkan isyarat (lampu menyala pada dashboard)
Manakala vacuum yang menggunakan pam jenis mekanikal dikendalikan dengan
menggunakan talisawat.

2. Jenis tekanan angin


Menggunakan angin yang diperolehi dari air compressor.Biasanya digunakan pada
kenderaan berat,truck ,bas dan lain-lain

3. Jenis Hidraulik
Biasanya pada kenderaan kecil seperti lori-lori kecil.Tenaga hidraulik biasanya diperolehi dari
power steering pump.
Cara lain tenaga hidraulik diperolehi ialah dengan menggunakan pam motor elektrik hidraulik
yang khas untuk brek booster.

19
UNIT MEKANISASI AGRO

PRINSIP ASAS BREK BOOSTER


Gegendang dipasang disekeliling perumah , gegendang membahagikan perumah kepada
dua bahagian. Apabila pedal brek dilepaskan vakum akan wujud dikedua-dua bahagian
dalam perumah. Bila pedal brek ditekan , injap udara (air valve) akan terbuka dan
membenarkan udara disekeliling masuk kebahagian belakang gegendang itu, vakum control
valve tertutup dengan itu vakum dapat dikekalkan dalam perumah
Udara yang masuk akan menolak gegendang kehadapan. Dengan itu wujud satu daya
pergerakan kehadapan dan seterusnya menolak piston ke master cylinder. Perbezaaan yang
sedikit sahaja sudah cukup untuk mewujudkan daya pergerakan

BINAAN BREK BOOSTER VACUUM (SINGLE DIAPHRAGM)


Ia mengandungi 2 bahagian sheel (kelompang)yang diikat bersama pada bahagian luarnya
Bahagian sheel hadapan mengandungi vacumm check valve. Vacuum akan masuk ke brek
booster (power head) melalui injap ini. Injap ini bertujuan untuk menyimpan vacuum dalam
brek booster.
Sekiranya berlaku gangguan pada punca bekalan vacuum, sebagai contoh jika enjin pegun
brek masih boleh berfungsi dalam keadaan yang baik (pedal brek ringan)
Brek booster masih lagi boleh membantu sistem brek membrek 2 hingga 3 kali sehingga
vacuum didalamnya sudah habis.
Plate gegendang dipasang bersama valve rod dan control valve
Hidraulik push rod dan reaction disc dipasang berasingan. Hydraulic push rod digunakan
untuk menolak primary piston pada master pump

20
UNIT MEKANISASI AGRO

OPERASI BREK BOOSTER VACUUM (SINGLE DIAPHRAGM)


Vacuum dibekalkan dari sheel bahagian hadapan melalui check valve
Bila pedal brek dilepaskan , kedudukan control valve akan mengelakkan udara daripada
masuk ke sheel bahagian belakang
Return spring menyebabkan diphragm berada di sheel bahagian belakang

Apabila pedal brek ditekan , valve rod bergerak ke hadapan. Ini menyebabkan valve
menutup vacuum dari masuk ke sheel bahagian belakang.
Pada masa yang sama control valve membenarkan udara sekeliling masuk ke sheel
bahagian belakang. Tekanan udara yang masuk akan menolak diphragm ke hadapan
manakala vacuum yang berada didalam sheel hadapan akan membantu menarik diphragm
ke hadapan juga. Pergerakan diaphragm ke hadapan akan menggerakkan push rod untuk
menolak piston di master cylinder. Dengan itu brek akan berfungsi.

BREK ANTIKUNCI (ABS ANTILOCK BRAKE SYSTEM)

Ia menggunakan sensor yang dipasang pada setiap roda.Dalam sistem ini,sensor pada roda
akan menghantar isyarat ke ECU tentang kelajuan pusingan roda.
Bila brek ditekan, ECU akan mengesan jika terdapat roda yang perlahan terlalu cepat dan
berkemungkinan terkunci.
ECU akan mengeluarkan isyarat untuk menggerakkan injap soleniod hidraulik bagi
mengurangkan tekanan brek ke atas roda tersebut.Ini dapat mengstabilkan pergerakan roda
daripada tergelincir semasa brek ditekan secara mengejut.

21
UNIT MEKANISASI AGRO

KAEDAH MENJUJUH BREK ( BLEEDING BRAKE )

*Sistem brake hydraulik mestilah dijujuh bila sesuatu paip sambungan ditanggalkan atau
dimasuki angin.

1) Tanggalkan penutup takungan bendalir brek dan isikan dengan bendalir brek yang
disyorkan sehingga paras MAX.
2) Mulakan menjujuh pada selinder roda yang paling jauh daripada master pump dan
diikuti kepada yang paling hampir.
3) Bersihkan skru penjujuh pada silinder roda/angkup brek dari segala
kotoran.Masukkan paip vinyl pada skru penjujuh dan hujung satu lagi pada bekas
botol yang diisi dengan bendalir brek.
4) Dapatkan bantuan rakan untuk menekan brake pedal dua atau tiga kali.Dengan
brake pedal ditekan sepenuhnya, longgarkan skru penjujus untuk mengeluarkan
udara di dalam sistem.
5) Ketatkan skru penjujuh dengan segera sebelum brake pedal telah dilepaskan
6) Biarkan brake pedal kembali ke kedudukan asal dengan skru penjujus ditutup.
7) Ulang langkah 3 hingga 5 sehingga tiada lagi gelembung-gelembung udara di dalam
paip vinyl.
8) Tekan dan lepaskan brake pedal beberapa kali kemudian periksa kebocoran pada
setiap penyambungan.

22

You might also like