Teks Pengerusi Majlis Sanjungan Budi Pn. Norhayati Mamat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH PN.

NORHAYATI MAMAT, GPK PENTADBIRAN SK ALOR GAJAH 1


Tarikh : 14 Julai 2016

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


PEMBACA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ketibaan Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum wbt
Tetamu
Salam 1 Malaysia Salam Melaka Negeriku Sayang
Negeri Bandar Teknologi Hijau.Salam Melaka Maju
Fasa Kedua.. Mendidik Dengan Hati Dengan Penuh
Integriti

Yang Berbahagia
TN. HJ. AZMAN B. HJ. ABD. GHANI
YDP PIBG SK ALOR GAJAH 1
Yang Berusaha,
PN.HJH NORMAH BINTI ISMAIL
- GURU BESAR SK ALOR GAJAH 1

Yang Diraikan
PN. NORHAYATI MAMAT
PN. ILYANI ABDUL HAMID
PN. NOOR SAADAH JAFFAR

Yang Dihormati,

PN SHAMSINAH BINTI HAJI JAMIL


-GPK HAL EHWAL MURID

EN SAHAROM BIN OTHMAN


-GPK KOKURIKULUM

Dan seterusnya barisan guru-guru yang dihormati


seluruhnya.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran setulus


hati kerana kita semua dapat berkumpul bersama-
sama pada hari ini bagi menjayakan Majlis Sanjungan
Budi, Lambaian Kasih Sempena Persaraan Pn.
Norhayati Mamat, & Perpisahan Pn. Ilyani Abdul Hamid
dan Pn. Noor Saadah bt. Jaffar

Bacaan Doa Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Rosli bin Hashim.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Ustaz Rosli bin Hashim atas
bacaan doa itu tadi.

Mawar merah mekar setaman,


Ucapan YDP Petik setangkai tertikam duri;
PIBG Acara majlis kita teruskan,
Segala pesanan pendinding diri.

Hadirin yang dihormati,


Seterusnya pula, majlis dengan hormatnya
mempersilakan Yang Berbahagia TN. HJ. AZMAN BIN
ABDUL GHANI, YANG DIPERTUA PIBG SK ALOR
GAJAH 1 untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan
########################

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


ucapan yang telah disampaikan.

Ucapan GB Hadirin yang dihormati,


Seterusnya pula, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan,
YANG BERUSAHA PN. HJH NORMAH BINTI ISMAIL
- GURU BESAR SK ALOR GAJAH 1
untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan
########################
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas
kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Ucapan Yang Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan


Diraikan : iaitu ucapan daripada
Pn. Norhayati YANG DIRAIKAN PN. NORHAYATI MAMAT
Mamat Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput
dan mempersilakan.
########################
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan
kepada Yang Diraikan atas ucapan itu tadi.

Persembahan Para Hadirin yang kami muliakan,


Multimedia
dan Biodata Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Pn. Norhayati Itu adat, itu lumrah kehidupan
Mamat Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan


persembahan multimedia sempena persaraan Yang
Diraikan PN. NORHAYATI BT. MAMAT
########################
Begitulah sebentar tadi dapat kita saksikan
persembahan multimedia sempena persaraan Yang
Diraikan PN. NORHAYATI BT. MAMAT. Terima kasih
kepada JK Multimedia yang telah menjayakan
persembahan tersebut.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Diraikan PN.


Upacara NORHAYATI BT. MAMAT diiringi barisan pentadbir
Pemotongan untik memotong kek yang disediakan. Jika ada
kek Majlis mempersilakan

########################

Begitulah sebentar tadi dapat kita saksikan upacara


pemotongan kek sempena persaraan Yang Diraikan
PN. NORHAYATI BT. MAMAT

Penyampaian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian


cenderamata hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-
kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan PN. SHAMSINAH BT.
JAMIL, GPK Hal Ehwal Murid mengiringi Yang Berusaha
PN. HJH. NORMAH BT. ISMAIL untuk
menyempurnakan penyampaian cenderamata.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata


daripada

(Rujuk JK Hadiah)

###################

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


penyampaian cenderamata itu tadi.

Jamuan Seterusnya majlis dengan hormatnya


mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan untuk
menjamu selera. Dipersilakan.

Penutup Tuan-tuan dan puan-puan


Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk Cikgu Norhayati Mamat.

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih


kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis
Sanjungan Budi, Lambaian Kasih ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh

You might also like