Buku Disiplin Pelajar 2011

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 38

Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar

Maktab Rendah Sains MARA

Unit Kebajikan & Disiplin


Cawangan Hal Ehwal Pelajar
Bahagian Pendidikan & Latihan
(Menengah)
MARA

setakat 9 Mac 2007


KANDUNGAN

1. Bahagian I
: Pendahuluan 3
2. Bahagian II
: Matlamat & Etika Pelajar 5
3. Bahagian III
: Peraturan Disiplin Pelajar 6
4. Bahagian IV
: Dendaan & Hukuman 9
5. Bahagian V
: Pengurusan Disiplin &
Tatatertib Pelajar 10
6. Bahagian VI : Organisasi Pengurusan Disiplin 13

Senarai Lampiran

A : [Tahanan Dalam Maktab Tidak Melebihi 6 Minggu] 23


B : [Tahanan Dalam Maktab Tidak Melebihi 4 Minggu] 24
C : [Tatacara/Panduan Merotan & Proses Rayuan] 25
D : [Surat Pemberitahuan Hukuman Ke Atas
Tindakan Tatatertib] 26
E : [Surat Pertuduhan Pelanggaran Disiplin] 27
F : [Senarai Tugas Pengerusi & Setiausaha Dalam
JPPM, JDM, JDRM, JDB & JRB] 28
G : [Surat Perjanjian Berkelakuan Baik] 29
H : [Minit Mesyuarat JDM/JDRM] 30
I : [Contoh Sinopsis Kes Disiplin] 31
J : [Laporan Pengaduan / Tertuduh / Mangsa / Saksi] 32
K : [Laporan Penyiasatan] 33
L : [Proses Pengurusan Kes Disiplin Pelajar MRSM] 34

2
PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR
MAKTAB RENDAH SAINS MARA

Bahagian I : Pendahuluan

1. Nama dan berkuat kuasa

Peraturan-peraturan ini boleh dinamakan Panduan Pengurusan Disiplin


Pelajar Maktab Rendah Sains MARA dan hendaklah berkuat kuasa pada 1
Januari 2006.

2. Pemakaian

Panduan Pengurusan hendaklah diguna pakai bagi semua pelajar MRSM.

Pelanggaran mana-mana peruntukan ini, akan mengakibatkan seseorang itu


boleh dikenakan tindakan tatatertib.

3. Tafsiran

Dalam Panduan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang


lain:

Badan Wakil Pelajar (BWP) ertinya Badan Wakil Pelajar Maktab Rendah
Sains MARA.

Barang atau Harta Maktab ertinya benda kepunyaan/milik/di bawah


kawalan Maktab Rendah Sains MARA.

Dadah ertinya sebarang jenis dadah atau bahan yang pada masa ini
disenaraikan dalam Jadual Pertama di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952
(Akta 234).

Guru ertinya guru Maktab Rendah Sains MARA.

Guru Kanan ertinya guru kanan subjek atau ketua unit subjek berkenaan.

Jawatankuasa Rayuan Bahagian (JRB) ertinya Jawatankuasa Rayuan di


Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) yang berfungsi
mempertimbangkan rayuan disiplin yang dirujuk oleh Jawatankuasa Disiplin
Bahagian.

Jawatankuasa Disiplin Bahagian (JDB) ertinya Jawatankuasa Disiplin di


Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) yang berfungsi mengawal
tatatertib dan disiplin pelajar MRSM.

Jawatankuasa Disiplin & Rayuan Maktab (JDRM) ertinya Jawatankuasa


Disiplin & Rayuan Pelajar Maktab Rendah Sains MARA.

Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) ertinya Jawatankuasa Disiplin


Maktab Rendah Sains MARA.
3
Jawatankuasa Penguatkuasaan Peraturan Maktab (JPPM) ertinya
Jawatankuasa Penguatkuasaan Peraturan Maktab Rendah Sains MARA.
Judi ertinya aktiviti yang melibatkan apa-apa permainan beradu nasib, atau
gabungan beradu nasib dan kemahiran, bagi wang atau nilai wang, dan
termasuklah apa-apa pertagangn, apa-apa pertaruhan atau apa-apa loteri.

Kaunselor ertinya Kaunselor Maktab Rendah Sains MARA.

Ketua Warden ertinya Ketua Warden Maktab Rendah Sains MARA.


MARA ertinya Majlis Amanah Rakyat yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis
Amanah Rakyat 1966.

Ketua Jabatan (KJ) ertinya Ketua Jabatan Sains atau Ketua Jabatan
Matematik atau Ketua Jabatan Bahasa atau Ketua Jabatan Pengajian Am.

Minuman keras ertinya apa-apa minuman yang memabukkan, samada atau


tidak mengandungi kekuatan alkohol.

Ketua Seksyen (KS) ertinya Ketua Seksyen Bahagian Pendidikan & Latihan
(Menengah) MARA.

Ketua Penolong Pengarah (KPP) ertinya Ketua Penolong Pengarah


Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA.

Pelajar ertinya pelajar yang mendaftar di Maktab Rendah Sains MARA.

Pengarah Pendidikan & Latihan (Menengah) ertinya Pengarah Bahagian


Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA.

Pengetua ertinya Pengetua Maktab Rendah Sains MARA.

Penolong Pengetua (HEP) ertinya Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar


Maktab Rendah Sains MARA.

Penolong Pengetua (HEA) ertinya Penolong Pengetua Hal Ehwal


Akademik Maktab Rendah Sains MARA.

Penasihat Homeroom ertinya guru penasihat kepada homeroom pelajar.

4. Pihak Maktab melalui MARA berhak pada bila-bila masa untuk membuat
sebarang pindaan dan/atau penambahan yang difikirkan perlu kepada
peraturan dan yang mana pindaan dan/atau penambahan ini hendaklah
dianggap sesagai sebahagian daripada peraturan ini.

Bahagian II : Matlamat & Etika Pelajar


4
1. Matlamat

Matlamat Peraturan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA adalah untuk:-

1.1 Mewujudkan persekitaran persekolahan dan pembelajaran yang selamat,


bersih, segar, kemas dan prihatin kepada tanggung-jawab diri dan sosial
pelajar;

1.2 Membantu pelajar menguruskan diri dan masa dengan berkesan; dan

1.3 Membina budaya kerja yang cemerlang dan berakhlak mulia.

2. Etika Pelajar

2.1 Kepercayaan Kepada Tuhan

Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan


sebagai seorang pelajar yang percaya kepada Tuhan dan bersyukur atas
segala kemudahan dan nikmat yang dikurniakan.

2.2 Bersopan Dan Bertatasusila

Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai


seorang pelajar yang bersopan santun, berpekerti mulia, berbudi bahasa,
menghormati ibu bapa, guru-guru, ketua dan rakan-rakan.

2.3 Kepatuhan Kepada Undang-Undang

Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai


seorang pelajar yang berdisiplin dan menghormati Peraturan & Undang-
Undang, Agama, Maktab dan Negara.

2.4 Menghormati Masa Dan Tanggungjawab

Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan


sebagai seorang pelajar yang menepati masa, rajin dan bersungguh-
sungguh dalam melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab.

2.5 Mementingkan Kesihatan Dan Kebersihan

Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan


sebagai seorang pelajar yang bersih, sihat, kemas, berwibawa,
berketrampilan, menghargai kebersihan dan mencintai alam sekitar.

2.6 Berfikiran Positif Dan Bercita-cita Tinggi

Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan


sebagai seorang pelajar yang yakin kepada kebolehan diri sendiri, tidak
mudah putus asa, berpandangan jauh, berjiwa besar, patriotik, dinamik,
berdaya saing dan bercita-cita tinggi.

5
Bahagian III : Peraturan Disiplin Pelajar

Pada bila-bila masa pelajar dilarang atau ditegah daripada melakukan atau terlibat
atau membiarkan dirinya terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam apa jua
perbuatan atau aktiviti yang boleh ditafsirkan atau dibuktikan sebagai kesalahan
disiplin pelajar atau melanggar Tatatertib dan Peraturan Disiplin seperti yang telah
ditetapkan atau diwartakan oleh pihak Maktab.

1. Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat

a. Berkahwin.
b. Berzina.
c. Mengandung atau mempunyai anak.
d. Melanggan pelacur atau melacur atau menjadi bohsia atau bohjan atau
pondan atau melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak bermoral.
e. Mengadakan hubungan seks luar tabii seperti liwat, seks oral, lesbian
atau homoseksual.
f. Merogol atau melakukan paksaan seksual terhadap orang lain.
g. Mencabul kehormatan orang lain.
h. Menyebabkan kematian secara sengaja atau tidak sengaja dengan
senjata atau tanpa senjata.
i. Memukul atau mendera atau menyeksa atau membuli seseorang secara
berkumpulan.
j. Mencederakan atau menyebabkan kecederaan kepada seseorang.
k. Menyimpan atau memiliki atau mengguna atau mengedar atau menjual
sebarang jenis dadah (narkotik).
l. Menyalahgunakan bahan yang boleh mengkhayalkan seperti gam atau
ubat batuk dan seumpamanya.
m. Menyimpan atau memiliki senjata api atau bahan peledak.
n. Cubaan membunuh diri.
o. Merompak atau menyamun.
p. Menganjurkan atau menggerakan atau menghasut orang lain bertindak
ganas atau menunjuk perasaan yang boleh menyebabkan kerosakan
harta benda atau mengancam keselamatan maktab atau awam.
q. Bekerjasama, menjadi ahli atau terlibat dalam pertubuhan haram atau
kongsi gelap.
r. Melibatkan diri dalam kumpulan-kumpulan Black Metal, Skin Head, Punk
dan Cyber Cafe serta lain-lain kumpulan yang menjalani aktiviti-aktiviti
yang bersamaan dengan kumpulan-kumpulan ini.
s. Menulis atau mengeluarkan kenyataan yang mencemarkan imej MARA
sama ada melalui media cetak atau media elektronik.
t. Sebarang tingkahlaku atau perlakuan yang boleh menjatuhkan imej
MARA yang bersabit dengan kesalahan sivil/jenayah oleh pihak
berkuasa.
u. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
v. Memukul guru.
w. Mengancam guru atau Pengetua.

6
x. Mengancam pelajar lain ancaman yang serius dan merbahaya.
y. Mengambil dadah.
z. Berjudi.
aa. Meminum minuman keras atau memabukkan di dalam kawasan Maktab.
bb. Masih melebihi tiga kali membantah hukuman Pengetua.
cc. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang di Malaysia.
dd. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan
menimbulkan kacau-bilau dan perpecahan kaum.
ee. Melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan politik anti-
kerajaan samada dengan menghadiri perhimpunan haram, tunjuk
perasaan, memiliki dan memperdengarkan pita pidato anti-kerajaan,
menampal dan mengedarkan poster dan risalah untuk pertubuhan dan
pemimpin politik bukan kerajaan dan lain-lain aktiviti seumpamanya.
ff. Melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan ala-gangster,
gangster, keganasan dan lain-lain aktiviti atau kegiatan yang
seumpamanya.
gg. Melakukan Kesalahan Disiplin Kategori Berat kali ke - 2.
hh. Melanggar pereturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut
budi bicara Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang amat berat.

2. Kesalahan Disiplin Kategori Berat

a. Menyimpan atau memiliki atau menghisap atau mengguna atau


mengedar atau membekal atau menjual sebarang jenis bahan
tembakau.
b. Menyimpan atau memiliki atau mengguna atau mengedar atau
membekal atau menjual sebarang jenis minuman beralkohol.
c. Menyimpan atau memiliki atau mengguna atau mengedar atau menjual
sebarang senjata atau pisau atau alatan atau mercun atau bahan kimia
yang boleh membahayakan orang lain.
d. Mencipta atau melayari atau menyiar atau mencetak atau menyebar
atau menyimpan maklumat atau dokumen atau laman web atau SMS
yang mengandungi bahan lucah atau ganas atau tidak bermoral.
e. Memeras ugut atau apa jua tindakan yang boleh ditakrifkan sebagai
peras ugut dengan menggunakan sesuatu ancaman atau tekanan
keselamatan kepada sesuatu pihak.
f. Berjudi atau terlibat dalam kegiatan perjudian atau loteri atau pertaruhan
wang dan sebagainya.
g. Berkhalwat atau berpasangan dalam keadaan bercumbu-cumbuan atau
sumbang atau mencurigakan.
h. Memecah atau menceroboh masuk sesuatu premis dan mencuri harta
benda atau wang atau maklumat atau dokumen dan sebagainya.
i. Keluar dari kawasan maktab tanpa kebenaran.
j. Memukul atau mendera atau menyeksa atau membuli seseorang secara
perseorangan.
k. Bergaduh sehingga membawa kecederaan.
l. Mencuri atau mengambil harta benda atau wang atau maklumat atau

7
dokumen kepunyaan orang lain yang bernilai melebihi RM50.00 (RM:
Lima Puluh Sahaja).
m. Memalsukan tandatangan atau dokumen atau maklumat.
n. Melakukan apa jua aktiviti yang boleh ditakrifkan sebagai perlakuan
gangguan seksual.
o. Mencederakan diri sendiri.
p. Membawa atau memakan atau menjamu makanan yang tidak halal di
kawasan maktab.
q. Memperagakan imej diri negatif yang bertentangan dengan peraturan
dan budaya maktab seperti bertatoo atau bertindik di hidung atau lidah
dan seumpamanya.
r. Menceroboh asrama puteri oleh pelajar putera dan sebaliknya.
s. Mengunjungi pusat hiburan seperti disko atau karaoke dan
seumpamanya.
t. Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak Maktab.
u. Sengaja merosakkan harta kerajaan/Maktab.
v. Mencuri.
w. Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada guru
atau Pengetua.
x. Melakukan kesalahan Disiplin Kategori Sederhana kali ke - 2.

3. Kesalahan Disiplin Kategori Sederhana

a. Menceroboh kawasan akademik atau pentadbiran atau kolam renang


dan sebagainya pada waktu larangan.
b. Menceroboh kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan
seperti tangki air, loji kumbahan, jana kuasa elektrik atau rumah pam.
c. Mencuri atau mengambil dokumen atau harta benda atau wang bernilai
RM50.00 (RM: Lima Puluh Sahaja) dan ke bawah.
d. Merosakan atau menyalahgunakan alatan atau kemudahan maktab atau
kemudahan awam atau orang lain.
e. Bergaduh.
f. Biadab atau berkelakuan tidak sopan terhadap pelajar lain atau guru
atau kakitangan atau tetamu sehingga boleh menjejaskan nama baik
individu atau maktab.
g. Mengintai pelajar atau guru atau kakitangan atau tetamu.
h. Menyalahgunakan ubat-ubatan untuk tujuan selain daripada rawatan
penyakit.
i. Ingkar keputusan atau arahan guru atau pihak-pihak lain yang
menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
j. Menipu atau meniru dalam sesuatu ujian atau peperiksaan.
k. Menyalahgunakan nama atau jawatan seseorang seperti pengetua atau
guru atau pegawai kerajaan.
l. Mengambil bahagian dalam perhimpunan haram.
m. Melindungi seseorang yang disyaki bersalah seperti menyembunyikan
maklumat atau penyaksian atau enggan memberi kerjasama.

8
n. Bersubahat atau membantu seseorang melakukan kejahatan.
o. Fesyen rambut yang keterlaluan seperti punk atau botak atau skin
head atau berwarna.
p. Membawa masuk orang awam ke kawasan maktab tanpa kebenaran.
q. Menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.
r. Ponteng kelas.
s. Melanggar peraturan am atau peraturan tambahan atau peraturan yang
diwartakan melalui unit-unit pentadbiran maktab yang telah diambil
tindakan di peringkat JPPM.

Bahagian IV : Dendaan & Hukuman

Pihak maktab melalui tatacara pengadilan yang telah ditetapkan boleh mengenakan
hukuman atau dendaan yang sesuai dan wajar ke atas seseorang pelajar yang
didapati atau dibuktikan bersalah melanggar peraturan disiplin berdasarkan Buku
Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA seperti berikut:

1. Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat:

a. Laporkan kepada pihak berkuasa polis jika berkaitan.


b. Cadangan Ditamatkan Pengajian dari MRSM dan gantung
persekolahan serta-merta selama 2 minggu.
c. Membayar ganti rugi jika berkenaan.
d. Maklumkan kepada ibu bapa/penjaga.
e. Hantar pelajar balik kepada ibu bapa/penjaga.

2. Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Berat:

a. Laporkan kepada pihak berkuasa polis jika berkaitan.


b. Cadangan Ditamatkan Pengajian dari MRSM dan gantung
persekolahan serta-merta selama 2 minggu;
dan/atau
c. Rotan secara tertutup maksimum sebanyak dua (2) kali;
dan/atau
d. Tahanan dalam maktab selama tidak melebihi enam (6) minggu [Rujuk
Lampiran A].
e. Maklumkan kepada ibu bapa/penjaga.
f. Membayar ganti rugi jika berkenaan.
g. Hantar pelajar balik kepada ibu bapa/penjaga.
h. Dirujuk kepada kaunselor untuk tindakan pemulihan.

3. Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Sederhana:

a. Digantung persekolahan selama tidak melebihi tujuh (7) hari.


dan/atau

9
b. Dikenakan tahanan terhad dalam kawasan Maktab selama tidak
melebihi empat (4) minggu. [Rujuk Lampiran B].
dan/atau
c. Dirotan satu (1) kali secara tertutup.
dan/atau
d. Membayar ganti rugi jika berkenaan.
e. Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga.
f. Dirujuk kepada kaunselor untuk tindakan pemulihan.

5. Secara amnya, bagi maksud memelihara disiplin dan tatatertib pelajar,


Pengetua hendaklah diberi kuasa untuk mengenakan hukuman-hukuman
sebagaimana perlu atau mustahak, dengan syarat :-

a. Hukuman dera atau corporal punishment terhadap pelajar perempuan adalah


dilarang; dan

b. Hukuman dera terhadap pelajar lelaki oleh seseorang guru atau kakitangan
yang lain hendaklah dihadkan dengan pukulan-pukulan dengan rotan kecil ke
atas tapak tangan atau punggung di atas pakaian dan hendaklah dikenakan
hanya oleh Pengetua atau dengan kuasa yang diberikannya dalam sesuatu
kes tertentu; dan

c. Satu rekod mengenai semua hukuman yang dikenakan di bawah perenggan 4


(a) dan 4 (b) di atas hendaklah disimpan rahsia dalam satu borang yang
diluluskan oleh MARA melalui Pengarah Pendidikan & Latihan (Menengah).

6. Pengetua dan guru hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam
melaksanakan tindakan dan hukuman, antaranya :-

a. Elak dan hindarkan diri daripada nafsu marah dan membuat kesimpulan
terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu.
b. Elakkan daripada mengambil tindakan yang pada hemat orang ramai
tidak sesuai berbentuk penyeksaan, cacian di khalayak ramai yang
memberi tekanan dan kesan emosi yang serius atau lain-lain hukuman
liar serta tidak berperikemanusiaan.

Bahagian V : Pengurusan Disiplin & Tatatertib

Pengetua melalui wakilnya atau agensi-agensi yang ditubuhkan adalah


bertanggungjawab sepenuhnya dalam segala urusan pentadbiran disiplin,
peraturan dan keselamatan pelajar. Oleh itu adalah menjadi tugas dan
tanggungjawab setiap guru, kakitangan dan ketua pelajar khasnya dan pelajar
amnya untuk menghormati dan mematuhi peraturan disiplin dan tatatertib yang
ditetapkan dan menguatkuasakan dengan adil dan bersungguh-sungguh mengikut
peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan.

10
1. Tatacara Pengadilan

1.1 Surat Pertuduhan Pelanggaran Disiplin dikeluarkan dan dinyatakan


bahawa pelajar diberi peluang untuk membela diri semasa perbicaraan
dihadapkan Jawatankuasa Disiplin Maktab, JDM & Jawatankuasa
Disiplin Rayuan Maktab, JDRM. [Lampiran E]

1.2 Pelajar yang didapati melakukan kesalahan akan dibicarakan oleh JDM
atau JDRM dan jika sabit kesalahan, mereka akan dihukum mengikut
kesalahan yang dilakukan.

1.3 Pelajar dibenarkan memanggil mana-mana saksi untuk memberi


keterangan.

1.4 JDM atau JDRM boleh menyoal atau memanggil mana-mana saksi
untuk memberi keterangan.

1.5 Sekiranya pelajar ingin mengemukakan rayuan, ia perlu dibuat dalam


masa empat belas (14) hari dari tarikh dimaklumkan hukuman.

2. Pelaksanaan Hukuman & Dendaan

2.1 Setiap kesalahan Kategori Amat Berat, Berat dan Kes Rayuan mestilah
dibincangkan dan diadili oleh Jawatankuasa Disiplin Dan Rayuan
Maktab, JDRM dengan dipengerusikan oleh Pengetua.

2.2 Pihak JDRM tidak boleh menjatuhkan hukuman Ditamatkan Pengajian


kepada pelajar tetapi hanya boleh mencadangkan hukuman tersebut
kepada BPL(M). Cadangan ini kemudiannya akan dibincangkan dalam
mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Bahagian, JDB dan keputusan
muktamad akan dibuat oleh JDB. Cadangan hukuman Ditamatkan
Pengajian mestilah disertakan dengan laporan lengkap dan dihantar ke
Pengarah Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) dalam tempoh
empat belas (14) hari. Laporan tersebut mesti mengandungi perkara
berikut :-

2.2.1 Minit Mesyuarat JDM/JDRM


2.2.2 Laporan Pengaduan.
2.2.3 Laporan Penyiasatan.
2.2.4 Surat Rayuan (jika ada).
2.2.5 Pengakuan Bertulis Tertuduh.
2.2.6 Pengakuan Bertulis Saksi.
2.2.7 Pengakuan Bertulis Mangsa.
2.2.8 Latar belakang Tertuduh (Termasuk Gambar) & Maklumat Ibu
bapa/Penjaga.
2.2.9 Latar Belakang Mangsa
2.2.10 Rekod Disiplin Tertuduh
2.2.11 Rekod Disiplin Mangsa

11
2.2.12 Langkah-Langkah Pemulihan Yang Telah Diambil
2.2.13 Laporan Prestasi Akademik Tertuduh.
2.2.14 Ulasan/Komen Penasihat Homeroom.
2.2.15 Ulasan/Komen Penasihat Guru Subjek.
2.2.16 Ulasan/Komen Penasihat Kaunselor.
2.2.17 Ulasan/Komen Penasihat Ketua Warden/Warden.
2.2.18 Laporan Doktor tentang Mangsa (jika ada).
2.2.19 Salinan Surat Perjanjian Berkelakuan Baik Tertuduh (jika ada).
2.2.20 Dokumen lain sebagai bukti.

2.3 Seorang pelajar yang didapati bersalah dan dikenakan hukuman


cadangan Ditamatkan Pengajian mestilah digantung persekolahannya
bermula dari tarikh hukuman dimaklumkan sehingga mendapat
keputusan muktamad daripada JDB dalam masa tidak lebih empat belas
(14) hari, jika dalam masa empat belas (14) hari berkenaan, pihak JDB
tidak membuat sebarang keputusan, maka pelajar berkenaan hendaklah
dipanggil semula meneruskan pengajiannya dan hukuman gantung
persekolahan yang telah dikenakan hendaklah dianggap terlaksana.

2.4 Bagi kes cadangan Ditamatkan Pengajian, pihak JDRM tidak boleh
menjatuhkan hukuman seperti di Bahagian: IV (Dendaan & Hukuman
ceraian 2c dan 2d). Pihak JDB akan menentukan hukuman yang akan
dikenakan sekiranya cadangan ditamatkan pengajian ditolak.

2.5 Pelajar boleh mengemukakan rayuan terus kepada Jawatankuasa


Rayuan Bahagian (JRB) dalam tempoh empat belas (14) hari daripada
tarikh hukuman dimaklumkan.

2.6 Salinan Surat Pemberitahuan Hukuman Ke Atas Tindakan Disiplin


(Lampiran D) dan Surat Pertuduhan Pelanggaran Disiplin (Lampiran E)
yang diserahkan kepada tertuduh hendaklah juga dihantar kepada Ibu
bapa/Penjaga, Kaunselor dan Penasihat Homeroom.

2.7 Setiap rekod kesalahan, pertuduhan disiplin dan dokumen berkaitan


mestilah difailkan dalam fail Peribadi Pelajar dan fail Rekod Disiplin
Pelajar.

2.8 Ibu bapa/Penjaga pelajar yang tertuduh atau pelajar yang tertuduh
sendiri berhak mengemukakan rayuan. Bagi kes Kesalahan Disiplin
Kategori Amat Berat dan Berat yang melibatkan hukuman
Ditamatkan Pengajian dari MRSM, rayuan hendaklah dibuat terus
kepada JRB dalam tempoh empat belas (14) hari.

2.9 Bayaran ganti rugi kerana kerosakan atau kerugian akibat dari salah
laku yang berkaitan hendaklah dibayar atau ditanggung oleh pelajar.

2.10 Bagi kes kesalahan jenayah berat, pihak Maktab perlu melaporkan
kepada pihak berkuasa polis.

12
BAHAGIAN VI : AM

1. Kes Disiplin yang disiarkan di akhbar

Sekiranya terdapat kes disiplin pelajar yang disiarkan di akhbar, Pengetua


hendaklah menghubungi MARA melalui Pengarah Pendidikan & Latihan (Menengah)
dengan segera.

Pengetua juga hendaklah menyediakan satu laporan khas berkenaan kes


tersebut dan dikemukakan kepada MARA melalui Pengarah Pendidikan & Latihan
(Menengah)

BAHAGIAN VII : ORGANISASI PENGURUSAN DISIPLIN

1. Peringkat Bahagian

1.1 Jawatankuasa Rayuan Bahagian (JRB)

1.1.1 Keahlian

Pengerusi : Pengarah

Pengerusi : Timbalan Pengarah I (Khidmat &


Silih Ganti Pengurusan)

Ahli : 7 orang Ketua Seksyen

*Pemerhati : KPP (Bimbingan & Kaunseling)/ KPP (Unit


Penyelaras)

Pelapor JDB : Setiausaha JDB

Setiausaha : KPP (Kebajikan & Disiplin)

*Catatan : Pemerhati hanya boleh memberikan


pandangan/teguran dan tidak terlibat dalam
pengundian menjatuhkan hukuman.

1.1.2 Korum

Korum mesyuarat sekurang-kurangnya 4 ahli tidak termasuk


Pengerusi.

1.1.3 Bidang Kuasa

a. Mendengar, menimbang dan membuat keputusan

13
terhadap kes-kes rayuan yang dirujuk oleh JDB.

b. Mengekal atau meminda keputusan kes-kes rayuan yang


dirujuk JDB.

c. Memaklumkan keputusan mesyuarat JRB kepada ibu


bapa, pelajar, Pengetua MRSM, Pengarah Kanan
(Pendidikan & Latihan), Timbalan Ketua Pengarah
(Pendidikan) MARA dan Ketua Pengarah MARA.

CARTA ORGANISASI
PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR

JAWATANKUASA RAYUAN BAHAGIAN


(JRB)

PENGERUSI
Pengarah BPL(M) /
TP1 (Pengurusan &
Perkhidmatan)

SETIAUSAHA PEMERHATI
KPP (Kebajikan & KPP (Bimbingan &
Disiplin) Kaunseling)/ KPP
(Unit Penyelaras)

AHLI (1) AHLI (2) AHLI (3) AHLI (4)


Ketua Seksyen Ketua Seksyen Ketua Seksyen Ketua Seksyen
(HEP) (Matematik) (Sains) (Sains Sosial)

AHLI (5) AHLI (6) AHLI (7)


Ketua Seksyen Ketua Seksyen Ketua Seksyen
(Teknologi (Perkhidmatan) (Pengurusan)
Penyelidikan)

Catatan : Korum sekurang-kurangnya 4 orang ahli tidak termasuk Pengerusi.

14
1.2 Jawatankuasa Disiplin Bahagian (JDB)

1.2.1 Keahlian

Pengerusi : Timbalan Pengarah 1 (HEP)

Pengerusi : Timbalan Pengarah 1


Silih Ganti (Pembangunan Kurikulum)

Ahli : 7 orang Ketua Penolong Pengarah


(KPP)

*Pemerhati : KPP (Bimbingan & Kaunseling) /


Ketua Seksyen (HEP)

Pelapor JDB : Setiausaha JDB

Setiausaha : KPP (Kebajikan & Disiplin)

*Catatan : Pemerhati hanya boleh memberikan


pandangan/teguran dan tidak terlibat
dalam pengundian menjatuhkan
hukuman.

1.2.2 Korum

Kuorum sekurang-kurangnya 4 ahli tidak termasuk Pengerusi.

1.2.3 Bidang Kuasa

a. Membincang, menimbang dan membuat keputusan


terhadap cadangan tindakan disiplin dari JDRM.

b. Menjatuhkan hukuman Ditamatkan Pengajian dari MRSM.

c. Menjatuhkan hukuman selain daripada Ditamatkan


Pengajian.

d. Memaklumkan keputusan mesyuarat JDB kepada ibu bapa


pelajar, Pengetua MRSM, Pengarah Kanan (Pendidikan &
Latihan), Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) dan
Ketua Pengarah MARA.

e. Mencadangkan pengubahsuaian dan pengemaskinian


peraturan/hukuman yang sedia ada kepada Jawatankuasa
Peraturan MARA.

15
JAWATANKUASA DISIPLIN BAHAGIAN
(JDB)

PENGERUSI
TP 1 HEP / TP 1
(P.Kurikulum)

SETIAUSAHA PEMERHATI
KPP (Kebajikan & KPP (Bimbingan &
Disiplin) Kaunseling) / KS
(HEP)

AHLI (1) AHLI (2) AHLI (3) AHLI (4)


KPP KPP KPP KPP

AHLI (5) AHLI (6) AHLI (7)


KPP KPP KPP

Catatan :

1. Korum mesyuarat sekurang-kurangnya 4 ahli tidak termasuk


Pengerusi.
2. Pemerhati boleh memberikan pandangan jika diminta.

16
2.0 Peringkat Maktab

2.1 Jawatankuasa Disiplin & Rayuan Maktab ( JDRM )

2.1.1 Keahlian

Pengerusi : Pengetua

Pengerusi : Penolong Pengetua


Silih Ganti (Hal Ehwal Akademik)

Ahli : 4 orang Ketua Jabatan

*Pemerhati : Penasihat Homeroom


: Kaunselor
: Ketua Warden

Pendakwa : Penolong Pengetua (HEP)

Setiausaha : 1 orang guru yang dilantik

*Catatan : Pemerhati hanya boleh memberikan


pandangan teguran dan tidak terlibat
dalam pengundian menjatuhkan
hukuman.
Korum

Korum sekurang-kurangnya 3 ahli tidak termasuk Pengerusi.

2.1.2 Bidang Kuasa

a. Menjalankan perbicaraan kes kesalahan disiplin kategori


Amat Berat dan Berat.

b. Mengemukakan dokumen lengkap bagi kes-kes melibatkan


cadangan Ditamatkan Pengajian dari MRSM kepada JDB.

c. Mendengar, menimbang dan membuat keputusan terhadap


kes-kes rayuan yang dirujuk oleh JDM dalam masa 14 hari
dari tarikh makluman hukuman.

d. Menyimpan rekod kes disiplin.

e. Melaksanakan hukuman.

17
CARTA ORGANISASI
PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR
( PERINGKAT MAKTAB )

JAWATANKUASA DISIPLIN & RAYUAN MAKTAB


(JDRM)

Membicarakan Kes Amat Berat, Berat dan Rayuan.

PENGERUSI
Pengetua MRSM /
Penolong Pengetua
(HEA)

SETIAUSAHA PENDAKWA PEMERHATI


(Seorang guru yang Penolong Penasihat Homeroom
dilantik) Pengetua (HEP) Kaunselor
Ketua Warden

AHLI (1) AHLI (2) AHLI (3) AHLI (4)


KJ KJ KJ KJ

Catatan:

1. Korum mesyuarat sekurang-kurangnya 3 ahli tidak termasuk Pengerusi.


2. PP(HEP) adalah pendakwa dalam kes kesalahan disiplin kategori ini.
3. Pemerhati boleh memberikan pandangan jika diminta.

18
3.0 Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM)

3.1 Keahlian

Pengerusi : Penolong Pengetua ( HEP )

Ahli : 3 orang Guru Kanan


: 2 Warden/Guru (Bukan ahli JPPM)

Pendakwa : Ketua Warden/Warden/Guru

Pemerhati : Penasihat Homeroom & Kaunselor

Setiausaha : Seorang guru yang dilantik

*Catatan : Pemerhati hanya boleh memberikan


pandangan/teguran dan tidak terlibat dalam
pengundian menjatuhkan hukuman.

3.2 Korum

Korum sekurang-kurangnya 3 ahli tidak termasuk Pengerusi.

3.3 Bidang Kuasa

a. Menjalankan perbicaraan kes kesalahan disiplin kategori


sederhana.

b. Menyimpan rekod kes disiplin.

c. Melaksanakan hukuman.

19
CARTA ORGANISASI
PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR
( PERINGKAT MAKTAB )

JAWATANKUASA DISIPLIN MAKTAB


(JDM)

Membicarakan Kes-Kes Disiplin Kategori Sederhana.

PENGERUSI
Penolong
Pengetua (HEP)

SETIAUSAHA PENDAKWA PEMERHATI


(Seorang guru yang Ketua Penasihat Homeroom
dilantik) Warden/Warden/ Kaunselor
Guru

AHLI (1) AHLI (2) AHLI (3) AHLI (4)


Guru Kanan Guru Kanan Guru Kanan Guru/Warden

AHLI (5)
Guru/Warden

Catatan :

1. Korum mesyuarat sekurang-kurangnya 3 ahli tidak termasuk Pengerusi.


2. Pemerhati boleh memberikan pandangan jika diminta.

20
4.0 Jawatankuasa Penguatkuasaan Peraturan Maktab ( JPPM )

4.1 Keahlian

Pengerusi : Ketua Warden

Setiausaha : Seorang guru yang dilantik

Ahli : Penasihat BWP


: Penasihat LDP
: 1 orang Warden (bukan ahli JDM)
: 2 orang guru

4.2 Korum

Korum sekurang-kurangnya 3 ahli tidak termasuk Pengerusi.

4.3 Bidang Kuasa

a. Bertindak sebagai penguat kuasa peraturan.

b. Membincang dan menentukan tindakan pengawasan dan


pembangunan disiplin pelajar.

c. Mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar dalam kes-kes


tertentu yang tidak perlu dibawa ke JDM dan JDRM

d. Bertindak sebagai badan penasihat kepada Pengetua dalam


perkara yang berkaitan dengan isu disiplin dan keselamatan
pelajar.

21
CARTA ORGANISASI
PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR
( PERINGKAT MAKTAB )

JAWATANKUASA PENGUATKUASAAN PERATURAN MAKTAB (JPPM)

PENGERUSI
Ketua Warden

SETIAUSAHA

AHLI (1) AHLI (2) AHLI (3) AHLI (4) AHLI (5)
Penasihat BWP Warden Guru Guru Penasihat LDP

22
Lampiran A

Tahanan dalam maktab selama tidak lebih enam (6) minggu dengan mengikut
peraturan berikut:

Tidak dibenarkan keluar dari kawasan maktab.


Tidak dibenarkan balik ke rumah bermalam [kecuali kecemasan].
Tidak dibenarkan mengikut, turut serta atau mewakili maktab dalam apa jua
aktiviti yang diadakan di luar maktab.
Mesti melaporkan diri di Pondok Pengawal maktab di sepanjang tempoh
tahanan berkenaan pada waktu waktu yang telah ditetapkan seperti :
- 5.45 pagi
- 3.15 petang
- 5.15 petang
- 8.15 malam
- 10.45 malam

Semasa dalam tahanan, pelajar boleh diarahkan untuk melaksanakan kerja-kerja


bakti seperti :
- Mencuci longkang, tandas
- Membersihkan bilik mandi
- Menyapu sampah
- Aktiviti kerohanian seperti menjadi Imam Solat, Muazzin, hafaz
Surah, doa dan lain-lain.
- Aktiviti akademik seperti membuat ringkasan topik tertentu.

Tempoh masa :

Tidak lebih 4 jam sehari, 2 hari berturut-turut pada hujung minggu.

Boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.

Di bawah seliaan seorang warden/guru atau kakitangan yang telah ditetapkan


oleh Pengetua atau Penolong Pengetua (HEP).

23
Lampiran B

Tahanan dalam maktab selama tidak lebih (4) empat minggu mengikut peraturan
berikut :
Tidak dibenarkan keluar dari kawasan maktab.
Tidak dibenarkan balik ke rumah bermalam (kecuali kecemasan).
Tidak dibenarkan mengikuti, turut serta atau mewakili Maktab dalam apa jua
aktiviti yang diadakan di luar kawasan maktab.
Mesti melaporkan diri di Pondok Pengawal maktab di sepanjang tempoh tahanan
berkenaan pada waktu waktu yang telah ditetapkan seperti :

- 5.45 pagi
- 3.15 petang
- 5.15 petang
- 8.15 malam
- 10.45 malam

Semasa dalam tahanan, pelajar boleh diarahkan untuk melaksanakan kerja-


kerja bakti seperti :

- Mencuci longkang, tandas


- Membersihkan bilik mandi
- Menyapu sampah
- Aktiviti kerohanian seperti menjadi Imam Solat, Muazzin, hafaz Surah, doa
dan lain-lain.
- Aktiviti akademik seperti membuat ringkasan topik tertentu.

Tempoh masa :

Tidak lebih 4 jam sehari, 2 hari berturut-turut pada hujung minggu.

Boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan

Di bawah seliaan seorang warden/guru atau kakitangan yang telah ditetapkan


oleh Pengetua atau Penolong Pengetua (HEP).

24
Lampiran C

TATACARA / PANDUAN MEROTAN & PROSES RAYUAN

Dalam Bab II MELANGGAR DISIPLIN DAN HUKUMANNYA , No. 7 (c) (i) Hukuman
Dera (corporal punishment), buku PANDUAN TATACARA DISIPLIN SEKOLAH
UNTUK GURU BESAR DAN GURU, Kementerian Pendidikan Malaysia terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 1988 menyatakan:

(i) Hukuman Dera (Corporal Punishment)

Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas murid murid perempuan)
tertakluk kepada syarat syarat yang dinyatakan dalam Peraturan peraturan
Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

Hukuman hendaklah dijalankan oleh Guru Besar (Pengetua) sendiri atau oleh
seorang guru berdaftar yang telah diberikan kuasa oleh Guru Besar sama ada
secara nyata atau khas iaitu mengikut keadaan.

Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan. Pukulan


rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian punggung yang
berlapik pakaian.

Pengetua mestilah mencatatkan hukuman dera yang dikenakan dalam satu


buku rekod khas dan menyatakan bilangan pukulan yang dikenakan, bahagian
anggota dirotan (tangan atau punggung), sebabsebab dirotan (kesalahan),
tarikh dan tandatangan Pengetua dan seorang Guru yang menjadi saksi.

PROSES RAYUAN

Pelajar/ibu bapa bolehlah mengemukakan rayuan dalam masa empat belas (14)
hari daripada tarikh dimaklumkan hukuman.

Hukuman dilaksanakan selepas empat belas (14) hari dari tarikh keputusan yang
diambil oleh Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM).

25
Lampiran D

Nama Pelajar
Alamat

Tarikh

SURAT PEMBERITAHUAN HUKUMAN KE ATAS TINDAKAN TATATERTIB

Jawatankuasa Disiplin Bahagian/Maktab* yang bersidang pada ____________


telah mendapati anda
Nama :
No. Maktab :
Homeroom :
Tingkatan :

bersalah di atas tuduhan


_________________________________________________________________
dan Jawatankuasa ini telah memutuskan anda dikenakan hukuman
______________________________ berkuat kuasa pada ____________________

Anda boleh merayu kepada Jawatankuasa Disiplin dan Rayuan


Maktab/Jawatankuasa Rayuan Bahagian * dalam masa empat belas ( 14 ) hari
daripada tarikh pemberitahuan ini.

________________________
Tandatangan
( Pengetua MRSM/Timbalan Pengarah 1 HEP* )

s.k. (Untuk JDM) (Untuk JDB)


Ibu bapa/Penjaga Ibu bapa/Penjaga
Kaunselor Pengetua MRSM
Guru Penasihat Homeroom
Ketua Warden
Fail Peribadi

* (potong mana yang tidak berkenaan)

26
Lampiran E

Nama Pelajar
Alamat

Tarikh

SURAT PERTUDUHAN PELANGGARAN DISIPLIN

Satu laporan telah diterima menyatakan bahawa


Nama :
No. Maktab :
Homeroom :
Tingkatan :

telah pada ( tarikh, masa dan tempat kejadian)


melakukan

1. ( nyatakan perbuatan salah lakunya )

2.

3.

Perbuatan ini merupakan kesalahan ( nyatakan kategori kesalahan ) di bawah


Peraturan Disiplin Pelajar MRSM. Jika didapati bersalah, anda boleh dihukum

1. ( nyatakan hukuman maksimum dalam kategori berkenaan )

2.

3.

Anda dikehendaki mengemukakan sebab sebab dan alasan untuk membela diri
secara bertulis dalam tempoh EMPAT BELAS ( 14 ) HARI dari tarikh surat
pemberitahuan ini.

________________________
Tandatangan Setiausaha JDM

s.k. Penasihat Homeroom

27
Lampiran F

SENARAI TUGAS PENGERUSI DAN SETIAUSAHA


JPPM, JDM, JDRM, JDB DAN JRB

Pengerusi

1. Mempengerusikan mesyuarat.
2. Memastikan kehadiran ahli mencukupi korum.
3. Memastikan segala keputusan yang diambil dalam mesyuarat,
dilaksanakan tanpa ada halangan serta pengaruh luaran/dalaman.

Setiausaha

1. Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat kepada ahli jawatankuasa.


2. Menyediakan minit mesyuarat.
3. Mengedarkan laporan kes kepada ahli sebelum mesyuarat.
4. Menyediakan kes rayuan untuk pertimbangan.

28
Lampiran G

SURAT PERJANJIAN BERKELAKUAN BAIK

MRSM : _____________________________________

TARIKH : _____________________________________

Bahawasanya saya
________________________________________________________

No. Maktab: _________________ No. Kad Pengenalan: ________________

Tingkatan: ______________________ Homeroom : __________________


dengan ini berjanji tidak akan melakukan kesalahankesalahan melanggar
peraturan maktab. Saya juga berjanji akan sentiasa berkelakuan baik sepanjang
saya berada di maktab ini demi kepentingan masa depan saya dan keluarga serta
nama baik maktab.

Sekiranya saya didapati melakukan kesalahan lagi selepas ini, saya sedia menerima
apa jua tindakan yang akan dikenakan oleh pihak Maktab/MARA seperti yang
terkandung dalam PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR MRSM.

1. 2.
(Tandatangan Pelajar) (Tandatangan Penjamin)
Nama : Nama :
Tarikh : Hubungan dengan pelajar:

3. 4.
(Tandatangan Saksi) (Tandatangan Pengetua)
Nama : Nama :
Jawatan: Jawatan:

29
Lampiran H

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM)/ Jawatankuasa Disiplin &


Rayuan Maktab (JDRM)
MRSM ___________
Bil ___ / 200____
Tarikh :
Hari :
Masa :
Tempat :

Kehadiran :
1. - Pengerusi
2. - Ahli
3. - Kaunselor
4. - Pemerhati
5. - Setiausaha

Tidak hadir dengan maaf :


1.
2.

AGENDA:

1.0 Ucapan Pengerusi

2.0 Perkara Berbangkit

3.0 Kes Semasa


3.1. Kes bil __/200_
a) Kes (kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh)
b) Kategori (Amat Berat/Berat) & Ceraian
c) Fakta Kes (lihat lampiran contoh sinopsis kes)
d) Keputusan JDM/JDRM
e) Alasan Penghakiman

4.0 Hal-Hal Lain

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


Setiausaha JDM/JDRM Pengerusi

30
Lampiran I

CONTOH SINOPSIS KES DISIPLIN


BIL. __ / 200___
MRSM________________

Tuduhan : Tertuduh di bawah dituduh memukul mangsa (Nama)


(Tingkatan 4) secara berkumpulan pada 31 Mac 2005
(Khamis), antara jam 12.30 pagi dan 1.50 pagi di Bilik No. 10
Asrama Putera MRSM .................

Kategori Kes : Amat Berat 1(e)

Mangsa:
Nama : Mangsa (Nama)
No. Maktab : 05215
Tingkatan : 4 Anggerik

Fakta Kes

Biodata Pengakuan Pengakuan Pengakuan Kesalahan Lalu Keputusan


Tertuduh Tertuduh Mangsa Saksi & Hukuman Mesyuarat

1. Nama - menumbuk Mangsa Syafik 1. Ditamat


Tertuduh, No. di perut (nama) melihat Memecahkan pengajian
Maktab,Tingka mangsa tertuduh tertuduh siling koperasi
tan, PNGK=?, (nama) 1X. (nama) (nama) & curi gula- Rasional -
Bapa (Kerja) & menumbuk menumbuk gula memukul
Ibu (Kerja), di perut di perut (23/1/2004)/Huk pelajar
Alamat (Bandar mangsa u adalah
shj. Contoh (Mangsa). man 1. kesalahan
Kuantan). Digantung serius dan
sekolah selama tiada alasan
seminggu. memukul di
2. kalangan
Menandatangan pelajar
i perjanjian MRSM.
berkelakuan
baik pada
17/2/04.

2.

31
Lampiran J

LAPORAN PENGADUAN / MANGSA / TERTUDUH / SAKSI*


* (potong mana yang tidak berkenaan)

Kes / Kejadian :
Tarikh/Hari :
Tempat :
Masa :
Pelapor : 1] (Nama, No. Maktab & Tingkatan) Jika pelajar yang
melaporkan
2] (Nama, No. Kad Pengenalan & pekerjaan) Jika bukan
pelajar
3]
4]

Keterangan :

Bahawa saya (Nama), no. KP: ......................... secara sedar dan tanpa paksaan
ingin membuat aduan iaitu ......................................................

Yang Benar

(Tandatangan Pengadu)
Diterima oleh : Disahkan oleh:

[ Penerima Aduan ] [ PP HEP ]


Tarikh: Tarikh:
(Penerima Aduan menyoal
pengadu menggunakan
konsep 5 W + 1H & Before,
During, After).

32
Lampiran K

LAPORAN PENYIASATAN

Kes :
Tarikh/Hari /Masa Kejadian :
Tarikh Penyiasatan :
Saksi : 1] (Nama, No. Maktab & Tingkatan) Jika pelajar
2] (Nama, No. Kad Pengenalan & pekerjaan) Jika bukan pelajar
3]
4]

Butiran Penyiasatan (Kronologi Kejadian-Before, During, After):

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

[ Warden / Ahli JPPM ] [ PP HEP]


Tarikh: Tarikh:

33
Lampiran L

PROSES PENGURUSAN KES DISIPLIN PELAJAR


MAKTAB RENDAH SAINS MARA

Mula

Terima Aduan

Mesyuarat JPPM

Siasatan

Tidak
Ada Kes
A
Ya

Analisis Kes

Sederhana
Kategori ?

Berat / Amat Berat

Mesyuarat JDM
Mesyuarat JDRM

Mesyuarat JDB

MesyuaratJRB
Mesyuarat JRB

Selesai

34
PROSES PENGURUSAN KES DISIPLIN PELAJAR
MAKTAB RENDAH SAINS MARA

1. Kes Tidak Melibatkan hukuman Tamat Pengajian (JDM/JDRM)

Mula

Menerima Aduan
daripada mangsa/pelapor

Membuat Penyiasatan

Menyediakan kertas
pertuduhan

Melengkapkan laporan
yang diperlukan

Mesyuarat JDM/JDRM

Tidak
Bersalah
A

Rayuan
Bebas

Mesyuarat JDRM

Tidak
Ya
A
Terima
Tidak

Kurangkan Hukuman
Hukuman

Membuat laporan
ke BPL(M)

Selesai

35
2. Kes Yang Melibatkan Hukuman Tamat Pengajian (JDRM)

a. Peringkat Maktab
Mula

Menerima aduan daripada


mangsa/pelapor

Membuat Penyiasatan

Menyediakan kertas pertuduhan

Melengkapkan laporan
yang diperlukan

Mesyuarat JDRM

A Tidak
Bersalah

Ya

Meneruskan pengajian
Cadangan tamat pengajian

Membuat
Membuat Laporan
ke BPL(M)

Selesai

36
b. Peringkat Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) (JDB & JRB)

Mula

Merima cadangan tamat


pengajian daripada MRSM

Melengkapkan laporan yang diperlukan

Mesyuarat JDB

Ya

A
Tamat Pengajian

Maklum kepada ibu bapa/penjaga


dan pihak maktab
Makluman kepada ibu bapa/penjaga
dan pihak maktab

Tandatangan Perjanjian mematuhi Ikrar Rayuan


dan Janji di BPL(M)

Ya
Terima
Sesi Kaunseling
Tidak

JRB
Dipindahkan ke maktab lain/dikekalkan

Tolak

Pemulihan di maktab
Tamat Pengajian

Selesai

37
38

You might also like