Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN


SMK PADANG BERAMPAH,2015

MASA CUE ANN


9.00AM Ketibaan Mengumumkan ketibaan En. Abdul Razak Bin Abdul Karim, Pegawai Pelajaran
Perasmi daerah Sipitang diiringi oleh Tuan Pengetua SMK Padang Berampah, Encik
Sablee bin Bagol dan barisan pentadbir masuk ke dewan.

Nyanyian Lagu Bismillahirahmanirrahim.


Negaraku, Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam
Sabah Tanah merdeka-sehatisejiwa.
Airku dan Lagu
Di Sini Lahirnya Ulit mayang nyayian asli,
Sebuah Cinta Dilahu Si Gadis merdu sekali,
Terima Kasih sekalung budi,
Sudi dating ke majlis ini.

Rakyat Malaysia ramah dan mesra,


Malaysia terkenal seantero dunia;
Awal bismillah pembuka bicara,
Semoga majlis berlangsung ceria.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih junjung dibuat hantaran;
Majlis dirancang penuh gemilang,
Majlis penutupan Bulan Kebangsaan.

Sidang dewan yang dimuliakan, aturcara Majlis Penutupan Hari Kebangsaan

1
2

ke-58 peringkat SMK Padang Berampah dimulakan dengan nyanyian


- Lagu Negaraku
- Lagu Sabah Tanah Airku
- Lagu Sekolah
- Lagu tanggal 31 ogos

Dipersilakan.

Aluan Juruacara Yang Berusaha, En. Abd Razak Bin Abd Karim, Pegawai Pelajaran Daerah
Sipitang.
Yang Berusaha En. Sablee Bin Bagol, Pengetua SMK Padang Berampah.
Yang Dihormati, En. Ambilit Kalabit, Yang Diperta PIBG SMK Padang Berampah,
Puan Salamah Adam, Timbalan Yang Dipertua PIBG,
Tn. Hj Mohd Shafie Hj Mohd Salleh, Penolong Kanan Pentadbiran
En.Mohd. Jeffery Intim Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En.Azman Bin Abdul Rahman, Penolong Kanan Ko-kurikulum,
En. Yaman Ahman, Pengerusi Penyelaras Bulan Kebangsaan SMK Padang
Berampah,
Barisan Ketua-ketua Bidang, Kaunselor, rakan guru dan seterusnya warga didik
SMK Padang Berampah yang dikasihi.

Malaysia sehatisejiwa

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan


dari melihat bangsaku dijajah.

Tidak ada yang lebih menyedihkan


dari membiarkan bangsaku dihina.

2
3

Air mata tiada ertinya


sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan.

- Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi


Bacaan Doa kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita
diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi Majlis Sambutan
Penutup Bulan Kemerdekaan dengan penuh kedamaian dan keamanan.

- Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada
dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup
bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai
tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap
melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan
beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik.

Bacaan doa:
Anugerah dikecap si anak watan,
Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.

-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan al fadzil


_______________________________________________________________________________
_____ untuk memimpin bacaan doa. Majlis. Falyatafdhal masykura.

3
4

-Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan


doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati.

Ucapan Tuah tersenyum pada Si Teja,


Penyelaras Duduk bersimpuh sambil bersila;
Program Kain ditenun bersama Reja,
Ucapan penyelaras program dipersila,

-Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha ,


_________________________________ selaku Ketua Bidang Votek untuk
menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Alu- Bukan kecil langkah wira bangsa


aluan para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara

4
5

mengharung sejuta dugaan.

Majlis diteruskan dengan mendengar ucapan alu-aluan yang akan disampaikan


oleh En. Sablee Bin Bagol, Pengetua SMK Padang Berampah. Majlis
mempersilakan.

Ucapan Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,


Perasmian Musuh dating habis dibasmi,
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.

Sidang hadirin, warga dewan yang dimuliakan. Seterusnya majlis dengan


segala hormatnya mempersilakan En. Abdul Razak Bin Abdul Karim, Pegawai
Pelajaran Daerah Sipitang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-58 peringkat
SMK Padang Berampah.

Majlis mempersilakan.

5
6

Persembahan Bukan kecil tugas kita


Montaj meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat
Datuk merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat SMK
Padang Berampah. Seterusnya kita akan menyaksikan persembahan montaj
sebagai pelengkap upacara perasmian majlis.

9.40AM Persembahan 1 Bendera berkibar di rumah Pak Agos,


Di halaman rumah pasang pelita;
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.

Seterusnya, kita akan menyaksikan Persembahan


Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Penyampaian Bumi bertuah indah permai,
Hadiah Lima puluh lapan tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman damai.

6
7

Sidang hadirin, aturcara majlis diteruskan dengan upacara penyampaian


hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan-pertandingan yang telah
dilangsungkan sebagai pengisian Bulan Kebangsaan peringkat sekolah pada
tahun ini. Maka dengan itu, majlis mempersilakan Tuan Haji Mohd. Shafie Bin
Hj. Mohd. Salleh, Penolong Kanan Pentadbiran untuk menjemput dan
mengiringi En. Sablee Bin Bagol, Pengetua SMK Padang Berampah bagi
menyampaikan hadiah-hadiah kepada barisan pemenang.

Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian Tuan Pengetua
menyampaikan hadiah-hadiah itu tadi, juga setinggi-tinggi tahniah kepada
barisan pemenang.

Persembahan 2 Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan persembahan

7
8

Penyampaian Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku


Hadiah kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.

Perjuangan kita belum selesai


kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya.

Perjuangan Yang Belum Selesai. Nukilan Tun Dr Mahathir Mohamad, 1996.

Tiga puluh satu Ogos tarikh keramat,


Bersama kita menyambut merdeka,
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.

Sidang hadirin, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah. Majlis


sekali lagi mempersilakan En. Sablee Bin Bagol, Pengetua SMK Padang
Berampah untuk menjemput dan mengiringi En. Abdul Razak Bin Abdul Karim,
Pegawai Pelajaran Daerah Sipitang untuk menyampaikan hadiah kepada
barisan pemenang.

Majlis mempersilakan.

8
9

Dipersilakan, pemenang bagi pertandingan

Rakaman jutaan terima kasih atas kesudian Pegawai Pelajaran Daerah Sipitang
menyampaikan hadiah-hadiah itu tadi, juga setinggi-tinggi tahniah kepada
barisan pemenang.

Persembahan 3 Sidang dewan yang dimuliakan, aturcara majlis diteruskan lagi dengan

9
10

Penyampaian Burung Jentayu terbang tinggi,


Cenderamata Anak itik berlari-lari;
Mohon Tuan Perasmi terima pemberian kami,
Ikhlas dari hati sebagai tanda budi diingati.

Majlis sekali lagi, mempersilakan Tuan Pengetua untuk menyampaikan


cenderamata kepada Pegawai Pelajaran Daerah Sipitang atas kesudian
menerima jemputan untuk merasmikan Majlis Penutupan Hari Kebangsaan
bagi tahun 2015 peringkat SMK Padang Berampah.

Majlis mempersilakan.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis
11.30A Penutup mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan
M ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
memastikan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah
ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada
semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

-Semua murid dan guru diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan tiga
buah lagu iaitu

1. 1 Malaysia
2. Sehati Sejiwa

10
11

3. Negaraku

Songket biru tampak berseri


Tenunan indah buat arjuna
Tersilap bicara harap dimaaf
Bertemu lagi di lain acara.

Tirai Majlis Penutupan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat SMK Padang


Berampah dilabuhkan dengan lafaz salam ukhwah Wabillahiltaufikwalhidayah
Assalamualaikum wbt.

Pengumuman Sebelum Yang Berhormat dan jemputan khas menikmati juadah ringan yang
telah disediakan. Majlis mempersilakan Yang Berhormat bersama jemputan
khas dan juga warga pendidik SMK Padang Berampah untuk mengambil
gambar kenang-kenangan.

Majlis mempersilakan.

11

You might also like