Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Tugasan 1 Soalan Esei

Tingkah laku bermasalah bermaksud sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada
secara terus atau tidak,secara sedar atau separa sedar. Carl Rogers (1999) menekankan
seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Menurut Kamus
Dewan Edisi Empat, tingkah laku bermaksud gerak geri, kelakuan dan perbuatan. Manakala
masalah pula membawa maksud perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran
(kesulitan). Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990) yang dipetik daripada Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkahlaku oleh Mok Soon Sang, tingkah laku bermasalah seseorang individu
sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Jika dilihat dari konteks
pendidikan,tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh
menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam
bilik darjah.
Saya telah menjalankan praktikum fasa ketiga di sekolah Tamil SJK(T) Ladang Menteri
di sekitar bandar Triang, Pahang. Sepanjang tempoh berada di sekolah tersebut, saya bertemu
dengan seorang murid yang bernama Vikyneswaran dari tahun 2 yang menghadapi masalah
tingkahlaku dari segi masalah sosial, khususnya dari segi perhubungan dengan rakan-rakan di
dalam kelas. Murid ini juga merupakan murid pemulihan. Selepas melaksanakan beberapa
kaedah mengumpul maklumat awal mengenai Vikyneswaran, saya bertekad untuk melibatkan
Vikyneswaran sebagai klien saya. Antara kaedah yang dilaksanakan ialah kaedah temu bual,
analisis dokumen dan juga pemerhatian. Untuk kaedah temu bual, saya telah menemu bual
guru kelasnya, ahli keluarga dan guru-guru yang mengajar Vikyneswaran untuk memahami
apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh Vikyneswaran. Dari segi analisis dokumen pula,
saya telah meneliti rekod persekolahan murid, dan rekod kesihatan Vikyneswaran. Saya juga
telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku rutin Vikyneswaran dalam bilik darjah.

Daripada pengumpulan maklumat awal berkenaan, saya mendapati Vikyneswaran


sering bersikap tidak sopan di dalam kelas. Daripada temu bual dengan guru kelas dan juga
ibunya saya dapati Vikyneswaran suka melawan kata dan bertengkar dengan orang tuanya
walaupun dia sendiri yang membuat salah. Vikneswaran sering ditegur dan dipukul semasa di
rumah. Namun, setelah teguran dan pukulan ini berlanjutan, Vikyneswaran sudah menganggap
bahawa teguran dan pukulan sebagai satu kebiasaan dan sudah sebati dengan kehidupan
sehariannya. Kadang-kadang dia akan menunjukkan rasa malu, rasa gelisah dan sedih di
dalam kelas. Saya juga mendapati Vikyneswaran tidak disenangi oleh rakan-rakannya dalam
kelas. Lebih teruk lagi, apabila Vikyneswaran dihalau atau dijauhi oleh rakan sekelas, dia akan

1
bertindak mengganggu dan mengusik rakannya sebagai salah satu langkah untuk melepaskan
dendam. Situasi ini menyebabkan Vikyneswaran sering diadu oleh rakan sekelas, dan dimarahi
serta didenda oleh guru. Hasil temu bual dengan rakan-rakan dan guru mendapati
Vikyneswaran juga tidak menghormati guru, suka berdolak-dalih, berkelahi, menimbulkan
provokasi dalam kalangan rakan-rakan lain dan menimbulkan masalah lain. Situasi ini
mendorong saya selaku guru mencari jalan untuk membantu Vikyneswaran menangani
masalah perhubungan sosial dengan rakan-rakan menggunakan salah satu terapi
,pendekatan ,strategi berdasarkan teori yang telah saya pelajari dalam latihan keguruan saya.

Berdasarkan prinsip kaunseling, saya bertekad untuk membantu murid ini untuk
memahami dirinya dan orang lain. Untuk membantu mengatasi masalah tingkahlaku dari segi
sosial yang dihadapi oleh Vikyneswaran, saya melaksanakan beberapa langkah intervensi.
Yang pertama adalah terapi bermain. Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh
didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada
kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya
mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat
masing-masing. Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak
untuk berurusan dengan realiti sebenar.. Terapi permainan adalah suatu terapi interaksi sosial
yang menyediakan kesempatan untuk belajar keterampilan sosial-emosional dan meningkatkan
ketahanan emosional. Sementara kebanyakan anak belajar keterampilan sosial dari mengamati
orang lain atau melalui instruksi yang eksplisit, yang lain belum belajar atau tidak menerapkan
keterampilan sosial pro dan memerlukan pengajaran tambahan, latihan dan pembinaan.
Kecenderungan alami anak-anak untuk bermain menyediakan cara yang sangat memotivasi
untuk melibatkan mereka dalam belajar keterampilan sosial pro.

Dalam terapi bermain ini, saya memilih Terapi bermain dengan pasir mengikut masalah
tingkahlaku sosial yang dihadapi oleh Vikyneswaran. Terapi bermaian dengan berpasir adalah
satu bentuk bengkel pengalaman (experiental) menggunakan pasir, yang memberi peluang
kepada individu meneroka hal-hal yang berkaitan dengan perasaan atau emosi secara
mendalam. Saya menjalankan terapi bermain pasir di dalam kelas pemulihan melalui
penggunaan bekas dan dulang yang diisi dengan pasir di luar kelas. Terapi bermain
menggunakan pasir ini adalah sebagai salah satu cara terapi bermain yang digunakan bagi
memperbaiki masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dari pelbagai aspek perkembangan
diri iaitu fizikal, mental, emosi, sosial dan aspek perkembangan diri yang lain. Melalui kajian dan

2
pemerhatian yang dibuat oleh Dora Kalff (1950-1960) berdasarkan apa yang diperkatakan oleh
CJ Jung mendapati bahawa, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan yang terpendam ketika
aktiviti terapi bermain pasir dijalankan. Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan
ketika melakukan permainan pasir, menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya, faktor
sebenar kemarahan atau ketegangan dapat diluahkan. Menurut Dora Kalff lagi, aktiviti terapi
pasir ini dapat memberi ruang kepada kanak-kanak untuk berekspresi serta meningkatkan daya
imeginasi mereka. Berdasarkan hasil kajian aktiviti terapi pasir akan dapat membantu murid
mengurus tekanan, meluahkan perasaan, dan secara tidak langsung ia turut membina
keyakinan diri murid-murid.

Dalam sesi pertama, saya memberi klien bekas yang mempunyai pasir. Seterusnya,
klien diminta untuk memasukkan tangan ke dalam bekas tersebut dan meramas pasir yang
terdapat dalam bekas itu. Saya menyoal klien berkaitan apa yang dia rasa apabila menjalankan
aktiviti tersebut. Aktiviti ini menggalakkan klien berkongsi pengalaman yang dia lalui. Dalam sesi
kedua pula, Saya menyediakan sebuah dulang yang diisi dengan pasir. Seterusnya saya
meletakkan beberapa patung askar dan binatang contohnya seperti rusa diianggap binatang
yang bijak berbanding dengan binatang yang lain (Vikyneswaran) ,Gorilla -Rakan sekelas, Kuda
- Rakan sekelas, Itik - Rakan sekelas, Ayam - Rakan sekelas, Harimau dan harimau bintang -
Binatang yang garang dan ingin memakan binatang lain. (Murid yang membenci dirinya)
Dinosaur - Binatang yang boleh diharap (pembantu). Saya memberi kebebasan kepada
Vikyneswaran untuk berbincang sambil bermain dengan alat mainan tersebut atau duduk di
atas kerusi. Dia pada awalnya menolak untuk bermain tetapi setelah saya meminta penjelasan
terhadap susunan alat mainan di dalam dulang, dia terus duduk di situ dan bercerita. Saya
sendiri mengambil kesempatan itu duduk berhadapan dengannya.

Dalam sesi kedua, semasa saya menjalankan terapi bermain pasir ini, saya dapati
Vikyneswaran mengandaikan dirinya seperti seekor rusa yang pintar berbanding dengan
binatang yang lain. Pada akhirnya, semua binatang mati. Harimau belang dan harimau bintang
mati di tembak oleh askar. Perlawanan harimau tersebut dengan askar menyebabkan hanya
seorang askar yang hidup. Setelah semua mati, binatang ini menjadi fosil dan dijumpai oleh
askar yang berjaya menyelamatkan diri semasa perlawanan tersebut. Saya meminta
penjelasan daripada Vikyneswaran berkenaan dengan apa yang berlaku dan dia menerangkan
bahawa pergaduhan menyebabkan perkara ini berlaku. Saya cuba mengaitkan perkara tersebut
dengan kehidupan sebenar yang dilalui oleh dirinya sendiri.

3
Berdasarkan peristiwa yang berlaku pada sesi kedua, saya menggunakan teori rasional emotif
untuk merasionalkan kepercayaan Vikyneswaran yang tidak rasional seperti yang ditunjukkan
pada Rajah 1.

A B C
Pemikiran Vikyneswaran Merasa dirinya tidak disukai Merasa malu, rasa
tidak rasional. dan orang lain tidak berkawan gelisah dan sedih
dengannya

E D
Kesan : Celik akal Berapa orang yang tidak
menyukainya. Betulkah P tidak
- Kelegaan menyukainya. Berapa orang yang
- Celik akal(ramai lagi kawan yang
suka berkawan dengannya.
suka berkawan dengannya.)
- Pemikiran tidak rasional diubah
menjadi rasional

Rajah 1 Teori rasional emotif untuk merasionalkan kepercayaan Vikyneswaran

Daripada rajah 1, berdasarkan teori rasional emotif, saya dapat mengajar klien berfikir dan
bertingkahlaku secara rasional. Klien dapat memikir secara positif dan dapat bergaul dengan
rakan-rakannya. Teori kaunseling ini dapat menjadi sebagai asas teoretikal dan rujukan bagi
saya dalam mengatasi masalah tingkah laku sosial klien. Melaui teori REBT saya dapat
mengajar klien untuk menerima dirinya sendiri dan dapat menjalinkan hubungan yang baik
dengan rakan sekelasnya.

Selepas menjalankan intervensi terapi bermain pasir sebanyak tiga kali, saya
memanggil Vikyneswaran kali terakhir. Vikyneswaran hadir dengan penuh semangat pada sesi
terakhir. Dia juga telah mengetahui bahawa sesi ini merupakan sesi yang terakhir. Setelah
melalui tiga sesi sebelumnya, dia kini telah celik akal. Dia memahami kesan negatif akibat idea
tidak rasionalnya. Dalam sesi ini, saya lebih banyak mendengar luahan perasaannya terhadap
sesi-sesi yang telah dilaluinya dan sehingga sesi ini. Pada awal sesi, dia merasa takut

4
sekiranya rahsia yang diceritakan akan dihebohkan dan segan dengan saya sebagai guru yang
baru dikenali. Namun, setelah melalui pengalaman kaunseling, dia kelihatan semakin yakin dan
merasa lega setelah membuat perkongsian. Sebelum menamatkan sesi, saya mencabar
Vikyneswaran sekali lagi dengan bertanya beberapa soalan. Dia dapat menjawap soalan saya
dengan penuh semangat.

Daripada terapi bermain pasir yang saya gunakan untuk Vikyneswaran, saya dapati
penggunaan terapi bermaian pasir memudahkan proses penerokaan terhadap Vikyneswaran
sebagai klien. Kes ini melibatkan faktor keluarga seperti gaya asuhan, kasih sayang dan
kawalan sosial memberi kesan terhadap pembentukan identiti klien. Kecacatan dalam aspek
kekeluargaan boleh menyumbang kepada ketidakupayaan klien menangani pergaulannya
semasa berada di sekolah. Modaliti bermaian pasir telah memudahkan saya dalam mengenali
diri Vikyneswaran sebagai klien dengan lebih mendalam lagi. Penggunaan terapi bermain pasir
ini menyebabkan klien bercerita sambil bermain dan tanpa sedar klien telah menceritakan
perkara yang telah dialaminya. Setelah masalah sebenar dikenal pasti, saya seterusnya
bersama-sama dengan klien serta berusaha untuk mencari alternatif dan memberikan latihan
tegas diri dalam membantu klien untuk membuat keputusan dan bersedia untuk
bertanggungjawab menerima keputusan itu. Terapi bermain pasir dalam proses kaunseling
dapat mendatangkan celik akal kepada klien terhadap pemasalahan yang dialaminya.
Hubungan yang dibina dapat menyakinkan dan membina kepercayaan klien seterusnya klien
tidak takut untuk berjumpa saya membuktikan bahawa terdapatnya perubahan di dalam
persepsi klien terhadap perkhidmatan kaunseling.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pendekatan terapi bermain pasir ini telah
membolehkan saya mengenali klien saya dengan lebih mendalam lagi. Selepas mengikuti
beberapa sesi terapi bermain pasir, Vikyneswaran mula dapat bergaul baik dengan rakan-rakan
dalam kelasnya selepas mengetahui sebab mengapa dia sering ditegur dan dielak oelh rakan
yang lain. Kemudian, dengan mengetahui sebab-sebab kawan suka berkawan dan mengapa
kawan menjauhinya, Vikyneswaran juga menunjukkan sikap keinginan untuk bergaul secara
baik dengan rakan sekelasnya. Di samping itu, kekerapan Vikyneswaran mengganggu kawan
dan guru semasa mengajar telah berkurangan. Justeru, terapi bermain pasir telah bantu
menangani masalah hubungan sosial antara murid dengan ahli keluarga dan rakan-rakannya. .
Roger (1951) (dalam Landreth, 2012) mengatakan bahawa kejayaan atau kegagalan sesuatu
terapi adalah bergantung kepada perkembangan dan penjagaan sesuatu hubungan terapeutik

5
antara kaunselor dengan kliennya. Hanya dengan mewujudkan hubungan yang kukuh dengan
klien, barulah kita dapat melihat sesuatu perubahan.

Selain daripada itu, saya juga menggunakan beberapa teknik berdasarkan teori rasional
emotif iaitu teknik kognitif dan teknik emotif. Dengan menggunakan teknik emotif, saya
membantu klien untuk melihat situasinya dalam perspektif, dan tidak memandang rendah
terhadap diri sendiri. Saya membentuk pola-pola positif supaya klien dapat berfikir secara positif
dan tidak merendahkan diri. Selain daripada itu, saya juga menggunakan teknik Main peranan
yang disarankan dalam teori behavioris untuk membantu mengatasi masalah Vikyneswaran.
Saya memberi watak kepada Vikyneswaran supaya dia melakonkan situasi yang berkaitan
dengan masalah tingkahlaku sosialnya. Aktiviti main peranan dalam model pengajaran sosial
ini dijangka dapat membantu murid seperti Vikyneswaran didalam kelas untuk turut sama
melibatkan diri dalam aktiviti main peranan dan sekali gus dapat meningkatkan keyakinan
dirinya. Manakala dengan teknik main peranan, Vikyneswaran juga dapat memupuk sifat-sifat
sosial dengan cara berinteraksi sesama rakannya dengan cara komunikasi yang berkesan
dengan watak-watak lain. Tambahan pula, Vikyneswaran diberikan peluang untuk melahirkan
pelbagai perasaan atau emosi mengikut watak-watak yang dimainkan, pelajar juga dapat
berbincang serta memikirkan masalah sendiri dan dengan ini dapat memahami diri sendiri
secara lebih mendalam. Hal ini secara langsung melatih Vikyneswaran untuk mengawal emosi
dan perasaannya ketika menghadapi suatu situasi.

Untuk membantu Vikyneswaran dengan proses kaunseling, saya juga telah


menggunakan beberapa kemahiran asas kaunseling iaitu kemahiran melayan dan mendengar.
Saya selalu menyambut Vikyneswaran dengan penuh kemesraan, seterusnya juga memastikan
keselesaanya semasa berada dalam kelas pemulihan. Seterusnya, saya juga mendengar
penyataan Vikyneswaran dengan penuh teliti. Saya juga menggunakan kemahiran memberi
tindakbalas iaiatu memberi perhatian kepada perasaan dan penyataan lisan Vikyneswaran
sepanjang sesi kaunseling. Kemahiran ini dapat membantu Vikyneswaran untuk meluahkan
perasaan dan masalahnya kepada saya.

Secara kesimpulannya, kaunseling merupakan satu proses pembelajaran kearah


mencapai kesempurnaan kendiri. Untuk mencapai tujuan itu kaunselor perlu menggunakan
beberapa teori atau kaedah yang bersesuaian dengan klien. Walaubagaimanapun, semua itu
bergantung kepada kesungguhan dan kesanggupan klien untuk melakukan perubahan dan
keikhlasan kaunselor dalam menjalankan tugasnya.

6
7

You might also like