Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

SULIT 3755/2

Nama : . Tingkatan : ..

NO. KAD PENGENALAN


ANGKA GILIRAN

Peperiksaan Percubaan SPM 2016


PERDAGANGAN 3755/2
Kertas 2
September 2016

2 jam Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan wajib di Bahagian B.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Kertas jawapan
hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama kertas soalan pada akhir peperiksaan.
4. Anda dinasihati supaya mengambil masa 80 minit untuk menjawab soalan dalam Bahagian A
dan 40 minit untuk menjawab soalan dalam Bahagian B.
5. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam
kurungan.
6. Jika anda hendak menukar jawapan, batalkan dengan kemas jawapan yang telah dibuat.
Kemudian tulis jawapan yang baharu.
7. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik.
8. Semua kertas jawapan dan soalan hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan.

______________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak .

3755/2 2016 JKD Perdagangan Lihat halaman sebelah]


0 SULIT
SULIT 3755/2

BAHAGIAN A
(75 MARKAH)
Jawab mana-mana tiga soalan sahaja.

1 (a) Rajah menunjukkan Hierarki Keperluan Maslow.

Keperluan Fisiologi

Terangkan P dan Q. [ 5 markah ]

(b) (i) Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Yusuf.

Encik Yusuf adalah seorang pengusaha kebun nanas. Beliau mengusahakannya


secara sepenuh masa dengan bantuan 5 orang pekerja. Peralatan pertanian dan baja
dibelinya daripada Ah Sin, seorang pemborong dari Kluang. Sebagai balasan,
tanaman nanasnya dijual secara borong kepada Ah Sin. Hasil jualan yang diperoleh
digunakan untuk membayar gaji pekerja dan menyara diri serta keluarga.

Terangkan jenis pengeluaran yang diamalkan oleh Encik Yusuf. [ 4 markah ]

(ii) Rajah berikut menunjukkan aktiviti yang terlibat dalam cabang pengeluaran.

Menghasilkan keropok Mengedarkan keropok


kepada peruncit

Huraikan cabang pengeluaran yang terlibat. [ 5 markah ]

3755/2 2016 JKD Perdagangan Lihat halaman sebelah]


1 SULIT
SULIT 3755/2

(c) Gambar berikut menunjukkan individu yang terlibat dalam bidang perniagaan.

Tahniah kerana telah


mencipta produk
Terima kasih.
yang memenuhi
citarasa pengguna

Encik Hafizi

Jelaskan sumbangan yang boleh diberikan oleh Encik Hafizi kepada masyarakat.
[ 6 markah ]

(d) Bagaimanakah pengkhususan dapat membantu meningkatkan industri pembuatan kereta di Malaysia?
[ 5 markah ]

2 (a) Kilang Batik Afifah dan Kilang Batik Pak Ngah mengusahakan perusahaan batik di Kota Bharu,
Kelantan. Mereka memilih saluran agihan berikut untuk mengedarkan hasil keluaran masing-masing.

Kilang Batik Afifah Kedai Kain Zakiah Pn Saloma

Pada pendapat anda , mengapa mereka memilih saluran agihan tersebut? [ 5 markah ]

(b) (i) Apakah fungsi pemborong dalam saluran agihan? [ 5 markah ]


(ii) Maklumat berikut berkaitan dengan Pemborong Ikan Ah Chun di bandar Batu Pahat.

Membekalkan ikan segar kepada pasar raya dan


restoran di Batu Pahat dan kawasan sekitarnya.

Bagaimanakah pengangkutan membantu Pemborong Ikan Ah Chun? [ 4 markah ]

3755/2 2016 JKD Perdagangan Lihat halaman sebelah]


2 SULIT
SULIT 3755/2

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan invois yang dikeluarkan oleh seorang pembekal.

Nombor Invois Keterangan

MK - 1962 Jumlah harga terlebih catat sebanyak RM90

MK - 1965 Harga sebenar RM1500 telah dicatat sebagai RM1050

(i) Nyatakan dan terangkan dokumen yang akan digunakan untuk membetulkan kesilapan pada
invois bernombor :

(a) MK 1962 [ 2 markah ]

(b) MK 1965 [ 2 markah ]

(ii) Terangkan dua sebab lain dokumen di 2(c)(i) dikirimkan kepada pelanggan. [ 2 markah ]

(d) Maklumat berikut berkaitan dengan satu kaedah jualan.

Kedai Kek Oren di Parit Sulong memasarkan kek dan biskut. Pengurus kedai bercadang
memasarkan hasil keluarannya melalui kedai-kedai runcit di sekitar Parit Sulong. Kedai
Runcit Miran yang sudah beroperasi selama 15 tahun membenarkan Kedai Kek Oren
meletakkan kek dan biskut di kedainya untuk dijual. Setiap minggu, pekerja syarikat
akan menghantar bekalan kek dan biskut, mengambil semula kek dan biskut yang tidak
laku dijual, serta membayar komisen mengikut nilai jualan kepada Kedai Runcit Miran.

(i) Nyatakan kaedah jualan tersebut. [ 1 markah ]

(ii) Terangkan empat kelebihan kaedah jualan di 2(d)(i) kepada Kedai Kek Oren. [ 4 markah ]

3755/2 2016 JKD Perdagangan Lihat halaman sebelah]


3 SULIT
SULIT 3755/2

3 (a) Apakah kegunaan Bil Muatan dalam Perniagaan Antarabangsa? [ 5 markah ]


(b) (i) Gambar berikut menunjukkan perbualan antara Encik Hisham dengan Encik Ramli berkaitan
cadangan untuk memulakan perniagaan.

Saya minat sangat nak berniagalah Kalau begitu Hisham, saya


Ramli. Modal dah cukup tetapi cadangkan awak mulakan
tiada pengalaman untuk perniagaan secara francais.
memulakannya.

Mengapakah Encik Ramli membuat cadangan itu? [ 5 markah ]

(ii) Dialog berikut adalah antara Encik Azhar, pemilik syarikat dengan Encik Jaafar,
pengurus syarikat berkaitan pengurusan stok.

Encik Azhar : Encik Jaafar, bagaimana dengan stok syarikat kita? Adakah stok
kita mencukupi untuk bulan ini?

Encik Jaafar : Cukup tuan. Saya dah senaraikan semua barang. Saya memesan lagi
stok tambahan daripada pembekal. Pembekal terpaksa beri kita
kualiti barang yang agak rendah sebab bekalan kurang.

Encik Azhar : Adakah mereka sudah hantar barang yang dipesan?

Encik Jaafar : Sudah tuan.

Encik Azhar : Barang-barang ini bersepah-sepah. Ada awak rekod semua stok
keluar masuk?

Encik Jaafar : Ada tuan, saya ada catat atas kertas. Tetapi barang-barang ini saya
belum sempat susun lagi kerana baharu terima daripada pengawal
keselamatan sebab saya cuti semalam.

Jika anda adalah Encik Azhar, adakah anda bersetuju dengan pengurusan stok tersebut?
Kemukakan empat alasan. [ 5 markah ]

3755/2 2016 JKD Perdagangan Lihat halaman sebelah]


4 SULIT
SULIT 3755/2

(c) (i) Jelaskan perbezaan antara Spekulator dengan Pelabur. [ 6 markah ]

(ii) Maklumat berikut berkaitan dengan pelaburan Encik Arif dalam Syarikat ABC Bhd.

10 000 unit 5% Syer Keutamaan pada RM2 setiap satu


2000 unit Syer Biasa pada RM1 setiap satu

Syarikat ABC Bhd mengisytiharkan pembayaran dividen penuh ke atas syer keutamaan dan
10% ke atas syer biasa.

Hitung jumlah dividen yang akan diterima oleh Encik Arif. [ 4 markah ]

4 (a) (i) Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Sabrina.

Puan Sabrina seorang usahawan kosmetik. Beliau memerlukan


pembiayaan daripada Bank Perdagangan untuk membeli aset
perniagaan. Di samping itu beliau juga memerlukan pembiayaan
jangka pendek untuk membuat bayaran menggunakan cek kepada
pembekal.

Jelaskan dua jenis perkhidmatan bank yang digunakan oleh Puan Sabrina. [ 4 markah ]

(ii) Gambar berikut menunjukkan perbualan antara dua orang sahabat.

Saya tidak mempunyai masa Jangan risau, kamu boleh


untuk mengutip hutang memfaktorkan invois
daripada penghutang tersebut kepada bank.

Huraikan jenis pembiayaan hutang institusi kewangan yang dimaksudkan oleh Chong.
[ 6 markah ]

3755/2 2016 JKD Perdagangan Lihat halaman sebelah]


5 SULIT
SULIT 3755/2

(b) Gambar menunjukkan suatu kejadian kebakaran. rumah Encik Sukri.

Bagaimanakah Encik Sukri membuat tuntutan ganti rugi daripada insurer. [ 4 markah ]

(c) Gambar berikut menunjukkan perbualan tentang urusan penghantaran barang eksport.

Puan Ros, pelanggan kita di Hong


Kong memesan 50000 tan kayu
balak. Saya harap awak dapat
Baiklah tuan. Saya akan
uruskan pengangkutan yang sesuai
uruskan sebaik mungkin.
untuk menghantar pesanan tersebut.

Jika anda adalah Encik Rosman, apakah kapal yang akan anda pilih?
Kemukakan alasan anda. [ 6 markah ]

(d) Jelaskan kelebihan pengkontenaan dalam urusan penghantaran barangan kargo.


[ 5 markah ]

3755/2 2016 JKD Perdagangan Lihat halaman sebelah]


6 SULIT
SULIT 3755/2

5 (a) (i) Encik Hassan merupakan seorang pemborong pakaian sukan di Johor Bahru. Beliau memrlukan
sebuah gudang untuk menyimpan pakaian sukan yang diimport dari Negara China.

Jelaskan jenis gudang yang sesuai untuk Encik Hassan [ 5 markah ]

(ii) Maklumat berikut berkaitan ciri-ciri gudang yang baik

Kesesuaian gudang dengan jenis barang disimpan


Ruang yang mencukupi dan susun atur yang kemas

Jelaskan empat ciri gudang yang baik selain daripada yang dinyatakan di atas [ 4 markah ]
(b) Gambar berikut menunjukkan sejenis promosi

(i) Nyatakan jenis promosi tersebut [ 1 markah ]


(ii) Bagaimanakah jenis promosi di 5(b)(i) membantu peniaga meningkatkan jualan mereka
[ 4 markah ]

(c) Gambar berikut menunjukkan satu logo agensi kerajaan yang terdapat pada sesuatu produk.

3755/2 2016 JKD Perdagangan Lihat halaman sebelah]


7 SULIT
SULIT 3755/2

Mengapakah pengeluar topi keledar perlu mendapatkan pengesahan daripada agensi kerajaan
tersebut? [ 5 markah ]
(d) Maklumat berikut berkaitan dengan satu jenis keluaran.

Puan Mazni telah membeli satu set alat penapis air berjenama FRESHPRO daripada
seorang jurujual yang datang ke rumahnya. Selepas menggunakan selama sebulan, alat
tersebut didapati telah rosak. Puan Mazni telah membuat aduan kepada Persatuan
Pengguna Pulau Pinang dan siasatan tersebut menunjukkan bahawa alat penapis yang
dibekalkan kepada Puan Mazni sebenarnya adalah barang tiruan.

Bagaimanakah persatuan pengguna dapat membantu Puan Mazni [ 6 markah ]

3755/2 2016 JKD Perdagangan Lihat halaman sebelah]


8 SULIT
SULIT 3755/2

Bahagian B
[25 markah]
Soalan ini wajib dijawab.

6. Perniagaan Resepi Bonda ialah sebuah perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terlibat
dalam perusahaan membuat Biskut Bangkit Cheese di Senggarang. Perusahaan ini telah ditubuhkan
oleh Puan Azizah sejak setahun yang lalu. Baru-baru ini, beliau telah menerima laporan tentang
prestasi jualan biskut daripada pegawai pemasaran syarikat. Prestasi jualan biskut telah mendapat
permintaan yang tinggi di sekitar Lembah Klang tetapi sebaliknya prestasi jualan di negeri-negeri lain
kurang memuaskan dan semakin merosot. Perniagaan Resepi Bonda Sdn Bhd mengedarkan produk
terus kepada pengguna sehingga terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi seperti kos tempat
penyimpanan. Hal ini merungsingkan fikiran Puan Azizah kerana beliau juga kurang pengalaman
dalam bidang tersebut.
Perniagaan Resepi Bonda sering berhadapan masalah semasa membuat tempahan bahan mentah dari
pembekal dan menerima tempahan dari peruncit. Maka Puan Azizah memikirkan sama ada mahu
menggunakan perkhidmatan komunikasi intenet atau videofon untuk melicinkan proses tersebut.
Encik Azmi dari Sarawak telah membuat tempahan biskut dari Puan Azizah yang bernilai RM50,000.
Pesanan ini perlu dihantar dalam tempoh masa seminggu. Setelah biskut sampai, Encik Azmi
mendapati biskut tersebut telah berkulat dan rosak. Encik Azmi telah meminta ganti rugi dan Puan
Azizah terpaksa membayar kos ganti rugi tersebut.
Baru-baru ini, rakan Puan Azizah telah menyuarakan hasrat untuk berkongsi modal dengan beliau.
Puan Azizah berada di dalam dilema sama ada untuk mengekalkan milikan perniagaan sedia ada atau
menerima pelawaan sebagai rakan kongsi Puan Azizah.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut


(a) (i) Nyatakan bentuk lain peruncitan yang lebih sesuai untuk digunakan oleh Puan Azizah.
[ 1 markah ]
(ii) Kemukakan alasan anda bagi jawapan di 6(a)(i). [ 5 markah ]
(b) Cadangkan perkhidmatan komunikasi yang boleh dipilih oleh Puan Azizah. Mengapa?
[ 4 markah ]

(c) (i) Jelaskan dua hak pengguna yang telah diperolehi oleh Encik Azmi dalam situasi tersebut.
[ 4 markah ]

(ii) Terangkan tanggungjawab Puan Azizah yang perlu dilaksanakan selain dari situasi diatas
[ 5 markah ]

(d) Apakah pemilikan perniagaan yang perlu dipilih oleh Puan Azizah. Berikan lima alasan
[ 5 markah ]

3755/2 2016 JKD Perdagangan Lihat halaman sebelah]


9 SULIT

You might also like