Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Kesan dan Cabaran Dunia siber dalam Pembentukan Akhlak Manusia

PENDAHULUAN
Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan
selepas arus paskal permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi
dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya,
pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan
agama. Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap
hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat telah berjaya
menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk
pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa
sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990) meramalkan bahawa salah satu daripada
sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah maklumat. Maklumat
sangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menadi penentu dan penggerak kepada
masa depan. Kertas kerja ini mengupas isu di mana ledakan teknologi membawa cabaran
dan impak yang kuat terhadap pegangan dan penghayatan nilai-nilai murni agama serta
akhlak masyarakat dan pengaruh negatif yang merubah minda serta gaya hidup insan. Ia
menghakis dan mengubah paradigma tauhid, syariah dan akhlak mulia sehingga mengikis
nilai-nilai keinsanan. Jesteru itu, suatu pendekatan dan tindakan yang menggunakan
metodologi Islam perlu dilaksanakan bagi tujuan mengwal, mendidik dan menjamin agar
pengaruh buruk ICT tidak menjadi barah kepada penyakit sosial yang sedia ada.
Pendekatan Islam dikemukakan bagi tujuan mendidik dan mengawal individu daripada
hanyut dan lemas dalam dunia tanpa sempadan.[1]
Kertas kerja saya dalam tugasan ini akan menerangkan sedikit sebanyak tentang cabaran
dan kesan dunia siber dalam perkembangan akhlak masyarakat. Ia dilihat dari aspek kesan
dan cabaran itu sendiri kepada golongan masyarakat. Setiap sesuatu itu ada pro dan
kontranya dan tulisan kali ini akan menerangakn dari sudut kedua-dua aspek.

DEFINISI
Kesan menurut Tesaurus adalah efek, akibat, padah dan ekoran. Manakala menurut Kamus
Dewan pula ialah yang turut terdapat (timbul, digunakan) selain yang asas atau yang utama
masalah kecil dan yang boleh diselesaikan hasil-hasil yang turut diperoleh daripada
usaha untuk menghasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yang utama kesan-kesan
lain di samping kesan yang utama.[2]
Cabaran menurut Kamus Dewan ialah hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan)
ajakan (untuk berlawan ) sesuatu (unsur, faktor) yang mencabar (menguji kemampuan
dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi).[3]
Siber menurut Kamus Dewan adalah sesuatu yang berkaitan dengan komputer dan internet.
[4] Internet ibarat pasar raksasa yang menemukan pembeli dengan penjual dalam ruang.
Pembangunan menurut Kamus Dewan ialah perihal membangun, proses membangun
(mencapai kemajuan, perkembangan) usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan
dan mengembangkan).[5]
Akhlak menurut Ibn Miskawayh ialah sesuatu situasi yang terbentuk dalam diri seseorang
manusia dan ia berfungsi sebagai kuasa eksekutif yang mengarah orang tersebut
melakukan semua perbuatannya.[6]
Masyarakat ialah sekumpulan orang yg hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara-cara
dan peraturan-peraturan tertentu.[7]
Istilah dunia siber atau cyberworld pertama kali digunakan oleh William Gibson seorang
penulis sains fiksyen dalam bukunya yang bertajuk Neuromancer( 1984), yang mana beliau
gambarkan sebagai suatu istilah tekno dan menggugat perasaan tetapi pada dasarnya
tidak bermakna, yang berfungsi sebagai kata laluan untuk semua idea sibernatiknya. Kini,
isitilah ini menjadi suatu perkataan yang sangat biasa dan digunakan dengan meluas untuk
menggambarkan segala sesuatu berkaitan dengan komputer, teknologi maklumat, internet
dan pelbagai budaya internet. Secara mudahnya, ia merujuk kepada dunia atas talian, iaitu
suatu tempat yang benar-benar wujud, walaupun sebagai media komunikasi berbanding
suatu galaksi lain.[8]
Secara tulisannya, definisi tajuk kertas kerja ini ialah melihat sejauh mana kesan dan
cabaran yang dihadapi oleh kelompok masyarakat dalam menongkah arus kemodenan
dunia komputer dan internet yang mana terdapat kesan positif dan juga negatif. Dalam
kertas kerja ini, penulisan lebih melihat kepada dunia siber dari segi pengunaan teknologi
dan Information Communication Technology (ICT).

CABARAN DAN KESAN DUNIA SIBER DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT


Jika dilihat dari sudut yang negatif, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh golongan
remaja terutamanya isu yang berkaitan dengan gejala sosial yang melibatkan penggunaan
siber. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan arus semasa, kebanyakan golongan remaja
menggunakan siber untuk menjalinkan hubungan sosial seperti menerusi laman
web Facebook, Twitter, Friendsterdan lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai tawaran
serta perkhidmatan yang menarik dan menyeronokkan yang sememangnya menarik minat
para remaja untuk menyertainya. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa laman web
sosial sebegin mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan seperti dapat berhubung serta
membincangkan isu-isu terkini melalui ruangan siber, namun begitu juga keburukannya
kerana penggunaannya adalah tanpa kawalan. Laman-laman web sebegini juga menjadi
tumpuan para penjenayah yang mahu menjadi remaja sebagai mangsa mereka. Terdapat
juga para remaja mungkin tidak menyedari keperluan untuk menjaga maklumat peribadi
mereka, ataupun gambar-gambar peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang
tidak dikenali dan sekaligus menjadi mangsa penjenayah-penjenayah dunia siber seperti
terlibat dalam dunia pornografi, pelacuran, seks bebas, penculikan dan pemerdagangan
manusia.
Antara cabaran-cabaran yang terdapat dalam dunia siber adalah antaranya :

a) Kesahihan maklumat.
Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang bermaksud :

Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita maka hendaklah
kamu berwaspada(berhati-hati) akan kebenarannya.[9]
Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku
penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang
perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan
bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini
memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih.
Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan
berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk
kepada simber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan yang
nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan yang
diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan
akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.

b) Pelayaran Web Negatif.


Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak
berfaedahmemberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia.
Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian,
dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal
dan pembaziran wang serta masa.
Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak
sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan
gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina
tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan
tercela. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud

Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji .[10]
Ketagihan internet ini tertumpu kepada cybersex addiction dan comulsive gambling. Material
berkaitan sex begitu mudah dan tersiar di internet dengan pelbagai dimensi dan ilustrasi
pornografi dan chatroom yang membicarakan unsur-unsur seksual Kewujudan berbagai
bentuk laman web negatif telah mencabar nilai dan gaya hidup insaniah sebagaimana yang
diajar oleh Islam. Pendidikan Islam jelas mencegah umat dari terlibat dalam kegiatan tidak
bermoral. Pendidikan akhlak menurut Islam ialah pembentukan jiwa dan peribadi muslim
yang mampu menjaga dan menjauhi amalanamalan buruk termasuk melayari laman web
lucah. Impak kepada gejala ini maka merebaklah bermacam penyakit sosial akibat
ketagihan seks seperti perzinaan, pelacuran, penularan HIV/AIDS, Homoseksual dan
Lesbian, penyakit kelamin, curang dalam hubungan dan melakukan seks sebelum kahwin di
kalangan remaja. Menurut laporan akhbar dan kajian oleh penyelidik Universiti Malaya pada
tahun 2005 ramai remaja sudah melakukan hubungan seks dalam menjalinkan
perhubungan mereka. Malahan ada yang merakamkan untuk simpanan peribadi dan
disebar untuk umum melalui internet dan telefon peribadi menggunakan teknologi 3G.

Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Universiti


Malaya dan sebuah syarikat swasta pada tahun lalu mendapati 13 peratus remaja berusia
15 hingga 21 tahun pernah mengadakan hubungan seks sebelum.Kajian itu mendapati 76
peratus daripada respondennya remaja lelaki manakala 61 peratus membabitkan remaja
perempuan.[11]
Dalam kajian lain Kementerian Kesihatan terhadap remaja bersekolah berumur 13 hingga
18 tahun mendapati 1.8 peratus daripadanya mengaku pernah terbabit dalam aktiviti seks.
Walaupun isu seks bebas remaja membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan,
permasalah lebih besar sering melingkungi kaum hawa.

c) Penyebaran Fitnah dan Gossip


Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama
yang selalu dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu
pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar
menggunakan laman web internet, sms, mms dan media lain terutama di musim pilihanraya.
Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara. Menurut ajaran
Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar. Fitnah memberi kesan
terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya. Firman Allah dalam
al-Quran yang bermaksud:

Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh[12]


d) Permasalahan Remaja
Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong
mereka menghabiskan masa di cyber caf ,internet caf dan telefon tangan. Program
seperti chatting, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa
kesan dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran kepada ibubapa
mereka. Ramai pelajar yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam
wang teman bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah
pemimpin kepada anak-anak mereka.

Menurut ajaran Islam setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap pengikut mereka.


Kawalan dan penjagaan yang berterusan perlu bagi menjamin anak-anak tidak terlibat
dalam kancah gejala sosial. Hal ini mencabar pengurusan sekolah, pihak berkuasa dan
orangramai terhadap masalah pelajar yang mengunjungi pusat internet di waktu
persekolahan dan selepas persekolahan. Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu
lama di cyber cafe, tidak ada kawalan keluarga dan berkembangbiaknya masalah serta
gejala sosial di kalangan remaja. Hal ini menyebabkan kerajaan terpaksa bertindak
mengawal aktiviti kunjungan remaja ke pusat-pusat internet.

e) Aktiviti Perjudian
Pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapati berlakunya
penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi. Permainan video yang berorientasikan
judi mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja. Kegiatan
perjudian mencabar nilai hidup Islam yang jelas mengharamkan judi. Firman Allah dalam al-
Quran bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, menenun nasib dan
menyembah berhala adalah kotor dari amalan syaitan . Oleh itu hendaklah kamu jauhi
mudahan kamu berjaya[13]
f) Perubahan Gaya Hidup dan Pencemaran Bahasa
Perpatah Melayu ada menyebut:

Yang Kurik Itu Kendi, Yang Merah Itu Saga

Yang Elok Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa

Pengaruh ICT yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya merubah
paradigma sosiobudaya dan bahasa komunikasi. Penjajahan budaya hidup Barat dalam
aspek pakaian, makanan, minuman, tingkahlaku, hiburan telah menukar jati diri manusia.
Pakaian tradisonal setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi acara atau
perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang dibanggakan. Makanan seperti kuih
tradisional bertukar dengan makanan impot dengan pelbagai jenama terkenal di dunia.
Seperkara yang menarik dalam isu ICT ialah berlakunya tanpa disedari iaitu kerosakan
bahasa. Bahasa sms dan chatting memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah. Kesannya
terbawa sehingga banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi harian mereka terutama
di kalangan anak remaja. Misalnya perkataan Assalamualaikum sudah diringkaskan dengan
berbagai cara seperti Asm.,Akum, Aslam dan Salam mulai tersebar penggunaannya.
Perkataan ini jelas tidak tepat dari susunan ejaan, kata-kata dan maknanya sendiri. Ianya
jelas merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.

Dalam tugasan kertas kerja yang ringkas ini adalah tidak mungkin penulis dapat
menghuraikan keseluruhan cabaran-cabaran dan isu-isu yang berkaitan dengan pengaruh
dan penggunaan siber dalam proses modenisasi masyarakat Malaysia. penulis akan
memfokuskan perbincangan kepada beberapa isu berkaitan dengan generasi muda dan
beberapa contoh salah guna ICT. Di antara perkara yang akan disentuh adalah melayari
sumber-sumber/cerita-cerita atau gambar-gambar yang tidak bermoral; berhubung rapat
dengan orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya dan; terlibat atau
melibatkan dengan penipuan-penipuan berbentuk kewangan secara terlindung.
Sebagai contoh yang pertama, melayari sumber-sumber/cerita-cerita atau gambar-gambar
yang tidak bermoral. Perkara ini nampak seolah-olah satu perkara kecil, tetapi mempunyai
kesan yang besar kepada psikolgi dan tindak-tanduk remaja. Akibat daripada sistem
pemakanan dan taraf hidup di Malaysia, (khususnya di kawasan Bandar) umumnya
seseorang yang berumur 13 tahun ke atas telah mempunyai tahap kematangan biologi yang
mencukupi untuk menjadi seorang ibu atau bapa. Bermakna seseorang perempuan itu telah
mampu mengandung dan melahirkan bayi, (telah timbul keinginan sex) tetapi dari segi
sosial (dan keperluan sosial dan ekonominya) seseorang itu dalam konteks masyarakat
Malaysia kini dia masih belum mampu. Dia masih memerlukan masa di antara 8-10 tahun
lagi bagi menamatkan pengajian, mendapatkan pekerjaan yang sesuai (terjamin
kewanganya) dan kemudiannya mendirikan keluarga. Dengan melayari gambar-gambar dan
cerita-cerita seks (atau berunsur seks) ini boleh meningkatkan ransangan dan keinginan
melakukan hubungan seks. Seseorang remaja bukan tidak mengetahui bahawa hubungan
sex luar nikah adalah berdosa, risiko yang besar dan akan menghadapi kesan yang buruk
bagi masa depannya, tetapi ketidak-seimbangan rohani, sosial dan keinginan biologinya
menyebabkan seseorang itu terdorong melakukan hubungan kelamin luar nikah.
Meningkatnya bilangan remaja berumur di antara 13-20 tahun yang sanggup melakukan
hubungan sex dengan rela dipercayai mempunyai hubungan dengan sumber-sumber
gambar/cerita daripada ICT yang berleluasa dan tidak terkawal. Ianya juga mempunyai
hubungan dengan kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Contoh yang seterusnya adalah berhubung rapat dengan orang yang tidak dikenali secara
terbuka dan penuh percaya. Kemudahan ICT juga telah membuka ruang yang sangat luas
bagi seseorang mengenali dan berhubung dengan seseorang secara lebih bebas dan
terbuka. Seorang remaja yang mudah percaya kepada seseorang yang tidak dikenali (hanya
kenal dan berhubung melalui ruang siber) akan membuka ruang seseorang yang berniat
jahat mengambil peluang ke atasnya. Tahap kematangan yang rendah serta pengaruh
emosi serta tekanan keinginan biologi tanpa kawalan social dan undang-undang yang
benar-benar ketat mendorong berlakunya hubungan rapat yang tidak sepatutnya berlaku.
Struktur masyarakat, persekitaran kejiranan serta struktur keluarga memudahkan seseorang
yang berniat jahat mengambil peluang ke atas sesorang. Misalnya seorang gadis yang
tinggal di kawasan yang jiran-jirannya tidak saling mengenali di antara satu sama lain dan
kedua-dua ibubapanya bekerja dengan kemudahan ICT akan memudah dan mendorong dia
berhubung dengan seseorang yang tidak dikenalinya. Keadaan akan menjadi lebih mudah
jika si-gadis itu berada dalam kesunyian serta si-lelaki yang dikenalinya itu pula benar-benar
pandai berpura-pura bersifat baik padanya. Kes-kes gadis hilang dan mengikuti lelaki yang
tidak sepatutnya dipercayai mempunyai hubungan dengan persoalan ini. Bahkan ada kes
yang si-gadis yang berkenalan melalui alam siber ini, sanggup terbang ke luar negara (ke
Amerika Syarikat dan ke United Kingdom dan sebagainya) semata-mata kerana benar-
benar percaya berdasarkan semata-mata maklumat daripada komputer. Melalui ICT dan
salah guna serta salahtafsir telah banyak gadis-gadis yang menjadi mangsa dan telah
diperdagangkan dan dijadikan mangsa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Manakala contoh yang terakhir berakaitan kesan dari sudut negatif tentang siber dalam
sudut ICT adalah terlibat atau melibatkan dengan penipuan-penipuan berbentuk kewangan
secara terlindung. Penipuan dalam bentuk kewangan ini telah semakin merebak dan
semakin ramai mangsanya. Penipuan yang bermotifkan kewangan ini dilakukan dengan
banyak cara di antara contohnya; tawaran hadiah tertentu kepada seseorang kerana telah
terpilih berdasarkan sesuatu sebab (misalnya alamat e-mail anda bertuah melalui pilihan
rambang); kerjasama dalam pengurusan membawa keluar dana-dana tertentu dalam jumlah
yang besar (misalnya 2 juta USD) dan juga kategori yang lebih kecil jumlahnya seperti anda
telah menerima sebuah kotak hadiah tetapi mesti membayar (melalui pindahan akaun bank
atau kad kredit) sebelum hadiah itu dapat dihantar dan dituntut. Walaupun kadang-kadang
mangsa terasa bahawa ianya mungkin ditipu, tetapi kadang-kadang penipuan terlindung ini
licik dan banyak juga mangsa yang terkena tipu.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kesan-kesan yang positif yang boleh dilihat dalam
pembangunan akhlak masyarakat tentang kebejatan dunia siber hari ini. Jika dilihat kepada
pengunaan kad-kad elektronik pada hari ini, banyak mendatangkan kesan positif. Sebagai
contoh, pengunaan Mykad yang mana Mykad mempunyai potensi yang besar untuk
menggerakkan masyarakat dalam satu jaringan elektronik kerana menyediakan
perkhidmatan seperti ini kepada awam. Antara perkhidmatan yang boleh digunakan apabila
memiliki Mykad seperti berurusan secara dalam talian bagi mendapat maklumat peribadi,
maklumat saman dan sebagainya. Fungsi Mykad yang lebih meluas seperti ini akan
mendorong sepenuhnya potensi perkembangan masyarakat jaringan di Malaysia, maka
wajarlah kerajaan Malaysia memperkenalkannya untuk kepentingan jangkamasa yang
panjang walaupun wujud isu-isu seperti masalah jaringan dan prasarana, tahap
keselamatan maklumat, mengenai kad mudah rosak dan sebagainya.

KEPERLUAN ETIKA ISLAM DALAM PENGGUNAAN SIBER (ICT)


Tidak dapat dinafikan bahawa satu standard etika yang syumul dan menyeluruh amat
diperlukan pada zaman ini bagi mengawal dan mengadapkan manusia. Dengan satu
harapan suci lagi murni, melahirkan umat Malaysia khususnya dan dunia amnya yang akan
disegani kerana keluhuran budi dan akalnya.

a. Nilai Murni
Nilai murni ialah nilai yang baik yang dapat membina keharmonian, kekuatan dan
pembangunan individu serta masyarakat . Nilai ini perlu dikembangkan bagi membendung
pelbagai krisis yang dihadapi oleh masyarakat. Antaranya termasuklah nilai kejujuran,
kesetiaan, keadilan dan sebagainya. Dalam dunia siber ini, di mana Internet menjadi senjata
utama manusia, maka amat perlu dipastikan mereka yang terlibat di dalam dalamnya
sentiasa terpandu dengan nilai ini. Sebagai contoh seorang pengguna Internet wajar tahu
setakat mana hak penggunaannya. Pembuat laman web mesti sedar apakah berita yang
disebarkan itu akan menambah nilai kepada masyarakat atau sebaliknya. Pengamalan
kepada nilai murni ini pastinya akan membimbing manusia ICT.

b. Nilai Moral
Ia merupakan nilai asas dan fundamental di dalam pembinaan individu dan masyarakat.
Mempertahankan kebaikan dan menolak keburukan serta tindakan yang memperjuangkan
kebenaran perlu dipertingkat di dalam masyarakat dewasa ini. Semua manusia mesti sedar
moral individu yang baik maka akan lahirlah satu masyarakat yang cemerlang.

c. Nilai Etika
Masyarakat yang beretika ialah masyarakat yang mempertahankan tanggungjawab moral
dan social, membentuk individu sebagai anggota masyarakat yang komited terhadap
peraturan dan lunas-lunas yang berhemah. Islam sebagai contoh telah menyediakan asas
etika dan akhlak yang luhur untuk diamalkan oleh semua peringkat manusia di zaman siber
ini. Asas sifat seperti Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fataonah wajar dipraktiskan dalam
seluruh generasi ICT. Sikap Siddiq yang bermaksud benar amat besar perananya dalam
hidup manusia. Permasalahan kerakusan manusia pornografi akan dapat diatasi jika
manusia seluruhnya sentiasa memastikan setiap tindakan mereka sentiasa benar. Hal ini
hanya dapat dipastikan jika manusia itu punyai iman dan pekerti yang luhur. Amanah
sebagai standard umum perbuatan manusia akan melahirkan generasi yang success
dalam segenap lapangan. Penyebar maklumat yang amanah akan sentiasa memastikan
bahan yang disebar adalah betul dan tepat dan akan dipertanggungjawabkan di kemudian
hari. Didikan terhadap perbuatan amanah ini mestilah dilakukan sejak manusia itu
diperingkat rebung. Sifat Tabligh pula akan memastikan amalan menyuruh manusia
berbuat kebaikan dan melarang manusia berbuat kejahatan akan berterusan. Setiap individu
yang terlibat secara landsung ataupun tidak secara lansung dalam dunia Internet dan
maklumat sewajarnya faham akan maksud tabligh. Manakala sifat atau standard Fatonah
juga sewajarnya disebarluaskan dikalangan umat ICT. Fatonah yang bermaksud bijaksana
akan mendorong manusia sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu di dalam
Internet. Jika sifat ini berjaya ditanam dalam jiwa manusia seluruhnya maka standard etika
yang cemerlang akan berjaya diaplikasikan dalam masyarakat dunia. Hal ini kerana, the
character of the Muslim community is not determined by the rituals alone. Muslim mesti
mengetahui bagaimana untuk memperbetulkan segala serangan dan dakyah yang dilontar
terhadap mereka.

d. Nilai Kerohanian
Nilai kerohanian tidak dapat dinafikan akan kepentingannya. Ia menjadi benteng ulung bagi
membina kekuatan, ketahanan dan peribadi seseorang. Jiwa yang kuat akan melahirkan
individu yang cemerlang. Sebagai sebuah masyarakat malaysia yang unggul maka
sewajarnya kita biasakan diri dengan nilai kerohania yang mulia. Malaysia akan dipandang
mulia jika masyarakatnya berhati budi dalam segenap perkara, samada dari aspek
hubungan individu hinggalah ke aspek ICTnya.

e. Nilai Budaya
Nilai budaya ialah nilai-nilai yang mencorakkan kehidupan sesuatu masyarakat atau bangsa.
Budaya masyarakat melayu terkenal dengan identiti tersendiri yang dipengaruhi kuat oleh
adat, kepercayaan, tradisi, kemasyarakatn, bahasa, baik hati, dan lain-lain lagi. Nilai budaya
yang baik . Jika dilihat Malaysia sebagai sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai
agama rasmi negara maka sewajarnya nilai-nilai baik ini disebarluaskan diseluruh pelusUk
negara. Kepenggunaan Internet harus diterima dengan hati yang terbuka, tetapi ia harus di
pandu dengan etika dan akhlak mulia agar menjadi budaya masyarakat Malaysia, melayari
Internet untuk mencari maklumat adalah satu kebiasaan dan maklumat yang diakses
hanyalah maklumat yang dapat memantapkan minda dan hati nurani. Penyemaian nilai
hormat wajar diberi keutamaan. Meletakkan nilai hormat yang tepat dan bersesuaian
dengan kehendak ajaran mulia agama dalam institusi ICT dewasa ini adalah satu
kemestian.

f. Nilai Jujur
Kejujuran adalah asas dalam perlakuan manusia. Bagi seseorang muslim setiap amal
mereka dinilai berdasarkan kepada eikhlasan dan kejujuran. Nabi Muhammad menjelaskan
dalam hadis baginda yang bermaksud Setiap amal bermula dengan Niat. Satu perkara
yang dapat kita laksanakan ialah memaparkan pada papan skrin mengenai etika melayari
laman web. Ia dapat membantu mendidik seseorang daripada melakukan sesuatu yang
salah dan membina kejujuran diri.

PENUTUP
Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan
masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh
dengan cabaran dan dugaan. Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah
dijadikan rujukan utama di dalam penggubalan standard etika kepenggunaan Internet,
sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari
sudut sosial, ekonomi dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin
agar yang satu menghormati yang lainnya, yang seorang menjaga kemuliaan diri dan
kawannya, keharuman namanya, kebagusannya dengan hati yang seikhlas-ikhlasnya.
[14] Adalah menjadi harapan besar negara dengan adanya ketelusan dan ketulusan dalam
zaman siber ini maka masyarakat akan lebih beruntung dan sejahtera. Tiada lagi unsur yang
yang boleh merosak dan menghancurkan keutuhan masyarakat disebar melalui jaringan
maya yang akan diakses oleh manusia sejagat. pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan
kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam
kehidupan khususnya generasi muda. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan
moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke
semasa. Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah tidak
dapat dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi mengelak atau
mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan budaya
masyarakat kita serta menjamin survival nilai-nilai positif masyarakat, semua pihak dan dari
berbagai peringkat mestilah memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan
etika masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda bagi mengelak daripada kesan negatif
yang akan semakin parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang
mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurang kan kesan yang
negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga
meletakkan isu salah guna dan kesan negatif ICT ini sebagai suatu yang penting bagi
pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia.[15]
BIBLIOGRAFI
1) Al-Quran Al-Karim.

2) Kamus Dewan Edisi Keempat.

3) Kamus Pelajar Edisi Kedua.

4) Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Mat Yazid, Program Hubungan Antarabangsa, Sekolah
Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Dalam artikel Modenisasi,
Masyarakat Malaysia Dan Ict: Isu, Cabaran Dan Penyelesaian.
5) Mohamed Imran Mohamed Ariff, Mohd Yadman Sarwan, Mohamad Zaki Zainul
Universiti Teknologi Mara Perak, Kampus Seri Iskandar. Isu, Cabaran Dan Impak Ict
Satu Pendekatan Dalam Islam dalam Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005
.UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya.
6) Mohd Nasir Omar, 2010.Falsafah Akhlak. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi.
7) Harian Metro Gejala Seks di kalangan remaja 9 Ogos 2005 diakses pada 5.30
petang, 28 November 2011.
8) Mohd Dahlan A. Malek, PhD Sekolah Psikologi & Kerja SosialUniversiti Malaysia
Sabah Ida Shafinaz Mohamed Kamil, MA Sekolah Perniagaan & Ekonomi Universiti
Malaysia Sabah dalam artikel Jenayah Dan Masalah Sosial Di Kalangan Remaja:
Cabaran Dan Realiti Dunia Siber.

[1] Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya.
Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKMISU, CABARAN DAN IMPAK ICT SATU
PENDEKATAN DALAM ISLAM Mohamed Imran Mohamed Ariff, Mohd Yadman Sarwan,
Mohamad Zaki Zainul Universiti Teknologi Mara Perak, Kampus Seri Iskandar.
[2] Kamus Dewan Edisi Keempat.
[3] Ibid.
[4] Ibid.
[5] Ibid.
[6] Mohd Nasir Omar, 2010. Falsafah Akhlak. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi. Hlm. 24.
[7] Kamus Pelajar Edisi Kedua.
. [8] Mohd Dahlan A. Malek, PhD Sekolah Psikologi & Kerja SosialUniversiti Malaysia Sabah
Ida Shafinaz Mohamed Kamil, MA Sekolah Perniagaan & Ekonomi Universiti Malaysia
Sabah dalam artikel Jenayah Dan Masalah Sosial Di Kalangan Remaja: Cabaran Dan
Realiti Dunia Siber hlm 3-4.
[9] Al-Hujurat :6
[10] Al Isra : 17
[11] Harian Metro Gejala Seks di kalangan remaja 9 Ogos 2005
[12] Al Baqarah : 191
[13] Al Maidah : 90
[14] Mohamed Imran Mohamed Ariff, Mohd Yadman Sarwan, Mohamad Zaki Zainul
Universiti Teknologi Mara Perak, Kampus Seri Iskandar. Isu, Cabaran Dan Impak Ict
Satu Pendekatan Dalam Islam dalam Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005
.UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya. Hlm. 8
[15] Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Mat Yazid, Program Hubungan Antarabangsa, Sekolah
Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Dalam artikelModenisasi,
Masyarakat Malaysia Dan Ict: Isu, Cabaran Dan Penyelesaian. Hlm. 12-13.

KESAN ELEMEN YANG MENCABAR PENGHAYATAN NILAI MURNI DI SEKOLAH

Ramai yang lebih suka menunding jari kepada murid setiap kali mereka terlibat dengan
gejala sosial yang memudaratkan masyarakat. Namun begitu, berapa ramaikah antara kita
yang bersedia untuk menilai kelemahan diri sendiri yang turut menjadi punca kepada
keruntuhan moral remaja dan kanak-kanak tersebut? Sama ada mahu diakui atau tidak,
terdapat banyak elemen yang menjadi cabaran kepada penghayatan nilai murni di sekolah.
Antaranya ialah kegagalan fungsi keluarga.

Kemampuan dan sikap negatif pada pelajaran di kalangan ibu bapa menjadi faktor
pertambahan kepada keadaan tatatertib yang tidak baik. Ini disebabkan kanak-kanak yang
datang daripada keluarga dan persekitaran yang miskin tidak mempunyai kawalan keluarga
yang teratur. Bagi segelintir keluarga yang mewah pula, mereka membantah keras langkah
kementerian mengetatkan disiplin murid dan ini sedikit sebanyak mendorong ke arah
kemerosotan disiplin murid (Utusan Malaysia, 1987)

Dalam beberapa keadaan, ada juga guru yang tidak mengambil peduli tentang tingkah laku
pelajar. Label guru pada golongan murid tertentu turut mempengaruhi layanan mereka
kepada murid-murid bermasalah. Cara guru yang sedemikian rupa memberi kesan negatif
dan melahirkan perasaan bahawa mereka tidak dilayan secara adil. Seterusnya, ia turut
menimbulkan kebencian murid kepada guru.

Di kebanyakan sekolah di Malaysia, murid-murid dibahagikan kepada kelas-kelas tertentu


mengikut pencapaian pada akhir tahun pengajian mereka. Psikologi seseorang guru apabila
mengajar di kelas-kelas terbaik, mereka berasa lapang hati. Sementara guru yang mengajar
di kelas tercorot pula berasa bosan dengan gelagat murid yang kurang sopan dan lemah
dalam pelajaran. Keadaan ini menyebabkan hubungan yang kurang mesra antara guru dan
murid dan kurangnya rasa hormat terhadap guru itu sendiri.
Murid juga mendapat pendedahan keterlaluan daripada media cetak dan media elektronik.
Pada era siber ini, murid mudah mendapat pengaruh yang tidak sihat melalui internet,
televisyen, video dan lain-lain. Ketidakterbatasan pendedahan ini mempengaruhi tingkah
laku murid itu sehari hari. Golongan pelajar adalah golongan yang mudah terdedah dan
mereka menurut apa yang dilihat dan ditonton melalui media itu. Mereka cuba
mempraktikkan seperti apa yang mereka lihat.

Rakan sebaya mempunyai nila-nilai yang tersendiri. Rakan sebaya di sekolah


sememangnya dapat mempengaruhi disiplin murid. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak
mementingkan ketekunan, tanggungjawab dan mematuhi peraturan, begitulah juga sikap
murid berkenaan. Cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial dan jenis permainan turut
membentuk konsep diri murid. Walau bagaimanapun, jika kumpulan sebaya yang dipilih
cenderung berbuat nakal, maka murid tersebut pasti terpengaruh untuk menjalankan aktiviti
tidak sihat.

Aspirasi, harapan dan nilai sesebuah masyarakat dapat mempengaruhi pembentukan


personaliti seseorang individu. Masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya
kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai murni sudah tidak menjadi keutamaan. Dengan itu,
kanak-kanak membesar menjadi individu dan murid yang sanggup menipu dalam
peperiksaan, bergaduh, mencuri dan mencederakan guru. Hal ini juga selaras dengan
pendapat Zainal Abidin Ahmad (1993) bahawa masyarakat yang mengabaikan
tanggungjawab sama ada secara sengaja atau tidak, menyediakan suasana dan
persekitaran dalam pembentukan sahsiah pelajar yang tidak sihat. Keadaan ini
menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat yang rendah menghalang nilai
murni dipraktikkan di sekolah.

Faktor agama adalah aspek terpenting dalam membentuk sahsiah manusia. Tanpa
pegangan agama yang kukuh, maka sukar untuk para remaja membentuk akhlak mulia
dalam diri mereka. Sehubungan itu, Persatuan Mahasiswa Akademik Pengajian Islam
Universiti Malaya (PMAPIUM) beranggapan punca sebenar kurangnya penghayatan nilai
mora terutamanya dalam kalangan pelajar Muslim adalah disebabkan kurangnya didikan
agama yang dberikan kepada mereka (Utusan Malaysia, 2000)

Selain itu, elemen yang mencabar penghayatan nilai murni di sekolah adalah dasar
pendidikan itu sendiri. Situasi pembelajaran hari ini yang lebih mementingkan peperiksaan
memberi ruang yang begitu sempit bagi penerapan nilai kemanusiaan. Para pelajar didesak
untuk menguasai akademik semaksimum mungkin tetapi seolah olah tidak terfikir tanpa
imbangan akhlak yang mulia, mereka pasti rosak. Kognitif yang tinggi tanpa iringan efektif
yang terpuji hanya menimbulkan krisis keruntuhan akhlak.

Selain itu, pihak sekolah yang kurang bekerjasama dengan agensi penguatkuasa turut
menyumbang kepada sukarnya menyuburkan amalan murni dalam kalangan murid di
sekolah. Seharusnya, langkah memperkenalkan kuasa polis tambahan atau auxiliary police
power (AP) yang dahulunya hanya diperkenalkan di sekolah yang berisiko tinggi, perlu
diperluaskan di semua sekolah di seluruh negara. Melalui konsep ini, guru disiplin berhak
menyoal siasat pelajar yang disyaki tanpa memerlukan sebarang bukti. Jadi kerjasama erat
dengan pihak polis dapat dijalankan. Malangnya, langkah ini seolah-olah dipandang remeh
oleh sesetengah pihak lantaran kurangnya kesedaran dan rasa malu jika ianya akan
memburukkan nama sekolah.

Bimbingan dan kaunseling adalah antara kaedah yang efektif untuk meningkatkan
penghayatan nilai-nilai murni di sekolah. Walau bagaimanapun, fungsinya yang kadangkala
menyimpang daripada tujuan sebenar penubuhannya di sekolah menyebabkan murid hilang
rasa percaya untuk berurusan dengan mereka yang terlibat dalam proses ini. Kadangkala,
murid berasa tidak selamat untuk berbincang mengenai isu moral yang mereka lakukan
keranan kaunselor tidak menepati janji atau etika mereka untuk tidak menceritakan perihal
tersebut kepada orang lain, terutamanya rakan sebaya. Apabila hal ini berlaku, pihak
sekolah akan mengalami kesukaran untuk menangani masalah yang sedia ada di samping
membentuk nilai-nilai yang murni dalam kalangan murid.

Selain itu, faktor diri sendiri juga menyumbang kepada kurangnya penghayatan nilai murni di
sekolah. Murid sekolah akan mengalami satu fasa perubahan ke alam remaja. Ini
kadangkala akan menyebabkan mereka dilabelkan sebagai moodiness. Sekiranya mereka
gagal menangani gangguan emosi yang melanda, maka ia membawa kepada masalah lain
seperti delinkuensi. Menurut penterjemah buku Psikologi Pendidikan iaitu Noran Fauziah,
Yaakub (1991), sebab utama berlakunya delinkuensi ialah kekecewaan. Sikap dalam diri
sperti cemburu,dengki, khianat dan dendam menjadi faktor kepada masalah yang mereka
lakukan. Mereka tidak dapat mengawal emosi dan kematangan fikiran lantas mengambil
jalan mudah dengan melibatkan diri dengan masalah-masalah sosial.

4.0 PENUTUP

Murid-murid yang dididik pada hari ini merupakan penyambung warisan negara. Mereka
inilah yang akan mencorakkan generasi depan. Jika permasalah sosial tidak ditangani dari
peringkat akar, sudah pasti ianya adalah kurang efektif untuk membanterasnya apabila ia
berkembang menjadi masalah sosial di peringkat tempatan dan seterusnya terus menular ke
peringkat global. Mencegah sememangnya lebih berkesan daripada mengubati kerana
masalah yang timbul adalah lebih minima. Remaja pada hari ini juga berhadapan dengan
dugaan yang lebih hebat akibat daripada proses modenisasi dan globalisasi yang tidak
bersempadan. Oleh itu, keluarga, sekolah, komuniti, pemimpin, kerajaan dan badan-badan
berwajib perlulah sentiasa berganding bahu dalam menjalankan usaha yang lebih agresif
untuk membentuk sahsiah pelajar daripada terjerumus ke kancah sosial yang boleh
memusnahkan masa depan negara.
4.0 PENUTUP

Murid-murid yang dididik pada hari ini merupakan penyambung warisan negara. Mereka
inilah yang akan mencorakkan generasi depan. Jika permasalah sosial tidak ditangani dari
peringkat akar, sudah pasti ianya adalah kurang efektif untuk membanterasnya apabila ia
berkembang menjadi masalah sosial di peringkat tempatan dan seterusnya terus menular ke
peringkat global. Mencegah sememangnya lebih berkesan daripada mengubati kerana
masalah yang timbul adalah lebih minima. Remaja pada hari ini juga berhadapan dengan
dugaan yang lebih hebat akibat daripada proses modenisasi dan globalisasi yang tidak
bersempadan. Oleh itu, keluarga, sekolah, komuniti, pemimpin, kerajaan dan badan-badan
berwajib perlulah sentiasa berganding bahu dalam menjalankan usaha yang lebih agresif
untuk membentuk sahsiah pelajar daripada terjerumus ke kancah sosial yang boleh
memusnahkan masa depan negara.

You might also like