Falsafah Kodaly, Orff & Dalcroze

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 19

1.

0 FALSAFAH & PENGGUNAAN PENDEKATAN MUZIK KODALY, ORFF DAN DALCROZE


1.1 PENDEKATAN KODALY

Latar belakang Zoltan Kodaly


Zoltan Kodaly dilahirkan pada 16 Disember 1882 di Kecskemt dan meninggal dunia
pada 6 Mac 1967. Beliau merupakan seorang komposer dari Hungary dan juga merupakan
seorang pencipta dan penggubah muzik yang mewujudkan satu sintesis di antara muzik rakyat
Hungary dan warisan Eropah. Kodaly juga merupakan seorang pengajar, ahli linguistik, pengkaji
muzik etnik (ethnomusicology) dan ahli falsafah serta perintis dalam menyelidik dan
mengklasifikasikan lagu rakyat secara saintifik.

Beliau dipengaruhi minat muziknya oleh ayahnya seorang pemuzik amatur. Beliau telah
memulakan minatnya dengan mempelajari violin dan menyertai koir gereja. Pada 1900, beliau
memasuki Universiti Budapest dan mula mempelajari muzik di Akademi Frantz Lizst di
Budapest, dan guru yang mengajarnya gubahan muzik ialah Hans Koessler. Beliau merupakan
antara orang pertama yang berminat mempelajari dan mengkaji kisah-kisah rakyat (folk tales).
Ini membawanya ke kawasan kampung pedalaman untuk mengumpul muzik-muzik daripada
kawasan tersebut sepanjang perang dunia pertama. Pada tahun 1905, sebuah sekolah rendah
muzik ditubuhkan di Kesckemet, bersama rakannya, Bela Bartok. Di sekolah tersebut, murid-
murid mendapat pendidikan muzik dan kejayaan sekolah tersebut menggalakkan penubuhan
pelbagai institusi pengajian yang berasaskan kaedah Kodaly. Kini terdapat lima buah jilid
Corpus Musicae yang telah lengkap. Setiap lagu mengandungi beberapa lagu yang
diklasifikasikan mengikut jenis seperti lagu kanak-kanak, perayaan dan upacara tertentu,
memikat, perkahwinan dan rintihan.

Falsafah dan Konsep Kodaly


Kodaly memulakan satu usaha dalam penyelidikan prinsip dan bentuk muzik Hungary. Beliau
takut warisan muzik Hungary lupus ditelan zaman. Oleh hal demikian, untuk memastikan muzik
menjadi kehidupan harian dalam kalangan rakyat Hungary serta tidak lupus, beliau
menghasilkan falsafahnya. Falsafah dan konsepnya mengandungi prinsip-prinsip yang
merupakan aspek perkaedahan yang kini digelar sebagai Kaedah Kodaly.
1. Muzik kepunyaan manusia;
Muzik perlu diajar dan dipelajari oleh semua lapisan masyarakat untuk menghasilkan
rakyat yang berilmu dalam bidang muzik. Berliterasi muzik mewujudkan budaya muzik; lebih
ramai lagi orang yang melibatkan diri dalam muzik sama ada sebagai pemuzik atau
penonton. Pendidikan muzik membolehkan bakat muzik seseorang kanak-kanak
berkembang. Selain itu, aspek pendengaran, intelek, emosi, fizikal, dan kebudayaan turut
berkembang.

2. Nyanyian adalah asas kemahiran muzik


Suara adalah alat semula jadi yang berkesan. Muzik adalah untuk semua dan bukan
segolongan kecil yang mempunyai hak istimewa seelok-eloknya. Oleh itu, manusia yang
dikurniakan suara perlu mempunyai pengalaman muzik pertama bermula dengan nyanyian.
Nyanyian dalam lapisan suara harus diperkenalkan dalam sukatan pelajaran sekolah
rendah kerana ia dapat memperkembangkan kebolehan pendengaran muzik yang
bertekstur polifoni.

3. Muzik rakyat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran


Nyanyian merupakan asas kemahiran muzik. Bahan yang penting dan terbaik untuk
digunakan dalam P&P ialah muzik atau lagu rakyat. Misalnya lagu Dondang Sayang. Ciri-ciri
lagu rakyat dan tradisional ada lima iaitu bahan asas kepunyaan rakyat, identiti kepunyaan
sesebuah negara, diperturunkan secara lisan, bahan di dalam bahasa ibunda dikenali oleh
kanak-kanak serta pendek dan mudah dinyanyikan dan diingati oleh kanak-kanak. Setelah
tumpuan diberi kepada bahan sendiri, barulah bahan dari luar negara diperkenalkan.
Kanak-kanak digalakkan menyanyi lagu-lagu dari luar negara dalam bahasa asalnya
supaya mereka dapat mempelajari bahasa asing.

4. Nyanyian koir
Nyanyian koir penting untuk menambah keseronokan dan mewujudkan manusia yang
berdisiplin, berperibadi tinggi dan mulia. Hanya muzik masterpieces dari negara sendiri dan
luar dijadikan bahan nyanyian koir. Ahli koir perlu diberi kemahiran dalam mebaca skor
tanpa tunjuk ajar dari jurulatih melalui kibod. Kebolehan membaca skor menunjukkan
kefahaman yang baik tentang petikan muzik tersebut. Dengan pendengaran dalaman yang
tajam, permainan alat yang dihasilkan jelas bermutu. Mengikut Kodaly, seseorang pemain
muzik yang baik perlu mempunyai keempat-empat ciri seperti well-trained ear, well-trained
intelligence, well-trained heart dan well-trained hand. Kodaly berpendapat bahawa ciri-ciri
tersebut perlulah seimbang kerana solfa, bentuk dan harmoni boleh membentuk seseorang
pemuzik kea rah dua ciri pertama di atas. Tanpa penglibatan dalam permainan muzik kamar
dan menyanyi dalam kumpulan koir seseorang itu akan gagal untuk menjadi pemuzik yang
cemerlang.

5. Alat muzik tidak perlu digunakan


Alat muzik seperti piano tidak digunakan untuk mendapatkan ketepatan pic dan
mengiringi nyanyian koir. Sesebuah lagu diperkenalkan dengan menyanyikan dahulu. Bagi
kanak-kanak, mereka perlu belajar dari satu peringkat ke satu peringkat. Mereka hanya
perlu menyanyi dengan iringan muzik sahaja.

6. Pengajaran dan pembelajaran muzik perlu berlaku awal di prasekolah


Kanak-kanak mudah menerima dan mudah terpengaruh. Mereka perlu dibimbing dan
belajar muzik awal di prasekolah supaya tidak terdedah kepada muzik yang tidak bermutu.
Muzik rakyat adalah bahan yang terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran
memandangkan renj dan lirik yang sesuai dengan kebolehan kanak-kanak. Menyanyi dan
menggerakkan tubuh badan dapat memperkembangkan mental dan fizikal kanak-kanak.
Kanak-kanak didedahkan kepada asas muzik, membaca muzik secara serta-merta, menulis
muzik dan melatih pendengaran dan irama melalui nyanyian.

7. Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi kurikulum pendidikan di sekolah

Muzik dapat memperkembangkan jeris, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
kanak-kanak. Mengikut kajian yang dibuat oleh The San Jose Unified School District
Project di AS, tahap pencapaian murid yang mempunyai muzik sebagai mata pelajaran
utama adalah lebih baik daripada sekolah yang meluangkan masa sedikit untuk mata
pelajaran muzik. Walau bagaimanapun, Kodaly berpendapat tujuan muzik dijadikan nadi
adalah bukan untuk menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang dan seterusnya
muzik dijadikan mata pencarian seseorang tetapi untuk dijadikan cara hidup seseorang
lebih bermakna.

Teknik kaedah Kodaly dalam pengajaran dan pembelajaran

(a) Teknik Solfa


Kodaly menggunakan sistem do bergerak yang berasal dari Guido Arezzo pada abad
ke-11. Dalam sistem ini, tonik solfa dalam sesebuah lagu ialah do dalam nada major
dan la dalam nada minor. Umpamanya,

Nada major: d r m f s l t d
Nada minor: l t d r m f s l

Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian,
membaca dan menulis skor bolehlah diperkenalkan dengan not nama abjad. Kodaly
berpendapat bahawa skel pentaton (5 ton) amat sesuai digunakan kerana skel itu
merupakan skel asas untuk lagu rakyat Hungary yang bercirikan mod minor.

(b) Isyarat Tangan


Isyarat tangan digunakan sebagai respon kepada melodi yang didengar dan dilakukan
tanpa menyanyi kerana ia berlaku di dalam kepala. Penggunaan isyarat tangan dapat
membuat pembelajaran solfa mudah. Isyarat tangan boleh mempertingkatkan
kemahiran intonasi dalam dua suara. Kelas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan.
Kumpulan pertama perlu menyanyi mengikut isyarat tangan kanan guru manakala
kumpulan 2 menyanyi mengikut isyarat tangan kiri guru. Oleh itu, guru perlulah cekap
dalam penggunaan isyarat tangan.

Do
Re Mi Fa

So
La Ti Do

(c) Simbol, Notasi Lidi dan Sebutan Irama


Muzik bergerak dalam dua ataau tiga atau kedua-duanya boleh digabungkan.

e e l e e l
2
4
3
e e e l e e e l
4

Suku kata irama yang digunakan dalam kaedah ini di Hungary ialah:

Ta ti ti ti ri ti ti tri o la syn co pa (szun)

Komponen kaedah Kodaly

(a) Kaedah Kodaly secara berurutan


Irama
Merangkumi detik,meter, tekanan, tempoh masa (duration) dan tempo. Irama
terbentuk daripada susunan bunyi.
Melodi
Merupakan turutan pic yang disusun sama ada secara menaik,
menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau
pendek yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila
pic dan not berubah. Pic terdapat dua jenis iaitu pic rendah dan pic tinggi.
Contohnya dalam encore.

(b) Nyanyian
Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira,
sedih dan seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk menimba
pengalaman muzikal adalah melalui kegiatan nyanyian. Ia merangkumi kedua-dua
elemen seni dan sains di mana dua aspek mental dan fizikal memainkan peranan
penting dan setara.

(c) Pendegaran dalaman


Pendengaran dalaman atau inner hearing merupakan kemahiran yang agak kompleks
dan sukar dijelaskan. Ia melibatkan kemahiran mendengar atau selalu disebut sebagai
memikirkan sesuatu unsur muzik seperti melodi atau irama di dalam mental seseorang
tanpa membunyikannya. Walaupun ia bukan mudah untuk dicapai namun ia boleh diajar
kepada kanak-kanak melalui teknik permainan yang mudah dan menyeronokkan seperti
permainan mesej rahsia dan meneka lagu.

(d) Penghafazan
Kanak-kanak biasanya merasa seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan
cara menghafaz. Namun ad acara yang lebih emnarik dalam memperkembangkan
aspek ini. Ini boleh dilakukan melalui teknik permainan.

(e) Improvisasi
Aspek ini diperkenalkan sebagai satu cara untuk menentukan sama ada murid dapat
memahami konsep muzik yang dipelajari serta memberi keyakinan kepada mereka.
Misalnya, murid boleh diberi peluang dalam memprovisasikan sesuatu corak irama.

Aplikasi kaedah Kodaly dalam pengajaran dan pembelajaran

Pada pendapat saya, kaedah Kodaly sesuai digunakan di sekolah rendah kerana ia
tidak akan memberi penekanan kepada murid-murid dalam mempelajari Pendidikan Muzik.
Dalam pendekatan Kodaly, murid-murid tidak perlu mengetahui dan memahami notasi muzik
dalam mempelajari Muzik. Sebaliknya, pelbagai kaedah telah diperkenalkan Zoltan Kodaly yang
boleh menambah minat murid dalam mempelajari dan memperkembangkan kebolehan dalam
Pendidikan Muzik.

Dalam mengaplikasikan kaedah ini, murid-murid perlulah berlatih secara latih tubi
nyanyian tonik solfa, isyarat tangan dan sebutan irama dan notasi lidi dahulu.

(a) Mengaplikasikan pada permulaan pengajaran


(i) Membuat imitasi solfa do, mi, so dan la. Nyanyikan dahulu nama pelajar.
Contohnya, Guru memanggil Ali dalam so-mi, Ali jawab guru dalam pic so-mi.
(ii) Guru bertepuk pada corak ti ti ta ta ta dan murid menepuk balik corak irama
tersebut.
(iii) Guru menggunakan isyarat tangan pada do, mi, so dan guru mengikut sambal
menyanyi.
(iv) Mengaplikasikan pada langkah 1- nyanyian solfa dan sebutan irama. Guru
menyanyi lagu Tepuk Amai-Amai dalam tonik solfa dan murid disuruh dengar
untuk meneka lagu tersebut dan seterusnya menepuk dan menyebut corak
irama.
(b) Mengaplikasikan pada langkah 2- Penghafazan
(i) Guru menunjukkan 2 bara lagu tersebut dan murid menyanyi dalam solfa.
(ii) Kali kedua corak irama 2 bar lagu tersebut dituutp. Ini dapat melatih mereka
menghafaz sehinggalah akhir lagu tersebut.
(c) Mengaplikasikan pada penutup
(i) Guru menggunakan isyarat tangan (3 pic- do-mi-so) tanpa menyanyi sepanjang
2 bar.
(ii) Murid diminta melihat isyarat tangan yang dilakukan oleh guru dan
menyanyikannya dalam hati.
(iii) Murid menyanyikan semula dalam solfa.

1.2 Pendekatan Carl Orff

Latar belakang Carl Orff

Carl Orff dilahirkan pada 10 Julai 1895 di Munich, Jerman dan meninggal dunia pada
1982. Beliau merupakan seorang ahli pedagogi dan komposer Jerman. Minat Orff yang
mendalam dalam tarian telah mencetuskan idea untuk menggabungkan tarian dan muzik untuk
dijadikan sebagai asas kepada Pendidikan Muzik. Beliau juga menjadi Penyelia Muzik di
Gnther-Schule, sebuah sekolah untuk tarian dan muzik. Penerbitan beliau yang terkenal ialah
Musik fur Kinder yang diterjemahkan sebagai Muzik untuk Kanak-kanak.

Falsafah dan Konsep Carl Orff


Orff pernah berkata "experience first, then intellectualize" yang bermaksud kanak-kanak
harus dibenarkan untuk membuat pergerakan dan irama muzik sebelum diajar tentang
elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi.
Falsafah asas Orff: kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang
aktif dimana imitasi dan explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk
mengimprovisasi dan akhirnya mampu mambaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai
literasi muzik.
Irama diajar dahulu kerana irama adalah elemen muzik yang paling penting.
Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti berirama dan kemudian
kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran yang paling natural untuk kanak-kanak.

Sesi pembelajaran Bermain alat


Percakapan Pergerakan
muzik muzik

Matlamat tersebunyi pendekatan Carl Orff

1. Mewujudkan perasaan komuniti atau masyarakat


Bentuk semula jadi murid-murid ialah bermain. Main melibatkan semua pemain dan ia
dapat mewujudkan rasa komuniti dan bermasyarakat di mana setiap ahli yang main atau
pemain sesebuah kumpulan dapat merasai dirinya kepunyaan kumpulan tersebut dan
perlu menyumbang kepada kumpulan itu. Maka, pemilihan bahan pengajaran dan
pembelajaran perlulah berasaskan muzik dalam masyarakat atau lagu rakyat.
2. Perkembangan rasa organisasi muzikal
Penggunaan perbendaharaan kata yang konsisten, jelas dan bersistematik dalam
memberikan arahan atau memimpin persembahan merupakan satu kemahiran yang
amat diperlukan oleh seseorang guru. Pertuturan guru perlulah jelas.
3. Kefahaman tentang muzik sebagai suatu seni
Semua elemen muzik perlu didedahkan kepada murid-murid agar mereka dapat
membuat assimilasi. Semua konsep dalam konteks muzik boleh dimainkan, dinikmati
dan dikenalpasti oleh murid-murid.
4. Bebas bermuzikal
Murid-murid diberi peluang untuk memimpin dan memberi sumbangan seperti
memimpin ensembel di bilik darjah, menyumbang satu irama atau melodi yang dapat
dikembangkan dalam kumpulan untuk menjadi satu gubahan.
5. Pertumbuhan dan perkembangan diri individu
Teknik yang berkembang secara bersistematik adalah perlu untuk bertutur, menyanyi,
bermain, alat muzik dan menari dengan betul. Dengan itu, setiap individu bebas untuk
berkembang dan berfikiran kreatif.
6. Kebolehan mempersembahkan apa yang telah dipelajari
Persembahan adalah major fokus dalam amalan Orff bukan sekadar persembahan
audien tetapi persembahan untuk kepuasan diri. Perasaan bahawa dirinya adalah
sebahagian daripada keseluruhan kumpulan ensembel adalah penting dalam
pembelajaran dan membuat muzik.
7. Pertumbuhan dan perkembangan positif imej kendiri
Apabila murid-murid berasa seronok akan apa yang telah disumbangkan dalam
persembahan muzik kumpulan mereka, hasil penglibatan yang amat ketara dapat dilihat
adalah harga diri.

Pendekatan Orff dalam pengajaran dan pembelajaran

Proses pembelajaran Orff merangkumi empat komponen utama iaitu

1. Explorasi (Mencari Sendiri)


Explorasi dapat dibahagikan kepada explorasi ruang, explorasi bunyi dan explorasi
bentuk. Dalam explorasi ruang, murid diberi kebebasan untuk bergerak dan guru
berfungsi sebagai pemerhati. Manakala untuk explorasi bunyi, murid boleh membuat
penerokaan bunyi sekeliling serta dapat mengenali dan membezakan bunyi kuat, keras,
lembut dan sebagainya. Untuk explorasi bentuk, pergerakan akan diatur menjadi tarian
manakala bunyi diatur menjadi frasa.
2. Imitasi (Mengajuk Balik)
Imitasi Imitasi adalah proses di mana murid-murid belajar untuk mengimitasi apa yang
didengar atau dilihat. Murid-murid pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru
melalui imitasi. Guru harus memastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya
haruslah betul kerana ia akan diikuti oleh murid-muridnya.
3. Improvisasi
Menurut Orff, improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat penting kerana ia dapat
memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid. Improvisasi
juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang murid-murid. Mereka harus
diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan
daya imaginasi mereka.
4. Literasi
Literasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca skor muzik. Proses
membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff tidak diajar secara
sistematik. Setiap kelas notasi harus berlaku mengikut kemampuan pelajar dan
bukannya usia mereka. Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah
kanak-kanak tersebut telah melalui proses explorasi dan imitasi selama beberapa tahun.
Ini akan memberikan pelajar tersebut pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk,
irama dan melodi muzik tanpa mempelajarinya secara teori.

Aplikasi kaedah Carl Orff dalam pengajaran dan pembelajaran

Pada pandangan saya, kaedah Carl Orff sesuai digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana ia dapat menarik minat dan perhatian murid-murid dalam mempelajari
Pendidikan Muzik. Pelbagai kaedah telah diperkenalkan oleh Carl Orff seperti sebutan berirama
dan alat perkusi badan yang dpaat meningkatkan kebolehan murid-murid dalam bidang Muzik.
Antara kaedah yang telah diperkenalkan adalah seperti berikut:

Sebutan berirama
Menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna (nonsense
syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not dalam irama.
Alat perkusi badan
Keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyi-
bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama. Kanak-kanak mula belajar
untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan, menjerit, menyanyi,
menghentak kaki dan sebagainya. Guru boleh memberikan gambar haiwan kepada
murid-murid untuk membantu pertuturan berirama.
Alat perkusi Orff
Alat-alat perkusi seperti xylophone dan drum merupakan alat muzik yang kedua paling
utama dalam pendekatan Orff. Dalam pendekatan ini irama biasanya diajar melalui alat
muzik perkusi dan pergerakan atau tarian.
Memainkan Alat Perkusi Secara Ostinato Mengiringi Nyanyian
Ostinato merupakan motif, frasa melodi, frasa irama. Ostinato melodi ialah untuk
dimainkan bersama dengan melodi yang lain untuk menghasilkan harmoni. Corak
ostinato ini boleh digunakan untuk mengiringi kebanyakan lagu mudah yang mempunyai
meter 4/4.
Memainkan alat perkusi secara improvisasi
Murid-murid diajar untuk mengimprovisasi dengan menggunakan alat-alat perkusi.
Murid-murid diberi kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang
berlainan. Guru boleh mengajar cara-cara yang betul untuk improvisasi yang dicipta.

1.3 Pendekatan Dalcroze

Latar belakang Dalcroze

Nama penuh Dalcroze ialah Emile Jaques-Dalcroze. Beliau dilahirkan pada 1895 dan
meninggal dunia pada 1950. Beliau merupakan seorang pendidik muzik dan professor muzik
berbangsa Swiss. Beliau telah memperkenalkan banyak perbaharuan kepada pengajaran dan
pembelajaran muzik di mana beliau lebih mementingkan amalan pendekatan amali dan bukan
semata-mata secara teori. Beliau berpandangan bahawa latih tubi pendengaran adalah perkara
penting kepada seseorang murid muzik. Beliau juga berpendapat hasil nyanyian adalah lebih
berkesan dengan melakukan pergerakan. Beliau juga memberi pendapat bahawa cara terbaik
bagi murid-murid belajar adalah dengan cara melakukan (learning by doing).

Falsafah dan Konsep Dalcroze


Cara menukarkan emosi muzik kepada bentuk-bentuk pergerakan anggota badan yang
bersesuaian dengan muzik.
Bahagian-bahagian anggota badan dapat digunakan untuk menggambarkan atau
meluahkan emosi kanak-kanak.
Emosi dapat dirasai atau diluahkan melalui berbagai-bagai peringkat pergerakan
anggota badan (tindak balas otot) atau hanya dengan berdiam diri sahaja.
Gaya atau pergerakan kanak-kanak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja atau
spontan menggambarkan perasaan mereka ketika saat itu.
Pergerakan anggota badan akibat daripada cetusan emosi boleh dikaitkan dengan
muzik.
Murid atau kanak-kanak harus terlebih dahulu berlatih membiasakan anggota badan
bergerak mengikut muzik sebelum belajar bermain alat-alat muzik.

Dalam mengimplementasikan aktiviti-aktiviti muzik dalam pendidikan, Dalcroze berpendapat


asas-asas pendidikan muzik adalah seperti berikut:

(a) Sebarang pergerakan adalah peringkat kreativiti yang pertama.


(b) Semua aspek dan elemen muzik adalah dipelajari melalui pergerakan.
(c) Telingga dan anggota badan mesti dimahirkan dengan muzik sebelum belajar bermain
sebarang alat muzik.
(d) Notasi atau not muzik mestilah diajar secara sistematik melalui Pendekatan Solfa
Berirama.
(e) Bahan muzik dari pelbagai negara, genre, zaman dan bentuk boleh digunakan untuk
mempelajari muzik.

Pendekatan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran

(a) Improvisasi atau Pengubahsuaian


Improvisasi atau pengubahsuaian dilakukan berdasarkan kebolehan, kesesuaian
keperluan murid dan objektif tingkah laku pengajaran dan pembelajaran. Improvisasi
atau pengubahsuaian boleh dilakukan ke atas perkara-perkara berikut:
(i) Bahan-bahan muzik
Muzik mempunyai pelbagai gaya mengikut zaman dan jenis. Maka, pendidik
perlu menggunakan kebolehannya membuat improvisasi yang bersesuaian untuk
pengajaran dan pembelajarannya
(ii) Alat-alat muzik
Pendidik boleh membuang pic-pic yang tidak digunakan pada glokenspil supaya
mengurangkan kadar kesalahan murid bermain muzik.
(iii) Bentuk-bentuk notasi muzik boleh diubahsuai supaya memudahkan murid
mengenali not-not tersebut.
(iv) Suasana bilik darjah boleh diubahsuai mengikut aktiviti pengajaran dan
pembelajaran semasa. Pendidik boleh juga menggunakan suatu tempat atau
ruang di luar bilik darjah.
(v) Emosi semasa murid. Keadaan ketegangan atau emosi yang tidak sesuai akan
menyebabkan murid tidak mengambil perhatian terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Seorang pendidik muzik boleh menukar emosi murid-murid
kepada keadaan yang lebih sesuai dan bersedia untuk menerima pembelajaran.
(vi) Pengalaman-pengalaman sedia ada murid mestilah digunakan secara
maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Improvisasi yang
dijalankan bertujuan untuk menggabungjalinkan pengalaman dengan konsep
muzik yang hendak diajar. Sebagai contoh, berjalan adalah pengalaman biasa
murid. Berjalan dengan kelajuan yang tetap disertai dengan kiraan 1, 2, 1, 2, 1,
2, boleh dijadikan pengalaman bermuzikal dalam konsep meter.
(b) Pembelajaran harus dimulai dari sesuatu yang konkrit ke sesuatu yang abstrak
Menggunakan pengalaman konkrit murid atau membuat pergerakan sebagai alat bantu
mengajar yang sesuai untuk menerangkan elemen atau ciri muzik.
(c) Penggunaan suara atau anggota badan
Dalcroze memperkenalkan konsep pendengaran dalaman (internal hearing) di mana
murid dapat memikirkan sesuatu bunyi yang dihasilkan dengan menulis atau membaca
notasi tanpa menggunakan sebarang alat muzik. Konsep ini dapat dicapai dengan
melakukan latihan yang berterusan dan bersistematik.

Kegiatan-kegiatan dalam pendekatan Dalcroze

Kegiatan-kegiatan dalampende Dalcroze terdiri daripada tiga komponen:

Eurhythmics (pergerakan berirama)


Eurhythmics ialah pergerakan yang menyeluruh yang melibatkan seluruh anggota tubuh
badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik. Tubuh badan menjadi alat muzik utama.
Punca atau perkara asas kepada seni muzik adalah emosi manusia. Sebenarnya,
eurhythmics bukan memadai untuk semata-mata melatih minda, telinga, atau suara
tetapi seluruh tubuh badan perlu dilatih kerana ia merupakan bahagian penting yang
boleh meningkatkan perasaan halus (sensibility), kepekaan (sensitivity) serta kebolehan
menganalisis bunyi, muzik dan perasaan. Sesuatu idea muzik boleh diinterpretasikan
melalui pergerakan badan dan sesuatu pergerakan badan pula boleh ditukar kepada
sumber muzik. Eurhythmics dapat menghidupkan serta mempertingkatkan penggunaan
pancaindera dan sentuhan perasaan yang berirama badan manusia. ia dapat
memantapkan pendengaran (aural) individu untuk diterjemahkan kepada pergerakan
yang bersesuaian dan kreatif, seterusnya membawa kepada celik akal dan literasi muzik
di kalangan pelajar muzik. Dalcroze berdasarkan kepada teori yang melibatkan
pendengaran dan pergerakan seluruh anggota tubuh badan.
Solfege (latihan dalaman)
Solfege pula adalah pengetahuan tentang melodi dan harmoni. Seperti tubuh badan
digunakan sebagai alat berirama semula jadi, suara pula
adalah alat tonal yang natural. Justeru, suara bertindak sebagai bahan ekspresi dalam
Latihan Solfege Dalcroze. Solfege bertindak sebagai ton, hubung kait antara ton dan
ton kualiti (timbre). Solfege dalam pendekatan Dalcroze, adalah satu latihan
pendengaran. Pendengaran
boleh mempertingkatkan kesedaran tentang pic, perbezaan ton (pic), dan perbezaan
kualiti ton. Pendengaran Dalaman (inner hearing) juga dapat meningkatkan daya
ingatan. Pendengaran Dalaman adalah sebutan atau sebahagian daripada lirik nyanyian
yang dinyanyikan di dalam hati. Pendengaran Dalaman dapat ditingkatkan melalui
nyanyian, melodi, harmoni, pic atau perbezaan kualiti ton atau timbre. Ia juga dapat
mempertingkatkan kemahiran membaca skor serta improvisasi secara vokal yang boleh
membawa kepada kemahiran muzik yang lebih tinggi seperti ciptaan dan gubahan.

Improvisasi (kreativiti)
Improvisasi merupakan cantuman atau tambahan kepada aktiviti eurhythmics
(pergerakan berirama). Dalam pendekatan Dalcroze, improvisasi merupakan satu
kreativiti. Improvisasi berbeza bentuknya dengan komposisi kerana ia terjadi secara
spontan. Masa menjadi sangat penting kerana seseorang individu tidak boleh berhenti
memainkan karya muziknya di pertengahan jalan untuk membuat sebarang perubahan.
Ia perlu terus berkarya sehingga tamat persembahan. Dalcroze mengatakan bahawa
semua orang tanpa mengira bakat boleh dilatih memainkan sesuatu karya muzik secara
spontan. Setiap murid di dalam kelas beliau diajar mencipta muzik sendiri. Individu
tersebut diberi kebebasan dan peluang untuk mengekspresi ciptaannya.

Aplikasi kaedah Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran

Pada pendapat saya, kaedah Dalcroze amatlah sesuai digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana pendekatan Dalcroze menekankan tentang prinsip
jika seseorang guru itu berkebolehan melaksanakan tugas pengajaran dengan verkesam, maka
beliau dianggap mampu menyampaikan pengajaran dengan berkesan serta dapat membantu
murid-muridnya untuk berkembang. Oleh hal demikian, seseorang guru itu seharusnya
mempunyai kepakaran, kemahiran dan menggunakann beberapa teknik, kaedah dan
pendekatan tertentu yang bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan muridnya dalam
menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Aplikasi kaedah Dalcroze dalam pengajaran dan
pembelajaran bolehlah dilihat pada maklumat berikut.

Eurhythmics memerlukan penglibatan diri individu secara total atau menyeluruh. Ia


melibatkan penyatuan minda, anggota badan dan emosi diri secara total di mana individu atau
murid itu perlu:

Mendengar;

Merasa;

Berimaginasi;

Menginterpretasi bunyi;

Bertindak/respon/bergerak

Membayangkan sesuatu maksud secara luaran.

Tubuh badan dijadikan sebagai alat bunyian yang mampu mempamerkan interpretasi
murid atau individu yang melibatkan imaginasi, emosi, serta pergerakan badan yang bertindak
berpandukan bahan rangsangan atau stimuli dalam bentuk bunyi, gerak isyarat (signal), lisan
seperti perkataan, ayat, puisi atau sajak, vokal seperti nyanyian dan juga muzik bunyi-bunyian.

Pergerakan badan adalah pengalamian yang dominan. Dengan mendengar, murid dapat
memberi respon dan dengan penggunaan masa, ruang dan tenaga yang betul, pergerakan
menjadi betul dan menarik. Kanak-kanak secara semula jadi memang suka bergerak dan
mereka seronok melakukan apa sahaja. Dengan demikian mereka meneroka banyak perkara
menggunakan ruang, masa, tenaga dan tempo atau kelajuan yang pelbagai untuk bergerak.
Misalnya, bergerak dengan cepat (berlari), lambat (berjalan) atau berjalan secara berjingkit-
jingkit dan sebagainya. Mereka akan meneroka dan mencari pengalaman baharu menggunakan
semua anggota tubuh badan untuk bergerak dan mencapai hasrat mereka. Kanak-kanak
belajar dengan cara berinteraksi dan bermain bersama-sama. Hal ini akan menghasilkan
improvisasi dalam kumpulan seterusnya dalam bilik darjah.

Kreativiti dalam bentuk yang pelbagai selalu diwar-warkan, digalakkan, dan sangat
didambakan terutama dalam program Eurhythmics. Keupayaan dan kebolehan melakukan
sesuatu adalah berbeza di kalangan murid-murid. Semua murid belajar untuk mengimprovisasi
dalam pergerakan. Oleh yang demikian, ekspresi kreatif boleh disalurkan melalui media yang
berbeza seperti penggunaan suara, alat perkusi, piano, alat tiup kayu, brass dan alat bertali.

Sebagai seorang pendidik muzik, sebelum memulakan suatu pengajaran dan


pembelajaran Pendidikan Muzik; haruslah memikirkan langkah-langkah dan aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian dengan peringkat kematangan murid, kesediaan murid dari segi fizikal dan mental,
bilangan semua murid di dalam kelas, dan pengalaman sedia ada murid. Pemilihan bahan
bantu mengajar yang akan digunakan dalam pergerakan haruslah berfungsi, menarik,
mencukupi, berkesan dan boleh juga menggunakan sesuatu yang telah diimprovisasikan.

Murid-murid dalam segala peringkat usia digalakkan untuk meneroka, menguji,


mencuba, dan mencari jalan baru dalam menggunakan tubuh badan mereka untuk belajar.
Penggunaan bahan bantu belajar seperti bola, riben, keratan muzik yang pelbagai bentuk,
genre, rentak, dan irama digalakkan jika ia menjadi satu rangsangan untuk melakukan
pergerakan yang lebih dinamik.

Murid-murid dalam segala peringkat usia digalakkan untuk meneroka, menguji,


mencuba, dan mencari jalan baru dalam menggunakan tubuh badan mereka untuk belajar.
Penggunaan bahan bantu belajar seperti bola, riben, keratan muzik yang pelbagai bentuk,
genre, rentak, dan irama digalakkan jika ia menjadi satu rangsangan untuk melakukan
pergerakan yang lebih dinamik. Beberapa irama mempunyai kompleksiti tersendiri untuk
dilakukan bergantung kepada usia dan tahap pengetahuan murid. Sebagai contoh, termasuklah
tempo muzik, dinamik, nilai not, meter dan frasa.

Membanding beza pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah

PERSAMAAN (Pendekatan muzik Kodaly, Orff & Dalcroze)


Notasi muzik tidak diajar dahulu.
Dapat meningkatkan minat murid-murid dalam mempelajari
Pendidikan Muzik.
Memudahkan murid-murid dalam mempelajari Muzik.
KODALY (ZOLTAN KODALY) CARL OFF DALCROZE (JAQUESE
EMILY DALCROZE)
Pengalaman Muzikal melalui Pengalaman Muzikal melalui Pengalaman Muzikal
Pendekatan Kodaly Pendekatan Orff melalui Pendekatan
Teknik dalam Pendekatan Kodaly Proses Orff (Imitasi, Dalcroze
(Solfa, isyarat tangan, notasi lidi Eksplorasi, Improvisasi dan Literasi) Eurhytmics, solfage
dan sebutan irama) Peralatan Muzik Orff (suara, dan improvisasi
Komponen Kodaly badan dan peralatan muzik Bahan Muzikal
(nyanyian, aktiviti berurutan, untuk aktiviti Eurhythmics,
Bahan muzikal yang
pengahazan, pendegaran Solfage dan Improvisasi
diadaptasi dan bersesuaian dengan
dalaman dan improvisasi yang diadaptasi dan
budaya dan konteks tempatan
Bahan muzikal, bersesuaian dengan
Pembelajaran konsep muzik
terutamanya muzik rakyat yang budaya dan konteks
melalui Pendekatan Orff
diadaptasi dan bersesuaian tempatan
dengan budaya dan konteks
Pembelajaran
tempatan
konsep muzik melalui
Aktiviti muzikal-
Pendekatan Dalcroze
pembelajaran konsep muzik
melalui pendekatan Kodaly

Aplikasi Pendekatan Kodaly Pengalaman kanak-kanak Learning by doing.


Gunakan gerak tubuh
akan membantu dalam bidang nyanyian.
nyanyian di mana murid-murid - Skel pentatonik untuk meningkatkan

akan mempelajari pelbagai - Elemen asas: pertuturan, pemahaman,


Pentingkan alat deria.
cara meningkatkan kemahiran pergerakan, nyanyian.
(dgr muzik-> main alat
menyanyi agar berasa - Alat perkusi muzik dan tubuh.
muzik)
seronok. Improvisasi (kreatif
irama dan melodi)
Pembelajaran konkrit-
abstrak.
menekankan perkembangan guru-guru muzik dapat 3 peringkat: i)dgr dan
kemahiran pengalaman meningkatkan kemahiran murid- lihat, ii)beri pngalamn,
muzikal secara menyeluruh murid semasa melakukan aktiviti iii)tulis
dan berurutan. hands-on dengan alat-alat cara bagaimana guru
Tujuan nyanyian dijadikan muzik dapat
fokus adalah kerana perkusi berpic dan tanpa pic. meningkatkan kefahaman
kemahiran nyanyian menggunakan ritma murid-murid melalui aktiviti
merupakan asas kemahiran ( rhythm ) sebagai pergerakan badan.
bagi semua kemahiran muzik elemen muzik yang asas,
yang lain. menari dan pengucapan Eurythmics memerlukan

Kanak-kanak harus diajar (speech). penglibatan diri individu

lagu-lagu rakyat bahasa memberi penekanan secara total menyeluruh

ibunda mereka sebelum terhadap ostinato, pulsation yang melibatkan penyatuan

mempelajari lagu-lagu dari dan penggunaan suara minda, anggota badan serta

bahasa asing. secara terus untuk emosi diri secara

menghasilkan sesuatu total.

emosi. -Mendengar
kaedah pengajaran muzik -Merasai
yang diintegrasikan di antara -Berimaginasi
pengucapan, pergerakan -Menginterpretasi bunyi
dan tarian yang -Bertindak/respon/bergerak
dinamakan'schulwerk' atau ' -Untuk membayangkan
schoolwork'. maksudnya secara luaran.
elemen- elemen penting
yang selalu digunakan Solfege: Dalam pendekatan
dalam pengajaran Dalcroze ia adalah satu
adalah melodi danritma yang latihan
selalunya disertakan dengan pendengaran(aural).
perkataan. Pendengaran boleh
Kaedah mudah
meningkatkan kesedaran
memperlihatkan
pic,
perhubungan semula jadi
perbezaaaan ton dan
pelajarpelajar terhadap
perbezaan kualiti ton.
ritma dan melodi, dan ianya
berlangsung secara semula
jadi. Improvisasi: Cantuman
Bermula dengan corak eurythmic atau prinsip
pengucapan, gerakan irama dengan solfege
berirama dan ton dua notasi menjadikan Improvisasi.
serta pergerakan yang logik
dalam melodi pentatonik.
pendekatan Orff
menekankan kepada empat
komponen yang utama iaitu
penerokaan, imitasi,
improvisasi dan penciptaan.

Jadual 1

Jadual 1 menunjukkan perbezaan pendekatan Muzik Kodaly, Carl Orff & Dalcroze.

You might also like