I THINK

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

i-Think : 8 BENTUK PETA PEMIKIRAN

i-THINK bermaksud Innovative Thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan
dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang
kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM)
sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.

Kenapa Diadakan Program i-THINK?

Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin
menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi
tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk
melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta
memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK

Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara
visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid
seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.

1. Peta Bulatan / Circle Map


Thinking process: Defining in Context
(Proses pemikiran :Mendefinisikan mengikut konteks)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan
pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut
konteks.
2. Peta Buih / Bubble Map.
Thinking process: Describing using adjectives
(Proses pemikiran: Menerangkan atau memperihalkan menggunakan adjektif)
Bubble Map ialah alat yang digunakan untuk memperkaya kebolehan pelajar
bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Ia biasanya menggunakan perkataan
deskriptif atau huraian.
3. Peta Buih Berganda / Double Bubble Map.

Thinking process: Compare and Contrast


(Proses pemikiran: Banding beza)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu.
4. Peta pokok / Tree Map
Thinking process: Classification
(Proses Pemikiran: Membuat pengelasan)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasi bahan atau idea. Sebagai contoh;
ambil sebahagian daripada sesuatu tajuk atau cerita dan kelaskan sebab utama
sesuatu keadaan atau situasi.
5. Peta Dakap / Brace Map.
Thinking process: Part-whole relationship
(Proses Pemikiran: Hubungan bahagian-seluruh)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri
adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagaian kedua ialah
bahagian utama. Contoh penggunaan adalah untuk menentukan bahagian dan
subbahagian sesebuah mikroskop.
6. Peta Alir / Flow Map

Thinking process: Sequencing


(Proses Pemikiran: Urutan)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu. Contoh penggunaannya
ialah dalam langkah-langkah untuk penyelesaian masalah.
7. Peta Pelbagai Alir / Multi Flow Map
Thinking process: Cause and Effect
(Proses Pemikiran: Sebab dan akibat)
Multi-Flow Map digunakannuntuk menunjuk dan menganalisis hubungan
sebab dan akibat. Segiempat yang berada di bahagian tengah adalah peristiwa yang
penting. Pada sebelah kirinya adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala
sebelah kanan pula adalah akibat peristiwa tersebut.
8. Peta Titi / Bridge Map
Thinking process: Analogies
(similar relationships, finding relating factors (RF))
(Proses Pemikiran: Analogi, hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan)
Bridge Map memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses
analogi dengan menggunakan faktor penghubungan. Sebagai contoh : Pilih dua
orang pemimpin dan hubungkan mereka dengan kemajuan atau konflik semasa
pemerintahan masing-masing.

HOT TOPIC : APA ITU I-THINK MAP?

I-Think Map (Thinking Map) adalah peta pemikiran. Mind Map adalah Peta Minda. Maksud
macam samakan? Tapi sebenarnya berbeza. Di semua sekolah sekarang semua guru dan murid
digalakkan menggunakan I-Think Map dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia hanya ada
8 bentuk tetap yang tidak boleh diubah dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Tujuannya agar
murid boleh berfikir aras tinggi dan berfikir lebih inovatif.

Kenapa Diadakan Program i-THINK?


Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin
menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan,
tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah
bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis
dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara
visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh
murid seawal usia 4 tahun. Berikut merupakan 8 bentuk I-Think Map yang diperkenalkan:

1. Circle Map (Peta Bulatan)


Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk
dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2. Bubble Map (Peta Buih)


Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti.
Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian
3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

4. Tree Map (Peta Pokok)


Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan
objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

6. Flow Map (Peta Alir)


Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)


Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang
berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut,
manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
8. Bridge Map (Peta Titi)

Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan
menggunakan faktor penghubungan.

Posted by Sue Yunus at 02:41


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: REFERENCES

You might also like