SOS2300 Dis 06-07

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

SOS2300 SULIT

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER DISEMBER 2006/2007

NAMA KURSUS : HUBUNGAN ETNIK


KOD KURSUS : SOS2300
TARIKH : 11/04/2007 (RABU)
TEMPAT : DEWAN SULTAN MIZAN
MASA : 3.00 5.00 PETANG (2 JAM)

NO. MATRIK :
NAMA PROGRAM :

NO. MEJA :

ARAHAN KEPADA CALON

i. Sila jawab semua soalan

JANGAN BUKA BUKU SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 14 MUKASURAT BERCETAK

PDF processed with CutePDF evaluation edition www.CutePDF.com


SOS2300 SULIT

1. Pembahagian kategori manusia berdasarkan perbezaan fizikal atau biologikal


disebut sebagai

A) etnisiti
B) ras
C) prasangka
D) minoriti

2. Apakah yang dimaksudkan dengan kebudayaan?

A) Keseluruhan cara hidup yang wujud dalam masyarakat


B) Perkembangan teknologi dan komunikasi yang mewujudkan kebudayaan
yang baru
C) Satu set nilai yang dipersetujui oleh anggota masyarakat untuk mengawal
tingkah laku sosial mereka
D) Satu bentuk kepercayaan dan adat resam sesuatu masyarakat sahaja

3. Formula yang boleh mewakili amalgamasi ialah

A) A+B+C=A+B+C
B) A+B+C=A
C) A+B+C=D
D) A+B+C=B+C

Anggota kumpulan minoriti telah menerima kebudayaan, nilai, pola tingkah laku,
malah mereka juga telah menerima identiti kelompok majoriti sebagai identiti
mereka. Amalan seharian yang diamalkan kelompok minoriti ini adalah sama
dengan kelompok majoriti. Contoh kepada proses ini ialah sebahagian besar
masyarakat Cina yang tinggal di Kelantan

4. Pernyataan di atas merujuk kepada proses integrasi menerusi

A) Akulturasi
B) Amalgamasi
C) Asimilasi
D) Pluraliti

5. Teori utama kedatangan Islam ke Alam Melayu ialah melalui

A) perdagangan
B) penghijrahan
C) pendidikan
D) perkahwinan

2 / 14
SOS2300 SULIT

Perdagangan dan Perkahwinan


Penyerapan Budaya
Masyarakat Tempatan
Pengaruh India
Pengaruh Cina
Pengaruh Arab

6. Ciri-ciri di atas merupakan proses yang berlakuhasil kemasukan imigran ke


Tanah Melayu. Proses ini dikenali sebagai

A) amalgamasi
B) akulturasi
C) asimilasi
D) orentasi

Soalan 7 hingga 10 adalah berdasarkan pilihan jawapan berikut

A) Asimilasi
B) Amalgamasi
C) Akulturasi
D) Akomodasi

7. Setiap etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun
tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

8. Kumpulan minoriti menerima norma, nilai dan budaya golongan majoriti.

9. Proses ini berlaku melalui perkahwinan campur antara kumpulan etnik.

10. Proses kemasukan ke dalam masyarakat dominan melalui persahabatan dan


perkaitan rapat.

11. Kelompok minoriti merujuk kepada kelompok yang dipinggirkan masyarakat


berasaskan kepada ciri

I. fizikal
II. budaya
III. kuasa
IV. penempatan

A) II sahaja
B) I dan II
C) I, II dan III
D) I, II, III dan IV

3 / 14
SOS2300 SULIT

12. Pluraliti masyarakat Alam Melayu dari segi sejarah telah membawa kepada
pembentukan komuniti yang wujud hasil daripada proses asimilasi kecuali

A) Baba-Nyonya
B) India-Muslim
C) Serani
D) Kadazan-Dusun

13. Di antara agama yang dianuti kebanyakan kaum Cina di Malaysia ialah

I. Buddha
II. Taoisme
III. Konfucious
IV. Islam

A) I dan II
B) II dan III
C) I, II dan III
D) I, II, III dan IV

14. Orang yang dibawa oleh British ke Tanah Melayu sekitar 1850an untuk bertugas
dalam pasukan keselamatan terutamanya polis ialah

A) Punjabi
B) Tamil
C) Cina
D) Siam

15. Apakah yang dimaksudkan dengan orang Serani di Malaysia?

A) Suatu bangsa yang berasal dari Portugis dan menganut agama Katholik
Roman
B) Suatu bangsa yang berasal dari Portugis dan menganut agama Islam
C) Suatu bangsa yang berasal dari Portugis dan menganut agama Buddha
D) Orang Siam yang menetap di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

16. Dalam konsep asas hubungan etnik, kepercayaan bahawa unsur-unsur budaya
sendiri lebih baik (superior) daripada unsur-unsur budaya lain dikenali sebagai

A) prasangka
B) streotaip
C) etnosentrisme
D) perkauman

4 / 14
SOS2300 SULIT

17. Pembentukan hubungan etnik bercorak akulturasi dipengaruhi oleh beberapa


faktor berikut

I. saiz kelompok yang kecil mudah mempelajari budaya kelompok besar


kerana tidak kompetitif
II. kelompok kecil berada secara bertaburan dan tidak tertumpu pada satu
wilayah
III. adanya kebebasan dalam kelompok kecil kerana mereka tidak dihalang
daripada berinteraksi dengan kelompok lain
IV. kelompok kecil cenderung untuk menenggakkan sempadan budaya
mereka

A) I dan III
B) II, III dan IV
C) I, II dan III
D) I, II, III dan IV

18. Proses integrasi dalam hubungan etnik merujuk kepada

A) proses penguasaan oleh kelompok majoriti


B) proses penguasaan oleh kuasa penjajah
C) proses penyatuan
D) proses peminjaman

19. Komuniti Baba dan Nyonya menggunakan dialek Bahasa Melayu Baba yang
mengandungi perkataan

A) Kantonis
B) Teochew
C) Hokkien
D) Hakka

20. Faktor-faktor yang membawa kepada masalah hubungan antara kaum di Tanah
Melayu semasa zaman penjajahan

I. pihak Inggeris membawa masuk imigran asing ke Tanah Melayu


khususnya dari China dan India
II. kewujudan kongsi-kongsi gelap Cina telah menimbulkan keadaan huru-
hara di Tanah Melayu
III. perlaksanaan Dasar Pecah dan Perintah Inggeris di Tanah Melayu
IV. pendudukan Jepun yang menindas orang-orang Cina di Tanah Melayu

5 / 14
SOS2300 SULIT

A) I, II dan III
B) II, III dan IV
C) I, II dan IV
D) I, III dan IV

21. Kerajaan Melayu-Hindu terakhir dan terkenal di Alam Melayu merupakan


kerajaan

A) Srivijaya
B) Pasai
C) Majapahit
D) Perlak

22. Keturunan India-Muslim di Alam Melayu terbentuk hasil dari perkahwinan campur
antara

A) pedagang India yang beragama Hindu dengan pedagang keturunan Arab


B) pedagang India yang beragama Islam dengan pedagang keturunan Arab
C) pedagang keturunan India dengan masyarakat tempatan
D) masyarakat tempatan di Alam Melayu yang berdagang ke India

23. Sejarah pembentukan komuniti Baba dan Nyonya di Tanah Melayu bermula
dengan

A) kedatangan imigran Cina ke Negeri-Negeri Selat sebagai peniaga


B) kedatangan imigran Cina ketika pentadbiran British untuk berkhidmat di
sektor perlombongan
C) kedatangan orang-orang Cina hasil hubungan diplomatik antara China
dengan kerajaan Melayu Melaka
D) kedatangan para pedagang dari Cina semasa zaman Kesultanan Melayu
Melaka

24. Kenyataan berikut adalah benar mengenai etnik Melayu di Malaysia kecuali

A) etnik Melayu adalah penduduk terawal sekali mendiami Tanah Melayu


B) suku kaum Acheh dan Bugis juga tergolong di dalam kelompok etnik
Melayu
C) orang Melayu mendiami hampir seluruh pelusuk Malaysia termasuk Sabah
dan Sarawak
D) ketika penguasaan kuasa Eropah di Semenanjung Tanah Melayu,
kebanyakan orang Melayu tinggal di luar bandar dan bekerja sebagai
petani dan nelayan

6 / 14
SOS2300 SULIT

25. Hari paling penting yang disambut oleh kaum Cina beragama Buddha bagi
menandakan hari kelahiran, kegemilangan (enlightment) dan kematian Buddha
dikenali sebagai

A) Tahun Baru Cina


B) Hari Wesak
C) Perayaan Tanglung
D) Perayaan Kuih Bulan

26. Salah satu daripada teras utama kontrak sosial ialah

A) penerimaan penduduk bukan Melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa


orang Melayu
B) penerimaan orang Melayu terhadap peruntukan Islam sebagai agama
persekutuan
C) pengiktirafan kepada Parti Perikatan sebagai sebuah gabungan politik
Malaya yang utama
D) pengiktirafan orang bukan Melayu terhadap Bahasa Melayu sebagai
bahasa perantaraan di Parlimen

....ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana


bahagian Persekutuan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan

27. Kenyataan di atas menunjukkan bahawa

A) orang bukan Islam boleh menyekat perkembangan kepercayaan di


kalangan orang Islam
B) kumpulan agama selain Islam bebas mengenakan cukai kepada mana-
mana pihak lain
C) agama lain boleh diamalkan di peringkat Persekutuan sahaja
D) hak agama selain agama Islam dijamin kedudukannya oleh Perlembagaan

Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa pengantar di dalam sistem


pendidikan

28. Kenyataan tersebut merupakan implikasi daripada

A) peruntukan Perlembagaan mengenai Bahasa Melayu sebagai lingua franca


B) pengiktirafan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
C) peruntukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
D) pengiktirafan kedudukan Bahasa Melayu sebagai subjek wajib disemua
sekolah

7 / 14
SOS2300 SULIT

29. Islam Hadhari dirangka untuk mencapai beberapa matlamat. Semua penyataan
adalah benar, kecuali

A) Untuk merealisasikan ajaran Islam yang menfokuskan kepada


peningkatan mutu kehidupan
B) Membawa manusia dari hidup secara jumud, tidak bertamadun, mundur
dan ketinggalan kepada satu bangsa yang berperadaban, maju dan
progresif
C) Supaya manusia tidak menjauhkan diri daripada kehidupan didunia di
mana Allah mengkehendaki manusia sebagai khalifah yang berfungsi
memakmurkan dunia
D) Untuk memantapkan ajaran Islam dalam bidang akhlak supaya dapat
diamalkan oleh masyarakat

30. Kedudukan negeri-negeri melayu yang kaya dengan sumber bahan mentah telah
menarik minat British untuk meluaskan pengaruh mereka. Kenyataan ini berkait
rapat dengan

I. pembukaan lebih banyak lombong bijih timah dan ladang getah


II. penemuan beberapa sumber galian lain
III. berlaku kemasukan tenaga buruh secara besar-besaran

IV. peluang mendapat modal dengan mudah

A) I dan II
B) I dan III
C) I, II dan III
D) I, II, III dan IV

31. Kemudahan jalan raya, perubatan, pendidikan, telekomunikasi, bekalan air dan
elektrik merujuk kepada kemudahan yang disediakan untuk

A) pembangunan ekonomi
B) pembangunan infrastruktur
C) pembangunan kampung contoh
D) pembangunan bandar baru

32. Alasan Inggeris untuk membawa masuk buruh-buruh dari China dan India bagi
mengusahakan ekonomi moden seperti perlombongan dan perladangan getah
adalah

A) orang Melayu ingin mengekalkan ekonomi tradisi dan sukar untuk


merubah pekerjaannya
B) orang Melayu tidak tertarik untuk mengusahakan aktiviti ekonomi moden
C) ramai orang Melayu tinggal di Pantai Timur, sedangkan aktiviti ekonomi
moden kebanyakanya terletak di Pantai Barat Tanah Melayu
D) orang Melayu tidak berpengetahuan dalam aktiviti ekonomi moden

8 / 14
SOS2300 SULIT

33. Prinsip Rukun Negara merujuk kepada

A) kebebasan beragama adalah dijamin meskipun Islam merupakan agama


rasmi negara
B) raja dan Sultan menjadi payung dan lambang penyatuan kepada
masyarakat berbilang bangsa
C) sistem kepercayaan merupakan teras utama bagi masyarakat negara ini
D) setiap anggota masyarakat seharusnya memiliki moral yang tinggi dan
akhlak yang mulia

34. Kunci bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 adalah dengan mengatasi
sembilan cabaran strategik dan salah satunya adalah merujuk kepada integrasi
kaum iaitu

A) menyusun semula penempatan masyarakat pelbagai kaum


B) memastikan agihan ekonomi yang seimbang
C) membentuk sebuah bangsa yang bersatu padu
D) mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial

35. Matlamat utama pembentukan masyarakat Hadhari ialah untuk membangunkan


warga Malaysia menurut acuan kita sendiri, yang berasaskan masyarakat
cemerlang, gemilang dan terbilang melalui Sepuluh Prinsip Utama yang
digariskan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Antaranya ialah

I. Rakyat yang berjiwa merdeka


II. Pemeliharaan alam semulajadi
III. Pembelaan hak kumpulan majoriti dan wanita
IV. Kekuatan pertahanan

A) I, II, III dan IV


B) I, II dan IV
C) I, dan III
D) I sahaja

36. __________________ boleh dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang boleh membina


jatidiri serta semangat kecintaan kepada bangsa dan negara seperti Kuiz Bina
Bangsa, Debat Perpaduan, Kempen Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan Lagu
Patriotik dan Kem Padu Anak Malaysia.

A) Teloransi agama
B) Kongsi raya
C) Perkongsian harmoni
D) Semangat patriotisme

9 / 14
SOS2300 SULIT

37. Secara amnya hubungan etnik di Malaysia boleh dilihat sekurang-kurangnya dari
dua dimensi iaitu

A) demografi politik dan ekonomi


B) budaya dan agama
C) politik dan budaya
D) agama dan ekonomi

38. Kelompok Melayu dan Bumiputera telah membentuk majoriti dan pada masa
yang sama menguasai politik negara adalah kelompok yang dominan dari segi

A) populasi
B) ekonomi
C) budaya
D) kemajuan

39. Ungkapan bahasa jiwa bangsa melambangkan martabat dan kedudukan


_______________ kebangsaan sebagai identiti kepada bangsa Malaysia.

A) Agama
B) Budaya
C) Bahasa
D) Politik

40. _________________ telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk menyusun semula


masyarakat dan menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi

A) Dasar Wawasan 2020


B) Dasar Ekonomi Baru
C) Dasar Pembangunan Nasional
D) Dasar Perpaduan Negara

41. RMK9 diperkenalkan oleh kerajaan yang diketuai oleh

A) Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi


B) Tun Dr. Mahathir Mohamed
C) Dato Sri Najib Tun Abd. Razak
D) Tun Hussein Onn

10 / 14
SOS2300 SULIT

Soalan 42 hingga 45 adalah berdasarkan pilihan jawapan berikut

A) Pluralist
B) Strategist
C) Assimilationist
D) Apologist

42. Golongan yang beranggapan kepelbagaian budaya dan etnik lebih diingini dan
merupakan satu kekuatan

43. Kelompok yang sentiasa berusaha mencari jalan bagaimana untuk mengubah
hubungan etnik yang sering dicemari dengan penindasan dan ketidakadilan

44. Golongan yang mempertahankan keadaan hubungan etnik yang sering wujud
kepelbagaian dari segi budaya

45. Golongan yang berpegang kepada prinsip penggabungan pelbagai latar belakang
etnik untuk membentuk sebuah negara yang dikenali sebagai satu bangsa sahaja

Soalan 46 dan 47 berdasarkan jawapan di bawah

A) Islam Hadhari
B) Islam Madani
C) Islam
D) Tamadun

Perlaksanaan pendekatan _______46_______ di negara Malaysia tidak akan


menjejaskan kerukunan dan kebebasan beragama bahkan mempertingkatkan
keharmonian bermasyarakat dan bernegara dikalangan masyarakat berbilang kaum di
negara kita. Istilah ________47______ juga bermaksud keselamatan dan perdamaian.
Islam sentiasa menganjurkan kerukunan dan perpaduan sama ada di kalangan sesama
Muslim dan juga non-Muslim.

48. Apakah punca utama yang menyebabkan pola perkahwinan campur di Malaysia
jarang berlaku?

A) Perbezaan agama
B) Perbezaan budaya
C) Perbezaan warna kulit
D) Perbezaan sosio-ekonomi

11 / 14
SOS2300 SULIT

49. Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan beragama?

A) Setiap kumpulan agama bebas mengenakan sebarang syarat kepada


ahlinya
B) Setiap orang mempunyai kebebasan untuk menganut dan mengamalkan
agamanya mengikut peruntukan undang-undang yang disediakan

C) Setiap orang bebas untuk menganut dan menyampaikan dakwah kepada


sesiapa sahaja
D) Setiap orang bebas menentukan agamanya apabila berusia 15 tahun
termasuk yang beragama Islam

50. Implikasi daripada krisis 13 Mei 1969, kerajaan telah berusaha memulihkan
keadaan dengan mengambil beberapa langkah yang drastik. Pilih penyataan
yang benar.

I. Darurat telah diisytiharkan dan diperluaskan ke seluruh negara


II. Parlimen telah digantung dan semua aktiviti-aktiviti politik di larang
III. Pentadbiran diambil alih oleh Majlis Tindakan Negara
IV. Tun Abdul Razak dilantik sebagai pengarah

A) I, II dan IV
B) I dan II
C) II dan IV
D) I sahaja

51. Apakah punca masalah perpaduan yang wujud di kalangan masyarakat plural di
Malaysia?

A) Masalah perpaduan masa kini wujud daripada dasar yang lemah pihak
kerajaan
B) Masalah perpaduan berpunca daripada sistem politik yang kucar-kacir
C) Masalah perpaduan berpunca daripada masyarakat majmuk itu sendiri
D) Masalah perpaduan berpunca daripada dasar British yang menjajah
negara ini

52. Pemuafakatan pelbagai kaum dalam memorandum Parti Perikatan yang dihantar
kepada Suruhanjaya Reid dikenali sebagai

A) kerjasama antara kaum


B) pakatan murni
C) perjanjian kemerdekaan
D) perkongsian kuasa

12 / 14
SOS2300 SULIT

53. Syarikat British yang terlibat dalam kegiatan pelaburan modal berbentuk kapital
dalam perlombongan dan perladangan di Tanah Melayu pada zaman penjajahan
ialah

I. Guthrie
II. Sime Darby
III. Harrisons & Crosfield
IV. Harrisons & Guthrie

A) I sahaja
B) I dan II
C) I, II dan III
D) I, II, III dan IV

Soalan 54 hingga 56 berdasarkan jawapan di bawah.

A) Pecah & Perintah


B) Dualisme
C) Demokrasi
D) Moden

Akibat daripada dasar ekonomi Inggeris, masyarakat di Tanah Melayu telah


distrukturkan mengikut acuan dasar ______54______ Inggeris. Sistem ekonomi
kapitalisme yang diperkenalkan telah membentuk sistem ekonomi _____55_____ dan
pemajmukan etnik. Sistem ini telah mengekalkan kedudukan orang Melayu di luar
bandar dan meninggalkan mereka jauh di belakang dari segi pencapaian ekonomi.
Manakala bagi orang Cina dan India, mereka mendominasi sektor_____56______ dan
menambahkan lagi jurang sosial dengan orang Melayu. Perbezaan ini telah membentuk
segregasi dari segi struktur sosio-ekonomi yang memberi kesan yang besar kepada
negara selepas merdeka.

57. Apakah yang dimaksudkan dengan Jalur Melayu?

A) Sektor tradisional yang dijalankan oleh orang Melayu


B) Kawasan penempatan orang Melayu yang mengamalkan sistem ekonomi
tradisional
C) Sektor pertanian yang melibatkan orang Melayu di kawasan bandar dan
luar bandar
D) Kawasan pertanian moden yang diusahakan oleh orang Melayu

13 / 14
SOS2300 SULIT

58. Dualisme ekonomi membawa maksud

A) sistem ekonomi yang berteraskan kepada kewujudan dua kumpulan etnik


yang berbeza iaitu kaum Melayu dan kaum bukan Melayu
B) kewujudan dua sistem ekonomi yang berbeza dalam satu kawasan
pentadbiran iaitu sektor moden dan sektor tradisional
C) sistem ekonomi yang berasaskan kepada dua peringkat iaitu peringkat
pusat dan negeri
D) kewujudan sistem ekonomi yang berasaskan kepada perindustrian dan
perdagangan

Soalan 59 dan 60 berdasarkan jawapan di bawah.

A) Piagam Madinah
B) Yahudi
C) Kristian
D) Piagam Mekah

_______59_______ merupakan satu bentuk kontrak sosial antara Nabi Muhamad


(SAW) sebagai pemimpin negara dengan masyarakat Madinah yang berbilang kaum
pada waktu itu. Pluraliti masyarakat Madinah pada waktu itu cukup rencam. Selain Arab
yang menganut Islam, terdapat kaum Yahudi dan Kristian yang berpecah kepada
berbagai-bagai puak. Di kalangan ______60______ sahaja dikatakan terbahagi kepada
lebih 20 puak kecil yang mendiami sekitar Madinah.

- Kertas Soalan Tamat-

14 / 14
SOS2300 SULIT

15 / 14
SOS2300 SULIT

16 / 14
SOS2300 SULIT

- Kertas Soalan Tamat -

17 / 14

You might also like