Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

SOS 2300 SULIT

1. Kumpulan minoriti mempelajari budaya kumpulan majoriti di mana hanya


aspek budaya sahaja yang diasimilasikan dan tidak pada keseluruhan cara
hidup. Proses ini dikenali sebagai

A) amalgamasi
B) kebudayaan
C) akulturasi
D) asimilasi struktur

2. Proses asimilasi menjelaskan tentang

A) penyatuan melalui sektor pekerjaan


B) kumpulan minoriti yang berjaya menyertai institusi utama
kumpulan majoriti
C) pencantuman menyeluruh dalam aspek kehidupan
D) kumpulan etnik yang mempertahankan kepelbagaian

3. Pilih masyarakat yang paling tepat menjelaskan konsep masyarakat


plural.

A) Masyarakat yang hidup di bawah satu sistem politik yang sama


B) Kepelbagaian kumpulan etnik yang mempunyai adat resam, cara
hidup dan kepercayaan tersendiri
C) Tiada satu pun kumpulan etnik yang terbesar dari segi saiznya
D) Etnik yang mempunyai kegiatan ekonomi yang berlainan, tetapi
hidup bersama

4. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep perpaduan?

A) Penyatuan masyarakat dalam semua aspek kehidupan termasuk


ekonomi, sosial, politik dan fizikal
B) Penyusunan masyarakat berdasarkan strategi pembangunan dan
pentadbiran
C) Bentuk hubungan antara kaum yang menjamin kestabilan politik
D) Penggabungan masyarakat ke arah pembangunan ekonomi

5. Hubungan kaum di Malaysia wujud dalam beberapa bentuk atau


peringkat. Bentuk hubungan kaum ini dapat dikategorikan kepada

I. berpecah belah
II. berkompromi
III. berkonflik

PDF processed with CutePDF evaluation edition www.CutePDF.com


SOS 2300 SULIT

IV. bersaing

A) I, II dan III
B) II, III dan IV
C) I, III dan IV
D) I, II, III dan IV

6. Bahasa Melayu menjadi bahasa perdagangan antarabangsa di Melaka


pada kurun ke-15 kerana ianya

I. bahasa yang mudah menerima perkataan asing


II. bahasa rasmi negeri Melaka
III. bahasa perantaraan di Kepulauan Melayu
IV. bahasa yang disyaratkan dalam perdagangan

A) I dan II
B) I dan IV
C) II dan III
D) III dan IV

7. Pertengahan abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan


antarabangsa. Mengapakah pedagang berminat menjalankan aktiviti
perdagangan di Melaka?

I. Keselamatan pedagang terjamin


II. Pengecualian cukai perdagangan
III. Sistem urus niaga yang sistematik
IV. Kemudahan pelabuhan disediakan

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

8. Suruhanjaya Reid berfungsi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu telah


mengambil kira perkara-perkara berikut:

I. kedudukan raja-raja Melayu


II. kerajaan demokrasi berparlimen
III. hak istimewa orang Melayu
IV. isu kerakyatan kaum lain

A) I, II dan III
B) I, II dan IV

2
SOS 2300 SULIT

C) II, III dan IV


D) I, II, III dan IV

9. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu memberi kewarganegaraan


atas prinsip

A) kesetiaan kepada sultan-sultan dan Tanah Melayu


B) kelulusan daripada Majlis Negeri
C) memiliki kerakyatan Komanwel
D) prinsip jus soli

10. Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas memaparkan


pakatan murni antara kaum ialah

A) hak bersuara dan beragama


B) kedudukan agama Islam dan agama lain
C) kedudukan bahasa Melayu dan bahasa ibunda kaum lain
D) hak istimewa orang Melayu dan kewarganegaraan

11. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan hak-hak


istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
Keistimewaan yang diberi ialah

I. jawatan sebagai wakil rakyat


II. kuota peluang pendidikan di peringkat universiti
III. pemberian biasiswa untuk melanjutkan pelajaran
IV. pemberian lesen dan permit dalam perniagaan

A) I dan II
B) I dan IV
C) II dan III
D) III dan IV

12. Semua penyataan berikut adalah benar mengenai agama Islam


sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan
kecuali

A) Islam adalah agama rasmi


B) Enakmen dan Ordinan keluarga Islam digubal di Parlimen
C) Yang Dipertuan Agong adalah ketua agama Islam di Wilayah
Persekutuan
D) Penganut agama lain ditegah menyebar agamanya kepada rakyat
yang beragama Islam

3
SOS 2300 SULIT

13. Masyarakat Melayu tradisional merujuk kepada

A) masyarakat yang mempunyai pegangan hidup tersendiri


B) masyarakat feudal yang belum menerima pengaruh Barat
C) masyarakat yang paling lama menghuni bumi Melayu
D) masyarakat kolot yang tidak mahu menerima perubahan

14. Penyataan berikut menerangkan tentang kegiatan ekonomi masyarakat


Melayu tradisional, kecuali

A) golongan rakyat berjaya memonopoli aktiviti perdagangan


B) dua jenis penanaman padi yang diusahakan oleh orang Melayu
ialah padi sawah dan padi bukit
C) sesetengah masyarakat Melayu menjalankan kegiatan
perlombongan emas dan bijih timah untuk menyara kehidupan
mereka
D) kegiatan penternakan dilakukan sebagai aktiviti sampingan

Soalan 15 dan 16 merujuk kepada jadual di bawah:

Pengenalan Kaum Mengikut Kegaiatan Ekonomi


Kaum Kawasan Kegiatan Ekonomi
Melayu Luar bandar Petani dan nelayan
Cina Lombong Pelombong dan peniaga
India Ladang getah Pekerja ladang

15. Maklumat di atas menunjukkan kerajaan British di Tanah Melayu


mengamalkan pemerintahan bercorak

A) Pecah dan perintah


B) Demokrasi
C) Sosialis
D) Kapitalisme

16. Mengapakah penumpuan terhadap pekerjaan di atas boleh mengancam


kestabilan negara?

A) Perpaduan nasional sukar dicapai


B) Golongan pendatang menguasai ekonomi
C) Orang Cina lebih kaya daripada penduduk lain
D) Orang Melayu yang miskin akan memberontak

4
SOS 2300 SULIT

Dasar Ekonomi Penjajah


Ekonomi tradisional dikekalkan
Ekonomi moden diperkenalkan

17. Berdasarkan maklumat di atas, apakah kesan dasar ekonomi tersebut?

I. Kemasukan buruh asing


II. Petempatan mengikut kaum
III. Kewujudan masyarakat majmuk
IV. Bilangan usahawan bumiputera meningkat

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

Pada abad ke-19, Tanah Melayu mengeluarkan 54% pengeluaran bijih timah
dunia

18. Apakah faktor-faktor yang menggalakkan perkembangan tersebut?


I. Permintaan yang semakin meningkat
II. Bekalan tenaga buruh yang mencukupi
III. Galakan daripada pemimpin-pemimpin tempatan
IV. Peranan golongan pemodal

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

19. Antara berikut, yang manakah kesan daripada perkembangan perusahaan


melombong bijih timah di Tanah Melayu pada kurun ke-19?

I. Perpindahan orang Melayu dari luar bandar ke kawasan bandar


II. Kemasukan beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu
III. Kemasukan pelaburan dan modal luar
IV. Pembinaan jalan kereta api yang menghubungkan bandar dengan
pelabuhan

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV

5
SOS 2300 SULIT

D) II, III dan IV

Tahun Landasan Kereta Api


1885 Taiping ke Port Weld
1890 Seremban ke Port Dickson

20. Apakah kesan perkembangan pengangkutan kereta api di atas terhadap


kemajuan ekonomi Tanah Melayu?

I. Mempercepatkan penghantaran hasil pengeluaran


II. Memudahkan pengimportan bahan makanan
III. Menggalakkan pembukaan kawasan baru
IV. Menarik kemasukan pelabur Barat

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

21. Apakah objektif utama Dasar Ekonomi Baru dibentuk?

A) Untuk memastikan tumpuan negara ke arah mempelbagaikan


ekonomi
B) Untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira
kaum serentak dengan memperkembangkan ekonomi negara
C) Untuk menggalakkan rakyat luar bandar menggiatkan lagi hasil
keluaran tani mereka untuk dijual kepada pekedai-pekedai di
bandar
D) Untuk memastikan penduduk bandar tidak mengabaikan peranan
mereka sebagai rakyat yang patut memberi peluang kepada
penduduk luar bandar sama-sama maju

22. Beberapa strategi telah dikenalpasti untuk memastikan usaha membasmi


kemiskinan tercapai. Antara strategi-strategi tersebut adalah

I. memodenkan kehidupan masyarakat luar bandar


II. menggalakkan penghijrahan anak-anak muda ke bandar
III. menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang banyak di bandar
IV. mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum,
kawasan bandar dan luar bandar, juga antara wilayah

A) I dan II
B) I dan IV
C) II dan III

6
SOS 2300 SULIT

D) III dan IV

23. Antara berikut, yang manakah cabaran yang paling rumit dicapai di bawah
Wawasan 2020?

A) Mewujudkan sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif yang


mempunyai daya perubahan yang tinggi sebagai pengguna dan
penyumbang sains dan teknologi
B) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam
nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh pegangan etika yang
tinggi
C) Membentuk sebuah negara yang bersatu padu dan satu bangsa
Malaysia yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama
D) Mewujudkan masyarakat yang makmur yang mempunyai ekonomi
yang boleh bersaing, dinamik, teguh dan berdaya tahan

24. Mengapakah perhubungan kaum di Malaysia tidak dianggap seimbang?

A) Pegangan ekuiti yang tidak sama


B) Majoriti kaum Bumiputera terlalu besar
C) Masyarakat bandar lebih kaya berbanding dengan masyarakat luar
bandar
D) Kebanyakan kaum Melayu tinggal di kampung tradisional

25. Mengapakah pluraliti masyarakat Malaysia dikatakan mempunyai ciri


khusus dan tertentu?

A) Orang Melayu menganut agama Hindu sebelum kedatangan Islam


B) Pluraliti ini terhasil daripada proses sejarahnya yang tersendiri
C) Kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak mengamalkan budaya dan
tradisi mereka yang tersendiri
D) Kaum Cina dan India menggunakan bahasa ibunda mereka dalam
urusan harian

26. Pilih pernyataan yang menerangkan maksud jati diri dengan paling tepat.

A) Tradisi dan budaya peribumi yang diamalkan sejak turun temurun


B) Rangkuman nilai, budaya, bahasa, pegangan, fahaman dan
pandangan sejagat
C) Agama dan sistem kepercayaan yang diwarisi sejak turun-temurun
D) Adat yang dibentuk melalui proses sosial dan ikatan tradisi

7
SOS 2300 SULIT

27. Jabatan khusus yang ditubuhkan untuk menangani masalah perhubungan


kaum di Malaysia ialah

A) Jabatan Penerangan Persekutuan


B) Jabatan Pembangunan Luar Bandar
C) Pihak Berkuasa Tempatan
D) Jabatan Perpaduan Negara

28. Hubungan Intra-Etnik merujuk kepada

A) hubungan antara satu kaum dengan kaum yang lain


B) hubungan antarabangsa yang berlainan keturunan
C) hubungan antarabangsa yang berlainan agama
D) hubungan sesama satu kaum atau satu keturunan

29. _____________________ yang ada dalam agama secara langsung dapat


mengelakkan seseorang daripada bertindak zalim terhadap orang lain

A) Nilai ketuhanan
B) Nilai intrinsik
C) Nilai kepercayaan
D) Nilai kemanusiaan

30. Agama mampu menjadi pemangkin dalam mewujudkan keharmonian di


kalangan masyarakat pelbagai etnik melalui

A) upacara ibadat
B) ilmu pengetahuan
C) amalan dan penghayatan agama
D) majlis dan perayaan

31. Bahasa memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan kaum di


Malaysia kerana bahasa membolehkan seseorang

A) mengetahui pantang larang satu-satu kaum


B) menjalankan aktiviti bersama
C) berhubung dan berkomunilkasi dengan kaum lain
D) mengurangkan prasangka antara kaum

32. Kekuatan budaya dan sistem nilai rakyat berbilang kaum di negara ini
berupaya membina

A) jalinan sosial yang kukuh dan utuh antara kaum


B) masyarakat prihatin

8
SOS 2300 SULIT

C) masyarakat yang berbudi bahasa


D) masyarakat yang berdaya saing

33. Pilih ungkapan yang merujuk kepada bahasa kebangsaan sebagai


lambang martabat dan identiti bangsa Malaysia

A) Bahasa Tunas Bangsa


B) Bahasa Jiwa Negara
C) Bahasa Lambang Negara
D) Bahasa Jiwa Bangsa

34. Kepelbagaian tidak boleh dijadikan kekangan untuk rakyat negara


berinteraksi dengan satu sama lain. Banyak __________________ yang
boleh dijadikan landasan bagi masyarakat negara ini untuk berkongsi nilai
dan tatacara kehidupan.

A) keunikan
B) keistimewaan
C) persamaan
D) permuafakatan

35. Bagi masyarakat Malaysia, konflik yang berlaku ditempat lain perlu
dijadikan pengajaran yang boleh menyedarkan kita mengenai

A) kepentingan menjalinkan hubungan diplomasi dengan negara lain


B) kepentingan pendidikan bersepadu
C) kepentingan memperkukuhkan nilai tradisional
D) kepentingan menjaga sensitiviti dan keharmonian antara kaum

36. Cabaran hubungan intra-etnik melalui kewujudan parti politik berteraskan


kaum dan persaingan dalam pilihanraya boleh dikurangkan dengan

A) mengurangkan bilangan parti politik yang menyertai pilihanraya


B) menghadkan tempoh berkempen sebelum pilihanraya
C) membuka lebih banyak pusat pembuangan undi
D) mematangkan dan mendewasakan masyarakat tentang system
politik, falsafah dan amalan demokrasi

37. __________________ merujuk kepada sikap dan kepercayaan bahawa


budaya dan nilai etnik sendiri lebih baik, tinggi dan mulia daripada budaya
dan nilai etnik lain

A) Prejudis
B) Etnosentrisme

9
SOS 2300 SULIT

C) Stereotaip
D) Nasionalisme

38. Pilih pernyataan yang tepat tentang keadaan masyarakat pada zaman
penjajahan.

I. Kepentingan ekonomi British telah membawa kepada kemasukan


imigran Cina dan India yang mengubah komposisi penduduk di
Tanah Melayu
II. Setiap kaum dipisahkan mengikut tempat tinggal yang berbeza
III. Setiap kaum mengamalkan cara hidup, agama dan budaya yang
berlainan
IV. Kerajaan mewujudkan satu sistem pendidikan yang sama untuk
semua kaum

A) I, II, III dan IV


B) I, II dan III
C) I dan IV
D) II dan III

39. Pilih pernyataan yang benar tentang matlamat Rukun Negara

A) Melahirkan rakyat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan


progresif
B) Memajukan sektor ekonomi penduduk, terutama sektor
perindustrian dan perniagaan
C) Mewujudkan negara yang membangun dari segi penggunaan
sumber manusia dan sumber alam semulajadi
D) Memperbaiki taraf hidup masyarakat Bumiputera

40. Semua pernyataan berikut mengambarkan keadaan pendidikan di Tanah


Melayu pada zaman penjajahan kecuali

A) pihak penjajah mengamalkan dasar laissez-faire dalam aspek


pendidikan
B) sistem pendidikan Melayu bertujuan untuk membolehkan anak-anak
Melayu menjadi petani dan nelayan yang lebih bijak sedikit daripada
ibu bapa mereka
C) pendidikan Cina bergantung kepada usaha dan inisiatif masyarakat
Cina sendiri
D) semua sekolah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pengajaran
dan pembelajaran

10
SOS 2300 SULIT

41. Sekolah Inggeris berbentuk Free School yang pertama ditubuhkan ialah

A) Malacca Free School


B) Penang Free School
C) Singapore Free School
D) Malay College Kuala Kangsar

42. Mata pelajaran yang diajar di sekolah Inggeris pada zaman penjajahan
termasuk

I. Bahasa Inggeris
II. Ilmu Alam
III. Pendidikan Jasmani
IV. Lukisan

A) I, II dan III
B) I, III dan IV
C) I, II dan IV
D) I, II, III dan IV

43. Strategi membasmi kemiskinan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB)


adalah untuk mencapai tujuan berikut kecuali

A) memodenkan kehidupan luar bandar dengan kemudahan prasarana


B) mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat
yang menganggur
C) meningkatkan produktiviti dan pendapatan rakyat
D) mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan yang
dijalankan oleh kaum bukan Bumiputera

44. Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia berdasarkan unsur-unsur

I. agama Islam
II. kebudayaan penduduk asal rantau ini
III. unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar
IV. penerapan dan penerimaan oleh masyarakat masa kini

A) I dan II
B) I dan III
C) I, II dan III
D) I, II, III dan IV

11
SOS 2300 SULIT

Institusi ini diberikan tanggungjawab untuk merancang, menyelia, mengawal,


melaksanakan dan menilai keberkesanan pelaksanaan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan

45. Institusi yang di maksudkan ialah

A) Kementerian Pelajaran Malaysia


B) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
C) Dewan Bahasa dan Pustaka
D) Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

46. Pilih pernyataan yang paling tepat tentang falsafah Wawasan 2020

A) Menyatupadukan penduduk berbilang kaum di Malaysia


B) Mewujudkan kestabilan politik dan kelicinan pentadbiran kerajaan
C) Menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju berasaskan
ekonomi perindustrian dan membentuk bangsa Malaysia yang
bersatu padu
D) Menjadikan Malaysia sebuah negara maju berasaskan ekonomi
pertanian

47. Semua yang berikut merupakan teras Wawasan 2020

I. Membina masyarakat yang berdaya saing


II. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi
III. Membangunkan alam sekitar
IV. Mengalakkan masyarakat yang saksama

A) I, II dan III
B) I, III dan IV
C) II, III dan IV
D) I, II, III dan IV

48. Kejayaan dalam mencapai matlamat Wawasan 2020 bergantung pada


aspek berikut

I. Perkembangan akhlak dalam amalan keagamaan


II. Kesepakatan dan persefahaman antara kaum
III. Keadilan sosioekonomi negara
IV. Keilmuan yang tinggi dan maju

12
SOS 2300 SULIT

A) I dan II
B) I, II dan III
C) II dan IV
D) I, II, III dan IV

49. Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan memberikan definisi Melayu


sebagai

I. beragama Islam
II. bertutur dalam Bahasa Melayu
III. mengamalkan budaya Melayu
IV. lahir di Tanah Melayu sebelum hari kemerdekaan

A) I dan II
B) I, II dan III
C) II, III dan IV
D) I, II, III dan IV

50. Semua yang berikut ialah prinsip utama Islam Hadhari kecuali

A) penguasaan ilmu pengetahuan


B) pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif
C) kehidupan berkualiti
D) pembelaan hak kumpulan majoriti dan wanita

.... adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau
menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atai membantu dalam
mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan
yang diperlukan bagi maksud berkenaan....

51. Pernyataan di atas menunjukkan bahawa kerajaan boleh membantu


mengembangkan Islam di Malaysia dan perkara ini termaktub dalam
Perkara ____________ Perlembagaan Persekutuan

A) 12(2)
B) 13(3)
C) 15(1)
D) 18(2)

13
SOS 2300 SULIT

52. Terdapat beberapa prinsip Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang


perlu di baca bersama-sama Perkara 3(1), iaitu

I. Perkara 11(4)
II. Perkara 12(2)
III. Perkara 13(5)
IV. Perkara 160

A) I dan II
B) I dan IV
C) I, II dan III
D) I, II dan IV

53. Keutuhan budaya dan moral sebagai salah satu prinsip Islam Hadhari
seharusnya dapat melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang

I. mempunyai semangat patriotisme


II. memiliki jati diri
III. tidak terpengaruh dengan budaya negatif
IV. mencontohi kemajuan Barat sepenuhnya

A) I sahaja
B) I dan IV
C) I, II dan III
D) I, II, III dan IV

54. Sekelompok manusia yang mempunyai kebudayaan berbeza daripada


budaya kelompok lain dikenali sebagai

A) sistem sosial
B) keluarga
C) institusi sosial
D) masyarakat

55. Peribahasa ringan sama dijinjing, berat sama dipikul menunjukkan usaha
masyarakat Melayu untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian. Apakah nila6 yang cuba diterapkan melalui peribahasa tersebut?

A) Kepatuhan
B) Kesabaran
C) Ketaatan
D) Kerjasama

14
SOS 2300 SULIT

56. Masyarakat Malaysia disifatkan sebagai masyarakat plural. Apakah


masyarakat plural?

A) Masyarakat plural ialah masyarakat yang berasal daripada satu


keturunan
B) Masyarakat plural merujuk kepada masyarakat Bumiputera
C) Masyarakat plural ialah masyarakat berbilang kaum dan keturunan
D) Masyarakat plural terdiri daripada beberapa kumpulan orang asing

57. Apakah ideologi negara yang telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk
menyelesaikan masalah perpaduan kaum di Malaysia?

A) Rukun Tetangga
B) Rukun Perpaduan
C) Rukun Negara
D) Integrasi Nasional

58. Apakah bidang yang dijadikan sebagai alat untuk memupuk perpaduan
dan persefahaman dalam hubungan etnik di negara kita?

I. Sukan
II. Kebudayaan Kebangsaan
III. Kesihatan
IV. Pendidikan

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

59. Apakah dasar yang telah dilancarkan oleh kerajaan selepas Peristiwa 13
Mei 1969 untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum?

A) Dasar Kebudayaan Kebangsaan


B) Dasar Sosial Negara
C) Dasar Pecah dan Perintah
D) Dasar Ekonomi Baru

60. Semua yang berikut merupakan bidang utama dalam pemupukan


semangat patriotisme di kalangan masyarakat Malaysia kecuali

A) semangat kekitaan
B) semangat mencintai bangsa dan negara
C) berusaha dan produktif

15
SOS 2300 SULIT

D) peka terhadap isu dalam negara sahaja

16

You might also like