Fizik Pengukuran

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

SCZ1064 KEFAHAMAN SAINS DAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

TOPIK 2.2 2.2.1 PENGUKURAN


ALAM FIZIKAL

Kuantiti Fizik

Fizik adalah sains yang melibatkan pengukuran yang tepat. Pengukuran


(measurement) ialah proses menentukan nilai kuantiti yang menggunakan
peralatan saintifik dengan skala piawai (standard).

Kuantiti yang boleh diukur dipanggil kuantiti fizik (physical quantity).


Contoh-contoh kuantiti fizik adalah seperti suhu bilik, isipadu air, kelajuan kereta,
tekanan gas, berat badan seseorang, dan sebagainya.

Kuantiti fizik dikategorikan kepada kuantiti asas (base quantities) dan kuantiti
terbitan (derived quantities).

Kuantiti Asas

Kuantiti asas adalah kuantiti fizik yang tidak boleh ditakrifkan oleh kuantiti fizik yang
lain. Setiap kuantiti fizik dinyatakan sebagai nilai berangka dalam unit pengukuran
tertentu.

Sebagai contoh:
Panjang pembaris meter = 100 cm
Bererti:
Panjang adalah kuantiti fizik.
100 adalah nilai berangka.
cm adalah unit pengukuran.

Suatu unit, dalam pengukuran, adalah kuantiti yang diterima pakai sebagai piawai
(standard) oleh mana-mana kuantiti yang lain, daripada jenis yang sama diukur.
Terdapat banyak unit yang berbeza. Suatu kuantiti yang tertentu boleh ditulis dalam
unit-unit yang berbeza berdasarkan latar belakang budaya masyarakat setempat.

Sebagai contoh:
Jisim: gram, kilogram, tonnes, pound, ounces.
Panjang: inches, feet, miles, metres, centimetres
Masa: seconds, minutes, hari, jam, bulan.

Tetapi dalam kerja-kerja saintifik, adalah lebih mudah jika semua orang
menggunakan sistem unit yang sama. Satu persidangan The 11th General
Conference of Weights and Measures yang diadakan di Paris pada 1960, telah

1
SCZ1064 KEFAHAMAN SAINS DAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

memutuskan supaya mengguna pakai Unit Sistem Antarabangsa (International


Systems of units, SI) sebagai suatu sistem yang lebih praktikal yang disyorkan bagi
sesuatu unit pengukuran.

SI mentakrifkan tujuh unit asas, iaitu: meter, kilogram, saat, kelvin, ampere, mol dan
candela.
Jadual dibawah menunjukkan lima kuantiti asas yang penting dan unit SI yang
sepadan.

Unit asas (base unit) pengukuran adalah tidak tertakrif oleh unit-unit lain tetapi
ianya mempunyai definisi piawaian yang tersendiri.

2
SCZ1064 KEFAHAMAN SAINS DAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

Berikut adalah peralatan yang digunakan untuk mengukur kuantiti asas:

Kuantiti Terbitan

Kuantiti terbitan (derived quantities) adalah kuantiti fizikal yang diperolehi dengan
menggabungkan kuantiti asas. Ianya boleh dilakukan dengan pendaraban atau
pembahagian atau kedua-duanya sekali.Unit bagi kuantiti terbitan dikenali sebagai
unit terbitan (derived unit).Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh kuantiti
terbitan dan unit terbitannya.Beberapa unit terbitan adalah kompleks. Oleh itu, nama
khas digunakan untuk menggantikan unit-unit ini. Sebagai contoh, unit bagi kuantiti
terbitan, daya (force), ialah Newton (N).
3
SCZ1064 KEFAHAMAN SAINS DAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

Jadual berikut adalah Kuantiti terbitan dan unit-unitnya.

Layari laman web berikut untuk mengumpul maklumat mengenai Unit SI dan
sejarah perkembangan Unit SI. Sediakan satu rumusan terhadap kefahaman anda
mengenai Unit SI dalam buku nota refleksi.
http://www.bipm.org/en/si/
http://en.wikipedia.org/wiki/SI

4
SCZ1064 KEFAHAMAN SAINS DAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

Pertukaran Unit

Seperti sistem nombor, sistem metrik adalah satu sistem perpuluhan. Imbuhan digunakan
untuk menukar unit SI dalam kuasa sepuluh. Contohnya, satu persepuluh meter adalah satu
desimeter, satu per seratus meter adalah sentimeter.

Unit metrik untuk semua kuantiti menggunakan imbuhan yang sama. Contohnya, satu per
seribu gram adalah satu miligram, dan satu ribu gram adalah satu kilogram. Oleh itu, untuk
menggunakan unit-unit SI dengan berkesan, adalah penting untuk mengetahui maksud
imbuhan-imbuhan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual berikut:

Imbuhan Nilai Bentuk Piawai Simbol


12
Tera 1 000 000 000 000 10 T
9
Giga 1 000 000 000 10 G
6
Mega 1 000 000 10 M
3
Kilo 1 000 10 k
-1
Desi 0.1 10 d
-2
Senti 0.01 10 c
-3
Mili 0.001 10 m
-6
Mikro 0.000 001 10
-9
Nano 0.000 000 001 10 n
-12
Piko 0.000 000 000 001 10 p

Bentuk Piawai

Kajian dalam sains biasanya melibatkan kuantiti-kuantiti yang sangat besar atau sangat
kecil. Sebagai contoh, jisim bumi adalah lebih kurang
6 000 000 000 000 000 000 000 000 kilogram

dan jisim elektron adalah


0.000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 911 kilogram

Kuantiti-kuantiti yang ditulis dalam bentuk ini mengambil ruang yang sangat besar dan sukar
digunakan untuk pengiraan. Oleh itu, untuk memudahkan pengiraan dilakukan dengan
nombor-nombor sebegini, kita tulisnya dalam bentuk yang lebih pendek dengan
menggantikan nombor perpuluhan dengan nombor kuasa asas sepuluh.

Bentuk piawai adalah


M x 10n

dengan 1 M 10 dan n adalah integer

5
SCZ1064 KEFAHAMAN SAINS DAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

Dengan itu, jisim bumi boleh di tulis sebagai 6.0 x 10 24 kg dan jisim elektron sebagai 9.11 x
1031 kg. Magnitud sesuatu kuantiti fizik biasanya dibundarkan kapada tiga atau empat angka
bererti.

Contoh:

di atas

6
SCZ1064 KEFAHAMAN SAINS DAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

Contoh 3

Apakah nilai yang sama dengan 500 milimeter dalam meter?

Jawapan:

Kita lihat faktor pertukaran adalah

1 milimeter = 1 x 10-3 meter

Maka, 500mm adalah

1 103 m
(500 mm) = 500 x 10-3 m = 5 x 10-1 m.
1mm

TIPS:

7
SCZ1064 KEFAHAMAN SAINS DAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

Latihan 1

8
SCZ1064 KEFAHAMAN SAINS DAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

Latihan 2

1. Tukarkan setiap pengukuran panjang yang diberi kepada nilai yang setara dalam
meter.

a. 1.1 cm b. 56.2 pm c. 2.1 km d. 0.123 Mm

2. Tukarkan setiap pengukuran jisim berikut kepada nilai setara dalam kilogram

a. 147 g b. 11 g c. 7.23 Mg d. 478 mg

Kejituan dan kepersisan

Kepersisan adalah darjah ketepatan bagi pengukuran satu kuantiti yang diulangi. Sebagai
contoh, jika seorang pelajar menjalankan eksperimen untuk mengukur halaju cahaya, dia
akan mengulanginya beberapa kali. Beberapa cubaan dilakukan dan menghasilkan nilai-nilai
antara 3.000 x 108 m/s kepada 3.002 x 108 m/s di mana nilai puratanya adalah 3.001 x 108
m/s yang membuat kesimpulan bahawa halaju cahaya adalah 3.001 x 108 m/s. Daripada
pengukuran pelajar ini, halaju cahaya adalah dalam julat 3.000 x 108 m/s kepada 3.002 x 108
m/s. Oleh yang demikian, kepersisan pengukuran adalah 0.001 x 108 m/s.

Kepersisan alat pengukur adalah terhad kepada bacaan terkecil pada alat pengukur.

Kejituan adalah sejauh manakah nilai yang diukur hampir kepada nilai sebenar. Dalam
eksperimen mengukur halaju cahaya, kejituan adalah perbezaan antara nilai ukuran pelajar
yang dinyatakan dalam kepersisan yang sama. Sebagai contoh, ukuran pelajar adalah 2.998
x 108 m/s dibandingkan 3.002 x 108 m/s nilai sebenar. Oleh itu, kejituan pengukuran adalah
0.003 x 108 m/s.

Oleh itu, kejituan satu alat pengukur bergantung kepada bertapa baik nilai yang diukurnya
dibandingkan dengan nilai piawai.

Rajah 1.2 Alat-alat untuk mengukur panjang

9
SCZ1064 KEFAHAMAN SAINS DAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

Teknik-teknik pengukuran yang baik

Dalam kajian fizik secara eksperimen, pengukuran yang jitu dan persis harus diberi
keutamaan. Pertimbangan-pertimbangan berikut harus dititik beratkan:

1. Pemilihan alat pengukuran yang sesuai untuk satu pengukuran


(a) Ralat 0.1 cm dalam pengukuran 100.0 cm adalah kurang serius berbanding
dengan 0.1 cm dalam 10.0 cm.
(b) Pengukuran kuantiti besar seperti panjang dawai tidak memerlukan alat yang
peka manakala pengukuran yang kuantiti yang kecil seperti diameter dawai
memerlukan alat yang peka.

2. Pengukuran alat pengukuran yang tepat


(a) Sentiasa mematuhi arahan penggendalian alat.
(b) Sikap cermat dan berhati-hati ketika membuat pengukuran.
(c) Memahami sebab pelbagai jenis ralat yang mungkin timbul.

Bincangkan alat-alat pengukur yang sesuai bagi mengukur kuantiti-kuantiti


fizik berikut;
panjang tali, ketebalan satu keping kertas, ketebalan cermin tingkap,
ketebalan sebuah buku dan lebar meja

Rujukan

http://www.bipm.org/en/si/
http://en.wikipedia.org/wiki/SI(Sistem Internaional)

10
SCZ1064 KEFAHAMAN SAINS DAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

Kuantiti Skalar dan Kuantiti Vektor

Kuantiti skalar adalah kuantiti yang mempunyai magnitud (saiz)


sahaja seperti jisim dan masa.
Kuantiti vektor mempunyai magnitud dan arah, contohnya berat dan
halaju. Berat badan kita katakan 65 kg dan arahnya ke pusat bumi.
Halaju kapalterbang 750 km per jam arahnya ke utara atau ke timur
laut.

Kita sememangnya sudah biasa melakukan operasi matematik kepada


kuantiti skalar. Operasi campur, tolak, bahagi, dan darab kita lakukan
secara algebra.
Misalnya:
(i) 2 + 5 = 7
(ii) 2 - 5 = 2 + (-5) = -3
(iii) 2 x 5 = 10
(iv) 2 x -5 = -10

Operasi matematik bagi vektor mengikut peraturan khusus kerana


melibatkan arahnya sekali. Operasi tambah vektor dilakukan menurut
hukum segiempat selari. Operasi tolak vektor juga menurut hukum
segiempat selari. Operasi darab nagi vektor ada dua jenis, iaitu operasi
darab bintik yang menghasilkan skalar dan operasi darab silang yang
menghasilkan vektor. Tidak ada operasi bahagi bagi vektor.

Rujukan

http://www.physicsclassroom.com/Class/1DKin/
http://www.glenbrook.k12.il.us/GBSSCI/PHYS/Class/newtlaws/u2l2a.html
http://www.zephyrus.co.uk/forcetypes.html

11

You might also like