Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Interaksi Antara Tamadun

Melayu Dengan Tamadun


China
Interaksi ini bermula di Kedah, buktinya melalui rekod rasmi China 638M yang

ada mencatatkan Kedah pernah menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan

dengan China. Kedah juga menjadi pusat perhentian utama sami Buddha dari China.

Aktiviti perdagangan berlaku di pelabuhan Melaka kerana Melaka merupakan tempat

perdagangan strategik. Hubungan diplomatik dijalinkan antara Kerajaan Melayu Melaka

dengan kerajaan China untuk menjamin keselamatan negara. Bukti berlakunya interaksi

tersebut ialah adanya bukit yang dinamakan Bukit China dan bukit ini merupakan

hadiah Sultan Melaka kepada Puteri Hang Li Po yang dikahwininya.

Kesan daripada interaksi ini ialah tersebarnya Islam. Hal ini kerana, selain daripada

India dan Arab, dikatakan bahawa pada peringkat awal Islam datangnya dari Tanah

Besar China. Cara penyebaran Islam dari China ialah melalui hubungan diplomatik iaitu

perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Melaka dan perdagangan iaitu melalui

pedagang dari Canton dan Hainan pada kurun ke 9. Ini jelas dibuktikan dengan

penemuan batu bersurat di Champa bertarikh (1039), di Brunei (1043) dan di Laren

Jawa (1082).
Terdapat juga kesan interaksi dari segi kebudayaan. Contohnya ialah, wujud warisan

Baba dan Nyonya di Melaka. Warisan ini wujud hasil dari perkahwinan orang Melayu

dengan orang China. Kesannya, budaya yang diamalkan kaum Baba dan Nyonya

adalah campuran budaya Melayu dan China. Mereka gunakan bahasa Melayu yang

dicampurkan dengan perkataan Hokkien dan bahasa ini dinamakan Bahasa Melayu

Baba. Budaya China yang diserap oleh Tamadun Melayu pula ialah, budaya pertukaran

barang sebagai hadiah, adat memberi ang pau, pertunjukan bunga api dan pemakaian

tekstil dari kapada dan sutera.

Tuntasnya, proses interaksi antara tamadun ini mengembangkan lagi tamadun Melayu

dan China. Kemahiran membuat asimilasi dan sifat terbuka merupakan perkara penting

dalam menggalakkan interaksi antara tamadun ini.

You might also like