Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

2.

Melodi

Susunan pic secara melintang.

a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana.


b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi,rendah dan
mendatar.
c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat.
d. Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain
membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic.
e. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu.
f. Pic boleh disusun secara berurutan.
g. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk
sebuah melodi lagu.

Simbol Verbal :
Melodi skel (major,minor,pentatonik) frasa lagu / melodi
sekuens nada

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid anak mendapat mengenal pasti


dan membezakan :
1. Antara melodi dan iringan.
2. Pic tinggi,tengah dan mendatar.
3. Skel yang dimainkan.
4. Pic yang melompat dan berulang.
5. Nada sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan.

3. Warna Ton

Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai


ciri-ciri yang tersendiri.
Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan
memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri.
Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu
sendiri dibuat daripada bahan-bahan tertentu dibuat,cara dibuat dan
dibunyikan.

Simbol Verbal:

Alat suara - manusia, binatang, kenderaan, alam semula jadi


dll.perkataan deskriptif
ton - gelap , cerah , padat , garau, kasar
suara - soprano ,alto ,tenor dan bes
Keluarga alat muzik - membranofon, aerofon , kordofon dan
idiofon.

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat :


1. Mengenal psati bunyi-bunyian yang didengar di sekeliling mereka.
2. Menghasilkan pelbagai bunyi yang didengar, diterokai / eksperimen
dll.
3. Membezakan dan mengenal pasti bunyi-bunyian yang lembut,
kasar, tinggi, rendah, padat, garau dll.
4.Mengenal pelbagai jenis alat muzik seperti piano, rekoder, dram,
trumpet, gong, violin dll.

4. Bentuk

Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton.


a. Gabungan siri-siri pic menghasilkan satu idea.
b. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea
muzik yang lebih besar.
c.Segmen muzik (motif, frasa, seksyen) boleh diulang dan
dipelbagaikan.
d. Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan.

Simbol Verbal :
Motif frasa seksyen, koras, rangkap ABA , berulang,
kontras intro, koda

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaan murid-murid akan dapat membezakan dan


mengenalpasti :
1. Frasa yang sama dan yang lain melalui lagu-lagu yang
dinyanyikan/mainkan.
2. Rangkaian lagu berangkap da korasnya.
3. Intro dan koda sesebuah lagu atau muzik.

5. Harmoni.

Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menengak dan


dinyanyikan/dimainkan serentak.
a. Dua pic boleh dibunyikan serentak.
b. Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara serentak.
c. Dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan
dibunyikan serentak.
d. Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni.

Simbol Verbal :
Harmoni jeda triad tonik/kord round, polifoni, deskan,kaunter
melodi kord iringan homofoni

Objektif P & P :
Pada akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat :
1. Membezakan antara melodi (rangkaian pic) dan harmoni
(himpunan pic-pic - iringan).
2. Mengenal pasti antara lagu/muzik satu suara dan muzik/lagu dua
atau lebh dua suara.
3. Menyanyi lagu pusingan - round,berkembar dan lagu-lagu yang
mengandungi kaunter melodi dan deskan.

7. Tekstur / Jalinan
Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi
yang didengar.
a. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau
satu / teba atau banyak.
b. Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni.

Simbol Verbal

Solo duet trio quartet orkestra monofoni homofoni


polifoni

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat :


1. Mengenal pasti samada lagu/bunyi yang didengar itu
dinyanyikan/dimainkan oleh seorang,dua atau lebih.
2. Membezakan bunyi yang bercirikan monofoni,homofoni dan
polifoni.

6. Ekspresi

Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik


yang mengandungi satu ekspresi ide muzik.
a. Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut.
b. Satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara
beransur-ansur.
c. Sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan, dilicinkan dan dipendekkan
atau dilembutkan secara beransur-ansur.
d. Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan.
e. Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri - mud.

Simbol Verbal :

Dinamik Volume cerscendo diminuendo susutain, legato,


staccato cepat, lambat
mud - riang, tenang, cemas, cergas.

Objektif P & P :

Di akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat :


1. Membeza dan mengenal pasti di antara bunyi pada sesebuah lagu
dan muzik yang kuat dan lembut.
2. Memahami bahawa pada tempat-tempat yang tertentu dalam
sesebuah lagu/muzik boleh beransur- ansur menjadi kuat atau
perlahan.
3. Memahami bahawa sesetengah lagu/muzik boleh dipelbagaikan
dengan bunyi pendek, lembut, panjang, terputus-putus dan lain-lain
lagi.

You might also like