Majlis Sukan Sekolah Rendah Islam Peringkat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MAJLIS SUKAN SEKOLAH RENDAH ISLAM PERINGKAT

NEGERI SABAH 2017

Tarikh: 14 Januari 2017


Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat SRI Al-Hafidz, Bandar Sierra
Pengerusi: Junaidy bin Jenny
Kehadiran:
1. Junaidy Jenny
2. Suliani Binti Sedik
3. Suzilahwati Mohamad
4. Ah Rizal Abd Latif
5. Husril Mula
6. Hanif Jumat
7. Abdul Rahman
8. Norsahudah

Bil PERKARA
.
1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab


Al-Fatihah.

1.2 Minit mesyuarat disahkan sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

2.
PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

2.1 Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan JKK terdiri daripada guru-guru


daripada tuan rumah, Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Bandar Sierra.

2.2 Sumbangan MSSRIS boleh dapatkan kerjasama daripada sekolah-


sekolah rendah Islam yang lain.

2.3 Hadiah pelajar perlu dikekalkan dalam tulisan jawi bagi


meneruskan usaha tuan rumah sebelum ini PPIAN, menunjukkan
sedikit perubahan pada MSSRIS.

2.4 Olahragawan dan olahragawati terdiri daripada pelajar Tahap 1


dan Tahap 2.
2.5 Bagi acara balapan, jika sekolah yang menyertai MSSRIS hanya 4
buah maka setiap sekolah perlu menghantar 2 orang wakil bagi setiap
acara. Sebaliknya, jika 5 buah dan ke atas yang menyertai MSSRIS,
setiap sekolah hanya perlu menghantar seorang wakil sahaja.

2.6 Bagi perbarisan, setiap kontinjen maksimum mempunyai 33 orang


ahli dan tiada had minimum.

2.7 Sesi cabut nombor lorong akan dibuat pada perjumpaan


mesyuarat yang kedua dan penggunaan nombor peserta atlet akan
diteruskan mengikut sekolah masing-masing.

3. PENUTUP

Ucapan penangguhan oleh Pengerusi.

Mesyuarat seterusnya pada 19 Mac 2017 pada pukul 8.30 pagi


bersama guru-guru daripada sekolah-sekolah rendah Islam yang lain.

Disediakan oleh: ....


Cik Suzilahwati binti Mohamad
Setiausaha MSSRIS ke-17

Disemak oleh :
En.Junaidy Bin Jenny
Pengarah MSSRIS ke-17

You might also like