Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

CONTOH CADANGAN PENYELIDIKANRajah : banjir di Beaufort

CADANGAN PENYELIDIKAN

TAJUK PENYELIDIKAN :

Persepsi Masyarakat Terhadap Banjir: Kajian Kes Pekan Beaufort.

Isu : Banjir di Beaufort.

Tajuk Penyelidikan :

Persepsi Masyarakat Terhadap banjir: Kajian kes pekan Beaufort.

1. Pengenalan :

Banjir merupakan keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh
pihak berkuasa. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan
bencana alam yang ketiga terbesar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan merosakkan harta
benda. Masalah banjir di negara ini adalah berkait rapat dengan banjir musim tengkujuh dan banjir kilat.

Pertambahan penduduk dan pembangunan yang tertumpu di lembangan dan lurah sungai yang mudah
dinaiki air menyebabkan kejadian banjir sukar dielakkan. Kekerapan banjir pula meningkat akibat
perubahan guna tanah yang mana sistem aliran di kawasan rendah tidak mampu mengalirkan aliran
hujan yang lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan akibat pembangunan.

2. Latar Belakang Kajian :

Pekan Beaufort terletak di kawasan pedalaman dan telah diterokai pada tahun 1898, Daerah ini
mengambil sempena nama seorang Pegawai tertinggi kerajaan British North Borneo yang menjadi salah
seorang Gabenor dalam jajahan dan takluk Syarikat Borneo Utara pada masa itu yang bernama
L.P.Beaufort. Daerah Beaufort mempunyai keluasan 173,898 hektar .

Bilangan Penduduk daerah Beaufort sepertimana mengikut banci yang dijalankan oleh Jabatan
Perangkaan pada tahun 1980 ialah seramai 36,404 orang. Dalam Bancian tahun 1991 bilangan penduduk
daerah ini telah meningkat kepada 49,245 orang berdasarkan purata pertumbuhan penduduk sebanyak
3.5% setahun. Kini penduduk daerah Beaufort adalah dianggarkan berjumlah 64,756 orang pada tahun
2000. Penduduk daerah Beaufort adalah terdiri daripada berbilang suku kaum. Suku kaum yang terbesar
ialah suku kaum Bisaya (Melayu) 60% diikuti dengan suku kaum Kadazan/Dusun 14% Brunei/Kedayan
(Melayu) 12%, suku kaum Murut 9%, suku kaum cina 3% dan lain-lain seperti suku kaum Jawa, India
berketurunan Melayu 2%. Keseluruhan peratus kaum bumiputera ialah 97% manakala 3% pula bukan
bumiputera. Sektor ekonomi utama ialah pertanian 70%,perniagan dan perindustrian 20% dan
selebihnya ialah perikanan dan penternakan. Daerah ini sering di landa banjir yang di sebabkan
limpahan air sungai Padas. jumlah air yang banyak menyebabkan sungai Padas tidak mampu
menampung air lalu melimpah kekawasan petempatan penduduk yang berhampiran sungai Padas dan
Sungai Padas merupakan salah satu sungai utama yang mengalirkan air terus ke laut.

3. Matlamat :

3.1 mengenalpasti Persepsi masyarakat terhadap banjir

3.2 mengenalpasti tidakbalas masyarakat terhadap banjir

3.1 Mengenalpasti kesan banjir terhadap manusia serta persekitaran fizikal.

3.2 Mengenalpasti permasalahan banjir di beaufort dan seterusnya menganalisa

Pandangan masyarakat terhadap banjir.

4. Objektif Kajian :

4.1- Kajian ini bertujuan mengenalpasti kesan banjir terhadap manusia dan persekitaran fizikal yang
sering mengelami atau dilanda banjir.

4.2- Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi masyarakat terhadap banjir

4.3- Mengenalpasti tindak balas masyarakat terhadap banjir yang berlaku.

4.4- Memberikan cadangan lankah-langkah mengurangkan kesan banjir.

5. Permasalahan Kajian :

5.1- Kajian ini melihat pandangan atau pendapat masyarakat terhadap banjir.

5.2- Kajian ini melihat sejauhmana kesan banjir terhadap manusia dan alam sekitar.

5.3- Kajian ini melihat kepada masalah dihadapi oleh penduduk apabila mengelami banjir.

6. Rasional Kajian :
6.1- Memberikan latihan dan pendedahan awal kepada pelajar untuk menjalankan penyelidikan pada
masa yang akan datang.

6.2- Dapat mendekatkan lagi pelajar dengan masyarakat luar supaya pelajar akan lebih bersedia untuk
bergaul dengan masyarakat kelak.

6.3- Menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman.

7. Metodologi Kajian

Terdapat beberapa kaedah utama yang digunakan dalam menjalankan kajian ini iaitu daripada bahan
perpustakaan, pengambilan foto kawasan kajian, mendapatkan maklumat dari agensi kerajaan dan
menemubual penduduk. Metodologi-metodologi ini menjadi asas parameter utama dalam
mendapatkan data primer dan data sekunder yang merangkumi data kuantitatif dan data kualitatif
untuk memperolehi bukti-bukti yang sahih berhubung dengan dapatan kajian.

7.1- Sumber Data Primer

7.1.1- Kajian Lapangan / Pemerhatian :

Gambar foto kawasan kajian di ambil dengan turun ke kawasan yang sering dilanda banjir terutama di
kawasan yang berhampiran dengan sungai Padas bertujuan meninjau keadaan persekitaran. Gambar-
gambar ini lebih kepada keadaan fizikal atau bentuk muka bumi yang mengalami banjir.

7.1.2-Borang Soal Selidik :

Sebanyak 30 borang soal selidik akan dibuat.

Borang soal selidik yang di buat akan digunakan untuk mendapatkan perbandingan responden dengan
responden yang lain. Isi kandungan borang soal selidik menyoal soalan berkaitan dengan kajian yang di
jalankan.

7.1.3- Kaedah Temubual :

Kaedah ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan banjir. Responden
yang bakal ditemubual adalah terdiri kakitangan yang bertanggungjawab dengan masalah banjir ini,
pekerja-pekerja yang berkerja di Pekan Beaufort serta penduduk-penduduk yang sering dilanda banjir.
Perkara yang akan disoal kepada mereka adalah berkaitan dengan kesan banjir dan langkah yang
lakukan sebagai persediaan menghadapi banjir.

7.2- Sumber Data Sekunder

7.2.1- Bahan Perpustakaan

Mendapatkan rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan kajian. Antara
perpustakaan yang menjadi sumber dirujuk untuk mendapatkan maklumat adalah seperti perpustakaan
Universiti Malaysia Sabah, Perpustakaan Negeri Sabah dan sebagainya. Antara bahan-bahan yang
menjadi rujukan adalah seperti jurnal-jurnal, majalah, surat khabar dan buku-buku rujukan yang ada
kaitan kajian ini.

7.2.2- Kaedah Kajian Pustaka :

Maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian cuba diperolehi daripada bahagian-bahagian


pentadbiran yang tertentu di Beaufort untuk memperolehi data-data yang diperlukan dalam
menjalankan kajian. Data-data seperti kampung yang mengalami banjir, paras kedalam yang bahaya,
jumlah mangsa, tindakan yang dilakukan jika berlaku banjir dan punca air banjir serta maklumat-
maklumat lain yang berkaitan dengan kajian. Maklumat-maklumat yang diperolehi ini penting untuk
tujuan penganalisisan kuantitatif tentang permasalahan kajian.

8. kesimpulan :

Banjir, hanya menjadi satu masalah jikalau ia berlaku di kawasan penempatan manusia dan mengganggu
kehidupan biasa manusia. Malangnya, masalah banjir ini tidak dapat diselesaikan sepenuhnya, iaitu
tiada satu penyelesaian untuk mengatasi banjir di dunia ini sehingga kini.

You might also like