Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Subjek : Malaysian Studies

Soalan : Kumpulan Etnik-Etnik Di Malaysia

KEPERCAYAAN KAUM CINA


PENGENALAN
Dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia, setiap kaum mempunyai sistem
kepercayaan masing-masing. Begitu juga dengan kaum Melayu, Cina dan India. Kepercayaan
kepada Tuhan merupakan tunggak utama kepada perpaduan negara ini. Prinsip Rukun Negara
menggariskan Kepercayaan Kepada Tuhan sebagai prinsip pertama yang penting agar setiap
manusia mempunyai pegangan dan memandu ke arah kehidupan yang sempurna.

KAUM CINA
Bilangan masyarakat Cina amat sedikit sebelum kedatangan British. Mereka hanya bekerja
sebagai peniaga sahaja. Terdapat tiga peristiwa sejarah yang menyebabkan peningkatan bilangan
masyarakat Cina berhijrah ke Tanah Melayu iaitu pada tahun 1786 selepas pengambilan Pulau
Pinang oleh British, pengambilalihan Singapura dari Sultan Johor dan selepas penubuhan
Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826. Faktor penghijrahan berlaku dikaitkan dengan permintaan
terhadap tenaga buruh bagi aktiviti perlombongan bijih timah seperti Lukut, Sungai Ujong
Negeri Sembilan, Larut Perak, Ampang, Sg Kanching dan Klang.

AGAMA DAN KEPERCAYAAN


Agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah fahaman Taoisme. Taoisme
merupakan system falsafah dan keagamaan Cina. Kepercayaan ini telah memperkayakan ajaran
Confucianisme dan membantu meluaskan ajaran agama Buddha serta memberi semangat,
inspirasi dan panduan akhlak kepada masyarakat Cina.
Agama Buddha merupakan agama yang terawal sampai ke Tanah Melayu. Ini dapat
dibuktikan dengan penemuan candi-candi Buddha di Lembah Bujang, Kedah. Kebanyakkan
masyarakat Cina di Malaysia beragama Buddha dan sebahagiannya beragama Islam, Kristian dan
Hindu

SEJARAH AGAMA BUDDHA


Dari segi sejarah, agama Buddha diasaskan oleh Sidartha Gautama (Lampiran I). Beliau
merupakan seorang putera raja dari India yang dikenali sebagai Shakyamuni. Beliau telah
mendapat idea untuk bertapa bagi mencari kebenaran. Hasil daripada pertapaan beliau
melahirkan ajaran agama Buddha. Ajaran Buddha menekankan kepada beberapa kitaran
kehidupan (Lampiran II) iaitu Sila, Renungan, Kesedaran, mencapai Sambodhi, terlepas dari
pusingan kelahiran atau Nirvana dan Hukum Karma. Walau bagaimana pun, kebanyakan
masyarakat Cina lebih berpegang kepada ajaran-ajaran seperti Taoisme, Confucious dan
penyembahan nenek moyang.

You might also like