Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN

TEKS PENGACARA MAJLIS


KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI
SEMPENA PERSARAAN TUAN HJ SUMARDI ISMAIL

Pagi yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan
Majlis Lambaian Kasih,Jasamu di kenang sempena persaraan Tuan Haji Sumardi
Ismail,.
BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha Tn Hj Mohd Asri b.Mahmood Guru Besar SK Tangok. Yang BerusahaPn
Asma bt Ali, Guru Penolong Kanan 1, Pn.Yang Zarin bt Idris, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid,Pn Armuni bt Majid GP Kanan KOKurikulum
Yang Dihormati En Azhar ,Naib Yang Dipertua PIBG SKTangok.
Yang Diraikan Tuan Haji Sumardi b.Ismail,.Rakan-rakan guru yang di hormati
Seterusnya, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Lambaian Kasih,Jasamu di kenang sempena persaraan ,Tuan Haji Sumardi
b.Ismail.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh:
Ustaz Hj Mohd Zein bin Mahmad Noor . Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Hj
Mohd Zein bin Mahmad Noor atas bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
ditaburkan oleh Yang Diraikan Tuan Haji Sumardi b Ismail sepanjang perkhidmatan
beliau di dalam dunia pendidikan.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid Muhd Alif


Zafran

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Muhd Alif Zafran atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan wakil


guru,untuk
menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada.,


atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena


persaraan Yang Diraikan Tuan Haji Sumardi b.Ismail

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena


persaraan Yang Diraikan. Mudah-mudahan persembahan tersebut dapat memberi
sumber inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua.

Buah mengkudu buah bidara


Mari disimpan didalam dulang
Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Tuan Haji Sumardi Ismail. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Diraikan Tuan Haji Sumardi Ismail atas ucapan itu tadi.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Berusaha Tn Hj


Mohd Asri bin Mahmood ,Guru Besar SK Tangok untuk menyampaikan ucapannya.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Berusaha Tn Hj Mohd Asri bin Mahmood atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan
acara simbolik sempena persaraan T Hj Sumardi Ismail.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-


kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Tuan Haji Sumardi Ismail

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan
kepada Tn HJ Mohd Asri bin Mahmood ,untuk mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji
Sumardi Ismail untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah ,Tahun 1, Tahun 2,Tahun 3,Tahun


4,Tahun 5,Tahun 6.

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Berusha Tn Hj Mohd Asri bin


Mahmood untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan
Kakitangan SK Tangok.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang


Diraikan Tuan Haji Sumardi b Ismail.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Sumardi b
Ismail atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan
ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha mengiringi Yang Diraikan Tn Hj
Sumardi b Ismail sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji
Sumadi bin Ismail kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna
ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Tuan Haji Sumardi b Ismail
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Lambaian Kasih,Jasamu
Di Kenang ini.

Di kesempatan ini juga, kami ingin menyampaikan seloka khusus buat yang diraikan
Tuan Haji Sumardi IsmailDengar ye.

Assalamualaikum pembuka bicara


Madah disusun mengungkap rasa
Suasana suram pagi yang hiba
Bagai mengerti gelodak jiwa

CikguMawardi panggilan mesra


Guru veteran yang banyak berjasa
Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
Tiga dekad begitulah lama

Dari muda hingga berusia


Menjalankan tugas dengan setia
Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek pelajar semua

Kini sudah tibanya masa


Berundur Cikgu Sumardi kerana bersara
Hilanglah permata yang berharga
Hilang seri hilang cahaya

Sudah biasa kita dengari


patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama guru yang ini
Tak mungkin ada galang ganti

Kenangan manis kekal selamanya


Jasamu cikgu tak mungkin dilupa
Pemergianmu cikgu kami redha
Sudah suratan berpisah akhirnya

Sampai di sini seloka kami


Tidak berakhir hubungan ini
Silaturahim terus terpatri
Biarpun cikgu Sumardi tiada di sisi

Ampun dan maaf kami pinta


Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekala
Andai rindu datang menjelma

Semoga cikgu Sumardi sihat sejahtera


Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sentiasa.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku pengacara ingin memohon


ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita
bersama-sama bersalaman dengan Tn Hj Sumardi Ismail buat kali yang terakhir pada
kali ini ,

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh.

PANTUN MAJLIS
PANTUN PEMBUKA ACARA

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,


Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Mega berarak indah berbalam,


Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

PANTUN BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Garam ada kicap pun ada,


Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

PANTUN JEMPUT MAKAN

Lebat rumbia di Sungai Kedah,


Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,


Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,


Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN

Bukan rumput sebarang rumpun,


Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

PANTUN JEMPUTAN UCAPAN

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,


Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

PANTUN UCAPAN PERASMIAN

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Jangan tertawan alpa duniawi,


Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

PANTUN DI AKHIR MAJLIS

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Rokan ke Indragiri,


Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

PANTUN BUAT WARGA EMAS

Bulan purnama ke pekan Kuah,


Di tengah hari membeli ragi;
Dirimu umpama nyiur bertuah,
Padat sari harum mewangi.

Curah serbat di atas lantai,


Basah tikar lupa disidai;
Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai.

Pohon sena tepi perigi,


Tepi paya si pohon jambu;
Hadirmu laksana suria pagi,
Menyinar maya tak pernah jemu.

Anak dara ke Tanjung Batu,


Janji bertemu di Teluk Bayu;
Walau usia dimamah waktu,
Cekal hatimu tak pernah layu.
Bukan gua sebarang gua,
Gua penuh pusaka bonda;
Bukan tua sebarang tua,
Tua penuh ilmu di dada.

Pergi ke Nilai membeli jamu,


Jamu rasa dari tenggara;
Tidak ternilai jasa baktimu,
Kepada bangsa juga negara.

Tidak goyah pancang seribu,


Tika masih badai menderu;
Engkau ayah engkaulah ibu,
Menumpang kasih mengubat rindu.

Pohon beringin tepi keramat,


Dengar siulan diufuk barat;
Kalau ingin hidup selamat,
Buat bekalan untuk akhirat.

Beli keladi di Pekan Lidup,


Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.

Pintal kapas menjadi benang,


Tenun benang menjadi sari;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Kalau dikenang meracun diri.

Pohon senduduk baru di tanam,


Sayang mati di pijak pak tani;
Dari duduk baik bersenam,
Senang hati sihat jasmani.

Apa guna siparang panjang,


Kalau tidak dengan tujuan;
Apa guna berumur panjang,
Kalau tidak dengan amalan.

Timba suasa ditepi kali,


Buat menyimbah si tuan puteri;
Berputus asa jangan sekali,
Jadikan tabah pakaian diri.

Betik muda buat halwa,


Kelapa muda santan dirasa;
Biar muda di dalam jiwa,
Dari tua sebelum masa.

You might also like