Professional Documents
Culture Documents
Minit Mesyuarat Sains 2 2016
Minit Mesyuarat Sains 2 2016
PK07/3
Kehadiran(Bilangan) : 17 orang
1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Pn Ashahida mengalu-alukan kehadiran semua guru yang menghadiri
Mesyuarat panitia kali kedua 2016.
Tindakan: makluman
Tindakan: makluman
3 PERKARA BERBANGKIT
4.1 Pn. Ashahida memaklumkan Audit Akademik SPM 2015 perlu dibincangkan
kelemahan, kebaikan dan tindakan untuk meningkatkan prestasi SPM.
4.2 Headcount perlu diadakan beserta senarai nama pelajar yang near miss cemerlang
dan near miss lulus.
Tindakan : makluman
5. FAIL PANITIA
5.1 Fail panitia mesti disertakan dengan minit mesyuarat kurikulum dan minit
mesyuarat panitia 1 dan 2
Tindakan : makluman
6.1 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mesti lengkap dan latihan mesti
berkualiti.
6.2 Objektif dalam RPH mesti eksplisit, contohnya nyatakan 3 contoh alkohol.
6.3 Pengisian RPH bagi ruangan Aktiviti-Induksi, Aktiviti Kumpulan, Pembentangan dan
Kesimpulan / Soalan KBAT
6.4 Pengisian Refleksi mengandungi Muhasabah diri, Pelajar dengan pelajar, pelajar
dengan bahan, rujuk objektif.
7.1 Persediaan kepada TIMMS dan PISA 2 tahun akan datang. Perlu diberikan
pendedahan ke arah itu.
7.2 Latihan dilakukan secara kelompok untuk memberi ruang kepada kesediaan guru
dan kesediaan murid. Latihan Tingkatan 1 dan 2 satu set dalam fail. Tindakan Pn Gurmit.
7.3 PT3 perlu diberi penekanan dalam analisis data peperiksaan untuk
penambahbaikan pencapaian bagi tahun 2016.
Tindakan: makluman
8. BILIK-BILIK KHAS
8.1 Pengarah JPNJ berminat dengan bilik-bilik khas terutama bengkel dan makmal.
8.2 Bilik Persediaan, Makmal, tidak boleh mengandungi kertas. Peti ais tidak boleh ada
makanan. Tiada telekung tersidai, tiada tikar getah dalam bilik persediaan, tiada bilik guru
di makmal.
Tindakan: makluman
10.1 Setiap tingkat makmal perlu mempunyai satu baldi yang berisi pasir. Perlu ada
pelan kecemasan makmal dan pelan kecemasan sekolah yang besar. Bahan kimia perlu
dilabelkan
10.2 Keceriaan makmal perlu dititikberatkan. Alat pemadam api perlu ada dan sentiasa
di service. Buat laluan anak panah laluan keluar dari makmal
10.3 Peti sejuk, tidak boleh ada makanan kecuali bahan untuk ujian makanan. Taman
Herba dihidupkan dan perlu dilabelkan. Makmal perlu bersedia untuk peperiksaan amali.
10.4 Kad Petak dan Kad Kotak perlu ada di setiap makmal.
10.5 Semasa pemantauan 2 borang akan diisi oleh pembantu makmal dan 1 guru
kanan.
10.6 Pembantu makmal mesti berkasut dan memakai lab coat. Bilik Persediaan tidak
boleh pasang tikar getah dan tidak boleh gantung telekung.
10.7 Cara pembuangan bahan organik secara dicairkan, bahan bukan organik dibuang
mesti mengikut prosedur.
10.8 Tugas pembersihan makmal perlu ada jadual seperti menyapu, mop, buang
sampah seminggu sekali.
12. PENUTUP
.......................................... ................................
( Pn. Ayuni Amalina bt Mukhtar) (Pn. Ashahida bt Abdul Aziz)
Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia Sains