Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KAJIAN KES KUMPULAN 1

1. Tajuk
1. Perbankan dan Institusi Kewangan Lain
2. Insurans
3. Konsumerisme

Bidang Pembelajaran
8.2 Jenis-jenis bank - Bank Perdagangan
8.3 Perkhidmatan Bank Perdagangan
9.1 Insurans
(c) Jenis risiko
9.2 Prinsip Insurans
15.2 Perlindungan Pengguna
(a) Hak dan Tanggungjawab Pengguna

2. Soalan

Aras 1
1. Menerangkan bentuk-bentuk perkhidmatan bank perdagangan dan
kegunaannya
2. Mengenal pasti jenis-jenis risiko
3. Menerangkan prinsip-prinsip insurans
4. Mengenalpasti hak dan tanggungjawab pengguna

Aras 2
1. Menjelaskan kepentingan setiap bentuk perkhidmatan bank perdagangan
kepada pelanggan bank
2. Menghuraikan bagaimana menjadi pengguna yang bertanggungjawab

Aras 3
1. Membuat keputusan pemilihan perkhidmaatan bank yang sesuai untuk
pelbagai jenis pelanggan bank

3. Bina kes mengikut soalan yang dikehendaki


1. Terangkan perkhidmatan bank perdagangan yang perlu digunakan oleh
peniaga
2. Terangkan prinsip insurans yang perlu dipenuhi oleh peniaga apabila
membuat tuntuan
3. Tindakan yang perlu diambil oleh pengguna untuk memastikan haknya
terpelihara
Kajian Kes Kumpulan 1 Perbankan dan Institusi Kewangan Lain, Insurans,
Konsumerisme

Baca petikan kes berikut dan jawab semua soalan seterusnya.

Encik Tukiman adalah pemilik Syarikat Sapu Bersih Sendirian Berhad yang telah
ditubuhkan 5 tahun yang lalu. Syarikat beliau mengeluarkan syampu berjenama
Mayang Sari di pekan Meru, Klang. Memandangkan permintaan yang menggalakkan,
syarikat tersebut terpaksa beroperasi selama 24 jam sehari dengan 3 syif. Syarikat
tersebut telah membuang sisa kimia tanpa dirawat ke dalam Sungai Meru. Berhampiran
sungai tersebut terdapat penternak ikan air tawar yang menggunakan air sungai sebagai
sumber bekalan air ke kolam. Pencemaran ini telah menyebabkan ikan peliharaan
penternak mati di samping bau busuk yang terpaksa dihidu oleh penduduk berhampiran.

Beberapa kali aduan telah dibuat oleh penduduk dan TV New Era juga pernah membuat
pendedahan mengenai kes tersebut. Satu saman telah difailkan oleh penduduk bagi
menuntut ganti rugi daripada syarikat Sapu Bersih Sendirian Berhad. Encik Tukiman
telah menghadapi jalan buntu kerana beliau terpaksa membina loji rawatan sisa kimia
yang bernilai RM100 000.00.

Pihak syarikat pernah mengambil polisi insurans liabiliti am daripada Syarikat Insurans
Amanah Berhad bagi melindungi syarikat daripada tuntutan gantirugi daripada orang
awam. Dengan itu beliau telah cuba memohon ganti rugi daripada syarikat insurans
tetapi tuntutan tersebut telah ditolak mentah-mentah.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan yang berikut.

(a) (i) Apakah jenis perkhidmatan bank yang dapat membantu Encik Tukiman
mengatasi masalah kekurangan modal? Huraikan. (6 markah)

(ii) Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pihak bank untuk
meluluskan permohonan tersebut? (3 markah)

(b) Mengapakah tuntutan Encik Tukiman ditolak oleh Syarikat Insurans Amanah?
(5 markah)

(c) Huraikan tiga hak dan tiga tanggungjawab pengguna yang berkaitan dengan kes
di atas.
(11 markah)
Fakta Jawapan Kajian Kes Kumpulan 1 Markah
(a)
(i) - Kemudahan pembiayaan 1
- Pinjaman 1
- Sejumlah wang yang didahulukan kepada Encik Tukiman
oleh pihak bank 1
- Pinjaman yang dipilih ialah pinjaman perniagaan 1
- Untuk membeli kelengkapan merawat sisa kimia /membina
loji 1
- Pinjaman berbentuk jangka panjang / RM100 000.00 1
- Iaitu melebihi 1 tahun 1
-Kadar faedah bergantung kepada tempoh / jumlah
keseluruhan pinjaman 1
- Sama ada pinjaman bercagar / tidak bercagar 1

Maksimum
6 markah
(ii) Faktor yang dipertimbangkan untuk mendapatkan pinjaman
daripada bank:

- Tujuan pinjaman 1
- Kedudukan kewangan 1
- Nilai aset yang dicagarkan 1
- Dasar Bank Pusat 1

Maksimum
3 markah
(b) Tuntutan ditolak oleh pihak insurans kerana:

- Melanggar prinsip doktrin sebab hampiran 1


- Ganti rugi hanya akan dibayar kepada insured sekiranya
kerugian atau kemalangan yang dialaminya adalah berpunca
daripada risiko yang diinsuranskan 1
- Tetapi Encik Tukiman membuat tuntutan daripada syarikat
insurans untuk membayar tuntutan ganti rugi ke atas
pencemaran yang dilakukan olehnya 1
- Polisi insurans liabiliti am hanya melindungi peniaga
daripada tuntutan orang awam yang cedera 1
- ketika berada dalam premis perniagaan 1
- pencemaran alam termasuk dalam risiko yang tidak boleh
diinsuranskan 1
- Oleh itu gantirugi / pampasan tidak akan dibayar 1

Maksimum
5 markah
(c) Hak-hak pengguna:

Hak mendapatkan keselamatan 1


- Pengguna berhak dilindungi daripada pemprosesan yang
membahayakan kesihatan 1

Hak mendapat ganti rugi 1


- Kerana mengalami kerugian / menjejaskan kesihatan akibat
pembuangan sisa-sisa kimia 1

Hak untuk bersuara 1


- Untuk mewujudkan perwakilan bagi menyuarakan /
menuntut kepentingan mereka 1

Hak mendapat alam sekitar yang sihat / selamat 1


- Berhak untuk hidup / bekerja dalam persekitaran yang bebas
daripada keadaan yang membahayakan kesihatan 1

Jawab mana-mana 3

Tanggungjawab pengguna: 1

Kesedaran mengkritik 1
- Menyuarakan pendapat bagi mendapatkan barang /
perkhidmatan yang sempurna 1

Penglibatan dan tindakan


- Melibatkan diri dalam kegiatan sosial untuk menjaga 1
kepentingan pengguna / ambil tindakan berasaskan
penyelidikan / tindakan yang sempurna 1

Tanggungjawab sosial 1
- Bertanggungjawab atas kesan perbuatan / tingkah laku
terhadap masyarakat / tidak menjejaskan golongan lain 1

Tanggungjawab terhadap alam semula jadi 1


- Tanggungjawab melindungi muka bumi untuk generasi akan
datang

Jawab mana-mana 3
Maksimum
11 markah
DISEDIAKAN OLEH :

KAJIAN KES KUMPULAN 1 TAHUN 2006


KURSUS PENINGKATAN PRESTASI DAN KEILMUAN GURU-GURU
PERDAGANGAN NEGERI SELANGOR
GENTING VIEW RESORT, GENTING HIGHLANDS
30 JULAI 2006 2 OGOS 2006

NUR LAILY BINTI JOHDI - SMK HULU KLANG


KHOBSAH BINTI JAAFAR - SMK JALAN BUKIT
KAMARUDDIN BIN THAHIR - SMK SERI DESA
FAIZAH BINTI DERIS - SMK TELOK DATOK

You might also like