2.-Bahasa Melayu Kertas 2-Soalan-Kertas 2 Set 2 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

SULIT

SOALAN PRAKTIS BESTARI


PROJEK JAWAB UNTUK JAYA (JUJ) 2016

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 1103/2


BAHASA MELAYU
Kertas 2
Set 2

2 jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen
Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang telah disediakan. Sekiranya buku
jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi dan Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak.

[Lihat halaman sebelah


1103/2 2016 Hak Cipta JUJ Pahang SULIT
SULIT 2 1103/2

Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor
sesetengah makanan kesihatan tambahan memberikan kemudaratan dan cara pengguna
mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada hari ini, kebanyakan pengguna disogokkan dengan pelbagai promosi makanan
kesihatan tambahan yang mempunyai 1001 khasiat yang menakjubkan. Lambakan makanan
kesihatan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak produk memberikan jaminan
keberkesanan kepada pengguna bagi tujuan memutihkan kulit, melangsing, meningkatkan
tenaga, mutu kesihatan dan konsentrasi belajar.

Terdapat pelbagai isu yang membimbangkan berhubung dengan makanan kesihatan


tambahan. Makanan kesihatan tambahan yang mempunyai bahan terlarang boleh mendatangkan
mudarat kepada kesihatan manusia jika tidak dibendung. Selain itu, makanan kesihatan
tambahan dapat dianggap tercemar jika mengandungi sebarang bahan yang dapat membawa
penyakit atau kecederaan yang berisiko tinggi dan didapati mengandungi bahan yang belum
dinilai atau diuji tahap keselamatannya terhadap kesihatan manusia. Tidak dinafikan juga, masih
banyak makanan kesihatan tambahan dan ubat-ubatan yang berasaskan herba dan tumbuhan
dicemari logam berat. Logam berat yang paling kerap dikesan dalam herba ialah merkuri,
plumbum dan arsenik. Fenomena ini lazim berlaku di seluruh dunia, tetapi lebih kerap berlaku di
negara Asia, terutamanya di India dan China yang merupakan pengeluar dan pengguna herba
terbesar di dunia.

Pengambilan merkuri yang berlebihan dapat mengakibatkan kerosakan sistem saraf dan
buah pinggang yang serius. Pengambilan arsenik yang tinggi pula dapat menyebabkan perubahan
warna kulit atau dalam kes yang teruk, kematian. Paras plumbum yang tinggi dalam darah sangat
berbahaya kepada kanak-kanak, iaitu dapat menyebabkan masalah pembelajaran dan masalah
tingkah laku. Perkara yang menyedihkan, kanak-kanak yang berumur empat hingga lapan tahun
dan kanak-kanak dalam keluarga berpendapatan tinggi menunjukkan kecenderungan dalam
pengambilan makanan kesihatan tambahan.

Bahan mentah herba atau tumbuh-tumbuhan biasanya diperoleh secara semula jadi atau
ditanam secara komersial. Namun begitu, tumbuh-tumbuhan yang ditanam berkemungkinan diberi
petisid iaitu racun yang digunakan untuk membunuh binatang perosak. Bahan yang terkandung
dalam petisid mengakibatkan kesan yang buruk kepada kesihatan manusia. Pencemaran
mikroorganisma merupakan kebiasaan bagi produk makanan kesihatan tambahan berasaskan
herba. Masalah pertumbuhan organisma sering berlaku kepada produk herba yang dihasilkan atau
dipasarkan di kawasan tropika dan subtropika yang bersuhu dan berkelembapan tinggi. Di
samping itu, terdapat juga kes di Amerika Syarikat yang melibatkan makanan kesihatan tambahan
yang dikhususkan untuk individu tertentu seperti ahli bina badan. Makanan kesihatan tersebut
tidak dilabel komponen dadah yang digunakan dan turut mempromosikannya sebagai produk yang
mempengaruhi struktur atau fungsi badan dengan membina otot. Sesetengah herba yang diambil
secara berlebihan juga berkemungkinan memberikan kesan toksik yang serius kepada kesihatan.
Sebagai contoh, seekor tikus didapati mengalami kerosakan hati, jantung dan buah pinggang
setelah makan buah jering.

1103/2 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 3 1103/2

Penggunaan Internet sebagai medium pemasaran dan penjualan memudahkan peniaga


memanipulasikan pengguna dengan tidak mendedahkan sebarang maklumat tentang risiko
pengambilan ubat-ubatan dan herba. Realitinya, pengguna harus memainkan peranan penting
dalam menjaga kesihatan diri kerana kesihatan tidak boleh dijadikan taruhan.

Dipetik dan diubah suai daripada


Makanan Kesihatan Tambahan : Madu atau Racun?
oleh Radhiah Shukri,
Dewan Masyarakat, Disember 2015

Soalan 2: Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Nyatakan dua matlamat pengambilan makanan kesihatan tambahan yang diuar-
uarkan.
[2 markah]

(ii) Dalam petikan terdapat beberapa bahan logam tertentu yang terdapat dalam herba
dan tumbuh-tumbuhan yang perlu dielakkan oleh pengusaha makanan kesihatan
tambahan.

Nyatakan kebaikan-kebaikan jika pengusaha makanan kesihatan tambahan


mengelakkan kewujudan beberapa bahan logam dalam makanan tersebut.

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab ibu bapa daripada golongan
berpendapatan tinggi gemar memberikan makanan kesihatan tambahan kepada anak-
anak mereka?

[4 markah]

1103/2 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 4 1103/2

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

POSMEN : Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?
AIMAN : Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?
POSMEN : Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih
untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program itu. Kalau
umur abang macam adik, pasti abang tak akan lepaskan peluang macam ini.
AIMAN : Abang buang sahaja surat ini. Saya tak berminat langsung. Buat apa nak
bersusah payah sertai program macam ini. Ayah saya banyak duit. Apa
yang saya nak, semua boleh dapat. Buang masa dan tenaga saja program
macam ini. Untuk orang susah bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma
enam kali sehari, tempat tidur dan pakaian semua diberikan. Siap dapat RM
50.00 lagi. ha. ha.ha.
POSMEN : Tak baik cakap macam itu, banyak faedahnya program seperti ini. Cuba
jangan fikir tentang duit dan makan minum tu. Cuba fikirkan tentang
kemahiran dan pengalaman yang akan diperoleh nanti.
AIMAN : Abang ini cakap banyak pula, macamlah abang pernah sertai program tu.
POSMEN
Kami ada : Memanglah abang tak pernah sertai program itu.Tapi, hasil daripadanya dah
banyak yang abang nampak.
AIMAN : Tak fahamlah saya, bang.
POSMEN : Maksud abang, remaja yang dah menyertai program ini, apabila tamat
latihan, banyak kesan positif yang akan wujud dalam diri mereka. Anak jiran
abang dulu pemalas. Kalau balik rumah cuma tahu tidur dan makan saja.
Tapi selepas tamat program itu, abang tengok dia dah rajin tolong
keluarganya dan baru nampak rasa hormat kepada orang tua. Hasil yang
paling dekat dengan diri abang ialah adik abang sendiri. Memang bagus
program itu. Banyak perubahan positif dalam diri dia.

Dipetik daripada drama 'Berkhidmat untuk Negara'


oleh Affix Zulkarnaen Adam
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka

1103/2 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 5 1103/2

(i) Nyatakan faedah-faedah yang diperoleh daripada menyertai Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN).
[2 markah]

(ii) PLKN merupakan antara program yang dirancang untuk membentuk jati diri remaja.

Berikan pendapat anda tentang cara-cara PLKN dapat membentuk jati diri dalam
kalangan remaja.

[3 markah]

(iii) Jelaskan satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
perwatakan lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.

[4 markah]

1103/2 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 6 1103/2

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampai ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada
kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang
banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap
kampung orang kaya-kaya dan saudagar.

Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma Vijaya.
Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Kerma Vijaya pergi menghadap
sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap
sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada
Laksamana; maka ia pun fikir dalam hatinya, Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang
bernama Laksamana itu Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku,
kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.

Setelah sudah ia fikir demikian, maka Kertala Sari pun dilihat pula perihal penghadapan dan
tempat orang bertunggu raja itu. Setelah dilihatnya ratalah, maka Kertala Sari pun kembali pada
tempatnya singgah itu, maka ia pun berjalanlah mencari tempat akan menaruh harta. Maka dilihat
oleh Kertala Sari ada sebuah bukit di luar kota itu. Maka ia pun pergi ke atas bukit itu. Maka
dilihatnya tempat itu terlalu baik menaruh harta. Maka ia pun berjalanlah turun dari Bukit Cina itu.

Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan'


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah pandangan Kertala Sari terhadap Laksamana? [2 markah]

(ii) Nyatakan strategi yang digunakan oleh Kertala Sari untuk memastikan perjuangannya di
Melaka tercapai.

[3 markah]

(iii) Sekiranya anda Kertala Sari, apakah tindakan yang akan anda ambil untuk menuntut bela
atas kematian ayahanda anda?

Nyatakan dua tindakan tersebut. [3 markah]

1103/2 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 7 1103/2

Soalan 2(d)- Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SEJADAH RINDU

Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan


kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat yang mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluh


Jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

Ungkapan doa pada Yang Esa


izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

MOHD. HAIKAL AMINUDDIN


Antologi Sejadah Rindu
Dewan Bahasa dan Pustaka..

1103/2 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 8 1103/2

(i) Berdasarkan sajak di atas, nyatakan tindakan penyajak dalam menyatakan


keinsafannya.
[2 markah]

(ii) Terdapat pelbagai kelebihan apabila seseorang itu sentiasa mengingati Tuhan
dalam kehidupannya.

Nyatakan dua kelebihan tersebut.


[3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terkandung dalam sajak tersebut.


[4 markah]

1103/2 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 9 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan, menukarkan atau
menggugurkan imbuhan atau menggunakan rangkai kata itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

(i) proaktif
(ii) antibiotik
(iii) jurujual
(iv) tatarias
(v) automatik
(vi) dwibahasa

[6 markah]

(b) Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah
maksud ayat.

(i) Saya membaca buku itu untuk menambahkan pengetahuan di dada.

(ii) Kami meminta pertolongan daripada dia oleh sebab kepakarannya dalam bidang itu.

(iii) Guru-guru dari seluruh daerah telah menghadiri satu taklimat khas untuk
merancang modul kecemerlangan SPM tahun ini.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Warga sekolah disarankan untuk menghayati motto sekolah agar dapat bertindak
mengikut hasrat yang diharapkan.

(ii) Khemah-khemah didirikan di perkarangan rumah sempena majlis perkhawinan


kakak sulung kami.

(iii) Sektor pertanian negara akan dimaju dengan penggunaan peralatan moden agar
lebih komersil dan berdaya saing.

[6 markah]

1103/2 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 10 1103/2

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Tujuan abang disoal selidik oleh pihak polis ialah untuk membantu siasatan kes
kemalangan maut kelmarin.

(ii) Emak menggunakan satu setengah kilogram gandum untuk menghasilkan ramuan
roti yang lembut.

(iii) Yang bertali leher biru itu pegawai dari manakah? tegur Azizah kepada rakan
perniagaannya.
[6 markah]

(e) Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi yang diberi.

(i) Hadiah kemenangan tempat pertama itu dibahagi secara adil kepada semua ahli
kumpulan.
(ii) Perpisahan kedua-dua ibu bapanya menyebabkan ibunya kecewa sehingga
membawa diri ke luar negara.
(iii) Segelintir peniaga sesuka hati menaikkan harga yang tinggi pada barangan jualan
mereka tanpa mengambil kira kesusahan masyarakat.

[6 markah]

1103/2 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 11 1103/2

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani Matdarin

(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v) Tirani karya Beb Sabariah

(vi) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd

(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Tajuk sesebuah novel mempunyai kaitan dengan cerita yang ingin disampaikan oleh
pengarang.

Nyatakan dua sebab tajuk sedemikian dipilih berdasarkan sebuah novel yang anda
pelajari.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu sikap positif
watak utama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah


SULIT

You might also like