Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Laporan Lawatan Ke Pulau Redang

Sebagai memenuhi subjek WAJ 3131 Persatuan, kami dari unit Pendidikan Jasmani
Institut Perguruan Raja Melewar dikehendaki mengikuti Program Rekreasi. Seramai 29
orang pelajar dan 2 orang pensyarah terlibat dalam Program Rekreasi ini yang
diadakan di Pasir Panjang, Pulau Redang Terengganu pada 5.4.2016 hingga 7.4.2016.
Berikut ialah laporan perjalanan aktiviti yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.
Laporan Program Rekreasi ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa Pra-
Pelaksanaan,fasa Semasa Pelaksanaan dan fasa Pasca Pelaksanaan

Sebelum hari pelaksanaan lawatan ke Pulau Redang ini berlangsung, pihak


pengurusan perlulah mempunyai perancangan dan tindakan awal bagi melicinkan dan
memastikan sesuatu program itu berjalan dengan lancar apabila lawatan dijalankan
kelak.

Pra-pelaksanaan merangkumi penyediaan kertas kerja di mana kertas kerja akan


disediakan oleh setiausaha program. Kertas kerja bagi lawatan ini perlulah merangkumi
tempat, masa dan pihak yang menganjurkan lawatan iaitu butiran lawatan. Selain itu,
kertas kerja perlulah disertakan tentang latar belakang lawatan yang akan dilakukan,
matlamat serta objektif lawatan. Kandungan kertas kerja juga perlulah mengandungi
anggaran perbelanjaan yang diperlukan dalam sesuatu lawatan.
Pada fasa pra-pelaksanaan ini juga, beberapa mesyuarat pelaksanaan antara Ahli
Jawatankuasa perlu dijalankan. Terdapat sekurang-kurangnya empat mesyuarat
sebelum masa pelaksanaan. Mesyuarat pertama di jalankan pada 11 Januari 2016.
Pada mesyuarat tersebut membincangkan mengenai bidang tugas ahli jawatankuasa.
Mesyuarat kedua di jalankan pada 29 Januari 2016. Bagi mesyuarat untuk kali kedua,
mesyuarat dilakukan untuk pemurniaan kertas kerja lawatan. Pengerusi perlu
memastikan semua ahli jawatankuasa mempunyai tugas dan bersedia untuk tindakan
susulan supaya perjalanan aktiviti berjalan lancar kelak. Mesyuarat akhir sebelum
tibanya hari pelaksanaan ialah mengenai pembentangan laporan oleh setiap ahli
jawatankuasa. Setiap Ahli Jawatankuasa perlu membentang dan melaporkan setiap
perkara atau aktiviti yang akan dijalankan pada hari lawatan.
Pra-pelaksanaan juga merangkumi persediaan sebelum tibanya hari Program
rekreasi dua atau sehari sebelum hari pelaksanaan program, semua peserta dan
setiap Ahli Jawatankuasa Program perlulah memastikan peralatan yang akan
digunakan mencukupi dan lengkap untuk digunakan pada hari program. Peralatan yang
akan digunakan akan dikumpulkan di satu tempat agar pengurusan untuk dibawa ke
tempat program berjalan dengan lancar.
Para guru pelatih bertolak pergi ke Pulau Redang dari IPG Kampus Raja Melewar
pada jam 6.00 petang hari isnin dengan menaiki bas institut. Perjalanan dari IPG
Kampus Raja Melewar ke Pulau memakan masa lebih kurang 8 jam. Setelah sampai di
Jeti Pulau Redang pada jam 10.00 pagi hari selasa petang, kami menaiki feri untuk ke
Pulau Rwdang pada jam 11.30 pagi. Perjalanan dengan feri ke Pulau Redang
mengambil masa lebih kurang 40 minit. Apabila tiba diJeti Redang, sekali lagi kami
memindahkan peralatan dan barang barang.
Semua peserta tiba di tapak Pulau Redang pada jam 11.30 pagi. Apabila tiba
ditapak Pulau Redang semua peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dan mereka
diarahkan pertama menguruskan diri masing-masing dan bersolat. Pada hari tersebut
kami dimulakan aktiviti pertama kami iaitu aktiviti snokeliling. Aktiviti snokeliling ini
dimulakan pada pukul 2.30 petang. Ajk Peralatan diarahkan mengambil barang aktiviti
snokeliling pada pukul 2.00 petang. Selepas para peserta selesai menjamah makanan
tengah hari, para peserta diberi taklimat ringkas mengenai aktiviti ini dan masing-
masing bersiap sedia memakai jaket keselamatan. tiub J dan face mask. Selepas
semua peserta telah bersiap sedia dengan peralatan masing-masing. para peserta
menaiki bot untuk bergerak untuk menjalankan aktiviti Snorkling di Merina Park. Para
peserta berenang ke dalam laut dan memasukkan muka masing-masing ke bawah
permukaan air laut untuk melihat hidupan akuatik yang terdapat di situ. Terdapat
banyak ikan lautan yang cantik dan berwarna-warni. Selepas menikmati keindahan
kehidupan marin, para guru pelatih menaiki bot sekali lagi untuk pulang ke tapak
Resort. Setelah tiba di tapak Resort, para peserta bergerak untuk mengemaskan diri
masing-masing dan membilas jaket keselamatan yang dipakai. Tepat pada pukul 7.30
malam guru pelatih dan pensyarah pengiring menikmati makan malam yang disediakan
oleh pihak pengurus Resort Pulau Redang. Selepas makan malam AJK Kerohanian
Moral menjalan aktiviti yang bertajuk First Day In Pulau Redang. Kepada peserta yang
bukan islam terlibat. Dalam aktiviti itu para peserta memberi pandangan tentang Pulau
Redang. Kemudian setiap peserta tampil kehadapan memberi pandangan mereka
tentang Pulau Redang tersebut.
Selepas selesai menunaikan solat Subuh, para peserta dikehendaki menukar
pakaian mereka kepada pakaian sukan untuk aktiviti senaman pagi. Aktiviti senaman
pagi ini diketuai oleh Saudari Kasthuri Kumari. Senaman pagi dimulakan dengan aktiviti
memanaskan badan dan regangan. Kemudian peserta berjoging di sepanjang
pesisiran pantai. Selepas aktiviti senaman pagi, para peserta bergerak untuk
bersarapan bersama-sama. Selepas itu para peserta mengemas diri masing-masing
dan bersiap sedia untuk melakukan aktiviti seterusnya. Aktiviti seterusnya dimulakan
pada pukul 9.00 pagi. Aktiviti kedua adalah Snorkling. Guru pelatih dan pensyarah
pengiring menaiki bot untuk menjalankan aktiviti Snorkling. Selepas semua peserta
telah bersiap sedia dengan peralatan masing-masing, para peserta berenang ke dalam
laut dan memasukkan muka masing-masing ke bawah permukaan air laut untuk melihat
hidupan akuatik yang terdapat di situ. Terdapat banyak ikan lautan yang cantik dan
berwarna-warni. Selepas menikmati keindahan kehidupan marin, guru pelatih menaiki
bot sekali lagi untuk pulang ke tapak Resort. Setelah tiba di tapak Resort para guru
pelatih bergerak untuk mengemaskan diri masing-masing.
Selepas para guru pelatih selesai menjamah makanan tengah hari, para guru
pelatih menaiki bot untuk menjalankan aktiviti Snorkling yang kali ketiga di Telur
Dalam. Selepas menikmati keindahan kehidupan marin, guru pelatih menaiki bot sekali
lagi untuk pulang ke tapak Resort. Setelah tiba di tapak Resort para guru pelatih
bergerak untuk mengemaskan diri masing-masing. Malam kebudayaan dijalankan lewat
daripada masa yang telah ditetapkan iaitu jam 8.00 malam kerana memberi laluan
kepada bacaan surah Yassin oleh para peserta. Acara malam kebudayaan
dipengerusikan oleh anak En. Rohaizad. Aktiviti kebudayaan yang bertajuk Hidden
Number iaitu Nombor Tersembunyi. Dua kumpulan yang terlibat dalam permainan ini
iaitu PJK SJKT dan SK. Kumpulan yang dimenangi dalam permainan ini adalah
kumpulan PJK SJKT.
Pada hari khamis 8 March 2016 selepas mengemaskan bilik acara penyampaian
cenderamata dan hadiah dijalankan. Semua peserta, pensyarah dan fasilitator
menerima cenderamata. Kemudian, setiap kumpulan diberikan hadiah sebagai tanda
penghargaan. Akhirnya, keputusan pemenang untuk semua pertandingan diumumkan
oleh pengerusi majlis dan pemenang utama diberikan hadiah iaitu Kumpulan Spirulina.
Selepas itu, para peserta bersarapan bersama-sama. Sebelum bergerak pulang, para
peserta berkumpul untuk acara penutup. Dalam acara ini, pensyarah memberi
kesimpulan terhadap semua aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini
berjalan dan memberi teguran dan pujian kepada para peserta terhadap semua perkara
yang telah berlaku sepanjang program dilaksanakan. Para guru pelatih bergerak
meninggalkan tapak Resort pada jam 9.30 pagi setelah semua perkara di tapak Resort
selesai.
Pasca Pelaksanaan ialah pelaksanaan selepas program dijalankan. Mesyuarat
penutup adalah termasuk dalam fasa pasca pelaksanaan. Setelah melalui program
yang dirancang sebelum ini, kita akan membuat kesimpulan keseluruhan aktiviti
ataupun refleksi. Setiap ahli jawatankuasa memberi laporan akhir keseluruhan tugasan
yang ditugaskan kepada mereka untuk pengetahuan semua peserta program. Terdapat
kelemahan dan kebaikan aktiviti telah dibincangkan dalam mesyuarat akhir ini. Setelah
semua ahli jawatankuasa terlibat membuat laporan dan dan komen, pengerusi program
telah membuat kesimpulan keseluruhan untuk Program Rekreasi ini.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh :

07 April 2016.
(RAMAH A/P SIMANJALAM )

AJK Peralatan,

Program Rekreasi Pulau Redang,


IPG Kampus Raja Melewar.

You might also like