Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

INTRO

Takrif Ajaran Sesat(http://www.islam.gov.my/e-rujukan/ajaransesat.html)

               Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang
Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam,
tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan
syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Bentuk-bentuk Ajaran Sesat

            Pada masa ini terdapat beberapa jenis ajaran sesat yang dapat dibahagikan kepada
tiga bentuk utama iaitu:

i. Bentuk Ajaran

  Ajaran ini biasanya lahir melalui ajaran-ajaran yang direka atau dicipta oleh seorang
guru atau penganjur ajaran sesat yang   
   menggunakan berbagai-bagai nama atau pengamalan tertentu.

ii. Bentuk Tarikat

Melalui bentuk tarikat ini biasanya mereka menggunakan nama-nama tarikat yang
masyhur di kalangan umat Islam kerana tarikat ini telah pun diamalkan oleh ulama-
ulama yang mana mereka ini mengamalkan amalan-amalan tarikat ini dengan
berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Dengan ini meraka menggunakan nama-
nama tarikat ini seperti Ahmadiah, Naqsyabandiah Sazaliah, Samaniah, Qadariah,
Muffaridiah dan berbagai-berbagai lagi. Kadang-kadang nama-nama tarikat ini
diciptakan mengikut ajaran tarikat ini.

            Walaupun terdapat nama-nama yang bersamaan antara tarikat-tarikat yang direka


dengan tarikat asal tetapi ternyata daripada ajaran-ajaran yang diamalkan oleh mereka dan
konsep yang terdapat dalam ajaran tarikat itu terdapat unsur-unsur ataupun bahan-bahan
yang boleh membawa penyelewengan akidah Islamiah dan boleh membawa pengikut-
pengikutnya terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

 
iii. Melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubungan dengan amalan
mistik dan kultus.

  Bentuk kepercayaan ini telah menjadi satu perkara lumrah dikalangan orang-orang
Melayu Islam di negara ini kerana ianya bersifat:

a.    Pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat.

b.    Pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali dan mempunyai kelebihan.

c.    Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan seni


mempertahankan diri dan sebagainya.

d.    Kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa


mendapat ilmu kedukunan daripada          
  mimpi-mimpi atau orang-orang halus (bunian ataupun sampingan) melalui amalan
cara menurun dan sebagainya.

Jika dilihat daripada bentuk-bentuk yang disebutkan di atas adalah menunjukkan


bahawa orang-orang Islam di negara ini masih mencampuradukkan di antara pola-pola
kepercayaan tradisi mereka dengan unsur-unsur agama Islam dan sekiranya pola-pola yang
sedemikian tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan umat Islam pada hari ini, maka
krisis akidah umat Islam makin meruncingkan.

Pengaruh Cult (ajaran sesat) Di Kalangan Remaja


Khairul Azhar Bin Idris
Fellow
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=696&cmd=resetall
14/03/2002

Pada umumnya, cult atau pun ajaran sesat adalah satu perilaku atau fahaman yang sering
dikaitkan dengan kesesatan kerana ajarannya yang mempunyai unsur-unsur ketahyulan,
khurafat dan pemujaan syaitan. Cult atau ajaran sesat sebenarnya didokongi oleh satu
golongan atau kumpulan manusia yang menjadikan pemujaan atau penyembahan iblis dan
syaitan sebagai matlamat utama ajaran. Di samping itu, mereka juga berpegang kepada
kepercayaan dan fahaman-fahaman yang berunsur tahyul dan khurafat atau magik serta
sihir yang ada kaitannya dengan kedudukan, keagongan atau kemuliaan seseorang. Juga
terdapat penyalahgunaan dadah dan seks bebas, didorong oleh fahaman keagamaan dan
politik songsang serta lain-lain.

Memang terdapat individu yang memuja manusia atau kumpulan tertentu kerana minat
atau perasaan kasih dan sayang yang melampau. Dan Islam telah pun meletakkan garis
panduan yang jelas dalam hal ini agar ia tidak melampaui batas. Dalam Islam, pemujaan
terhadap mana-mana objek atau makhluk selain dari Allah adalah satu kesesatan yang
sudah tentu membawa kepada syirik. Apatah lagi yang menjadi objek pemujaan itu adalah
syaitan yang sudah jelas kedudukannya sebagai musuh umat manusia yang utama.
Menurut ajaran Islam, segala kepercayaan yang tidak mengagungkan KeEsaan Allah adalah
ajaran sesat. Pemujaan yang mutlak hanyalah kepada Allah, bukan kepada yang lain
dariNya. Bersesuaian dengan firman Allah dalam surah az Zaariyaat, ayat 56 bermaksud:
"Aku ciptakan Jin dan Manusia supaya mereka mengabdi dan memuja Ku" 
Mengapa fahaman dan ajaran cult ini menjadi sesat ? Terdapat beberapa ciri yang
menjadikan ajaran tersebut sebagai sesat. Perkara pokok adalah seperti berikut: 
1. Memuja selain Allah yang membawa kepada syirik 
2. Memuja iblis dan syaitan 
3. Bercanggah dengan al Quran, al Sunnah, al Ijmak dan al Qiyas 
4. Bercanggah dengan iktikad dan kepercayaan Ahli Sunnah wal Jamaah

Ciri-ciri utama ajaran sesat atau berunsur cult: 


1. Bergiat secara berkumpulan yang diketuai oleh seseorang yang mempunyai ciri-ciri
tersendiri seperti petah berpidato, seseorang yang dianggap agong dan mulia serta kaya,
atau dianggap sebagai keramat, pandai mempengaruhi dan lain-lain 
2. Bergiat secara underground 
3. Mempunyai fahaman songsang dari kebiasaan seperti anti ketuhanan, hedonisme,
memuja syaitan dan iblis, upacara meminum darah, perhubungan seks secara batiniah dan
membunuh diri secara beramai-ramai 
4. Mempunyai identiti kumpulan yang tersendiri seperti pakaian hitam, simbol-simbol
bintang bucu lima, salib terbalik, muzik ekstrim, tingkahlaku liar dan ganas dan lain-lain 
5. Terlalu fanatik kepada kepercayaan dan fahaman dalam kumpulan mereka

Kalau dahulu, pengaruh cult ini cukup meluas di kalangan golongan dewasa, tetapi kini ia
telah merebak di kalangan anak-anak remaja. Jika dulu ajaran sesat ini didorong oleh
fahaman agama yang songsang, tetapi kini pengaruh muzik juga boleh menjadikan
seseorang itu sesat. Cuba imbau kembali gejala buruk black metal di kalangan remaja
negara ini baru-baru ini. Mengapa perkara ini terjadi? Adakah ibubapa gagal mendidik anak-
anak mereka sebaiknya? Adakah guru-guru tidak memberikan ajaran agama secukupnya
kepada murid mereka di samping menunjukkan kepincangan institusi ulamak? Ataukah
kerajaan terlalu mengutamakan kemajuan dan kesan negatifnya menimpa golongan
remaja?

Sememangnya amat di luar daripada dugaan masyarakat negara kita bahawa muzik boleh
menjadi satu kumpulan cult atau kumpulan ajaran sesat. Memang kuat juga pengaruh
muzik ini terutamanya di kalangan kanak-kanak dan remaja. Pengalaman negara ini sudah
sebati dengan ajaran sesat yang didorong oleh fahaman keagamaan yang songsang, yang
mempunyai kumpulan dan ahli-ahli yang tersendiri. Kebiasaannya terdiri daripada golongan
dewasa yang mudah terpengaruh. Tambahan pula, golongan ini adalah majoriti mereka
yang telah mula kembali kepada agama atau mula berjinak-jinak dengan agama. Beberapa
contoh ajaran sesat yang pernah menggemparkan negara ini sedikit masa dulu seperti
ajaran Aurad Muhammadiah oleh Al Arqam, ajaran Tarikat Naqsabandiyah Kadir un Yahya,
ajaran Tok Ayah dan banyak lagi. Tiada ahli remaja terlibat kerana pada peringkat ini
mereka lebih cenderung kepada aktiviti selain dari aktiviti keagamaan, terutamanya muzik
dan hiburan. Akibatnya, pengaruh muzik dan hiburan yang kuat dalam kehidupan mereka
menjadikan mereka terlalu fanatik dengan muzik yang mereka minati itu.

Pengaruh cult dan ajaran sesat di kalangan remaja yang berpunca akibat dari rasa fanatik
dan taksub terhadap muzik tertentu mula menggemparkan negara ini apabila pengaruh
buruk muzik black metal mula diketengahkan oleh Menteri Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman. Selepas kenyataan oleh
menteri berkenaan, ia telah menjadi satu isu yang amat hangat, kerana tindakannya telah
memberikan sedikit keberanian dan keyakinan diri kepada masyarakat umum untuk
menyingkapnya yang sebelum ini amat was-was untuk membicarakannya secara terbuka.

Bagaimana pengaruh cult boleh meresap ke dalam diri remaja? Pada dasarnya, ia berpunca
dari pengaruh muzik black metal. Walaupun ia sejenis aliran muzik dari genre metal, tetapi
ia bukan semata-mata muzik. Ia adalah aliran muzik liar dan songsang yang bersifat
underground dan banyak menampilkan aliran muzik berbentuk hard rock dan heavy metal.
Terdapat unsur pemujaan syaitan dalam aliran muzik ini dan ia mula dikesan pada tahun
1970an apabila artis rock dari Amerika Jimmy Hendrik mula menonjolkannya. Bermula dari
situ, jumlah peminatnya semakin ramai sehingga terbentuklah kumpulannya yang
tersendiri. Penampilan mereka di atas pentas dengan wajah syaitan yang dipuja akhirnya
menjadi ikutan sebagai satu trend masyarakat terutamanya remaja. Kesannya bukan
sahaja dari segi penampilan wajah, tetapi juga pakaian sehinggalah kepada fahaman dan
kepercayaan. Selain black metal, terdapat juga muzik metal lain seperti Pink Metal, Skin
Head, Hip Hop, Trash Metal dan Hard Metal. Kesemua aliran muzik ini mempunyai
peminatnya yang tersendiri. Biasanya terdiri daripada kanak-kanak dan remaja yang amat
meminati aliran muzik ekstreme.

Mengimbau kewujudan dan penerimaan remaja negara ini terhadap muzik aliran ini, ia
bermula seawal tahun 1980-an. Kehadirannya di negara ini dari negara asalnya seperti
Sweden, Norway dan Finland pada masa itu mendapat pelbagai reaksi masyarakat. Antara
rasa bimbang dan cemas, suka dan benci, namun ia mendapat perhatian yang
memberangsangkan dari golongan muda-mudi. Pada mulanya ia hanyalah satu hiburan dari
aliran muzik kontemporari, tetapi kini ia mengejutkan negara sebagai satu kumpulan ajaran
sesat dengan pengikut dan cirinya tersendiri. Jika ditinju dari sudut penampilan kumpulan
muzik black metal ini, banyak yang buruk dari baiknya. Pakaian serabai dan wajah syaitan
menjadi imej digemari. Setiap album dan lirik lagu menyimpang dari syariat Islam. Ia
mengandungi unsur anti ketuhanan dan pemujaan syaitan serta khurafat. Tidak hairanlah
pada peringkat awal lagi, masyarakat amat tidak senang dengan kehadiran aliran muzik ini
di negara ini.

Walaubagaimanapun, kebimbangan yang ada tidak mampu menyekat pengaruhnya. Ini


kerana ia bukanlah satu isu jenayah sehingga sampai mengancam kestabilan atau
keselamatan negara. Akibatnya, tiada sebarang pemantauan oleh pihak berkuasa kerana
bab ini bukan kerja mereka. Dalam satu perjumpaan mufti-mufti di Pulau Pinang tidak
berapa lama dulu, ada disarankan agar kerajaan mengharamkan kemasukan muzik aliran
ini ke negara ini. Tindakan ini kelihatannya amat berisiko. Ia mungkin akan mengundang
kekecewaan golongan pencinta seni yang berjuang atas dasar seni untuk seni. Tetapi
sekiranya semua pihak berfikir secara logik, semua tindakan mereka akan lebih rasional
lagi. 

Ciri-ciri ahli kumpulan black metal: 


1. Berpakaian serba hitam, berlambang salib terbalik dan objek pentagram 
2. Meminati muzik ekstrim dan metal berunsur pemujaan syaitan dan iblis, melibatkan
dadah dan arak, anti agama dan memijak al Quran 
3. Ada upacara 'Gig', pemujaan dan meminum darah binatang 
4. Menggalakkan perhubungan seks bebas sesama ahli 
5. Sering menghitamkan wajah ketika menghadiri upacara pemujaan 
6. Berusaha mencari ahli baru dengan mendapat wang sebagai komisen

Pengaruh cult dan ajaran sesat di kalangan remaja negara ini merupakan satu isu serius
dan mesti dibanteras segera. Semua pihak seperti ibubapa, guru, pemimpin agama dan
masyarakat perlu berganding bahu bagi membanterasnya. Ibubapa perlu sering memantau
perilaku anak-anak mereka. Jangan abaikan perhatian yang sepatutnya anak-anak ini
terima. Pihak kerajaan pula harus lebih memahami aliran muzik yang membina roh dan
minda serta daya intelek remaja dan muda-mudi, bukan semata-mata rambang mata
kepada keuntungan berlipat ganda tetapi sebenarnya merosakkan. Penguatkuasaan perlu
sering dipertingkatkan lagi. Jika perlu, haramkan kemasukan aliran muzik yang akan
mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat. Sememangnya setiap ahli masyarakat
negara ini sentiasa prihatin dan akan bekerjasama dengan kuasa yang ada pada pihak
berkuasa demi kebaikan bersama.

Kemaskini 05/11/2007 16:24:21


 

Black metal (http://groups.yahoo.com/group/BandarUtopia/message/186)

Subject:  Aliran muzik songsang...


 
Oleh:AZMAN ANUAR (Wartawan Utusan)
 
LAPORAN mengenai pengikut muzik Black Metal yang dikesan menjalankan 
aktiviti memuja syaitan, anti-Tuhan dan cuba memesongkan akidah 
remaja Melayu di beberapa negeri setakat ini cukup membimbangkan.
 
Pengikut kumpulan ajaran songsang itu bukan sahaja terdiri daripada 
kalangan remaja lepasan sekolah, tetapi juga sudah merebak di 
kalangan pelajar sekolah menengah dan murid sekolah rendah.
 
Daya tarikan kepada kumpulan-kumpulan muzik berunsur bawah tanah 
(underground) seperti Black Metal ialah kebebasan seks rambang, dadah 
serta minum arak.
 
Kumpulan itu dikatakan bergerak di pusat beli-belah di mana mereka 
boleh mengadakan persembahan secara tertutup.
 
Pergerakan ini beroperasi secara senyap tanpa publisiti pun. Walaupun 
senyap tetapi pengaruhnya cukup hebat dan berkesan. Meskipun bilangan 
pengikutnya kecil tetapi penyebarannya kian meluas.
 
Mereka yang terjebak lazimnya kerana minat melulu terhadap konsep 
muzik. Apa yang kurang disedari oleh remaja yang meminati muzik bawah 
tanah ini ialah sesetengah muzik dari Barat tidak datang kosong. 
Bersamanya ialah barangan dan unsur-unsur yang meliputi `fahaman' 
ajaran kumpulan muzik tersebut.
 
Lirik lagu Black Metal yang hangat diperkatakan sekarang berkisar 
tentang antiketuhanan, seks bebas, pemujaan syaitan, menggalakkan 
bunuh diri dan berfahaman bebas.
 
Banyak pihak sebelum ini tidak ambil peduli terhadap pengaruh muzik 
bawah tanah. Kita gemar hanya melihat sahaja sesuatu perkara terlebih 
dahulu - berapa banyak kesan negatif yang dibawanya. Jika ia tidak 
menjerat golongan remaja yang sedang ghairah mengikuti konsep sesuatu 
muzik, maka kita biarkan mereka bebas menghayatinya. Kita jarang 
bertindak segera. Tetapi kini kesan gejala yang amat songsang yang 
membabitkan soal dosa besar, syirik, murtad, malah yang tidak pernah 
terfikir oleh kita telah pun merebak dalam masyarakat negara ini.

Pentagram iaitu lambang bintang lima bucu menjadi simbol pengikut 


kumpulan muzik bawah tanah sudah dipamerkan di khalayak umum secara 
terbuka. Tidak siapa yang menegur pakaian dan perhiasan golongan ini.
 
Di dalamnya tersembunyi gambar kepala kambing yang menjadi sembahan 
mereka.
 
Amat menakutkan apabila sudah ada pengikut yang sanggup minum darah 
kambing dan memijak kitab suci al-Quran sebagai tanda setia kepada 
kumpulan.
 
Logo yang menunjukkan pelbagai aksi syaitan dan tengkorak juga sudah 
menjadi barang perhiasan yang dipakai oleh pengikut Black Metal. 
Pengikut akan dianggap hebat jika mempamerkan unsur-unsur ini.
 
Segelintir remaja kita kini sanggup mengikut apa sahaja aliran 
songsang ini tanpa sedar perbuatan itu telah menggugat akidah mereka.

Sebenarnya, inilah matlamat tersembunyi aliran ini yang ingin menarik 


seberapa ramai remaja ke arah kehancuran dengan mempengaruhi mereka 
melalui muzik.
 
Unsur-unsur muzik aliran ini lebih cenderung kepada identiti 
keganasan, brutal dan sadis.
 
Pengaruh Black Metal ini cuba menggugat pegangan agama remaja kita. 
Konsep lambang-lambang pada aksesori atau pakaian yang dipakai 
mengelirukan. Islam melarang umatnya mengagungkan lambang sebegini, 
sebaliknya ia menjadi mainan di kalangan pengikut kumpulan ini.

Sekali lagi yang menjadi persoalan, kenapa golongan pelajar dan 


remaja Melayu yang ramai terikut dengan aliran songsang ini?
 
Laporan eksklusif tentang pengaruh muzik bawah tanah ini pernah 
ditulis oleh bekas wartawan Mastika, Hizairi Othman (yang 
kehilangannya masih menjadi misteri sehingga kini) bertajuk 
Underground: Bila Muzik Disesatkan (Mastika Januari 1995).
 
Dalam laporan siasatan Hizairi itu, beliau telah menemui seorang guru 
disiplin dari Johor tentang seorang muridnya yang berutus surat 
dengan rakannya dari kumpulan muzik bawah tanah lain yang 
berpangkalan di Perak. Isi dan ilustrasi di dalam surat muridnya itu 
mengejutkan.
 
Pada 11 Disember 1994, satu konsert underground diadakan di Life 
Centre, Kuala Lumpur. Motifnya untuk mengingati pengasas dan penyanyi 
kumpulan Nirvana, Kurt Cobain (1967-1994) yang mati pada 8 April 
1994. Hizairi menyaksikan ribuan peminat muzik alternatif itu 
berpesta dengan telatah yang merisaukan.
 
Selepas empat jam dikepung kelap-kelip sistem pencahayaan, kepulan 
asap rokok, dentuman muzik yang membingitkan dan pelbagai laku 
pengikut muzik itu, Hizairi mempersoalkan, bolehkah peminat 
underground - yang bukan semuanya gagal persekolahan, ada yang 
berpelajaran, berbahasa Inggeris dengan baik dan yang berani untuk 
kelihatan berbeza itu - mampu untuk menahan diri, berhibur sekejap 
tetapi kemudian ingat tanggungjawab masing-masing?
 
Seruan akhir rencana Hizairi terbitan Mastika Februari 1995 itu 
ialah, pihak terbabit bijak-bijaklah merasa denyut terkini. Setelah 
enam tahun berlalu, rupa-rupanya gerakan pengikut muzik bawah tanah 
ini semakin berkembang dan membimbangkan.
 
Sesetengah pengikut muzik bawah tanah ini berfahaman mudah, mereka 
hanya minat dan tidak kacau orang lain. Fahaman begini yang kita 
bimbangkan.

Lagu-lagu bawah tanah biasanya pelik. Kadangkala hanya berbunyi garau 


dan tidak jelas, bahkan ada yang tidak merdu langsung mengikut 
definisi muzik. Lirik lagu pula kebanyakannya liar dan lucah. Sebab 
itu ada mengatakan inilah `bunyi syaitan' tetapi ia indah kepada 
pengikutnya. Inilah dikatakan alternatif, lain dari yang lain. Mereka 
mahu bebas dan benci peraturan.

Tempat mereka beroperasi biasanya tersorok atau di bawah bangunan. 


Ada juga individu yang komited sanggup membuka studio sendiri bagi 
memperjuangkan muzik ini. Pengikutnya menyedari bukan mudah 
mendapatkan permit pertunjukan daripada pihak berkuasa. Oleh itu 
mereka bergerak dan berhibur secara kecil-kecilan.
 
Black Metal masih merupakan muzik pinggiran dan belum tersebar luas. 
Sejak tahun 1980-an lagi kumpulan pengikut muzik ini telah berkembang 
tanpa disedari. Perkembangannya meliputi Perak, Pulau Pinang, Kedah, 
Selangor termasuk Sabah dan Sarawak.
 
Kebanyakan pengikutnya adalah remaja Melayu belasan tahun dan awal 
dua puluhan sama ada masih menuntut di sekolah atau institusi 
pengajian tinggi, bekerja atau menganggur. Mereka saling bantu 
membantu menyebar maklumat tentang kumpulan muzik masing-masing.
 
Melalui teknologi maklumat dan Internet sekarang, mereka mudah 
berhubung dengan kumpulan underground di seluruh dunia terutamanya 
Norway. Ini kerana pengasas muzik ini Euronymous berasal dari Norway 
yang antiketuhanan, anti-Kristian dan melakukan pemujaan syaitan. 
Selain itu mereka juga berhubung dengan kumpulan dari Britain, 
Colombia, Poland, Amerika Syarikat, Perancis, Kanada, Sweden, Brazil, 
Itali, Finland dan Jepun.
 
Semua pihak sudah celik tentang gejala baru yang melanda segelintir 
remaja Melayu. Sekali lagi peranan ibu bapa diperlukan bagi mendidik 
anak-anak mereka daripada pengaruh songsang ini.
 
Para ibu bapa perlu memastikan kawan, pakaian, bahan bacaan, filem 
yang ditonton, lagu dan muzik yang didengar oleh anak-anak mereka.
 
Para pelajar pula seharusnya sedar terhadap unsur-unsur pengaruh 
tidak bermoral dan perbuatan di luar batas agama yang boleh mengheret 
mereka ke lembah kesesatan.
 
Banyak lagu dan filem berunsurkan pemujaan syaitan, anti-Islam, 
ganas, antisosial yang hanya memudahkan lagi gerakan kumpulan Black 
Metal untuk menarik remaja kita. Oleh itu pihak berkuasa yang 
mempunyai autoriti perlu bertindak menapis lagu dan filem sedemikian 
daripada berada di kaca TV, radio mahupun di pasaran terbuka.
 
Untuk mengenal pasti unsur-unsur songsang ini tidak sukar, banyak 
barangan yang mengagungkan lambang dan muzik aliran ini terdapat di 
kedai-kedai tertentu. Oleh itu suatu tindakan segera perlu 
dijalankan.
 
Kita tidak wajar hanya berasa terkejut dengan pendedahan media 
tentang gejala baru ini tanpa suatu usaha yang berkesan dijalankan 
bagi menyekat gejala ini daripada berterusan.
 
Kebanyakan pengikut aliran muzik bawah tanah seperti Thrash, Punk, 
Skin Head, Hard, Death dan Industrial melenting apabila mereka 
dituduh memuja syaitan dan anti-Tuhan.
 
Mereka tidak mahu dikaitkan dengan unsur negatif itu tetapi perhiasan 
dan lambang yang dibawa oleh mereka terkeluar daripada ajaran agama 
dan adat timur kita.
 
Aliran muzik Black Metal yang mengubah irama dan rentak di samping 
memberi kelainan dalam lirik lagu yang mereka cipta, sebenarnya 
menggambarkan segelintir remaja sudah bosan dengan muzik yang sedia 
ada.
 
Mereka memuja muzik kontemporari yang bertopengkan tiket alternatif. 
Bersama lagu-lagu ini disarankan fahaman memuja simbol salib 
terbalik, bintang lima bucu, janin bayi, tengkorak dan puaka. Mereka 
sukakan keganasan, bencikan kasih sayang.
 
Jika kita ragu-ragu, bersiaplah untuk menghadapi satu lagi masalah 
sosial zaman baru.
 
www.tutor.com.my
 

4) Amalan Tradisi dari Barat ( http://asrul2adam.wordpress.com/2009/11/17/ancaman-barat-


terhadap-sosial-remaja-islam/)
Pada masa kini, segala bentuk keruntuhan akhlak dan moral yang terdapat di negara Barat telah wujud di
keseluruhan negara Asia, termasuk Malaysia. Beberapa tradisi yang bercorak hawa nafsu di negara Barat telah
menjadi amalan biasa di kalangan sebahagian masyarakat di negara ini, terutamanya para remaja Islam. Malah
beberapa amalan tradisi tersebut diamalkan oleh masyarakat Asia lebih kotor jika dibandingkan dengan
masyarakat Barat. Contohnya, corak sambutan ‘Valentine Day’, dimana sambutannya disertai tradisi memakan
kemaluan anjing, rusa, anjing laut dan ekor buaya dengan tujuan untuk meransangkan hawa nafsu. Kejadian ini
dilakukan oleh muda-mudi Singapura pada tahun 1997.*4(New Straits Times, February 14,1997,m.s 1)
Valentine adalah nama beberapa orang wali Christians(Saints). Hari Valentine ialah 14 Februari, yang mana
hari tersebut dikaitkan dengan cerita burung memilih pasangan hidup. Bersempena dengan hari tersebut,
seseorang dipilih dengan bebas dan hubungan di antara yang dipilih dan yang memilih itu biasanya tidak
berpanjangan dan kukuh. Pada hari tersebut, hadiah-hadiah disampaikan kepada kekasih.*5(Chambers English Dictionary, m.s
1629)

Biasanya, muda-mudi Barat sering mengirim kad, coklat dan bunga ros/mawar kepada kekasih sempena hari
tersebut. Apabila muda-mudi di negara ini, terutamanya remaja Islam mengamalkan tradisi menyambut Hari
Valentine, maka jelaslah kepada kita bahawa mereka terlalu kabur dengan erti cinta dan kasih sayang. *6(Dr. Saodah
Abd. Rahman, ‘Punca Keruntuhan Moral Muda-mudi’,DAKWAH APRIL 1997) 
Menurut takrifan dari perspektif ajaran Islam, CINTA hanyalah
untuk Allah S.W.T. dan BERCINTA juga hendaklah kerana Allah S.W.T. Bukannya bercinta mengikut
telunjuk hawa nafsu dan bisikan Syaitan dan Iblis laknatullah.
5) Pengaruh Media dan Teknologi Maklumat
Pengaruh media memang tidak dapat dinafikan sama sekali apabila bercakap mengenai keberkesanan pengaruh
Barat ke atas belia remaja. Di Amerika Syarikat, televisyen adalah punca nombor satu segala masalah sosial
yang dihadapi hari ini. Di negara kita, selain daripada dadah yang menjadi musuh nombor satu negara,
pengaruh media juga boleh dikatakan setara. Keadaan semakin serius apabila pengamal-pengamal media tidak
dapat menapis dan mamahami isi kandungan media yang ingin dipaparkan kepada penonton mengikut selera
tempatan. Mereka agak ‘kurang bijak’ untuk memberikan input-input setempat terhadap setiap program yang
dicedok dari Barat. Sedangkan semua orang sedia maklum bahawa pengaruh media sama ada media cetak atau
elektronik amat besar dalam mengancam kehidupan masyarakat Timur. *7(Ustaz Mohd Ridhuan Tee Abdullah, ‘Gambaran Pengaruh
Budaya Barat Dalam Kehidupan Belia-Remaja’,Seminar Islam Hadhari; Kefahaman Mengenai Kehidupan Berkualiti Khusus Bagi Belia Dan Remaja,16-17 Julai 2005/9-10 Jamadilakhir 1426

H)

Menurut Ungku Abdul Aziz, pengaruh Barat boleh dilihat bilamana remaja pada umumnya tidak dapat
mengenal jati dirinya sendiri. Mereka disimbah dengan pelbagai jenis identiti gantian terutamanya media.
Media membentuk identiti dan jati diri mereka kerana medialah yang mewujudkan, membentuk dan membina
celebriti. *8(Utusan Online)
Dalam laporan Berita Harian mengatakan, sesungguhnya persaingan merebut penonton dan iklan antara
stesen TV swasta sekarang ini sudah tidak sihat. Sama ada mereka melanggar garis panduan atau tidak, boleh
diperdebatkan. Yang jelas, semakin banyak program yang tidak bersopan, ganas dan lucah, termasuk program
kanak-kanak dan kartun yang ganas. Ada yang menari, menyanyi dan berpakaian macam orang tidak siuman.
Ada pula ‘judi IT’. Dalam akhbar yang sama bertajuk Akademi Fantasia sentuh Minda Melayu, persoalan
ditimbulkan, apakah AF menyuburkan budaya Hedonisme dalam minda orang melayu.? *9(Berita Minggu,Ahad 4 Julai 2004 )
Media cetak juga tidak kurang hebatnya dalam menyuburkan budaya Barat ini. Cuba kita tinjau kedai-
kedai buku dan surat khabar. Nyata sekali sambutan terhadap majalah-majalah hiburan terutama melibatkan
artis-artis amat memberansangkan. Kandungan majalah yang lebih banyak mendedahkan kehidupan artis
menutupi majalah yang lebih bercorak santai dan akademik. Begitu juga dengan iklan-iklan yang dipaparkan,
lebih kepada ekploitasi terhadap kaum wanita yang sering dikaitkan dengan pengaruh Barat.
6) Leburnya Jati Diri
Menurut Campbell dalam majalah The Guardian bertarikh 23 novemver 2001, memetik perancangan Bush ke
atas negara-negara Islam dalam usaha pembaratan
“ An arabic-language satellite television station financed by the Us and aimed at winnning heart and minds in
the Muslim world could shortly become a reality. President George Bush has been told of initiative 911, which
put half a billion dollars into channel that could compete in the region with Al-Jazeera and would be aimed
specifically at younger Muslims who are seen as anti-American. … It represents a new phase of the
propaganda war and would be third prong for the US in the media battle along with a beefed-up Voice of
America and new radio Free Afghanistan. …. The network would be “a 24 hours, seven-day a week analogue”
on the basic that the “the war of words is as important as the war of bullets”. It would broadcast in 26
languages and would be aimed at around 40 Muslim countries around the world.10 “
Inilah perangkap barat yang telah dipasang dan berjaya menemui mangsa-mangsanya di kalangan belia remaja
dari semasa ke semasa.
i. Muzik, Rock, Pop, Rap, R&B, dan Hip Hop
Melodi dan muzik berlatarbelakang kaum di negara kita amat unik dan boleh diketengahkan ke
peringkat antarabangsa. Malangnya, perkara ini tidak banyak ditonjolkan. Melodi dan muzik Barat
lebih berpengaruh dan mendapat tempat. Ironisnya, pengaruh ini begitu mudah diterima. Pertama,
kerana hip hop berasal dan berjaya di Amerika Syarikat. Kedua, kerana kita melihat apa yang
diterima oleh masyarakat Amerika juga harus diterima oleh masyarakat kita. Budaya hip hop telah
meresap ke dalam masyarakat kita tanpa disedari. Hal ini demikian kerana kita telah dididik oleh
media utama Amerika, iaitu filem-filem Hollywood. Boleh dikatakan hampir setiap filem-filem
Hollywood, mengandungi sikap yang menonjolkan fesyen hip hop dan filem tersebut menggunakan
muzik hip hop sebagai muzik latar (backgound music).

ii. Punk, Skin Head dan Black Metal


Ketiga-tiga pengaruh ini adalah ajaran sesat dan bukanlah sesuatu yang asing kepada belia
remaja hari ini. Budaya ini mula mendapat perhatian dan diamalkan secara membuta tuli. Malah,
pengaruh ‘Skin Head makan sampah’ oleh remaja Islam pernah dipaparkan dalam akhbar negara
kita satu ketika dulu menggemparkan masyarakat kita. Amalan budaya negatif ini telah mula
mendapat perhatian golongan belia remaja walaupun ternyata ia langsung tidak membawa sebarang
manfaat kepada pengamal-pengamalnya. Tetapi disebabkan orang Barat mengamalkan, maka ia
dianggap sebagai suatu yang ‘glamour’ apabila melakukannya. Begitu juga dengan pengaruh Black
Metal yang menampilkan muzik hitam dan lagu-lagu ‘underground’ amat membahayakan belia
remaja dari sudut akhlak dan akidah kerana melibatkan pemujaan syaitan.
iii. Fesyen Pakaian
Apabila kita ke bandar terutama sekali pada hujung minggu, kita seringkali melihat remaja-remaja Islam
memakai pelbagai fesyen atau ‘trend’ yang dicelup dari barat. Malah, apa yang yang lebih mengecewakan
lagi, remaja perempuan Islam tanpa segan silunya memakai pakaian yang tidak menutup aurat sehingga
menampakkan pusat dan susuk tubuh badan yang lain. Adakah ini yang dinamakan trend semasa? Sehingga
sanggup mencemarkan imej agama Islam yang suci ini.
Perkara mengagungkan budaya fesyen dari barat amat mengecewakan, sedangkan nilai budaya
Islam dan adat ketimuran kita penuh dengan nilai-nilai murni dan adab kesopanan yang patut dicontohi
oleh remaja Islam di Malaysia. Dunia mengetahui bahawa kita terkenal dengan masyarat timur yang
lemah lembut dan beradab sopan. Setiap masyarakat mempunyai jati diri tersendiri termasuk fesyen
berpakaian. Tidak salah mengambil fesyen orang lain untuk dijadikan amalan tetapi pastikan ia sesuai
dengan norma-norma agama dan budaya setempat.

You might also like