Peranan Akhbar Dan Majalah Yang Terlibat Di Dalam Memperjuangkan Idea2 Semangat Kebangsaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PERANAN AKHBAR DAN MAJALAH YANG TERLIBAT DI DALAM

MEMPERJUANGKAN IDEA2 SEMANGAT KEBANGSAAN

PENGENALAN

Alhamdulilah kami telah menjalankan tugasan yang bertajuk peranan akhbar dan majalah yang
terlibat dalam memperjuangkan idea-idea semangat kebangsaan. Tujuan kami membuat tugasan
ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai zaman perjuangan dulu untuk
mendapatkan kemerdekaan. Selain itu, kami juga ingin mengetahui apa yang dilakukan oleh
pihak akhbar dan majalah dalam memberikan sokongan kepada rakyat-rakyat terdahulu.

ISI

1. TOKOH-TOKOH AKHBAR DAN MAJALAH YANG TERLIBAT DALAM


MEMPERJUANGKAN SEMANGAT KEBANGSAAN.

Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba)

Zainal Abidin Ahmad dilahirkan pada 16 September 1895. Beliau dikenali sebagai Zaaba .
Beliau merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu . Berdasarkan pencapaiannya dalam
bidang kesusasteraan . Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan
selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan . Aktiviti beliau
juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan,
Maktab Perguruan Sultan Idris. Zaaba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu
di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan
orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada
1915.

Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah


seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah
menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu
Mengarang.

Zainon dilahirkan di Nyalas, Melaka. Zainon merupakan anak ke-6 dari lapan adik beradik.
Ayahnya, Munshi Sulaiman berasal dari Tanjung Pinang, Riau. Zainon bertuah kerana
Munshi Sulaiman mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pendidikan di kalangan
anak-anaknya, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Malah, ayahnya melanggar tradisi
masyarakat Melayu ketika itu yang melarang anak perempuan dari belajar, selain daripada
belajar mengaji Al-Quran. Munshi Sulaiman merupakan seorang guru agama Islam dan
Bahasa Melayu. Guru bahasa pada masa itu digelar 'munshi'. Daripada beliaulah, Zainon
mendapat pendidikan tidak formal. Di antara tahun 1929-1941, Ibu Zain menghasilkan
majalah untuk wanita, bergelar "Bulan Melayu". Dengan daya juang yang tinggi, beliau
merupakan salah seorang perintis UMNO dan Ketua Kaum Ibu, UMNO.

2. ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN DARIPADA MAJALAH DAN AKHBAR

Isu yang dibangkitkan akhbar

Akhbar Aspek Isu

Memajukan pendidikan tinggi


orang Melayu.
Warta Malaya
Lembaga Malaya Menggalakkan pendidikan
untuk anak perempuan.
Majlis
Menyeru orang Melayu supaya
Utusan
meninggalkan sikap negatif.
Melayu
Menggalakkan tabungan
Warta Negara Sosial/ dikalangan orang Melayu untuk
pendidikan anak-anak.
Pendidikan
Mementingkan kemahiran
Fajar Sarawak
tradisional orang Melayu.

Mementingkan pendidikan
bahasa Inggeris untuk kemajuan
orang Melayu.

Meminta taraf sekolah Melayu


dibaiki dengan memberikannya
nilai ekonomi.

Memartabatkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi
dalam pertadbiran British.

Menyeru orang Melayu supaya


tidak meninggalkan pendidikan
Islam.

Mengekalkan nilai-nilai baik


masyarakat Melayu.

Ekonomi Menggalakkan syarikat


bekerjasama.

Meminta British
mengurangkan kemasukan orang
dagang kerana hal ini
mengancam ekonomi tempatan.

Menggalakkan perniagaan di
kalangan orang Melayu.

Melarang orang Melayu


daripada menjual tanah mereka.

Menyeru orang Melayu supaya


berjimat cermat.

Meminta British mengadakan


kampung khas Melayu di Kuala
Lumpur.

Politik Mengkritik British kerana


mengurangkan kuasa Raja-raja
Melayu.

Mengkritik para pembesar dan


Raja-raja Melayu kerana tidak
melaksanakan kepemimpinan
yang sewajarnya untuk rakyat.

Menolak dasar pilih kasih


British dalam pentadbiran
kerajaan

Menuntut diadakan Malay


Administrative Service (M.A.S)
untuk melindungi orang Melayu
dalam perkhidmatan kerajaan.

Menyeru orang Melayu di


seluruh Tanah Melayu supaya
bersatu dalam sebuah pertubuhan
kebangsaan.

Menentang tuntutan orang


dagang terhadap politik
tempatan.

Isu yang dibangkitkan majalah

Majalah Isu

Pendidikan anak-anak Melayu.

Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu.

Meniupkan semangat cinta akan Negara dan menentang


penjajahan.

Membaiki taraf hidup orang Melayu.


Majalah Guru
Memajukan bahasa dan sastera Melayu.

Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai


pemimpin bahasa.

Membincangkan asal pentafsiran Islam yang progresif


bagi kemajuan ummah.

Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu.

Memperluas ilmu dalam semua bidang,


Pengasuh
Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam.

Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada


bersikap buruk.

Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan


Melayu Johor.

Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk


kemajuan diri.
BulanMelayu
Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai
Islam dan budayaTimur.

Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan


bangsa.

3) MAJALAH DAN AKHBAR YANG TERLIBAT DALAM MEMPERJUANGKAN


SEMANGAT KEBANGSAAN

Akhbar dan majalah juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat kepada
penduduk tempatan. Kemunculan alat pencetak telah mencetuskan kesedaran kebangsaan
melalui penerbitan akhbar,majalah dan novel.pada masa yang sama, muncul golongan wartawan
yang komited juga mempunyai kesedaran akan nasib bangsanya. Golongan wartawan telah
membangkitkan isu-isu kemundaran masyarakat melayu dalam semua aspek khususnya
sosial,pendidikan,ekonomi,dan politik manakala majalah memainkan peranan penting dalam
membangkitkan kesedaran kebangsaan kepada pendudukan tempatan
4.Untuk mengetahui peranan majalah dan akhbar untuk mendapatkan perhatian masyarakat
melayu

Peranan akhbar :

Tahun 1930 an akhbar Melayu mula menyuarakan isu sosial,kedudukan ekonomi dan politik
orang Melayu. Akhbar berjaya menyemai semangat kebangsaan dikalangan masyarakat Melayu.
Melalui seruan-seruan akhabar dalam membangkitkan semangat kebangsaan ialah mengkritik
dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu,menyeru orang Melayu bersatu dan
menghapus semangat kenegerian. Selain itu,peranan akhbar dan majalah juga membentuk
kedudukna yang lebih baik dalam bidang pentadbiran,ekonomi dan pendidikan.

Terdapat beberapa akhbar yang berpengaruh sebelum perang dunia ke-2 antaranya ialah warta
malaya(1930-1941) diterbitkan di singapura oleh DatoOnnJaafar .salah satu peranan yang
terkandung dalam akhbar tersebut ialah menyiarkan tentang keadaan sosioekonomi orang
Melayu.selain itu,mendesak orang Melayu diberi lebih banayk jawatan penting dalam
pentadbiran kerajaan juga terkandung dalam akhbar tersebut.

Akhbar majlis juga salah satu akhbar yang berpengaruh sebelum perang dunia ke-2 yang
diterbitkan di Kuala Lumpur. Pengarang pertamanya ialah Abdul Rahim Kajai. akhbar ini
berperanan menggesa orang Melayu meningkatkan taraf ekonomi dan menubuhkan persatuan
bagi memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air.

Peranan majalah:

Muhammad Dato Muda Linggi , YusufAhmad dan Mohd Sidi Rashid adalah pengarang bagi
Majalah Guru. Majalah Guru juga mempunyai beberapa isu yang diperjuangkan iaitu pendidikan
anak-anak Melayu, menyeru perpaduan orang Melayu , meniup semangat inta akan negara,
membaiki taraf hidup orang Melayu , memajukan bahasa dan sastera Melayu serta
menggalakkan perpaduan di kalangan gru sebagai pemimpin bahasa .
Selain itu , Majalah Pengasuh dan pengarangnya Dato Nik Mohamad. Majalah Pengasuh juga
mempunyai isu yang diperjuangkan antarnya ialah membincangkan soal pentafsiran Islam yang
progresif bagi kemaajuan ummah, menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu,
memperluaskan ilmu dalam semua bidang dan menggesa orang Melayu menjauhkan diri
daripada sifat buruk .

Majalah Bulan Melayu pula mengutarakan beberapa isu berkaitan perpaduan , pendidikan, nilai-
nilai Islam iaitu menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor
,menggalakkan wanita menjaga kesopannan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur , dan
menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa . Pengarangnya ialah Zainon
Sulaiman .

KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelaslah peranan akhbar dan majalah merupakan gerakkan kesedaran


kebangsaan kepada orang Melayu yang memberi impak yang besar dalam melahirkan semangat
nasionalisme untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah. Isu-isu berkaitan sosial ,
ekonomi dan politik yang disiarkan menyebabkan pembaca mendapat idea baru dan pendedahan
tentang gerakan nasionalisme di luar dan dalam negara . Apa yang kami dapat simpulkan ialah
pentingnya untuk kita tahu dan memahami tentang kewujudan akbar dan majalah di tanah air
suatu ketika dahulu . Kemunculan akhbar dan majalah dapat membuktikan bahawa setiap negeri
mempunyai ciri-ciri tersendiri . Oleh itu dengan pemahaman ini , generasi kemudiannya dapat
mengetahui dan memahami idea-idea dalam memperjuangkan semangat kebangsaan . Selain itu ,
orang ramai dapat mengetahui akhbar dan majalah yang terlibat dalam membangkitkan semangat
kebangsaan.

You might also like